Anda di halaman 1dari 11

SULIT 1103/1

1103/1
BAHASA
MELAYU

Kertas 1
2 jam

LOGO
SEKOLAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM


TAHUN 2023

CADANGAN JAWAPAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Kertas Cadangan Jawapan ini mengandungi 11 halaman bercetak

1103/1 © 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 1103/1
2
Bahagian A
[30 markah]
Soalan ini mesti dijawab

Maklumat di bawah menunjukkan sikap pemandu yang menyebabkan kemalangan


jalan raya sering berlaku di tempat tinggal anda.

Sebagai penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kiriman rasmi kepada
pihak berkuasa untuk mengadukan masalah tersebut agar tindakan sewajarnya
dapat diambil.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

1103/1 © 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 1103/1

CADANGAN RANGKA JAWAPAN

BAHAGIAN A : Sikap pemandu yang menyebabkan kemalangan jalan raya

Kehendak soalan
1. Calon hendaklah menghuraikan sikap-sikap pemandu yang menyebabkan kemalangan
jalan raya sering berlaku di tempat tinggal anda.
2. Calon hendaklah menggunakan semua bahan.
3. Calon hendaklah mengemukakan contoh dan huraian yang bersesuaian.
4. Calon hendaklah menggunakan format surat kiriman rasmi.

Pendahuluan
 kes kemalangan jalan raya semakin meningkat di kawasan tempat tinggal
 masyarakat kurang cakna tentang keselamatan di jalan raya
 terdapat sikap pemandu yang menyebabkan kemalangan jalan raya sering berlaku di
tempat tinggal saya

Isi 1: memandu laju


 pemandu tidak mematuhi had laju kenderaan terutama di kawasan perumahan
 contoh - pemandu kereta, bas dan lori serta penunggang motosikal memandu melebihi
30 kilometer sejam
 sikap pemandu yang tidak berhemah menyebabkan kemalangan di kawasan tumpuan
penduduk
 pandu cermat jiwa selamat

Isi 2: tidak mematuhi lampu isyarat


 menyebabkan kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat.
 contoh – pemandu tidak bersedia untuk berhenti di lampu kuning dan tidak berhenti
apabila lampu isyarat berwarna merah.
 berlaku kesesakan jalan raya akibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat
 malang tidak berbau
Isi 3: menggunakan telefon bimbit
 pemandu kurang memberikan tumpuan sepanjang pemanduan
 contoh - membalas pesanan ringkas dan membuat penggilan atau menjawab panggilan
 pemandu mudah hilang kawalan kerana menggunakan sebelah tangan semasa
memandu
 sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Kesimpulan
 pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya
 masyarakat perlu mematuhi peraturan di jalan raya
 mengurangkan jumlah kes kemalangan jalan raya yang semakin meningkat
 kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

1103/1 © 2023 SULIT


SULIT 1103/1
4
BAHAGIAN B
[70 markah]
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan.
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

1
Aktiviti melancong sering dijadikan sebagai aktiviti untuk
merehatkan minda daripada kesibukan kerja dan urusan seharian
individu. Selain mengisi masa lapang, pelbagai ilmu pengetahuan
dan pengalaman juga akan diperoleh semasa melawat ke tempat-
tempat menarik di dalam atau di luar negara. Aktiviti melancong
juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

Sumber : Internet

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan pelbagai manfaat aktiviti melancong


kepada individu.

Kehendak soalan

1. Calon hendaklah menghuraikan manfaat aktiviti melancong kepada individu.


2. Calon hendaklah memberikan huraian dan contoh yang sesuai.
3. Sekiranya calon membincangkan manfaat melancong kepada negara – memuaskan
bawah.
4. Calon menghuraikan semua isi dan idea luar – terima seperti biasa.
5. Calon menghuraikan sebahagian isi dalam petikan dan idea luar - maksimum kepujian
6. Calon menghuraikan selain manfaat aktiviti melancong – penguasaan minimum
bawah.
Cadangan Rangka Karangan

