Anda di halaman 1dari 13

Kajian Kes Sejarah

Tingkatan 2
Kesultanan Johor Riau

Nama : Muhammad Tarmizie bin Mohd


Abduh
Kelas : 2 Edinburgh
No. Maktab : CP 201069
Jadual Kerja
Bil. Perkara Halaman
1 Objektif Kajian 3
1.1 Kaedah Kajian 4
1.2 Pengenalan 5
1.3 Latar Belakang Pengasasan 6-7
Kesultanan Johor Riau
1.4 Faktor Kegemilangan 8-9
Kesultanan Johor Riau
1.5 Langkah-langkah untuk 10
Mempertabatkan Karya-karya
Persuratan Melayu
1.6 Huraian Sebab Mengapa Perlu 11
Memelihara
Kedaulatan Negara
2 Rumusan 12
3 Sumber Rujukan 13
Objektif Kajian
• Kajian ini dilakukan secara amnya ialah
untuk menambah pengetahuan tentang
sejarah Kesultanan Johor Riau.

• Menjelaskan latar belakang pengasas


Kesultanan Johor Riau dengan terperinci,
tepat, serta menunjukkan pengetahuan
dan pemahaman yang sangat luas
terhadap fakta sejarah.

• Menghuraikan faktor kegemilangan


Kesultanan Johor Riau dengan terperinci,
tepat, serta menunjukkan kesungguhan.

• Mencadangkan langkah-langkah yang


perlu diambil memartabatkan karya-
karya persuratan Melayu ke peringkat
antarabangsa.

• Menghuraikan sebab mengapa perlu


memelihara kedaulatan negara agar
kemakmuran dan kemajuan negara
terus terjamin.
Kaedah Kajian

Sebanyak 2 kaedah kajian telah dijalankan


untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci dan bersistematik.

1. Kaedah Analisis Dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari


Cikgu Zul untuk memastikan kesahihan
fakta yang ada. Dengan ini, penulisan
kajian saya tidak akan diragui akan
kebenarannya.

2. Kaedah Memuat Turun Internet

Saya turut menggunakan kemudahan ict


yang terdapat dalam negara kita
dengan melayari laman sesawang
produk yang dikaji malah turut memuat
turun bahan yang terdapat sebagai
rujukan. Dalam waktu yang sama, saya
juga menonton video yang menceritakan
tentang sejarah Kesultanan Johor Riau,
temubual dan yang lain-lain lagi.
Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh oleh waris


Kesultanan Melayu Melaka, mewarisi system
pemerintahan, pentadbiran, wilayah jajahan takluk
dan naungannya. Tradisi kegemilangan dan keagungan
kerajaan awal Alam Melayu. Raja Ali, putera Sultan
Mahmud Shah dan Tun Fatimah, gelaran Sultan
Alauddin Riayat Shah I (1528-1564). Bendahari Seri Nara
Diraja menghimpun rakyat membuka negeri di pesisir
Sungai Johor. Terdapat tiga pusat pemerintahan, yang
pertama Pusat Pemerinatahan Kota Kara, Pekan tua.
Diwarisi oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564)
dan diserang Portugis 1535. Kedua pula Pusat
Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang dan Sultan
Alauddin Riayat Shah I berundur ke sini. Pusat
pemerintahan ini selamat kerana kapal perang musuh
sukar melintasi sungai sempit. Yang ketiga ialah Pusat
Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama (Tanjung Batu).
Sultan Alauddin Riayat Shah (1540) yang mewarisnya.
Latar Belakang

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis
(Perang Tiga Segi/ Perang Seratus Tahun)
Persaingan ini terjadi untuk menguasai perdagangan di
Selat Melaka. Ia berakhir apabila Johor memberikan
bantuan Belanda mengalahkan Portugis dan menguasai
Melaka (1641). Acheh mengalami kemerosotan selepas
kemangkatan Sultan Iskandar Thani. Kemudian, Acheh
menyerang Johor kerana perdagangan Acheh tergugat;
Johor menyerang Portugis kerana hendak merampas
semula Melaka; Acheh menyerang Portugis kerana
Portugis hendak menguasai perdagangan Acheh;
Portugis menyerang Johor kerana adanya pakatan
Johor, Acheh.

2. Perang Johor-Jambi
Johor menuntut Tungal daripada JambiKrisis
peperangan berlaku dari 1659 Ke 1679. Kemudiannya,
Johor menyerang Jambi bulan Jun 1679.Jambi tewas
dan tanduk bawah kuasa Kesultanan Johor Riau yang
berpusat di Riau.

3. Konflik Pembesar
Konflik yang terjadi diantara Bendahara Tun Habib
Abdul Majid, Laksamana Tun Abdul Jamil untuk
menguasai peerintahan. Berakhir pula dengan
pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke
Terengganu. Selepas itu, Keturunan Bendahara
berpengaruh pemerintahan. Tun Habib meninggal dunia
dan dikenali Bendahara Padang Saujana. Bendahara
digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.

4. Ancaman Raja Kechil


Raja Kechil menyerang Johor (1718) menuntut takhta
kerajaan Johor. Mendakwa diri sebagai puteraa Sultan
Mahmud Shah I (Sultan Mahmud mangkat dijulang)
(1685-1699) dan mengisytiharkan diri sebagai Sultan
Johor Riau dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat
Shah. Untuk menuntut semula, Raja Sulaiman, putera
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV minta bantuan Opu
Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.
Raja Kechil dapat dikalahkan (4 Oktober 1722) Raja
Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan
gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (17222-
1760). Selepas kejadian itu, Daeng Merewah dilantik
sebagai Yang di-Pertuan Muda atau Yantuan Muda
Bugis yang pertama di Johor.
Faktor Kegemilangan

Terdapat 3 faktor :

1. Pusat Perdagangan yang Unggul


• Kedudukan yang strategik
• Tumpuan para pedagang
• Pusat pengumpulan dan
pengedaran Pelbagai barang
dagangan
• Kesibukan pelabuhan Johor Riau

2. Pengurusan Pelabuhan
• Kemudahan Pelabuhan
• Urusan jual beli
• Sistem naungan
• Peranan orang laut
• Kemudahan membaiki dan
membina kapal

3. Pusat Persuratan
• Karya Agong (Sulatus
Salatin,Hikayat Hang Tuah)
• Tokoh Persuratan (Tun Seri
Lanang)
• Karya Lain (Tajul Salatin)
Langkah-langkah untuk
Mempertabatkan Karya-karya
Persuratan Melayu

Langkah-langkah yang perlu dilakukan


untuk memartabatkan karya-karya melayu
ke peringkat antarabangsa antaranya ialah
menghantar pasukan atau individu
menyertai pertandingan mencipta karya
pada peringkat antarabangsa dengan
menyertai pertandingan ini akan dapat
melahirkan pakar dalam bidang ini.
Kerajaan dan swasta juga perlu
membanyakkan anjuran bengkel penulisan
supaya dapat mengcungkil bakat-bakat
baru dalam bidang persuratan. Selain
bengkel yang dianjurkan di peringkat
kebangsaan bakat-bakat baru dan lama
ditaja untuk menghadiri seminar karya
persuratan peringkat antarabangsa
Huraian Sebab Mengapa Perlu Memelihara
Kedaulatan Negara
Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk pelbagai
kaum, agama dan budaya.Walaupun pernah dijajah oleh
kuasa barat dan Jepun selama lebih empat abad, namun
hari iniMalaysia berdiri sebagai sebuah negara berdaulat.
Pada hari ini kita mempunyai hak dankuasa sepenuhnya
atas urusan pemerintahan dan pentadbiran negara kita
sendiri. Hal inibermakna kita tidak perlu mengikut telunjuk
mana-mana kuasa besar bagi menentukan arahdan hala tuju
negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun
sosial.Dari segi politik misalnya, kita dikatakan
mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidaklahseratus
peratus mengikut sistem demokrasi barat atau mana-mana
negara lain di dunia.Demokrasi yang diamalkan di negara
kita telah diubah suai mengikut acuan, keperluan dan
kepentingan masyarakat berbilang agama dan budaya
yang kita warisi sejak dahulu. Hal iniadalah semata-mata
untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan
rakyat.Kedaulatan negara ialah suatu yang perlu dijaga dan
dikekalkan. Negara yang masih dijajahsecara langsung atau
tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing
mengambarkankelemahan masyarakat dan pemimpin
negara tersebut. Hal ini menunjukkan kerendahanmaruah
bangsa dan negara tersebut pada mata dunia. Negara yang
dijajah bukan sahajadipandang hina bahkan tidak dapat
menjaga kepentingan rakyatnya kerana sumber kekayaan
negara akan dikuasai oleh penjajah atau orang asing. Hal
inilah yang telah berlaku semasanegara kita dijajah oleh
Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun pada masa dahulu.
Bukan itusahaja, bahkan banyak kekayaan warisan budaya
seni dan sastera negara kita telah dibawa keluar oleh
penjajah ke negara mereka.Menjaga dan menpertahankan
kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab semua
pihak termasuk pemerintah, masyarakat dan setiap individu
yang mengaku dirinya warganegara malaysia.
Rumusan

Antara yang saya faham dari kisah atau


cerita tentang kemegahan atau
kegemilangan Johor Riau ialah Johor Riau
adalah salah satu kerajaan tertua dalam
sejarah melayu. Johor Riau juga merupakan
sebuah Kawasan yang baik dari segi
kedudukannya.
Ia juga sebuah tempat perdagangan yang
selamat dikunjungi pada masa Ketika
dahulu. Walaupon kawasan Johor Riau ini
kecil, tetapi ia selamat dari ancaman luar
kerana di sekelilingnya terdapat pengawal-
pengawal yang menjaga keselamatan
kawasan itu.
Maka kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah berbangga dengan bersyukur
terhadap kebaikkan yang telah dibawa
oleh kerajaan Johor Riau kepada Malaysia
Rujukan
• https://anyflip.com/lraje/iimx/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Jo
hor#Nota
• https://www.slideshare.net/NORHAMIZA
HHAMIDUN/sejarah-persuratan-melayu-
johor-riau

Orang Sumber
• Kawan-kawan
• Cikgu Zul Tersayang

Anda mungkin juga menyukai