Anda di halaman 1dari 7

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif yang ingin saya capai. Di
antara objektif tersebut adalah seperti untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang kegiatan
ekonomi tradisional di Malaysia. Begitu juga, saya dapat mengetahui tentang kaedah penyediaan
dan pemasaran batik serta perkembangannya. Maklumat yang direkodkan membolehkan saya
mengenali kegiatan ekonomi tradisional tersebut dengan lebih mendalam lagi.

Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman luas tentang cara-cara
membuat kajian ilmiah. Saya akan menggunakan kemahiran dan kaedah yang dipelajari untuk
melaksanakan sesuatu kajian ilmiahdengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Saya akan melalui sendiri pengalaman mencari, mengumpul fakta, merekod, menganalisis dan
mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti buku ilmiah, akhbar, majalah,
internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia.

Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat memupuk perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia
kerana negara ini mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi tradisional yang menjadi warisan dan
identiti masyarakat Malaysia. Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan
ekonomi tradisional tersebut. Usaha perlu terus digembeling untuk mengekalkannya agar generasi
akan datang berpeluang mewarisinya.

Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan bertoleransi ketika
proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara berkumpulan dan mendapat
bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

KAEDAH KAJIAN

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus
Sejarah (Tahun) . Maklumat adalah seperti di bawah:-

1. Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan.

2. Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk
kajian dengan lebih mendalam .

3. Kaedah Melawat Tempat Kajian telah saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut
berkaitan hurian kajian kerja kursus ini. Saya melawat tempat kajian pada (Tarikh) pada pukul 4.00
petang di Batik Village.

4. Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah.

5. Saya juga telah membuat pemerhatian tentang kegiatan ekonomi tradisional yang dilakukan
dan mencari sumbangan kegiatan ekonomi tradisional tersebut kepada individu, masyarakat dan
negara.
HASIL KAJIAN

Maklumat Asas

Saya telah memilih kegiatan pembuatan batik untuk dijadikan sebagai bahan kajian kerja kursus
sejarah Tingkatan 3 tahun pada tahun ini. Kegiatan penghasilan kraf tangan merupakan satu
kegiatan ekonomi sara diri tradisional masyarakat Malaysia. Mereka memiliki kemahiran dan
kreativiti dalam membuat batik yang indah dan menarik.

Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah mengetahui cara membuat batik. Dahulu, ubi kentang
digunakan sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik diusahakan dengan menggunakan alat-alat
moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.
Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau
menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di Malaysia
kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Untuk kajian Kerja Kursus Sejarah ini, saya telah memilih Batik Village yang beralamat (Alamat
Tempat) untuk dijadikan sebagai tempat kajian saya. Tempat ini mempunyai sejarah yang agak
menarik walaupun hanya disedari oleh segelintir pihak sahaja.

Batik Village adalah perniagaan Batik yang dibangunkan lebih daripada 20 tahun yang lalu oleh
pemilik yang dinamakan Ghazali bin Che Omar. Ia terletak di sepanjang (Nama Tempat), laluan
menuju ke arah (Nama Tempat) dan seterusnya ke (Nama Tempat). Ini dikelilingi oleh butik-ladang
seperti pagar akan menyambut pelawat.

Pada asalnya, Natural Batik Village dikenali sebagai Ghazali Batik. Ia bermula sebagai kepentingan
pemilik. Pertama, Ghazali bertukar usaha seninya ke dalam industri kecil kampung dan 10 tahun
yang lalu, ke dalam industri kecil-kecilan.

Pemilik, Ghazali, Terengganu yang dilahirkan melahirkan jenama batik sendiri di (Nama Tempat)
apabila dia mendapati terdapat lebih banyak peluang. Selain daripada batik dan produk, butik ini
juga menawarkan fesyen selesai yang terdiri daripada baju kurung untuk memakai pantai. Ia juga
menawarkan pelawat untuk cuba tangan mereka di lukisan batik dan lawatan ke kawasan
pengeluaran di mana beratus-ratus batik setem boleh dilihat tergantung dari kayu perches lebih 2
dinding.

Kilang sendiri menduduki luas 86000 kaki persegi di Balok dan rumah-rumah bukan sahaja
kemudahan pembuatan tetapi juga Pantai Timur batik showroom terbesar.
Secara umumnya batik adalah dianggap sebagai tekstil yang paling unggul Indonesia. Batik perkataan
berasal dari perkataan Indonesia yang menyebut sebagai Ba-teek. Terdapat tanpa had corak batik
seperti bunga, tumbuh-tumbuhan berkembar, daun tunas, burung, rama-rama, ikan, serangga dan
bentuk geometri. Anda boleh membezakan batik dengan gemercik sifatnya atau urat yang muncul di
seluruh reka bentuk dan menyatukan warna dan komposisi.

Hari ini, trend adalah untuk menghiasi kain apa-apa cara artis membayangkan untuk memohon reka
bentuk oleh mana-mana kaedah, tradisional atau inovatif, dan juga menyimpang daripada prosedur
standard. Batik hari ini digunakan untuk pakaian, hiasan, hiasan, dan ukiran relief disumbat. Ia tidak
lagi dianggap sebagai seni "tulen" tetapi satu yang boleh digabungkan dengan media dan kaedah
lain. Daya penggerak untuk artis adalah untuk memohon teknik untuk akhir yang diingini, dan
bukannya membenarkan teknik untuk mengawal artis sebagai akhir di dalamnya.

Latar Belakang

Terdapat banyak sebab kegiatan ekonomi seperti ini dijalankan. Walau bagaimanapun, antara
tujuan yang telah saya pertengahkan dengan persetujuan daripada rakan-rakan sekumpulan saya
berdasarkan maklumat yang telah dicari, dikumpul dan diberikan oleh orang sumber, perniagaan
batik ini dapat memenuhi kehendak dan kemahuan penduduk Malaysia. Kehendak penduduk
Malaysia sememangnya tidak terhad dan semakin menambah dari masa ke semasa serta sukar
untuk dipuaskan. Oleh itu, perniagaan batik ini dapat memenuhi sebahagian daripada kehendak
mereka agar mereka dapat hidup dengan lebih mewah.

Tambahan lagi, perniagaan batik ini dijalankan bagi mengekalkan warisan budaya masyarakat
Melayu. Warisan budaya masyarkat Melayu semakin hari semakin pupus dari muka bumi Malaysia
ini disebabkan ideologi di mana tradisi dikaitkan dengan kolot. Namun perkara ini tidak berlaku pada
seni batik disebabkan oleh kepelbagaian corak dan warna yang menyebabkan ia senantiasa
kontemparari. Batik Village ini juga merupakan satu lambang kreativiti dan keaslian rakyat. Di
samping itu, perniagaan batik tersebut dapat dijadikan sebagai suatu sumber pendapatan kepada
pekerja-pekerja yang terbabit. Dengan adanya sumber pendapatan, pekerja-pekerja tersebut dapat
menggunakan wang hasil titik peluh mereka untuk menyara keluarga mereka. Dengan ini, taraf
individu dan keluarga mereka dapat ditingkatkan serta memajukan negara dengan adanya
penurunan kadar kemiskinan.

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju,
kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat
daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat
pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala,
alas televisyen dan lain-lain lagi. Harga batik juga boleh berbeza besar. Ada yang berharga ratusan
hinga ke ribuan ringgit. Namun, ada batik yang boleh dibeli dengan harga yang murah tetapi kekal
menarik. Batik juga digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia
sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Proses penghasilan batik ini adalah tidak sebegitu rumit sepertimana yang disangkakan oleh
sesetengah pihak. Anatar peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan batik ialah blok penerap,
campuran lilin, kain, pencelup dan sebuah meja. Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang
sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna
yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna
yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang
mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini
kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat
dan dibungkus untuk dipasarkan.

Terdapat pelbagai jenis batik yang dapat dihasilkan melalui cara-cara yang berbeza. Antaranya
termasuklah kain blok. Untuk menghasilkan kain blok, kain putih akan diterapkan dengan corak batik
yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan
berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Blok ini telah
dicelupkan terlebih dahulu dengan pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Dalam penghasilan batik conteng pula, alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin
panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian
corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu
tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair
dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik skrin juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya
kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di
atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain
putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji.
Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik
yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Proses penghasilan kain batik secara kebiasaannaya dilakukan di sebuah bengkel yang agak besar
kerana terpaksa dimuatkan dengan kain batik yang belum, dalam proses dan telah siap serta
pelbagai jenis barang-barang yang digunakan. Terdapat tempat khas di mana kain batik akan dicop,
dilukis, digantung dan banyak lagi. Satu tempat yang terdedah kepada sinaran dan bahang matahari
turut diperlukan bagi mengeringkan kain-kain batik tertentu yang telah diwarnakan atau dicop.