Pendahuluan
 aktiviti melancong – aktiviti melawat tempat-tempat menarik – dalam atau luar negara
 sewaktu cuti persekolahan – bersama dengan ahli keluarga – berehat daripada
kesibukan urusan seharian
 pelancongan domestik – banyak tempat menarik dalam negara - dapat menjanakan
pendapatan negara
 terdapat banyak manfaat kepada individu yang melancong – jangan dianggap sebagai
pembaziran wang

1103/1 © 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 1103/1

Isi 1: merehatkan minda


 melakukan aktiviti santai di tempat menarik – menjadi pilihan individu
 melancong ke pantai, pulau, luar bandar – suasana tenang, nyaman
 baik untuk kesihatan - mengurangkan tekanan, stres - melupakan seketika masalah atau
kesibukan harian, emosi dan fizikal lebih baik
 badan cergas otak cerdas

Isi 2: mengisi masa lapang


 mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat – mengelakkan diri daripada menghabiskan
masa dengan peranti elektronik, terjebak dalam masalah sosial
 remaja menghabiskan masa cuti – mengunjungi tempat menarik, merakam kenangan -
dapat memuat naik rakaman, gambar kenangan di laman sosial
 mengelakkan sikap bermalas-malasan pada waktu terluang, membantu dalam
mempromosikan tempat pelancongan
 masa itu emas

Isi 3: memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman


 melihat keunikan budaya, perbezaan cara hidup di tempat lain, suku kaum – sejarah
sesebuah lokasi, aktiviti khusus di lokasi tertentu
 mengetahui adat, makanan tradisi, tarian, kisah rakyat tempatan, sejarah asal usul,
aktiviti menyelam, mendaki gunung
 menambah ilmu pengetahuan baharu, dikongsikan kepada orang lain, pengalaman yang
tidak ternilai dengan wang ringgit
 jauh perjalanan luas pemandangan

Isi 4 : mengeratkan hubungan antara ahli keluarga


 melancong bersama dengan ahli keluarga – dapat berkumpul bersama-sama
 ibu bapa sibuk bekerja – meluangkan masa bersama dengan anak-anak, melakukan
aktiviti bersama-sama, bergurau senda, beramah mesra
 merapatkan jurang institusi kekeluargaan – mengambil berat antara satu sama lain,
mengenali dengan lebih dekat
 air dicencang takkan putus
Kesimpulan
 aktiviti melancong sangat penting kepada individu
 perlu meluangkan masa – setiap tempat banyak kelebihan – faedah kepada individu
juga
 meningkatkan kualiti hidup individu dalam pelbagai aspek
 hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

1103/1 © 2023 SULIT


SULIT 1103/1
6

2
Kerajaan akan mengukuhkan sektor pertanian sebagai sebahagian
daripada inisiatif strategiknya untuk mempercepat transformasi
berstruktur. Produktiviti pertanian yang lebih tinggi akan
memberikan hasil tiga kali ganda iaitu jaminan makanan yang
mampan, sumber manusia yang lebih produktif dan penggunaan
tanah serta air yang lebih cekap.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada


Sinar Harian, 14 Jun 2022

Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan sektor


pertanian di Malaysia.

Kehendak soalan

1. Calon hendaklah menghuraikan usaha-usaha memajukan sektor pertanian di Malaysia.


2. Calon hendaklah memberikan huraian dan contoh yang sesuai.
3. Sekiranya calon menghuraikan selain usaha-usaha - pencapaian minimum bawah

Pendahuluan

 sektor pertanian merupakan sektor yang penting - pembekal makanan dan sumber bahan
mentah
 namun negara kita berhadapan dengan masalah buruh dan produktiviti hasil pertanian
 generasi muda lebih berminat untuk menceburi bidang berkaitan teknologi dan sains
 terdapat usaha-usaha memajukan sektor pertanian di Malaysia

Isi 1: Petani mengubah kaedah pertanian dengan menggunakan teknologi moden

 hasil pertanian berkualiti dan dapat mengurangkan kos pekerja


 bantuan alatan, jentera dan kursus pertanian oleh pihak kerajaan
 traktor dan kubota
 hasil pertanian semakin meningkat
 usaha tangga kejayaan

1103/1 © 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 1103/1

Isi 2: kerajaan memberikan pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dalam bidang pertanian

 membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap usaha petani (peladang, penternak dan


nelayan) memacu pelbagai aktiviti pengeluaran pertanian
 memberikan anugerah kepada petani yang berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang
banyak dan berkualiti
 sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan – memberikan anugerah, Anugerah
Petani Berjaya, Tokoh Usahawan Tani dan Tokoh Peladang Kebangsaan
 terus melipatgandakan usaha untuk melonjakkan sektor pertanian negara
 bertulang besi, berurat dawai

Isi 3: Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan


penyelidikan dalam bidang pertanian

 meningkatkan penggunaan teknologi, meningkatkan kecekapan dan hasil pertanian


 membuat penyelidikan ke atas semua tanaman makanan melalui peruntukan pihak
kerajaan
 pembangunan baka baharu tanaman dengan menghasilkan beberapa variasi baharu padi,
buah-buahan dan sayur-sayuran – mencipta alat untuk mengesan sisa kimia dalam
sayur-sayuran, buah-buahan dan mengesan antibiotik dalam daging ayam
 kesan - kualiti dan produktiviti hasil pertanian meningkat – memacu ekonomi negara
 di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Kesimpulan

 sektor pertanian sangat penting - mengurangkan import makanan dari luar negara
 bagi memastikan penduduk di negara kita mempunyai sumber makanan yang
mencukupi
 semua pihak perlu melakukan anjakan paradigma ke arah melestarikan sektor pertanian
kepada generasi muda
 berbudi kepada tanah

1103/1 © 2023 SULIT


SULIT 1103/1
8

3
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) telah mengeluarkan kenyataan bahawa hidupan
liar seperti harimau, orang utan dan tapir merupakan antara
haiwan yang diancam kepupusan di negara ini. Kenyataan ini
secara jelas menunjukkan bahawa banyak hidupan liar semakin
terancam akibat peningkatan suhu dunia.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada


Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 5,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020

Selain faktor yang dinyatakan di atas, bincangkan faktor-faktor yang


menyebabkan haiwan liar semakin pupus.

Kehendak soalan

1. Calon hendaklah menghuraikan pelbagai faktor yang menyebabkan haiwan liar semakin
pupus
2. Calon hendaklah memberikan huraian dan contoh yang sesuai.
3. Calon menghuraikan isi dalam petikan – maksimum kepujian.
4. Calon menghuraikan selain faktor-faktor – penguasaan minimum bawah.

Cadangan Rangka Karangan

Pendahuluan

 Malaysia sebuah negara yang bertuah kerana memiliki pelbagai spesies haiwan liar
yang tidak ditemukan di negara lain
 kepelbagaian haiwan liar menjadi salah satu faktor tarikan pelancong asing
 kepupusan haiwan liar menyebabkan sesuatu spesies tidak lagi wujud atau dapat
ditemukan di tempat lain
 terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan haiwan liar semakin pupus

1103/1 © 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 1103/1

Isi 1: pembakaran hutan secara terbuka

 bertujuan untuk pembukaan tanah baharu bagi penempatan manusia dan aktiviti
ekonomi
 pembakaran hutan secara terbuka menyumbang kepada peningkatan suhu yang
mengganggu habitat haiwan - contohnya beruang, tapir dan orang utan
 hilang tempat tinggal dan sumber makanan - berlaku kematian dan kepupusan
 bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Isi 2: pembalakan haram secara berleluasa

 pembalak haram menebang spesies pokok yang dilindungi seperti meranti dan cengal
 kemusnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan masa 40 tahun untuk dipulihkan
 penerokaan hutan boleh memusnahkan dan mengecilkan habitat haiwan yang
memerlukan kawasan luas untuk aktiviti hidup - contoh harimau dan gajah
 menyebabkan kematian dan pengurangan jumlah haiwan liar
 bagai anjing dengan bayang-bayang

Isi 3: pemburuan haiwan liar secara haram

 berlaku akibat permintaan yang tinggi terhadap haiwan di negara ini


 pemburu mendapat hasil yang lumayan apabila dijual dalam pasaran gelap
 badak Sumatera diburu untuk mendapatkan tanduknya yang dijual dengan harga sangat
tinggi dalam pasaran dunia - dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit
 menggalakkan aktiviti pemburuan haram
 di mana ada gula, di situ ada semut

Kesimpulan

 isu kepupusan haiwan liar semakin membimbangkan dan dikatakan berada pada tahap
kritikal
 sikap manusia yang tamak, rakus dan tidak bertimbang rasa merupakan salah satu
punca utama kepupusan haiwan liar
 semua pihak wajar bertindak dengan segera sebelum menjadi lebih serius
 sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna

1103/1 © 2023 SULIT


SULIT 1103/1
10

4
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA, Sukan
Komanwel, Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Kejohanan
Hoki Piala Dunia. Negara kita turut menjadi tuan rumah sukan
permotoran dan kejohanan lumba basikal antarabangsa.
Pemilihan negara sebagai tuan rumah secara tidak langsung
telah menarik kedatangan pelancong dari luar negara sekali gus
menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan meningkatkan
infrastruktur sukan di Malaysia.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada


Sukan Antarabangsa dalam Negara,
Buletin Sinar Bestari, 7 Disember 2022.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan pelbagai kebaikan penganjuran


sukan bertaraf antarabangsa kepada negara kita.

Kehendak soalan

1. Calon hendaklah menghuraikan pelbagai kebaikan penganjuran sukan bertaraf


antarabangsa kepada negara kita.
2. Calon hendaklah memberikan huraian dan contoh yang sesuai.
3. Calon menghuraikan semua isi dan idea luar – terima seperti biasa.
4. Calon menghuraikan sebahagian isi dalam petikan dan idea luar - maksimum
Kepujian
5. Calon menghuraikan selain kebaikan – Penguasaan minimum bawah.

Cadangan Rangka Karangan

Pendahuluan
 Malaysia sering dipilih menjadi tuan rumah penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
 faktor kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negara kita
 terdapat pelbagai kebaikan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa kepada negara
kita
 di mana ada gula, di situ ada semut

1103/1 © 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 1103/1

11

Isi 1: menarik kedatangan pelancong dari luar negara

 acara sukan antarabangsa kebiasaannya mendapat liputan meluas daripada media asing
secara tidak langsung mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
 menarik perhatian peminat sukan dari seluruh dunia untuk datang
 Le Tour de Langkawi (LTdL), Kejohanan Golf Terbuka Malaysia, Perlumbaan
Motorsikal Grand Prix (MotoGP), Ironman Langkawi dan Towerthon
 dapat memperkenalkan keunikan Malaysia di persada dunia
 tak kenal maka tak cinta

Isi 2: menyumbang kepada pembangunan ekonomi

 meningkatkan jumlah pertukaran mata wang asing kepada mata wang negara kita
 memperkukuh pendapatan pelbagai sektor ekonomi negara seperti perhotelan,
perkhidmatan, pengangkutan, penajaan dan pengiklanan serta kraf tangan
 syarikat pengangkutan awam mampu menjanakan pendapatan melalui perkhidmatan
membawa penonton ke lokasi perlawanan
 meningkatkan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
 serampang dua mata

Isi 3: meningkatkan infrastruktur sukan di Malaysia

 pihak kerajaan membuat persediaan yang rapi sebelum penganjuran sukan


 persediaan kemudahan infrastruktur yang lengkap penting bagi memastikan
penganjuran sukan berjalan lancar
 menaik taraf stadium, kemudahan sukan, penginapan atlet, dan logistik
 infrasruktur sukan di Malaysia setanding dengan negara-negara lain
 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Kesimpulan

 penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mempunyai banyak kebaikan


 semua pihak perlu bekerjasama dalam penganjuran sukan antarabangsa
 memberikan pengalaman berharga kepada semua pihak yang terlibat
 meningkatkan imej Malaysia di seantero dunia
 pengalaman ialah guru terbaik

CADANGAN JAWAPAN TAMAT

1103/1 © 2023 SULIT

Anda mungkin juga menyukai