Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Pengetahuan

Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa banyak usaha telah dilakukan oleh pihak
kerajaan bagi menjayakan projek jambatan ini. Majlis perasmian jambatan kedua pulau
pinang membuktikan bahawa kerajaan negara kita mampu menaiktarafkan kehidupan
rakyat dengan memperbaharui sistem pengangkutan di negara kita. Selain itu,saya juga
memperoleh banyak isu dan maklumat tentang majlis perasmian jambatan kedua pulau
pinang seperti latar belakang,faktor,kronologi,kesan dan sebagainya.

Nilai

Saya telah mempelajari tentang nilai kesyukuran melalui peristiwa majlis perasmian
jambatan kedua pulau pinang. Rakyat Pulau Pinang haruslah berterima kasih dan bersyukur
kerana dapat menggunakan jambatan ini yang dikenalikan sebagai mercu tanda kejuteraan
moden di Malaysia. Selain itu,nilai yang saya perolehi daripada peristiwa ini ialah nilai
bertanggungjawab, Sebagai contoh, pihak kerajaan telah membuat banyak sumbangan
dalam projek jambatan ini. Pihak kerajaan juga telah merasmikan jambatan untuk
membolehkan rakyat menggunakan jambatan ini dengan secepat mungkin.

Unsur patriotisme

Kita haruslah cinta akan negara kita kerana negara kita mempunyai jambatan kedua pulau
pinang yang mempunyai struktur yang unik. Jambatan ini telah banyak mengharumkan
nama nagara kita .Melalui peridtiwa majlis perasmian ini,kita juga mestilah bersemangat
kekitaan antara rakyat Malaysia . Kita mestilah hidup bersatu padu bersama rakyat Malysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bekerjasama untuk mempertahankan jambtan ini.

Harapan

Saya berharap jambatan kedua ini dapat dikekalkan dan dijaga dengan baik oleh pengguna-
pengguna jambatan jambatan ini. Selepas pembukaan jambatan ini, rakyat seharusnya
menggunakan jambatan ini dengan berhati-hati untuk memastikan keselamatan jambatan
ini. Rakyat juga harus menjaga kebersihan dan keindahan jambatan ini.Saya juga berharap
agar rakyat yang tinggal berdekatan jambatan kedua menyahut seruan kerajaan untuk
mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang dengan menggunakan jambatan ini
untuk ke destinasi.

Anda mungkin juga menyukai