Anda di halaman 1dari 1

Sudah lama tidak hujan. Pada lewat malam itu, hujan turun dengan lebatnya.

Kini sudah masuk hari kedua, hujan masih terus turun. Adakalanya lebat dan ada
masanya pula renyai-renyai.
Pada malam ketiganya hujan turun lebih lebat daripada dua malam yang lalu.
Bunyi kerbau dan lembu serta kambing telah membangunkan saya daripada tidur.
Jeritan dan pekikan juga kedengaran.
“Banjir! Banjir! Pekik lolong orang di kampung saya. Tanpa membuang masa,
saya pun segera ke tingkap. Dengan bantuan cahaya bulan, saya dapati air telah
memasuki halaman rumah saya. Saya segera ke bilik ayah dan ibu. Rupa-rupanya
ayah dan ibu lebih awal berjaga dan sedang berkemas. Hujan terus turun, adakalanya
lebat dan adakalanya tidak.
Kedengaran Pak Halim memanggil kami untuk menaiki sampan beliau. Tanpa
banyak soal kami telah menumpang Pak Halim ke balai raya. Mujurlah balai raya ini
terletak di atas bukit. Semakin lama semakin siang dan semakin ramai mangsa banjir
yang dipindahkan.
Dari atas bukit itu, saya dapati rumah kami hanya Nampak bumbung sahaja.
Yang lain ditenggelami air. Ada antaranya pula yang dihanyutkannya oleh aru yang
deras. Binatang ternakan tidak dapat diselamatkan. Di sana sini kelihatan bangkainya.
Begitu juga dengan harta benda. Hanya sehelai sepinggang yang dapat kami
selamatkan.
Dua hari kemudian, barulah banjir mulai surut. Setelah seminggu berada di
pusat pemindahan, saya, ayah dan ibu pulang ke rumah. Kami mula membersihkan
rumah yang penuh dengan sampah. Ini merupakan pengalaman pahit yang tidak dapat
saya lupakan.

Anda mungkin juga menyukai