Kos pengendalian perniagaan batik ini adalah tidak menentu. Perkara ini bergantung kepada
permintaan pelanggan.Sekiranya permintaan pelanggan adalah tinggi, maka semakin rendahlah kos
pengendalian perniagaan tersebut. Sekiranya permintaan pelanggan adalah rendah, maka semakin
tinggilah kos pengendalian perniagaan tersebut. Berdasarkan orang sumber, permintaan pelanggan
dijangka menurun disebabkan pilihan raya ke-13 pada bulan Mei/Jun ini.

Pendapatan adalah (kebiasaannya) RM 4,000 setiap bulan tetapi juga bergantung kepada
permintaan pelanggan. Perniagaan Batik RM ini dipercayai selalu menghadapi masalah kewangan
disebabkan sikap rakyat (Nama Tempat) yang tidak begitu menghargai hasil batik asli di Batik Village
ini. Mereka lebih menggemarkan batik Kelantan atau Terengganu. Disebabkan itu, perkembangan
dan kemajuan perniagaan ini menjadi terbantut atau lambat untuk mengembang. Kadang-kala juga,
ia adalah dipercayai bahawa apabila permintaan pelanggan menjadi rendah, pendapatan pekerja-
pekerja di situ jatuh ke paras yang lebih rendah daripada kebiasaannya.

Pada pendapat saya, mungkin Batik Village perlu mencari inspirasi baharu untuk meningkatkan
pasaran. Mereka boleh melakukan inovasi seperti membuat cushion cover batik untuk dipasarkan
atau bekerjasama dengan interior decorator di (Nama Tempat) untuk menggunakan hasil batik
mereka sebagai barang perhiasan.
Sumbangan/Pengaruh Kepada Keluarga Atau Masyarakat

Perniagaan batik telah membawa pelbagai kebaikan yang berkualiti lagi bermanfaat kepada pelbagai
pihak yang terbabit. Antaranya, perniagaan batik dapat dijadikan sebagai suatu sumber pendapatan
kepada pekerja-pekerja yang terbabit. Dengan adanya sumber pendapatan, pekerja-pekerja tersebut
dapat menggunakan wang hasil titik peluh mereka untuk menyara keluarga mereka. Dengan ini,
taraf individu dan keluarganya dapat ditingkatkan serta memajukan negara dengan adanya
penurunan kadar kemiskinan serta kadar pengangguran masyarakat Malaysia.

Selain itu, perniagaan Batik Village ini boleh memenuhi kehendak, kemahuan dan permintaan
penduduk Malaysia. Maklumlah bahawa kehendak dan kemahuan rakyat Malaysia sememangnya
tidak terhad dan semakin sukar untuk dipuaskan. Oleh itu, perniagaan batik ini perlu memenuhi
sebahagian daripada kehendak mereka agar mereka dapat hidup dengan lebih mewah dan seronok.

Di samping itu, perniagaan batik tersebut berupaya mengekalkan warisan budaya masyarakat
Melayu. Sepertimana ramai telah tahu, warisan budaya masyarkat Melayu semakin hari semakin
pupus dari muka bumi Malaysia ini disebabkan perkembangan dan kemajuan dunia sains dan
teknologi pada zaman globalisasi yang serba moden pada hari ini lebih-lebih dengan perluasan
‘jajahan takluk’ muzik dan budaya Barat. Dengan adanya perniagaan Batik Village ini, satu budaya
masyarakat Melayu yang juga merupakan satu lambang kreativiti dan keaslian rakyat sebegini akan
terus dikekalkan agar tidak hilang dari mata dunia ini.

Seterusnya, perniagaan batik ini juga mampu meluaskan serta menawarkan peluang pekerjaan yang
lebih banyak kepada rakyat. Peluang pekerjaan yang dimaksudkan boleh merangkumi pelbagai jenis
daripada pengurus hinggalah ke pekerja biasa. Dengan adanya perkembangan peluang pekerjaan,
kadar pengangguran negara juga dapat dikurangkan di kalangan rakyat dan memajukan serta
mengekalkan kesejahteraan negara Malaysia yang kian sedang membangun daripada kemunduran
yang sedang dialaminya.

Batik Village juga merupakan tumpuan pelancongan negeri (Nama Tempat). Ramai pelancong
terpesona dengan kecantikan batik. Mereka juga suka melihat dan mencuba untuk mewarna batik
tersendiri. Ini merupakan suatu tarikan yang unik dan hanya terdapat dijumpai di Malaysia.

Prospek

Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pengurus dan pekerja yang terbabit untuk
menghasilkan keaslian dan kesenian batik ini. Antara cabaran atau kekangan yang telah
dikemukakan oleh orang sumber adalah kenaikan harga bahan mentah. Dengan peningkatan harga
bahan mentah seperti petroleum, rakyat Malaysia terpaksa membayar lebih untuk menjalani hidup
seperti sediakala. Untuk mengatasi masalah kewangan yang mungkin dihadapi oleh segelintir
daripada mereka, mereka telah memilih untuk berjimat cermat dan hanya membeli barangan
keperluan asas. Apabila pelanggan kurang membeli kain batik yang diusahakan, semakin rugilah
peniaga batik ini.

Selain itu, mereka terpaksa bersaing dengan batim tiruan. Disebabkan harga batik tiruan yang lebih
rendah, kebanyakan pelanggan akan memilih untuk membeli batik tiruan ini dan kurang membeli
batik asli yang dijual di Batik Village. Masalah ini juga menyebabkan kepada penurunan permintaan
daripada pelanggan dan seterusnya menyebabkan kepada kerugian peniaga itu.

Cabaran untuk pekerja sememangnya adalah menyeksakan. Untuk menghasilkan corak batik yang
sempurna, pekerja memerlukan semangat yang kental untuk menahan keluhan yang dihadapi dan
juga tenaga yang banyak kerana mereka perlu berdiri dalam keadaan panas sepanjang hari untuk
bekerja. Penghasilan batik memerlukan kepada kesabaran yang tinggi dan ini bukanlah sesuatu yang
senang untuk dicari dalam kalangan masyarakat sekarang. Sememangnya tidak ramai yang mahu
mengusahakan batik ini dan ini menyebabkan kesukaran mencari pekerja tetap. Oleh itu, pengurus
terpaksa mengimport tenaga pekerja dari negara lain khususnya Indonesia.

Berdasarkan orang sumber, perniagaan ini tidak menerima apa-apa bantuan luar termasuklah agensi
kerajaan dan bukan kerajaan. Perniagaan tersebut hanyalah dijalankan dengan modal sendiri dan
sumbangan daripada orang ramai.

Perniagaan Batik Vilage ini telah mendapat respons yang agak bagus daripada orang ramai. Walau
bagaimanapun, orang sumber telah mengemukakan perasaannya yang tidak tahan akan kereneh
sesetengah pelanggan yang sentiasa meminta untuk dimurahkan harga kain batik yang dihasilkan.

Antara harapan yang telah disuarakan oleh orang sumber adalah keinginannya untuk mengekalkan
perniagaan batik itu agar warisan budaya masyarakat Melayu dapat dikekalkan dan sumber
pendapatannya tidak hilang. Selain itu, dia juga berharap agar perniagaannya dapat dimajukan dan
diperkembangkan. Ini adalah supaya warisan budaya masyarakat Melayu dapat dikukuhkan
kedudukannya di (Nama Tempat) dan meningkatkan dan memajukan tarafnya dan bisnes tersebut.

Saya juga telah mengemukakan beberapa harapan saya sendiri. Salah satu daripadanya adalah
supaya batik dapat dihasilkan dengan bantuan teknologi moden seperti penggunaan mesin untuk
mengecop dan merendam kain serta penggunaan komputer agar hasil batik yang dibuat akan
menjadi lebih tepat, cantik dan menarik. Dengan itu, lebih ramai pelanggan akan datang membeli
hasil batik tersebut dan mengembangkan perniagaannya dan sumber pendapatannya. Tambahan
lagi, penggunaan teknologi moden dapat mempercepatkan penghasilan batik dan seterusnya
menjimatkan masa. Apabila masa telah dijimatkan, lebih banyak batik yang dapat dihasilkan dalam
jangka masa yang pendek. Ini juga akan mengurangkan kos penghasilan batik.

Selain itu, saya juga berharap agar penduduk Malaysia lebih menghargai batik kerana batik
merupakan satu kegiatan ekonomi tradisional yang menjadi lambang kreativiti, kesenian dan
keaslian negara Malaysia ini. Sememangnya, ramai pelancong asing melancong ke negara kita untuk
mengetahui tentang kegiatan penghasilan batik ini dan seterusnya dapat memajukan institusi
pelancongan Malaysia serta membuat negara ini menjadi negara yang terkenal di mata dunia.

Rumusan
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan
menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan
bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah
berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang
aman dan damai seperti Malaysia.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan
pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang
mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak
pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya
selama ini.

Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat
bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak
perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai