Anda di halaman 1dari 2

BANJIR DI KAMPUNG SAYA

Suasana malam itu amat sejuk sekali. Walaupun telah mengenakan baju yang tebal
dan berselimut, namun kesejukannya masih terasa. Sudah dua minggu hujan turun di
kampungku tanpa henti.

Tiba-tiba tidurku terganggu apabila ibu mengejutkan aku supaya bangun untuk
membantunya mengangangkat perabut rumah. Dengan mata yang masih mengantuk,
aku terus bangun. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati rumahku telah
dimasuki air. Aku segera mengejutkan abang yang masih lena walaupun telah
beberapa kali dikejutkan oleh ibu.

Di ruang tamu, aku dapati ayah dan ibu meletakkan barangan elektrik di tempat
yang lebih tinggi. Kata ayah, barangan elektrik akan rosak kalau ditenggelami air.
Tanpa berlengah lagi, aku dan abang turut sama membantu ayah meletakkan barang-
barang di tempat yang lebih tinggi. Kami amat bertuah kerana tinggal di rumah dua
tingkat.

Hujan masih belum reda. Ayah dan ibu kelihatan amat bimbang. Ramai jiran
kami yang telah dipindahkan ke balai raya. Tidak lama kemudian, kedengaran
seseorang mengetuk pintu rumah. Kali ini, aku lihat ayah kelihatan lega kerana
pasukan penyelamat telah tiba. Kini, kami sekeluarga pula akan dipindahkan ke balai
raya.

Ibu segera mengambil dokumen penting dan pakaian yang telah diletakkan di
dalam beg. Kami menaiki bot penyeleamat untuk ke balai raya. Ketika itu, jam
menunjukkan pukul tiga pagi. Suasana malam itu amat sunyi. Aku lihat, banyak rumah
yang ditenggelami air. Begitu juga dengan kenderaan penduduk kampung.

Setelah tiba di balai raya, ayah mendaftarkan diri dan mengambil tikar dan bantal
yang disediakan untuk kegunaan mangsa banjir. Suasana dib alai raya itu riuh-rendah
dengan tangisan bayi dan orang ramai. Oleh sebab terlalu mengantuk, akhirnya aku
tertidur juga.
Keesokan paginya, ibu mengejutkan aku untuk solat Subuh. Aku segera bangun
dan ke bilik air. Suasana di bilik air sedikit kurang selesa kerana sudah ramai mangsa
banjir yang hendak menggunakan bilik air. Aku menunggu giliranku dengan sabar.

Beberapa orang sukarelawan meminta kami mengambil sarapan pagi. Oleh


sebab perutku sudah berkeroncong, aku segera turun untuk mengambil sarapan pagi.
Kelihatan kaum ibu turut sama membantu sukarelawan menyediakan sarapan untuk
mangsa banjir.

Setelah tiga hari menginap di balai raya, akhirnya semua mangsa banjir menarik
nafas lega setelah dimaklumkan banjir telah surut. Semua mangsa banjir dibenarkan
pulang ke rumah masing-masing.

Setelah tiba di rumah, kami bergotong-royong membasuh rumah dan membuang


perabot yang telah rosak. Pihak bomba juga turut sama membantu orang ramai
dengan memancutkan air untuk menghilangkan lumpur yang melekat pada rumah.

Demikianlah kawan-kawan tentang kejadian banjir di kampung saya. Sekian,


terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai