Anda di halaman 1dari 1

Anda dikehendaki menulis berita tentang rompakan yang berlaku di sebuah pasar raya

terkenal.
Sebagai
wartawan,
tulis
berita
itu
selengkapnya.
Kuala Lumpur,25 DISEMBER Sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Young telah
dirompak malam semalam.Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam pukul 8
malam.Menurut pengurus pasar raya tersebut,sebuah konsert istimewa telah diadakan
bersempena
dengan
Hari
Natal
ketika
kejadian
rompakan
berlaku.
Menurut salah seorang pegawai keselamatan,perompak-perompak telah memasuki pasar
raya dengan menyamar sebagai Santa Claus dan mengatakan akan membuat
persembahan.Mereka turut membawa beg-beg dan mengatakan di dalamnya ada hadiah
untuk kanak-kanak tetapi sebenarnya beg itu mengandungi senjata.Pegawai keselamatan
tidak
berasa
syak
dan
membenarkan
mereka
masuk.
Seorang saksi rompakan yang identitinya dirahsiakan menceritakan segala kejadian
kepada pihak polis.Menurutnya,ketika semua penonton konsert menyaksikan
persembahan,sedas tembakan telah mengejutkan semua penonton.Para penonton berasa
panik dan cuba melarikan diri.Semua orang berlari bertempiaran.Terdapat juga yang cuba
menelefon anggota polis.Perompak-perompak telah menahan beberapa kanak-kanak dan
mengugut
akan
mencederakan
mereka
jika
ada
yang
menelefon
polis.
Beberapa minit kemudian,sebuah lori datang bersama dengan beberapa lelaki yang
tertutup muka mereka.Mereka mengawasi pasar raya itu dari luar.Perompak-perompak di
dalam pasar raya telah bertindak dengan segera dan merompak sebanyak
mungkin.Seorang pengawal keselamatan ditembak mati kerana berjaya menghubungi pihak
polis.Perompak-perompak melarikan diri setelah mengetahui pihak polis akan tiba.
Tidak lama kemudian,pihak polis datang bersama ambulans.Menurut Encik Muhammad
Hahsan,Inspektor di kawasan Kuala Lumpur mengatakan beliau menyesal kerana nasi
sudah menjadi bubur.Menurut beliau lagi,pihak polis tidak dapat tiba pada masa yang tepat
akibat daripada kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kuala Lumpur.Beliau juga mengucapkan
takziah kepada pegawai keselamatan yang meninggal dunia kerana sanggup menghubungi
pihak
polis
tanpa
mengambil
kira
nyawanya
sendiri.
Dalam pada itu,beliau berkata polis sedang memburu penjenayah yang berbahaya
ini.Merujuknya lagi,pihak polis sedang menyiasat rompakan dan perompak-perompak
tersebut akan diberkas secepat mungkin.Beliau juga berkata ,Sepandai-pandai tupai
melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua,perompak-perompak pasti akan diberkas walaupun
mereka licik.Pihak polis akan merondai semua kawasan dari semasa ke semasa untuk
memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi

Anda mungkin juga menyukai