Anda di halaman 1dari 7

PELAJARAN 4 LARANGAN RASUAH : AL-BAQARAH: 188

Bincangkan peranan anggota masyarakat untuk mencegah perbuatan rasuah.

Melaporkan rasuah yang berlaku kepada pihak berkuasa kerana rasuah boleh
merosakkan negara. Kesannya aktiviti rasuah dapat dibendung. Kesimpulannya kita
hendaklah bersifat prihatin dengan persekitaran agar kehidupan lebih harmoni.

PELAJARAN 5 MEMAHAMI SUNNATULLAH : ALI-IMRAN: 137-139

Teori Darwin mengatakan bahawa kejadian makhluk adalah berasal daripada spesis beruk.
Bincangkan pernyataan di atas dengan menghubungkait dengan konsep sunnatullah.

Kejadian manusia mengikut kehendak dan ketentuan Allah kerana dia Maha Berkuasa dan Maha
Mengetahui. Kesannya, seseorang itu akan menerima ketetapan Allah dengan hati yang terbuka.
kesimpulannya, kita hendaklah yakin dengan Qadak dan Qadarnya agar iman terpelihara.
PELAJARAN 6 LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA : AL-AN’AM 70

"Makan pada siang hari di tempat terbuka pada bulan Ramadan"


Kemukakan hujah anda bagi mengatasi situasi berikut.

Menasihati pelakunya bahawa perbuatannya itu adalah merupakan kesalahan yang besar kerana ia seolah-olah
mempersendakan agama. Kesannya maruah agama Islam akan terjaga. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa
meningkatkan keimanan dalam diri agar tidak termasuk dalam golongan yang
mempersendakan agama.
PELAJARAN 7 DAKWAH PEMBAWA KEMAJUAN : FUSSILAT : 33

marilah menuju kejayaan

Soalan: Bagaimanakah anda mengaplikasikan penyataan di atas dalam kehidupan harian?

Cadangan isi :
Saya akan :
- Menjadikan Islam sebagai cara hidup
- Beramal soleh / melakukan amalan soleh
- Berdakwah / mengajak rakan-rakan melakukan perkara yang baik
- Belajar dengan bersungguh-sungguh / berusaha menguasai ilmu dan kemahiran
- Berusaha mendalami ilmu agama

Jawapan: Saya akan melakukan setiap kerja dengan tekun supaya kejayaan dapat saya miliki kerana hanya orang
yang berusaha akan berjaya, Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa berusaha agar kejayaan menjadi milik kita.
PELAJARAN 8 HINDARI DOSA BESAR
Soalan
Persembahan 'silap mata' menjadi kesukaan sebahagian masyarakat hari ini.
Bincangkan pandangan anda terhadap isu ini.

Info : Silap mata ada yang menggunakan sihir dan ada yang hanya menggunakan kemahiran dan
peralatan sahaja. Hukum silap mata yang menggunakan sihir adalah haram. Bagi silap mata yang
tidak menggunakan sihir tetapi hanya menggunakan kecepatan tangan, terdapat khilaf dalam
kalangan ulama kerana tidak ada dalil yang jelas tentangnya. Ada ulama yang
menghukumkannya haram dengan alasan bimbang jika pemain silap mata itu dipuja dan
dianggap sebagai Tuhan dan ada pula yang menghukumkannya harus selagi tidak ada unsur
HADIS

pemujaan, menggunakan perantaraan jin dan syaitan serta unsur-unsur syirik.

Cadangan isi :
Pastikan silap mata yang amalkan atau dipelajari
- tidak menggunakan sihir
- tidak mengandungi unsur yang diharamkan seperti perempuan yang mendedahkan aurat atau
berpakaian tidak sopan.
- Tidak membahayakan diri sendiri atau penonton

Persembahan silap mata (magic) adalah merupakan perkara yang dilarang kerana ia mempunyai unsur syirik kepada
Allah. Kesannya ia boleh membawa kepada rosaknya
akidah umat islam. Kesimpulannya kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu supaya tidak terjerumus
kepada sesuatu yang haram.
PELAJARAN 9 KEMULIAAN BERDIKARI

Maksud : Ya Allah berkatilah umatku pada awal pagi mereka

Huraikan hadis di atas dalam konteks berdikari.

Rasulullah menganjurkan umatnya supaya memulakan kerja pada waktu pagi kerana ia mengundang keberkatan.
Kesannya pekerjaan menjadi lebih maju. Kesimpulannya kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam apa jua
pekerjaan agar kejayaan mudah dicapai.

PELAJARAN 10 ALLAH MAHA PEMBALAS DAN MAHA PERKASA AL-Muntaqim

Kesan Tsunami
Kaitkan gambar dengan keimanan kepada al-Muntaqim.

Manusia sering melakukan maksiat kepada Allah kerana mengikut hawa nafsu. Kesannya mereka terdedah
kepada kemurkaan dan bala bencana daripada Allah. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa bertaqwa kepada
Allah agar hidup diramati olehNya.

ALLAH MAHA PERKASA – AL JABBAR


Keimanan kepada al-Jabbar melahirkan rasa gerun untuk bersikap sombong.
Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.

Manusia akan menyedari kelemahan diri mereka kerana hanya Allah yang berkuasa secara
mutlak. Kesannya akan wujud sifat taqwa dalam diri setiap manusia. Kesimpulannya, kita hendaklah
mengelakkan diri daripada bersifat takbur agar terhindar daripada kemurkaan Allah.
PELAJARAN 11 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan.
Bagaimanakah anda memelihara iman dalam situasi ini?

Saya akan mempelajari ilmu akidah daripada guru yang mahir kerana ilmu itu sangat penting. Kesannya
saya tidak tersasar dari jalan yang benar. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mendalami ilmu agama
agar sentiasa dirahmati oleh Allah.

PELAJARAN 12 HINDARI AJARAN SESAT


Terdapat cadangan supaya solat Jumaat dilaksanakan pada hari Sabtu.
Huraikan pandangan anda untuk menolak cadangan ini.

PELAJARAN 13 HAJI DAN UMRAH


Ahmad pergi ke Mekah menunaikan haji dengan membuat pembiayaan peribadi.
Kemukakan hujah anda tentang situasi di atas.

ahmad tidak sepatutnya membuat pinjaman peribadi kerana ibadah haji hanya wajib kepada individu yang
berkemampuan. kesannya ahmad bebas dari dibebani hutang. kesimpulannya kita hendaklah sentiasa merancang
FEKAH

kewangan dengan baik agar kehidupan lebih terjamin.

PELAJARAN 14 SEMBELIHAN

Bagaimanakah cara mengatasi masalah di atas? Bincangkan.


PELAJARAN 15 KORBAN DAN AKIKAH
Bagaimanakah ibadat korban dapat memajukan ekonomi umat Islam?Bincangkan.

Cadangan isi :
-Membantu golongan penternak meningkatkan sumber pendapatan
-Golongan yang berkemampuan dapat membersihkan hartanya daripada hak orang lain
-Rezeki orang yang berkorban bertambah kerana mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
-Amalan menyimpan di bank sebagai persediaan ibadah korban dapat membantu meningkatkan ekonomi
apabila wang tersebut dapat dilabur dalam kegiatan ekonomi pelbagai sektor. Impaknya kualiti hidup
golongan miskin dapat ditingkatkan melalui bantuan yang disalurkan.
-Menggalakkan umat Islam menceburi bidang penternakan yang berpotensi untuk maju kerana
permintaan yang tinggi.

Bidang penternakan menjadi semakin maju kerana permintaan yang tinggi terhadap binatang ternakan. Kesannya
banyak peluang pekerjaan dapat dihasilkan. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa memberikan sumbangan kepada
masyarakat agar rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan.

UNIT 2 AKIKAH
Hukum akikah merupakan sunat muakkad. Tetapi terdapat ibu bapa yang tidak mampu melaksanakannya sehingga
anak telah mencapai usia baligh.
Berikan pandangan anda berkaitan dengan situasi di atas.

Cadangan isi :
tidak berdosa meninggalkannya kerana hukum akikah adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan
dan bukannya wajib.
Tidak ada kehinaan jika tidak melaksanakan akikah kerana Islam tidak membebankan seseorang
dengan sesuatu yang dia tak mampu lakukan

Tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan kerana kurang penghayatan agama dalam kehidupan.
Kesannya, kurang keberkatan dalam hidup berkeluarga. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menzahirkan
kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat yang diberi agar mendapat
keredaan-Nya.

Bincangkan hukum dan alasan bagi situasi berikut :


1. Memberikan daging akikah kepada orang bukan Islam.
2. Melaksanakan ibadat akikah tetapi tidak bersedekah dagingnya.

PELAJARAN 16 MUAMALAT ISLAM Unit 1 – Konsep Muamalat Islam

Huraikan pandangan anda berdasarkan pernyataan di atas.

Pada pandangan saya , pemuda itu rugi RM5000 ditipu oleh penjual kereta kerana dia tidak memahami syarat-syarat
akad dalam muamalat Islam iaitu hendaklah membayar duit RM5000.00 setelah kereta diserahkan kepadanya.
Sepatutnya dia memastikan kereta itu wujud semasa akad berlaku dengan melihat kereta milik penjual kereta terlebih
dahulu. Perbuatan penjual kereta adalah berdosa kerana mengambil duit secara batil (jalan salah). Kesimpulannya
kita hendaklah memahami konsep muamalat dalam Islam untuk mengelak mangsa penipuan.

Jawapan 2 : teknik menjawab soalan →


Mengelakkan urusan jual beli bagi barangan yang mahal secara atas talian. Hal ini kerana, pembeli
tidak dapat memastikan kualiti sebenar barang yang dibeli. Kesannya barang yang diperolehi
kemungkinan tidak berbaloi dengan wang yang dibayar. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa
jujur dalam urusan jual beli agar mendapat reda daripada Allah.
PELAJARAN 16 MUAMALAT ISLAM Unit 2 JENIS AKAD

“Jom Menabung Untuk Masa Depan anda”


Ramalkan apa yang akan terjadi sekiranya individu tidak melaksanakan perkara di atas.

Menjadikan kehidupan seseorang individu semakin susah. Hal ini kerana ia mungkin tidak mampu membeli
keperluan dalam hidupnya secara tunai. Kesannya hutangnya akan semakin bertambah. Kesimpulannya kita
hendaklah sentiasa merancang kehidupan masa hadapan agar hidup lebih bahagia.
PELAJARAN 17 SOLAT SUNAT DHUHA
Masyarakat menganggap solat sunat Dhuha semata-mata untuk menjadi kaya. Huraikan hujah anda untuk
memperbetul anggapan tersebut.

Cadangan isi : Tujuan solat Dhuha,


- tanda syukur atas nikmat Allah
- mendekatkan diri kepada Allah
- bukti ketaatan kepada Allah

PELAJARAN 17 SOLAT SUNAT GERHANA

Apakah tindakan anda apabila fenomena tersebut berlaku?

Saya akan bersegera mengajak rakan menunaikan solat gerhana untuk menginsafi kekuasaan Allah.
Kesannya keimanan kita akan meningkat. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengiktiraf
kekuasaan Allah agar hidup kita diberkati.

PELAJARAN 18 KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN


Kepimpinan Khulafa ar-Rasyidin adalah contoh terbaik sepanjang zaman.
Kemukakan hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas.

Mereka mengikut petunjuk Rasulullah kerana mendapat bimbingan secara langsung daripada baginda. Kesannya
keamanan dan kejayaan dapat dikecapi. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mematuhi segala perintah Allah
agar hidup diberkati olehnya.

PELAJARAN 19 KERAJAAN UMAIYAH


Kepimpinan Umar Abd Aziz telah berjaya mencapai kecemerlangan yang membanggakan umat Islam hingga ke hari
ini.
Huraikan cara anda mencontohi kepimpinan tokoh di atas.

Berusaha dengan gigih untuk mencari ilmu kerana dengan ilmu manusia akan maju. Kesannya kita akan dapat
menjadi pemimpin yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu
pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada umat Islam.

PELAJARAN 20 KERAJAAN ABASIAH


Peranan generasi masa kini amat penting dalam mengembalikan kegemilangan Islam sebagaimana yang telah
dicapai oleh kerajaan Abbasiyah.
Berikan hujah anda cara situasi di atas dapat direalisasikan.

Cadangan isi :
Generasi masa kini perlu:
-Berusaha menguasai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang demi meninggikan taraf umat Islam
-Mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian agar dihormati bangsa lain
-Mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh
-Mewujudkan perpaduan yang erat dalam kalangan umat Islam
(rujuk IKTIBAR DARIPADA PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASIYAH)
PELAJARAN 21 KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHAB
Imam empat mazhab memiliki ketinggian akhlak yang boleh dijadikan contoh teladan.
Bagaimanakah anda dapat mencontohi mereka untuk menjadi murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat?

PELAJARAN 22 BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN


“Kini terdapat banyak penularan berita palsu di media sosial”
Huraikan hujah anda bagi menangani masalah di atas.

Memperketatkan undang-undang dan peraturan kerana menularkan berita palsu adalah satu jenayah. Kesannya
golongan yang tidak bertanggungjawab akan berasa takut. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa bersikap benar
dalam semua tindakan agar disayangi oleh Allah.

PELAJARAN 23 KHAUF DAN RAJA’

Dosaku terlalu banyak.Adakah Allah SWT akan mengampuni aku?


Bincangkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh remaja dalam gambar di atas.

Cadangan isi :
• Bertaubat / memohon keampunan daripada Allah SWT
Meninggalkan kejahatan yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi
Berusaha mengubah
• Memohon petunjuk Allah ke jalan yang benar
• Berjumpa dengan orang yang boleh membimbingnya ke arah kebenaran

2. Bagaimanakah sifat khauf dan raja' melahirkan muslim sejati? Huraikan.


Cadangan isi
-Orang yang bersifat khauf dan raja
-Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melakukan amal ibadat dan menjauhi maksiat.
-Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana mengharapkan balasan syurga.
-Akan menjauhi maksiat kerana takut dimasukkan ke dalam neraka.
-Akan sentiasa bersemangat melakukan kebaikan bagi mendapatkan kemanisan iman.
-Sentiasa bertawakkal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh
-Sentiasa mengingati Allah walau di mana dia berada.
-Sentiasa berhati-hati dalam tindakan kerana yakin Allah Maha Melihat dan menilai setiap perbuatan
-Sentiasa berlumba-lumba melakukan ibadat untuk mendapatkan rahmat Allah SWT.
-Sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT
(Rujuk 'Konsep Khauf dan Raja' Yang Seimbang' dan 'Hikmah Khauf dan Raja')

Bagaimanakah sifat khauf dan raja' melahirkan muslim sejati? Huraikan


Jawapan 2
Seseorang muslim akan mengelak dari melakukan maksiat dan tidak berputus asa dengan rahmat Allah kerana
imbangan takut dan harapnya kepada Allah. Kesannya, akan lahirlah muslim yang bertakwa. Kesimpulannya, kita
hendaklah mendidik jiwa agar sentiasa menjauhi larangan Allah
kerana takut kemurkaannya dan mengharap ganjarannya.

PELAJARAN 24 ADAB TERHADAP ORANG SAKIT

Berdasarkan gambar di atas, terangkan pandangan ana tentang tanggungjawab masyarakat terhadap orang
sakit.

Menjaga orang sakit dengan baik kerana mereka memerlukan perhatian. Kesannya, mereka akan cepat sembuh.
Kesimpulannya, kita hendaklah menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh ujian Allah.
DAN ORANG KURANG UPAYA

Mengapakah situasi di atas berlaku? Bincangkan.

Sikap tidak bertanggungjawab sebahagian anggota masyarakat kerana kurang kesedaran agama dan moral.
Kesannya, akan menyusahkan diri sendiri dan masyarakat. Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga harta benda
awam dengan baik agar kemudahan dapat dinikmati bersama.

PELAJARAN 25 WASATIYYAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT

Berdasarkan gambar di atas, cadangkan langkah untuk mengatasi masalah pembaziran yang sering berlaku
dalam masyarakat.

Cadangan isi :
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak
tentang dosa membazir
- Menampal peringatan tentang dosa membazir
- Mengadakan kempen anti-pembaziran
- Mengenakan caj tambahan bagi setiap pembaziran yang dilakukan
Sumber Jawapan cadangan : Saluran Youtube Ustaz Saiful Azlan

https://www.youtube.com/watch?v=u6aRT2qTC5c&list=PLzv21-YS1cEZWixklptvQzCWd5PuHTWJc

SOALAN KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)


lalah soalan yang:
1) Mencabar MINDA untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
2) Melampaui BUKU TEKS
3) Menggunakan pelbagai RANGSANGAN MINDA (stimulus) dan bahan sokongan

CIRI-CIRI SOALAN KBAT


1) Ada STIMULUS/RANGSANGAN MINDA:
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan
akhbar dan lain-lain.
2.)TIADA KUANTITI JAWAPAN:
Bilangan jawapan yang diminta TIDAK DINYATAKAN dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu
mengemukakan 1 ISI SAHAJA untuk soalan KBAT.
3.) PERUNTUKAN markah : 4 markah
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut:
1) -Isi:1 markah
2) -Isi+Huraian Ringkas (S.U.K.A: Seperti/ Untuk/ Kerana/ Agar):2 markah
3) -lsi+Huraian Ringkas+Huraian Lengkap(contoh/ sebab/ kesan):3 markah
4) -lsi+Huraian Ringkas+Huraian Lengkap + Kesimpulan (olahan jawapan
tepat/ menarik/ tersusun/ relevan/ kreatif) : 4 markah.

Tulis jawapan menggunakan ayat lengkap di ruangan jawapan dengan jelas supaya mudah dibaca dan dinilai oleh
pemeriksa. p/s:
-Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
- Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'poin' hanya layak mendapat 1 markah.

KESILAPAN MURID/CALON DALAM MENJAWAB SOALAN KBAT


1..Menyangka bahawa peruntukan 4 markah memerlukan 4 isi jawapan.
2..Menyalin semula stimulus dengan harapan mendapat markah.
3.. Menggunakan kata hubung yang menunjukkan pengulangan atau tambahan jawapan(isi@ huraian)seperti
DAN,JUGA,SERTA,TAMBAHAN PULA., SELAIN ITU.
4.. Menulis jawapan secara bentuk poin bukannya secara perenggan.
5.. Menulis jawapan yang tidak selari dengan kehendak soalan

Anda mungkin juga menyukai