Anda di halaman 1dari 12

BAB 2: ZAMAN AIR BATU

BAHAGIAN A

1. Istilah geologi diambil daripada bahasa Greek, iaitu geo dan logia. Perkataan logia
membawa maksud
A Bumi
B Hidupan
C Sains
D Purbakala

2. Rajah berikut berkaitan dengan pengkajian dalam bidang sejarah.

Bidang X

Mengkaji organisma di
bumi, sisa dan fosil.
A Paleontologi 古生物学
B Paleografi
C Monografi
D Epigrafi

3. Pelbagai perubahan telah dialami oleh bumi semenjak pembentukannya. Pembentukan tersebut
bermula sejak
A 2.3 bilion tahun lalu
B 3.5 bilion tahun lalu
C 4.2 bilion tahun lalu
D 4.6 bilion tahun lalu

4. Apakah haiwan yang hidup semasa Zaman Pleistosen?


A Woolly Mammoth
B Bison Occidentalis
C Crinoid Stone-lily
D Coiled Cephalopod

5. Antara berikut, apakah haiwan utama yang wujud di bumi sejak 18 000 tahun lalu?
I Kuda
II Gajah
III Ikan paus
IV Badak sumbu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. Apakah peristiwa yang berlaku di bumi pada 94 juta tahun lalu?


A Kepupusan dinosaur
B Kewujudan kucing
C Kelahiran sloth
D Kemunculan amfibia

7. Bentuk fizikal bumi berubah menjadi daratan dan lautan. Apakah faktor yang mempengaruhi
perubahan tersebut?
A Glasier
B Hujan
C Iklim
D Banjir

8. Maklumat berikut berkaitan dengan kewujudan lautan.

Kawasan air masin

Kawasan tersebut meliputi ___________________


A 55 peratus bentuk muka bumi
B 69 peratus bentuk muka bumi
C 71 peratus bentuk muka bumi
D 81 peratus bentuk muka bumi

Daratan 29%

9. Apakah istilah yang sesuai digunakan dengan pernyataan berikut?

 Bahagian perairan laut yang menghala ke daratan.


 Kawasannya dibatasi oleh daratan.
A Selat
B Teluk
C Lembah
D Banjaran

10. Bilakah padang rumput dan savana terbentuk?


A Zaman Pleistosen
B Zaman Holosen
C Zaman Pliosen
D Zaman Miosen

11. Kawasan berikut wujud di Amerika Syarikat.

Grand Canyon

A Zaman Holosen
B Zaman Miosen
C Zaman Pliosen
D Zaman Plestosen

12. Bagaimanakah suhu dunia antara 23 juta hingga 5 juta tahun lalu?
A Penyejukan global
B Panas dan kering
C Sejuk dan panas
D Sejuk dan beku

13. Teori Milankovitch telah diperkenalkan oleh Milutin Milankovitch (1879 - 1958). Kandungan teori
tersebut adalah berkaitan dengan ______________
A Kesan pusingan bulan
B Kesan pusingan bumi
C Kesan pemanasan air batu
D Kesan pengeringan air laut

14. Pernyataan berikut berkaitan dengan proses pengglasieran.

Berlaku antara 2.5 juta hingga


10 000 tahun lalu
Proses tersebut berlaku sebanyak
A 8 kali
B 9 kali
C 10 kali
D 11 kali

15. Penghijrahan manusia ke Australia berlaku sekitar 50 000 tahun yang lalu. Bilakah penghijrahan
tersebut berlaku?
A Zaman Miosen
B Zaman Pliosen
C Zaman Holosen
D Zaman Pliestosen

16. Rajah berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku pada Zaman Air Batu.

Zaman X

Manusia mengetahui cara


mendapatkan makanan.

Bagaimanakah makanan diperolehi?


A Melalui hasil hutan
B Melalui perburuan
C Melalui penanaman
D Melalui perdagangan

17. Apakah tulisan yang terawal sekali dihasilkan oleh manusia?


A Kuneiform
B Ideogram
C Hieroglif
D Piktograf

18. Hidupan berikut boleh ditemui semasa Zaman Air Batu.

Trilobite Eurypterids

Bilakah tempoh masa kewujudan hidupan tersebut?


A 200 juta tahun lalu
B 300 juta tahun lalu
C 400 juta tahun lalu
D 500 juta tahun lalu

19. Ahli sains berpendapat bahawa peningkatan suhu bumi berlaku pada setiap 50 tahun. Berapakah
jumlah peningkatan tersebut?
A Enam darjah selsius
B Tujuh darjah selsius
C Lapan darjah selsius
D Sembilan darjah selsius

20. Haiwan-haiwan berikut wujud pada Zaman Air Batu.

 Mamot Berbulu
 Badak
 Singa

Apakah kawasan yang menjadi tumpuan haiwan tersebut?


A Gunung ganang
B Dataran tinggi
C Tanah pamah
D Kepulauan
SOALAN STRUKTUR

1 Pernyataan di bawah berkaitan Zaman Holosen

Zaman Holosen merupakan peringkat terakhir Zaman Air Batu. Zaman ini
berterusan sehingga ke hari ini yang menyaksikan proses kecairan air batu
berlaku.

(Buku teks m.s 30-39)

(a) Senaraikan tiga ciri Zaman Holosen.

(i) F1: Bermula sejak 10,000 tahun dahulu hingga kini

(ii) F2: Berlaku kemajuan dalam kehidupan manusia seperti mendapatkan


makanan melalui pertanian.
(iii)
F3: Penciptaan roda dan sistem tulisan seperti tulisan kuneiform

F4: Tamadun manusia mula berkembangan dalam keagamaan / pendidikan /


pentadbiran / undang-undang

(3 markah)

(b) Mengapakah pemanasan global semakin serius pada masa kini?

F1: Garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun

F2: Suhu bumi menurun ke tahap membeku dalam jangka masa yang
lama.

F3: Sebahagian besar bumi terutama di Kutub Utara dan Kutub Selatan
yang diliputi air batu yang tebal.

F4: Lapisan ais menyebabkan kawasan air batu menjadi luas di


kawasan kutub dan pergunungan

(3 markah)

(c) Pada pendapat anda, apakah peranan manusia untuk mengurangkan pemanasan
global?

F1: Mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan


atmosfera.

F2: Mendidik masyarakat untuk menghargai alam sekitar

F3: Menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas bagi mengelak


pembakaran terbuka.

F4: Mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

F5: Menggunakan sumber tenaga yang diperbaharui

(4 markah)
2 Bumi mula mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu yang menyebabkan
peningkatan suhu dunia dan menandakan berakhirnya Zaman Air Batu Akhir.

(Buku teks m.s 34-35)

(a) Senaraikan tiga ciri Zaman Air Batu Akhir

(i) F1: Bumi mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu

(ii) F2: Berlaku kecairan air batu yang menyebabkan proses pengglasieran
yang berubah rupa bentuk fizikal bumi.
(iii)
F2: Paras air laut meningkat akibat pencairan air batu.

F3: Pembentukan bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi seperti


tasik/pulau

F4: Haiwan dan tumbuhan terpisah di kawasan yang berbeza


(3 markah)

(b) Apakah kesan perubahan cuaca yang tidak lagi sejuk kepada ciri fizikal dan
hidupan di bumi?

F1: Air batu yang cair akibat glasier telah membawa bersama-sama batu
dan tanah semasa menuruni tanah tinggi

F2: Berlaku kenaikan paras air laut

F3: Kecairan air batu telah membentuk tasik-tasik air tawar seperti Great
Lakes di Kanada/ Tasik Dayang Bunting di Malaysia

F4: Kepupusan binatang yang hidup di Zaman Pleistosen seperti


mamot/sloth/harimau bertaring

F5: Manusia bergerak keluar dari benua Afrika ke benua Eropah dan
benua Asia

(3 markah)

(c) Bagaimanakah pemanasan global boleh menjejaskan kehidupan manusia?

F1: Peningkatan paras air laut telah menenggelamkan petempatan


manusia di kawasan rendah.

F2: Perubahan iklim yang ekstrem dan sukar dijangkakan seperti


banjir/kemarau panjang/rebut taufan.

F3: Kos kehidupan semakin meningkat disebabkan faktor perubahan


cuaca seperti pemasangan penghawa dingin kerana musim panas.

F4: Kesan kemarau telah menjejaskan sumber bekalan makanan


manusia akibat kemusnahan kawasan pertanian.

F5: Negara-negara kecil dan miskin yang bergantung kepada hasil


pertanian dan penternakan menanggung banyak kerugian akibat
pemanasan global
(4 markah)
1. Kemajuan dalam bidang tertentu dapat membantu kita membuat penyelidikan tentang
perubahan yang berlaku pada bumi. (m.s 26 - 29)

(a) Jelaskan bidang-bidang yang dimaksudkan? (4 Markah)

F1 Paleontologi iaitu ilmu yang mengkaji tentang organisma yang pernah


hidup di bumi, sisa atau fosil.

F2 Geologi ilmu yang mengkaji tentang pembentukan bumi.

F3 Arkeologi

F4 Kimia

F5 Fizik

(b) Terangkan pengaruh iklim terhadap perubahan bentuk fizikal bumi. (8 Markah)

F1 Mempengaruhi perubahan bentuk fizikal muka bumi


H1 Menjadi daratan
H2 Menjadi lautan
H3 Daratan terdiri daripada gunung
H4 Banjaran dan bukit
H5 Tanah pamah
H6 Lembah
H7 Sungai
H8 Lautan terdiri daripada laut
H9 Selat
H10 Teluk

F2 Lautan merupakan kawasan air masin


H1 Meliputi 71 peratus bentuk muka bumi
H2 Terdapat lima lautan di dunia
H3 Lautan Pasifik
H4 Lautan Atlantik
H5 Lautan Hindi
H6 Lautan Selatan
H7 Lautan Artik

F3 Selat merupakan kawasan perairan sempit


H1 Memisahkan dua kawasan darat

F4 Teluk merupakan bahagian perairan laut yang menghala ke daratan


H1 Kawasannya dibatasi oleh daratan

(c) Mengapakah kita perlu menghargai alam sekitar?


Beri pendapat anda. (8 Markah)

F1 Mengekalkan kawasan habitat


H1 Tempat tinggal pelbagai makhluk
F2 Membekalkan sumber makanan dan minuman
H2 Menjamin kelangsungan hidup
F3 Mengelakkan pencemaran
H3 Mewujudkan kehidupan yang sihat
F4 Mengelakkan bencana alam
H4 Menjamin kawasan petempatan yang selamat

SOALAN ESEI
2. Gambar menunjukkan Zaman Air Batu yang wujud sejak 900 juta tahun lampau. (m.s 30 - 31)

(a) Jelaskan tahap Zaman Air Batu seperti berikut

(i) Zaman Miosen (3 Markah)


F1 Berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu
F2 Gunung-ganang hari ini terbentuk secara fizikal
F3 Mamalia telah berkembang di muka bumi
F4 Hidupan air telah wujud
F5 Suhu dunia panas dan kering

(ii) Zaman Pliosen (3 Markah)


F1 Berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu
F2 Berlaku penyejukan global
F3 Pengeringan alam sekitar
F4 Penyebaran Padang rumput dan savanna
F5 Penghijrahan Haiwan dan tumbuhan ke habitat baru
F6 Jambatan darat Panama antara Amerika Utara –Amerika
Selatan terbentuk
F7 Dataran Tinggi terbentuk seperti dataran tinggi Colorado dikenali Grand
Canyon

(b) Air batu mulai cair apabila suhu dunia meningkat.


Jelaskan kesan pencairan air batu terhadap dunia. (6 Markah)

F1 Paras Air Laut Meningkat


F2 Kawasan daratan menjadi kecil
F3 Tempat kediaman manusia dan habitat haiwan
berkurangan
F4 Pulau terbentuk/ Tasik terbentuk
F5 Bukit bukau muncul
F6 Manusia menjalankan kegiatan pertanian/Penternakan
F7 Aktiviti pengeluaran makanan berlaku

(c) Huraikan iktibar yang diperoleh daripada perubahan Zaman Air Batu
terhadap bentuk fizikal bumi dan hidupan. (8 Markah)

F1 Manusia perlu bersama-sama dalam mengekalkan kelestarian alam


sekitar.

F2 Manusia perlu bijak mengurus hal ehwal penjagaan bumi daripada


berlaku kemusnahan.

F3 Pemanasan alam sekitar yang berlaku di dunia perlu dikawal bagi


mengelakkan peningkatan aras laut.

F4 Manusia perlu mempunyai sikap sayang akan alam sekitar.

F5 Manusia bertanggungjawab memelihara bumi.

F6 Manusia tidak boleh melakukan pencemaran alam kerana memberi


kesan yang buruk kepada bumi dan hidupan.

F7 Setiap pihak perlu mengadakan ciptaan dan inovasi bagi memanfaatkan


sisa buangan dari mencemari muka bumi.

F8 Pemimpin dunia wajar berganding bahu memulihkan ekosistem bumi


bagi mengurangkan kesan rumah hijau.

Anda mungkin juga menyukai