Anda di halaman 1dari 6

TAMADUN HWANG HO

FAKTA

1. Proses pembentukan tamadun Hwang Ho


2. Faktor semula jadi yang membantu pembentukan tamadun
Hwang Ho
3. Ciri-ciri penting tamadun Hwang Ho
(i) Petempatan kekal (Bandar)
(ii) Sistem pemerintahan (Pemerintahan beraja)
4. Sumbangan penting tamadun Hwang Ho
(i) Kemajuan dalam bidang pertanian
(ii) Amalan penggunaan kalendar

KBAT

1. Peranan sungai Hwang Ho terhadap pembentukan tamadun


Hwang Ho
2. Rasionalnya tamadun terbina di lembah sungai
3. Hubungkait keadaan semula jadi yang ada di sekitar lembah
Hwang Ho
dengan pembentukan tamadunnya.
4. Cara manusia hari ini memanfaatkan teknologi pertanian
dalam
tamadun Hwang Ho untuk memajukan pertanian pada hari ini.

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN

Jelaskan proses pembinaan tamadun Hwang Ho.


[4 markah]

Penduduk nomad membina petempatan kekal di kawasan sekitar lembah


Hwang Ho. Mereka menjalankan aktiviti pertanian, menternak binatang,
memungut hasil hutan dan memburu. Petempatan kekal ini melahirkan
bandar. Pembentukan bandar telah membawa kemajuan dari segi perluasan
wilayah dan penyebaran budaya. Akhirnya wujud organisasi sosial dan
pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan terbentuknya
sistem pemerintahan yang bertujuan mengawal masyarakat. Untuk
mengukuhkan kedudukan pemerintah, mereka mewujudkan agama dan
kepercayaan. Untuk melicinkan pentadbiran, mereka mencipta sistem tulisan.
Nyatakan keadaan semula jadi di sekitar lembah Hwang Ho.
[2 markah]
· Sungai Hwang Ho
· Lembangan Szechwan
· Teluk Bo Hai
· Laut Kuning

Bagaimanakah keadaan semula jadi yang terdapat di sekitarnya


membantu pembentukan tamadun Hwang Ho ?
[4 markah]

Sungai Hwang Ho membekalkan air untuk kegunaan harian.


Contohnya untuk mandi-manda, mencuci dan sebagai minuman. Selain itu air
sungai menjadi punca pengairan untuk pertanian. Sungai Hwang Ho juga
membekalkan sumber protin untuk dijadikan makanan kepada penduduk.
Contohnya, ikan, udang, ketam, kerang dan sebagainya.

Lembangan Szechwan mempunyai tanah yang subur untuk


pertanian. Penduduk memanfaatkan kesuburan tanah tersebut untuk
menanam pelbagai jenis tanaman makanan. Contohnya, padi, gandum, sekoi,
ubi dan lain-lain. Bekalan makanan yang cukup dapat menampung jumlah
penduduk yang ramai.

Teluk Bo Hai mempunyai laut yang tenang. Laut di persekitarannya


juga dalam. Hal ini menyebabkan kawasan muara sungai Hwang Ho sangat
sesuai untuk dijadikan pelabuhan. Kapal dagang berlabuh di kawasan teluk
tersebut kerana terlindung daripada tiupan angin kencang. Pedagang dari luar
datang berdagang ke Lembah Hwang Ho melalui Laut Kuning.

Terangkan peranan sungai Hwang Ho terhadap pembentukan


tamadun Hwang Ho.
[6 markah]

Sungai Hwang Ho melimpahkan mendapan lanar di tebingnya setiap


kali selepas musim banjir. Mendapan lanar menjadikan tanah di lembangan
amat subur. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian di lembah Hwang Ho.
Mereka menanam tanaman makanan seperti padi, gandum, jagung, ubi dan
lain-lain. Dengan itu mereka memperoleh bekalan makanan yang berlebihan.
Bekalan makanan yang banyak dapat menampung jumlah penduduk yang
ramai. Penduduk dari kawasan lain berhijrah untuk membina petempatan
kekal di situ.

Selain itu, sungai Hwang Ho membekalkan sumber air untuk


penduduk. Sungai Hwang Ho menjadi punca air untuk mengairi kawasan
pertanian yang kering. Penduduk membina sistem pengairan seperti tali air,
terusan dan peparitan untuk mengalirkan air sungai ke kawasan pertanian. Di
samping itu, air sungai juga menjadi sumber kegunaan harian penduduk.
Mereka menggunakan air sungai sebagai minuman, mandi-manda, mencuci
dan sebagainya.

Seterusnya, sungai Hwang Ho menjadi laluan perhubungan dan


pengangkutan. Sungai ini digunakan sebagai jalan untuk penduduk
mengangkut hasil pertanian dari Lembah Szechwan ke muara sungai untuk
didagangkan. Pedagang luar juga menggunakan sungai Hwang Ho untuk pergi
ke bandar-bandar yang terdapat di sekitar lembahnya.

Pada pandangan anda, mengapakah penduduk nomad membina


petempatan kekal di sekitar lembah Hwang Ho ?
[3 markah]

· Penduduk nomad membina petempatan kekal di sekitar lembah Hwang


Ho kerana kawasan tersebut mempunyai tanah yang subur. Contohnya, tanah
yang terhasil daripada mendapan lanar setiap kali selepas musim banjir. Hal
ini menyebabkan penduduk dapat menjalankan aktiviti pertanian. Mereka
menanam padi, gandum, ubi dan sebagainya. Oleh itu mereka mendapat
bekalan makanan yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang
ramai.

· Selain itu, mereka membina petempatan kekal di situ kerana sungai


Hwang Ho membekalkan sumber protein bagi penduduk. Contohnya, hidupan
sungai seperti ikan, udang, ketam, kerang dan lain-lain. Sumber protein ini
boleh dijadikan makanan.

· Di samping itu, sungai Hwang Ho membekalkan air untuk pengairan.


Air sungai disalurkan ke kawasan pertanian dengan menggunakan tali air,
peparitan dan kincir air. Tanaman dapat hidup subur dan mengeluarkan hasil
yang banyak.
· Air sungai juga menjadi sumber kegunaan harian. Contohnya, sebagai
minuman, untuk mandi-manda, mencuci dan sebagainya. Penduduk dapat
menikmati kemudahan yang selesa.

CIRI-CIRI TAMADUN HWANG HO

(i) Petempatan Kekal – Kemunculan Bandar

Nyatakan keunikan bandar Anyang berbanding bandar-bandar lain


di lembah Hwang Ho.
[2 markah]
· Bandarnya terletak di kawasan tanah tinggi
· Bandar ini menjadi pusat pentadbiran
· Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
· Menjadi tempat tinggal raja, pembesar dan golongan agama
· Rakyat tidak dibenarkan tinggal di bandar ini
· Bandar ini dikelilingi oleh perkampungan petani.
· Bandar ini dilengkapi tembok

(ii) Sistem Pemerintahan – Sistem Pemerintahan Beraja

Jelaskan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun Hwang Ho


[2 markah]

· Raja mempunyai kuasa tertinggi


· Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama
· Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbirannya
· Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
· Golongan bangsawan diberi kuasa mentadbir wilayah
· Bangsawan dibenar mewujudkan sistem cukai, pertahanan dan undang-
undang sendiri di wilayah pemerintahannya

Bagaimanakah raja-raja Dinasti Chou memastikan pembesar


tempatan memberikan taat setia mereka kepadanya ?
[2 markah]

· Mengarahkan pembesar melafazkan ikrar taat setia


· Memberikan hadiah kepada pembesar (kereta kuda, senjata gangsa,
hamba dan binatang)
· Meminta pembesar melindungi keselamatan raja
· Meminta pembesar memberikan bantuan tentera semasa perang
· Melantik pembesar menjadi ketua agama
· Memberikan hak kepada pembesar menjalankan upacara korban

SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

Nyatakan kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh


penduduk di Lembah Hwang Ho.
[2 markah]
· Menggunakan sistem pengairan
· Menggunakan peralatan pertanian (bajak, cangkul, sabit, dll)
· Menggunakan batas
· Menggunakan baja
· Menggunakan sistem teres
· Menggunakan sistem tanaman bergilir

Sejauhmanakah kita boleh memanfaatkan teknologi pertanian


dalam tamadun Hwang Ho untuk meningkatkan kemajuan
pertanian di negara kita ?
[6 markah]

Kita boleh menggunakan sistem pengairan untuk meningkatkan


kemajuan pertanian di negara kita. Sebagai contohnya, kita menggunakan tali
air, terusan dan peparitan untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan
pertanian yang kering. Hal ini menyebabkan kita dapat membekalkan air yang
cukup untuk tanaman. Usaha tersebut memberikan manfaat kepada negara
kerana kita dapat mengubah kawasan yang kering menjadi kawasan pertanian
yang produktif. Akhirnya, kita memperoleh bekalan makanan yang
mencukupi. Kita boleh menjimatkan dana negara kerana kita tidak perlu
bergantung kepada bekalan makanan yang diimport.

Kita juga boleh menggunakan batas dalam kegiatan penanaman.


Contohnya penggunaan batas dalam penanaman sayur, buah-buahan dan lai-
lain. Hal ini dapat mengelakkan tanaman musnah ditenggelami air apabila
musim hujan. Penggunaan batas sangat berguna kerana ia dapat
menghasilkan pengeluaran yang baik sepanjang tahun.

Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban


dunia pada hari ini.
[6 markah]

Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam sistem


pemerntahan. Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga hari ini.
Sistem pemerintahan monarki masih diamalkan oleh kebanyakan negara pada
hari ini. Raja mempunyai kuasa dalam perkara yang berkaitan politik,
ekonomi, sosial dan agama.

Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam penggunaan


teknologi pertanian. Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam
pembinaan sistem pengairan. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke
kawasan pertanian dan mengelakkan banjir. Selain itu, tamadun Hwang Ho
membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penggunaan cangkul
dan sabit. Peralatan pertanian mula dibuat daripada besi bagi menggantikan
peralatan kayu.

Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam penggunaan


tulisan. Penciptaan tulisan ideogram telah berkembang secara evolusi menjadi
tulisan sebagaimana yang terdapat pada hari ini. Tulisan digunakan dengan
meluas dalam bidang penulisan dan percetakan. Tulisan China juga diajar di
sekolah-sekolah.

Selain itu, tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan dalam aspek


kepercayaan. Antara kepercayaan yang masih berkekalan hingga ke hari ini
ialah pemujaan roh nenek moyang. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui
merupakan kepercyaan yang masih terdapat dalam masyarakat Cina hingga
ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai