Anda di halaman 1dari 10

Anthology

Kasut Kelopak Jantung


Pantun Empat Kerat
(Berjimat Cermat)
Nama:Firdaus Najmi bin Fairul Nazri
Kelas:1 Beta
Nama Guru:Pn. Rumaizah bt Khuzaimah
Rangkap 1

Pergi ke belukar memasang pikat,
Pulang lewat di hujung petang;
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.

Maksud

Berbelanja secara berhemah seolah-olah
Mendapat rezeki yang melimpah-ruah.
Rangkap 2

Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga selatan:
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.


Maksud

Berjimat cermat merupakan amalan terpuji
manakala membazir pula merupakan amalan yang
keji.
Rangkap 3

Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan;
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.


Maksud

Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup senang


Rangkap 4

Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga dibuat sayuran;
Membesar belanja sikap sesia,
Hanya menambah beban kewangan.


Maksud

Orang yang boros akan menanggung hutang
yang banyak.
Rangkap 5

Singgah berehat di Kota Lama,
Kuih dijamah air dihirup;
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahtera hidup.


Maksud

Berjimat cermat merupakan tuntutan agama.
Oleh itu,orang yang berjimat cermat pasti
Akan hidup agama.
Rangkap 6

Inderagiri pasirnya lumat,
Tempat berkelah putera raja;
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.


Maksud

Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat
cermat adalah lebih baik daripada memiliki
harta banyak tetapi boros.

Rangkap 7

Turun ke ladang memetik kacang,
Hendak dibuat masak lemak;
Segala urusan jika terancang,
Sikap membazir pasti terelak.


Maksud

Orang membuat perancangan sebelum
Melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak
akan menanggung kerugian.
PENGAJARAN


a) Kita hendaklah sentiasa berjimat cermat
kerana membazir adalah dilarang oleh Tuhan.

b) Kita tidak boleh bersikap boros untuk
mengelakkan kita daripada menanggung
hutang.

c) Setiap perkara yang dilakukan hendaklah
dirancang terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai