Anda di halaman 1dari 128

Celau

Kartina a/p kedah

Aku merupakan seorang gadis kampung yang hidup sederhana.


Sudah empat tahun ayah meninggalkan keluarga. Kini mak hanya
berkerja di kebun dengan bercucuk tanam . Mak sering membantu
abang sulung dan abang kedua di kebun seperti menanam
halia,pisang,lada,getah dan sebagainya. Mak lebih gemar berada
dikebun berbanding di rumah. Setiap kali ,aku pulang mak sering
mengajakku ke kebun untuk bermalam. Aku dapat membantu mak
menebas kebun. Abang keduaku sering memberi duit belanja setiap
bulan kepada mak dan aku.

Keputusan SPM banyak membantu untuk aku melanjutkan


pelajran ke Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan sesuai
dengan cita-citaku ingin menjadi seorang pendidik kepada bangsa ku
bagi memajukan taraf pendidikan masyarakat Orang Asli. Mak dan
keluarga sangat gembira . kini aku menjadi penuntut. Aku juga
bertekad untuk menghabiskan pengajian dengan baik untuk
memenuhi hasrat dan cita-citaku. Aku bersyukur walaupun
kehidupan agak susah dan dipenuhi liku-liku yang pahit getir tapi
boleh berjaya seperti bangsa lain di tanah air tercinta ini.

Pagi jumaat yang penuh ceria,membangkitkan semangat untuk


mengikuti kelas Pendidikan Jasmani di padang. Rutin sebagai pelajar
di institut pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan sangat
menyeronokkan kerana suasana lebih baik berbanding di Institut yang
lain. Walau bagaimanapun, tugas yang dilakukan hampir sama, setiap
pelajar juga dibekal tugasan yang sama bezanya hanya elaun . Kelas
berjalan di padang dengan berlangsungnya satu perlawanan bola
jarring. Pada semester ini, kelas kami hanya memiliki lima belas orang
dalam satu unit.

Aku tidak sabar menunggu waktu pulang dari institut


pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan ke Kuala Rompin pada
hari jumaat kerana ingin turut serta bersama keluarga ke Rompin bagi
mencari udang dan juga bertujuan menghantar abang ipar berubat di
rumah Nenek Puyuh. Aku menumpang seorang kakak senior atas
yang bernama Julienabila untuk pulang ke Rompin. Kebetulan pada
masa itu, kakak jue juga ada urusan di Muadzam . Pelbagai topik yang
kami bualkan setelah tiba di bandar aku sudah mengenal kereta yang
dipankir berdekatan pasar raya Tunas Manja.
Tibanya ,di kawasan sungai . Aku terpanah dengan keindahan
suasana yang terdapat rumah rakit yang berada nun di seberang
sungai. Walau pun kelihatan kecil tetapi binaan rumah rakit itu sangat
cantik dipandang mata. Dinding rumah rakit dikeliling dengan kayu
dan buluh yang dicicap menjadi dinding. Manakala lantai dibuat
daripada kayu durian hutan yang isinya berwarna hijau.

Setelah selesai membeli barang,keluarga aku bergerak


menunjuk ke Kuala Rompin dan kebetulan tempat yang ingin kami
tuju berdekatan dengan kampung abang iparku di Kg Jemeri. Kami
pergi ke sana sebentar. Sebelum bertolak ke rumah rakit, kami terpaksa
meninggalkan kenderaan kecil kerana laluan menuju kawasan rumah
nenek tidak sesuai. kami meluru laju dengan pacuan 4 roda kerana
petang sudah mula gelap .

Laluan ke kawasan Sg Kuala Rompin dipenuhi dengan


pemancing dan nelayan yang memungut hasil sungai seperti ikan dan
udang . perjalanan mengambil masa 30 minit dan kami tiba jam 6;30
petang. Dari jauh ,pemandangan yang sangat cantik den juga terdapat
sebuah rumah rakit di seberang Sg Kuala Rompin. Petang itu, Pak
Awen dan Nenek puyuh menjemput kami sekeluarga ke rumah rakit.
Pak awen membawa motor butnya menuju ke rumah rakit.
Hari sudah mulai gelap,aku dan kakakku menyediakan
makanan malam dan sebehagian keluarga ku mendirikan khemah di
seberang sungai. Selesai makan, aku mulai mengemas dapur dan
menyediakan minuman kepada Pak Awen dan Nenek Puyuh. Ada
juga sebahagian keluarga ku sudah mengayuh sampan untuk pulang
ke khemah masing-masing. Pelbagai perkara yang dibualkan Pak
Awen dan Nenek Puyuh. Berkait dengan sungai Rompin, Nenek
Puyuh bercerita tentang buaya yang menjaga kawasan sungai rompin.
Apabila mengetahui tentang itu, seram sejuk dibuatnya ,kerana aku
dan keluarga akan bermalam di rumah rakit dan sebahagian di tebing
sungai rompin.

Keluargaku mula melakukan akitiviti memancing pada waktu


malam di kawasan tebing. Kami hanya sekadar mendengar cerita dan
berbual bersama Pak Awen dan Nenek Puyuh di rumah rakit yang
hanya diterangi lampu pelita. Jam 10:30 malam ,kami mula tidur
dengan nyenyak. Suasana malam yang indah dan sesakli sekala sungai
dipukul oleh gelombang daripada motor but yang melalui kawasan
rumah rakit tersebut.

Di seberang sungai, sebahagian keluargaku masih riuh dan


bunyi suara sahut-menyahut kedengaran dari rumah rakit Nenek
Puyuh. Keadaan mula sunyi kerana ada sebahagian sudah mula tidur.
Malam itu, Pak Cik Harim suka memancing sehingga tidak sedar
bahawa jam sudah menunjukkan angka 12 malam. Bukan hanya Pak
Cik Harim sahaja ada juga beberapa orang lagi asyik sibuk memancing.
Pak Cik Harim memancing agak jauh dari tempat khemah.

Malam itu juga,kedengaran bunyi enjin motor but dari arah hilir
sungai menuju ke rumah rakit Nenek Puyuh. Nenek puyuh membuka
pintu dan terlibat kelibat anak angkatnya yang berbangsa Melayu
Layanan Nenek Puyuh sangat akrab seperti ibu dan anak. Bahkan
Nenek Puyuh sudah menganggap anak angkatnya sebagai anak
kandung. Nenek Puyuh menyuruh aku menyediakan minuman untuk
dihidangkan kepada anak angkat dan beberapa orang yang turut serta
malam itu. Setelah agak lama berborak , anak angkatnya turut
bermalam di rumah rakit yang tidak jauh dari pintu depan hanya lima
langkah sahaja.

Pak Cik Harim pergi ke kawasan berdekatan khemah untuk


mengambil umpan busuk yang di bawanya dari rumah. Udang busuk
menjadi umpan busuk yang dibawanya. Dek tak tahan dengan bau
umpan tersebut , ada beberapa kaum lelaki dan wanita ketawa
terbahak-bahak. Ketika itu, Pak Cik Harim sudah pun meletakkan
umpan busuk di mata kailnya.Oleh kerana terlalu busuk. Setelah itu,
terus Pak Cik Harim menyapu-yapu tangannya yang busuk akibat
umpan udang busuk ke atas tanah. Pak Cik Harim mula membuat
lawak yang menambah lagi gelak tawa dengan caranya menyapu
umpan busuk yang melekat di tangannya ke orang disekelilingnya.
Mereka berkejaran di kawasan khemah .Orang yang ada di situ ketawa
tidak henti-henti. Mereka ketawa kerana Pak Cik Harim sanggup
membawa umpan busuknya untuk memancing. Pak Cik Harim turut
terketawa dan berlalu ke kawasan memancing tadi.

Sedang asyik leka memancing, kedengaran bunyi sesuatu


menyambar jorannya. Alangkah terkejutnya Pak Cik Harim apabila
melihat jelmaan seperti seekor buaya. Namun keadaan gelap yang
mebuatkan pemandangan agak kabur . tanpa melenggahkan masa ,Pak
Cik Harim terus mencampak Jorannya ke dalam sungai dan bergegas
lari ke kawasan khemah. Pak Cik Harim berasa sangat takut. Tiba di
khemah, Pak Cik Harim terus memberitahu yang lain tentang
kejadiaan yang telah berlaku dalam keadaan ketakutan.

Tepat jam dua pagi, Pak Awen sudah terbangun akibat risau
dengan keadaan air pasang dan hujan yang lebat. Hati Pak Awen
sangat takut akan enjin motor butnya tenggelam.Pak Awen juga
seorang nelayan kecil di Kuala Sg Rompin.Nenek Puyuh membantu
Pak Awen membuang air dalam sampan kolek daripada tenggelam
dalam sungai yang keruh. Tambahan pula, hujan dan kilat sambung
,menyambung menambah gundah hati kedua-dua pasangan itu.
Malam itu ,nenek Puyuh dan Pak Awen tidak datang tidur dengan
nyenyak tambahan lagi kehadiran tetamu mereka yang ingin berubat.
Pak Awen sudah menyangkal bahawa rebut dan kilat malam tersebut
akibat celau. Tanpa membuang masa Pak Awen segera membaca
tangkal rebut di pintu bahagian dapur di rumah rakitnya.

Akibat kilat dan hujan lebat,aku terbangun dari tidur yang lena
. Dari cahaya sambar, aku terlihat susuk tubuh seseorang di pintu
dapur. Aku sudah dapat meneka siapa yang berdiri di pintu dapur.
Seseorang yang risau dengan ribut.Hatiku turut risau dan pelbagai
perasaan yang bercampur kerana ini kali pertama aku bermalam di
rumah rakit. Dari jauh aku dapat melihat Pak Awen membaca sesuatu.
Namun keadaan ,masih sama. Kelihatan Pak Awen kebinggungan
dengan keadaan hujan yang mendadak serta tanpa henti itu.

Sehingga jam 12 tengah hari ,paras air sungai Rompin semakin


meningkat kerana ada beberapa orang penduduk dari Kg RPS Kedaik
sudah terperangkap di sungai dan laluan utama kami keluar juga
sudah dinaiki air. Namun ,kenderaan pacuan empat roda terus
memecut laju untuk keluar ke kawasan yang lebih selamat. Akhirnya
selamat juga kami keluar dari kawasan itu.

Keesokkan harinya,keadaan cuaca agak buruk kerana hujan


tidak berhenti dan kelihatan air sungai mulai naik. Air sungai mulai
keruh dan beberapa sampan sudah ditelami. Keadaan semakin reda
namun keluargaku perlu meminta maaf dan pergi ke rumah rakit
Nenek Puyuh kerana dia telah membaca tangkal. Pak Cik Harim tidak
lagi membuat perkara yang tidak bagi kerana takut berlaku lagi
peristiwa yang membuatnya sedar bahawa sesuatu yang berlaku
haruslah dengan niat yang betul.
Rupa-rupanya ,Pak Awen sudah mengetahui bala yang
menimpa melalui hujan lebat dan kilat itu angkara Pak Cik Harim.
Namun Pak Awen tidak menyalahkan Pak Cik Harim kerana dia tahu
orang baru apabila tiba disesuatu tempat tidak mengetahui tentang
sekeliling ditempat baharu.

Pak Awen dan Nenek Puyuh mengubat abang iparku yang


dipercayai telah disihir oleh orang. Pak Awen sudah memberitahu
bahawa akan mengubat sehingga sembuh . Pak Awen mempunyai
ilmu perubatan tradisional masyarakat orang asli melalui tarian
sewang pada waktu malam. Terdapat juga beberapa pantang iaitu
semasa berlangsungnya upacara mengubat tidak boleh dihadiri oleh
orang luar kerana boleh mengundang nasib yang tidak baik.

Pengajaran dan nilai :


jika kita baharu tiba di kawasan yang tidak pernah dikunjungi ,kita
haruslah berbuat sesuatu yang baik. Sesuatu yang mendatangkan
keburukan apabila seseorang berniat untuk menggunakan cara yang
tidak baik untuk mendapatkan sesuatu di kawasan yang baru.

Glosari
1) Celau
-mengikut kepercayaan orang Asli suku kaum Temuan,celau
berlaku akibat perbuatan yang tidak baik seperti bencana yang
berlaku akibat perbuatan manusia yang ketawa terbahak-bahak
sehingga menimbulkan ribut besar. Merujuk kamus,bermaksud
celaka dan sial.
2) Tangkal- mantera yang dibaca untuk menyembuh dan
meredakan sesuatu bencana mahupun penyakit. Merujuk
kamus,sesuatu yang digunakan untuk menangkal atau menolak
bala,penyakit dan sebagainya.
3) Cicap/mencicap-perbuatan menjadikan sesuatu menjadi leper.
4) Sambar/menyambar-menangkap dengan paruh atau dengan
kuku sambil terbang.

Gadu Wam

Norhayati a/p Jidin

“aduh!!! Sakitnya kepalaku ini. Rasa pening-pening pula.” Kata


sepupuku si Mira
‘’kau okey ke Mira?’’ soalku. Aku yang berada tidak jauh
dengan Mira berasa hairan lalu menghampirinya sambil mengusap-
usap kepalanya.
’’Entahlah. aku pun tidak tahu mengapa kepalaku asyik
berdenyut-denyut saja sejak dari.” Jelas Mira.
Tiba-tiba muncul pula aki yang baru sahaja pulang dari
belakang rumah lalu berkata.
‘’Kemana sahaja kalian berdua pergi senja-senja begini baru
pulang ?’’ soal aki dengan tegas.
Aku mula merasa gelisah dan takut jikalau aki akan memarahi
kami berdua.
‘’Errr….Kami berdua baru pulang dari bermandi-manda di
Gadu Wam aki..” Jawabku dengan gagap.
‘’Apa Gadu Wam?! Berapa kali aki sudah beritahu kamu berdua
jangan pergi ke tempat itu!’’ bentak aki dengan kuat.
Aku dan Mira hanya berdiri kaku dengan menundukkan kepala
ke bawah kerana tidak berani memandang ke wajah aki yang sedang
marah.
‘’Tengok muka si Mira ini kenapa kelihatan pucat?’’ Soal aki.
‘’Mira sakit kepalalah aki’’ Jawab Mira dengan lemah.
‘’Itulah padahnya kalian berdua, nasihat senang dari aki pun
kalian susah nak dengar! Tengok sekarang si Mira sudah sakit
kepala’’.Marah aki lagi.
‘’Sudah pergi masuk, bersihkan diri kalian, lepas itu tolong
nenek kamu didapur’’. Arah aki ringkas.
‘’Itulah kau Mira, aku dah pesan tadi jangan mandi di Gadu
Wam tadi, tapi kau berdegil juga. Tengok sekarang tak pasal-pasal
kena marah dengan aki’’. ulasku dengan perlahan.
Mira hanya menganguk perlahan, terus berlalu pergi masuk ke
biliknya.
Seperti kebiasaannya selepas membersihkan diri, aku dan Mira
akan menolong nenek di dapur untuk menyiapkan hidangan untuk
makan bersama-sama. Tetapi pada hari itu aku berasa sedikit janggal
kerana kelibat si Mira tidak kelihatan. Lalu aku pun bergegas ke
biliknya.
Aku membuka daun pintu bilik Mira dengan perlahan-lahan.
Aku melihat sekujur tubuh yang baring diselimuti dengan sehelai
selimut, tanpa berlenggah aku pun terus menyapa Mira.
‘’Mira kenapa kau masih di dalam bilik ni. Kau tidak mahu
makan ke?’’ soalku ringkas.
Aku hairan, kerana tiada apa-apa jawapan dari Mira. Lalu, aku
terus mendekatinya lalu memegang bahunya. Aku mendapati badan
Mira sangat panas. Aku cemas. Segera aku memanggil aki dan
nenekku. Lantas, aki pun segara menghantar Mira ke klinik yang
terletak di hujung kampung.
Selepas dua hari kemudian, keadaan Mira beransur pulih. Mira
sudah bertenaga seperti hari-hari biasanya. Aku mengajak Mira
meronda-ronda mengelilingi kampung dengan menaiki motor. Tepat
pukul 6 petang aku dengan Mira pun pulang kerana takut terlewat
sampai ke rumah, nanti pasti kami berdua akan dimarahi aki lagi.
Selepas membersihkan diri, aku dan Mira menolong nenek di
dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam. Setelah selesai
mengemas. Tiba-tiba aku dan Mira mendengar suara garau aki
memanggil namaku dan Mira untuk berjumpa dengan denganya di
ruang tamu. Aku dan Mira pun segera menghampirinya.
‘’Mira bagaimana keadaan kau sekarang, masih demam lagi?
Soal aki ringkas.
‘’Mira sudah sihat aki’’ Jawab Mira dengan perlahan.
‘’Dengar sini aki ingin mencerita satu peristiwa, aki bukannya
tidak mahu beri kebebasan kepada kalian berdua untuk pergi mandi di
Gadu Wam itu, tetapi di sungai itu ada sejarahnya yang tersendiri
mengapa sungai itu diberi sebagai nama Gadu Wam’’. Terang aki.
‘’aki, kenapa nama sungai itu Gadu Wam, kan banyak lagi nama
lain?’’ soalku.
‘’Baiklah, begini ceritanya masyarakat orang asli disini
memanggil Gadu itu untuk melambangkan anak sungai yang terdapat
di situ. Wam tu pula, bersempena dengan nama seorang anak
perempuan.
‘’Oh begitu rupanya sejarah nama Gadu Wam itu ya, aki.’’ Jawab
Mira dengan perlahan.
‘’Aki.. aki apa yang terjadi pada anak perempuan yang bernama
Wam itu, sampaikan nama tempat itu diberikan bersempena dengan
namanya?’’. Soalku dengan minat sekali.
‘’Ceritanya bermula begini, pada suatu hari Wam dan kakaknya
pergi bermandi-manda dikawasan Gadu itu. Wan dengan kakaknya ini
leka bermain air sampai tidak sedar hari sudah senja. Kakaknya yang
menyedari keadaan ini mula memanggil Wam untuk pulang.
Malangnya Wam enggan mendengar kata-kata kakaknya. Wam tidak
mempedulikan nasihat kakaknya lalu terus bermain air sambil
bernyanyi dengan riang. Sedang seronok Wam bermain air tiba-tiba dia
terlihat ada sebuah belukar yang terletak berhampiran di tepi sungai
itu.
‘’Belukar?! Belukar itu apa aki?’’ soalku dengan cepat.
‘’Belukar itu bermaksud kawasan tanah yang ditumbuhi
dengan pohon-pohon kecil dan rendah’’. Jawab aki dengan ringkas.
‘’ohhh… begitu. Seterusnya aki?’’ soal aku lagi.
‘’Kemudian,tanpa berfikir panjang Wam pun memasuki belukar
tersebut kerana ingin mengetahui apa yang ada dalam belukar itu’’
sambung aki
‘’aki.. aki kenapa Wam berani pergi ke belukar itu? Bukankah
dia sudah nampak keadaan belukar itu gelap dipenuhi dengan semak-
samun?’’. Soal Mira pula.
Keadaan sepi seketika. Aki menghembus nafas lega.
‘’Mira cucuku, Wam ini dia tidak mahu mendengar nasihat
kakaknya, dia tetap hendak tahu apa yang ada dalam belukar
itu”tambah aki.
‘’ishh! Degil betul budak si Wam ini kan aki?’’ Bantah Mira
‘’Memang degil perangai si Wam ini, sama macam perangai
kamu berdua itulah’’ sindir aki
Aku dan Mira pun tersenyum kambing.
‘’aki, sambung balik cerita tadi’’ balas aku dan Mira serentak.
‘’Selepas itu, Kakak Wam pun berasa hairan kemana perginya
suara Wam yang bernyanyi riang sebentar tadi. Kakaknya memanggil
nama Wam dengan berulang-ulang kali namun tiada sahutan dari si
Wam. Kakaknya mula resah. Kakaknya menunggu lagi, sayangnya
masih tiada balasan dari si Wam. Kakaknya yang dalam keadaan
cemas segera memanggil ibu dan ayahnya untuk mencari Wam yang
yang hilang. Mereka mencari Wam di seluruh pelosok kawasan itu.
Mereka berada disitu sehingga ke pagi untuk menanti kepulangan
Wam.
‘’Kesiannya mereka aki, mesti mereka penat mencari Wam
sepanjang hari kan” sampuk Mira
Aki hanya mengangguk tanda mengiyakan kata–kata dari si
Mira lalu menyambung ceritanya yang tergantung tadi.
‘’Malangnya Wam masih tidak dapat ditemui juga. Keluarga
Wam menangis teresak-esak disebabkan peristiwa kehilangan Wam
yang terjadi di sungai itu.
‘’Kesiannya mereka aki’’ jawabku pula dengan nada simpati.
‘’Cerita ini nenek moyang aki dahulu yang menceritakannya
sebab itulah aki tidak membenarkan kalian berdua pergi bermandi-
manda di Gadu Wam sehingga senja. Aki takut perkara yang terjadi
pada Wam akan terjadi pada kamu berdua nanti. Aki belum bersedia
nak kehilangan kamu berdua. Kamu berdua sahajalah yang aki ada
dalam dunia ini’’. Jelas aki.
Aku dan Mira pun segera memeluk aki dengan erat diikuti
dengan limpahan air mata. Aku dan Mira pun berjanji dengan aki
bahawa kami tidak akan pergi ke Gadu Wam lagi.
‘’Ingat pesan aki ya. Kalian berdua jangan berani pergi ke Gadu
Wam lagi.’’Tambah aki
‘’Baiklah aki. Kami sayang aki...’’ Jawabku dengan Mira
serentak sambil tersenyum ikhlas.
‘’Yelah. Aki pun sayang kamu berdua. Jadi, pengajaran yang
dapat disimpulkan daripada kisah ini ialah yang utamanya kita
hendaklah mendengar nasihat orang yang lebih tua dari kita. Dengar
tak cucu-cuci aki?’’ Soal aki.
‘’Dengar aki.’’ jawab kami serentak.
‘’Mira, Ain cuba kalian fikirkan pengajaran lain yang sesuai
daripada kisah ini?’’. Soal aki lagi.
‘’Ha…aki, Mira tahu.. Mira tahu…’’ sahut mira sambil
mengangkat tangan.
‘’Apa pengajarannya Mira?.’’Balas aki
‘’Pengajarannya ialah kita mestilah mengetahui asal usulnya
sesuatu tempat sebelum kita pergi melawatinya’’.
‘’Betul tu Mira.” Jawab aki tenang.
‘’Aki, sekarang giliran Ainlah pula memberitahu
pengajarannya”. Pintaku dengan penuh semangat.
‘’Baiklah Ain. Apa pengajarannya.” Soal aki.
‘’Pengajaran yang ketiga pula ialah janganlah kita membuat
bising dengan menjerit atau menyanyi di kawasan hutan yang kita
sendiri kurang pasti asal usul tempat itu.’’ Jawabku dengan yakin.
‘’Bagus! Pandai cucu-cucu aki. Mari sini peluk aki sekali lagi.’’
Pinta aki.
Aku dan Mira pun segera memeluk aki dengan erat.

Gasing Terakhir Buat Apoi

Suzilla Wati Anak Bronson


Bunyi ungas sayup-sayup kedengaran,di tengah hutan
belantara tersebut. Air sungai mengalir deras dan burung-burung
berkicauan di udara. Pak Dollah masih lagi tercari-cari kayu yang
sesuai untuk dibuat gasing.
“Huhh,penatnya aku” keluh Pak Dollah sambil menyeka peluh
di dahinya. Lalu, dia duduk dibawah pohon meranti dan membuka
bekalan makanan yang disediakan oleh Mak Timah isterinya. Ketika
dia asyik menyuap makanan, dia terlihat dan berfikir bahawa pokok
tempat dia berehat sangat bagus untuk dibuat gasing kerana pohon
meranti tahan lama untuk dibuat gasing.
Namun,tiba-tiba dia tersedar lalu hatinya hiba mengenangkan
tiada lagi remaja yang berminat untuk bermain gasing termasuk
anaknya sendiri iaitu Apoi. Banyak perkara yang bermain di
fikirannya, pelbagai cara telah dilakukan untuk memujuk Apoi
meneruskan kegiatan menghasilkan gasing namun semuanya telah
gagal. Dia langsung tidak menunjukkan minat terhadap permainan
gasing.
Masih segar dalam ingatan Pak Dollah ketika dia
menghadiahkan gasing buatannya sendiri kepada anaknya. “Nak,nak
abah ada hadiah untuk kamu” namun Apoi leka dan membiarkan
ayahnya tanpa sebarang kata yang keluar dari mulutnya.
“ Abah tak mampu nak beri hadiah mahal kepada Apoi,ayah
hanya mampu memberikan ini” sambil menghulurkan gasing tersebut
kepada Apoi. Dengan bersahaja, anaknya menyambut pemberian
tersebut lalu dibiarkan gasing itu di atas meja tanpa mengucapkan
terima-kasih kepada ayahnya lalu berlalu pergi dengan muka yang
mencuka. Hati dia seolah-olah ditoreh dengan pisau kerana terlalu
kecewa dengan tingkah laku anaknya.
Sedang Pak Dollah asyik mengelamun, dia berasa ada sesuatu
yang jatuh diatas kepalanya. Apabila dia meraba kepalanya,terdapat
cecair putih diatas kepalanya iaitu tahi burung yang sedang hinggap di
atas pohon meranti melepaskan hajat di atas kepalanya. Dia
menggeleng kepala mengenangkan nasib malangnya lalu dia bangun
membasuh tangan dan kepala yang dipenuhi uban itu di sebatang anak
sungai dalam hutan tersebut. Pak Dollah memeriksa keadaan pohon
meranti tersebut untuk memastikan bahawa pohon tersebut benar-
benar sesuai untuk dijadikan gasing. “Bagus ini” gumam hati kecil Pak
Dollah sambil tersenyum kegembiraan. Lalu dia mencapai parang
yang siap diasah dari rumahnya untuk menebang pohon meranti
tersebut.
Senja menjelang tiba,barulah Pak Dollah tiba dirumahnya
sambil memikul sebatang pohon meranti yang telah siap ditebang.
“Lambat abang balik hari ini,Timah risau takut sesuatu berlaku pada
abang”. Dia hanya tersandar lesu di kerusi rotan usang rumahnya.
Anaknya keluar dari bilik lalu bertanya “Abah dari
mana?,Kenapa ada pohon meranti di beranda?”
ayahnya tersenyum menjawab pertanyaan dia “Abah nak ajar
kamu buat gasing nak”
Dia menarik muka masam. “Berapa kali Apoi nak cakap,Apoi
tak minat bah Apoi malu dengan rakan-rakan Apoi,mereka semua dah
maju”
Pak Dollah menjawab dengan nada yang agak keras “Susah
sangat ke kamu nak ikut apa yang abah suruh?,kalau bukan kamu
siapa lagi hendak meneruskan tradisi keluarga kita!”
“Abah membesar dengan duit hasil jualan gasing arwah atok
kamu,jadi abah tidak mahu kamu lupa itu”.
“Abah juga membesarkan kamu dengan hasil jualan gasing
yang orang luar minta,sedangkan orang bandar menjulang tinggi
permainan tradisional ini apatah kamu anak kepada pembuat gasing
tersebut!” Dia terpana mendengar ayahnya bercakap dengan nada
yang keras kerana sebelum ini ayahnya menasihatinya dengan nada
yang lembut. Mak Timah hanya membisu mendengar perbualan dua-
beranak tersebut. Pak Dollah bangun lalu mencapai tualanya dan
meninggalkan Apoi yang terkejut dengan marahnya.
Tiba-tiba Apoi bangun menumbuk dinding kayu rumah mereka
dan keluar ke beranda lalu mencampakkan kayu meranti yang
ditebang oleh ayahnya ke tanah. Pak Dollah tersentak dengan
perbuatan anaknya. Mak Timah dengan langkah yang laju terus
menuju kearah anaknya lalu menampar pipi Apoi. “Apa nak jadi
dengan kamu ini ! Aku tidak pernah mengajar kau untuk kurang
ajar!,itu abah kau nak,bersusah payah dia masuk ke hutan untuk
mencari kayu tersebut!. Niat abah kau murni iaitu mengajar kau
mengekalkan warisan permainan ini”. Pak Dollah turun lalu mengutip
kayu-kayu yang bertaburan di atas tanah dengar air mata yang deras
mengalir di pipi tuanya.
Mak Timah berkata lagi “Puas Apoi puas!,dasar anak tak
mengenang budi” lalu Pak Dollah mencelah “Dah lah Mah,dah dia
tidak sudi buat apa hendak dipaksa lagi”. Apoi menghidupkan
motosikal dan terus menderu dengan laju.
Hari demi hari berlalu,sudah seminggu dia tidak pulang ke
rumah. Semenjak kejadian tempoh hari,Pak Dollah hilang selera makan
kerana memikirkan sikapnya yang terlalu memaksa Apoi. Sambil
terbatuk-batuk Pak Dollah gigih menyiapkan gasing dengan kayu
yang dicarinya minggu lepas. Melihat sikap suaminya yang berubah
menjadi pendiam,Mak Timah menegur suaminya “Dah lah bang,abang
tu tidak sihat. Jangan difikirkan sangat si Apoi itu”.
Pak Dollah menjawab kata-kata isterinya “Aku risau Mah,kau
bukan tidak kenal anak kita itu bukannya pandai berdikari.
Lagipun,aku mahu siapkan gasing ini sebab aku hendak bermain
dengannya apabila dia sudah pulang nanti. Aku yakin dia akan
berubah selepas ini”. Keesokkan harinya,awal-awal pagi lagi dia keluar
ke hutan untuk mencari kayu kerana kayu yang tinggal di rumahnya
tidak cukup untuk membuat sebiji gasing buat dirinya. Dengan muka
yang pucat Pak Dollah mengambil bekalan makanan yang telah
disediakan oleh isterinya.
Mak Timah menegur suaminya “Abang tak payah pergi,abang
tak sihat tu” lalu Pak Dollah menjawab dengan lantang sambil terbatuk
“Oh ya Mah,nanti kalau dia sudah pulang kau berikan gasing yang
abang letakkan dalam almarinya”. Mak Timah melihat pemergiannya
dengan hati yang sayu.
Setelah seminggu Apoi menenangkan diri,akhirnya Apoi nekad
untuk pulang ke rumahnya dan meminta maaf kepada ibu
terutamanya kepada ayahnya Pak Dollah. Dia ingin mencium tangan
kedua-dua orang tuanya sebagai tanda meminta maaf. Dia menanam
azam untuk mempelajari seni pembuatan gasing daripada ayahnya
seperti waktu kecilnya dulu. Pak Dollah mendaki bukit dengan kepala
yang bedenyut-denyut. Tanah di kaki bukit itu agak licin kerana hujan.
Namun,Pak Dollah gagah mendaki bukit tersebut demi mencari kayu
untuk dibuat gasing. Sedang Pak Dollah asyik mendaki,tiba-tiba
kepala nya berasa sangat berat hingga menyebabkan dia hilang
kawalan dan tergelincir. Dia tak mampu untuk bangun kerana
kepalanya terlalu sakit. Ketika dia berusaha hendak bangun,dia tidak
larat mengangkat tubuh tuanya lalu pengsan dan jatuh ke dalam
gaung. “Mak abah Apoi dah pulang”, Mak Timah yang sedang asyik
mencuci pinggan terlepas pegang sehingga menyebabkan pinggan
tersebut berderai di atas lantai.
Apoi berlari mendapatkan ibunya. “Nak,abah kau!,mak tidak
sedap hati ini,ayah kau sudah pergi ke hutan sejak awal pagi tadi tetapi
belum pulang”.
Apoi terus bangun lalu pergi ke rumah rakannya Leman untuk
mengajaknya ke hutan mencari Pak Dollah. Sesampainya di hutan,
Apoi berteriak “ Abahhhhhhhh,abahhh”. Namun,hanya bunyi
cengkerik yang kedengaran “Krikkk,krikkk”. Mereka berdua seolah
hilang arah, setiap pelusuk hutan telah mereka redah demi mencari
Pak Dollah. Dia dan Leman masuk lagi ke dalam hutan dan terkejut
apabila terjumpa sebelah kasut ayahnya. Mereka bergegas ke arah
kasut tersebut, dan lantas memeriksa kasut kepunyaan ayahnya. Kasut
buruk itu dipenuhi dengan lumpur. Dia telah dapat menjangka
bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku kepada ayahnya. Mereka
meneruskan pencarian Pak Dollah tanpa berputus asa. Alangkah
terkejutnya mereka sewaktu turun ke dalam gaung kerana melihat
percikkan darah pada rumput-rumput hijau. Mereka terus mencari dan
ternampak sekujur tubuh yang kaku serta berlumuran darahterbaring
di hadapan mereka.
“Lemann,ayah aku Man” kata Apoi dalam tangisnya”.
“Cepat Man, kita angkat bawa keluar dari hutan ini” Namun,
Leman tenang menghadapi situasi tersebut. Dia memeriksa nadi Pak
Dollah dan terdiam seketika.
“ Apoi, sabar Poi. Ayah kau meninggal, mengucap Apoi”, Apoi
meraung sekuat hati sambil memeluk tubuh kaku ayahnya. Dia tidak
dapat menerima hakikat bahawa ayahnya telah meninggal dunia.
Mak Timah seperti telah menjangkakan apa yang telah terjadi
terhadap suaminya. Dia duduk di luar rumah sambil menangis. Apoi
datang dan menyeka air mata ibunya. Mereka berpelukan.
Sudah tiga hari Pak Dollah pergi,baru Mak Timah teringat akan
pesan arwah suaminya. Dia menyuruh Apoi untuk membuka almari
pakaiannya. Dia bangun dan membuka almari lalu mendapatkan
gasing terakhir buat dirinya. Dia menangis sekuat hati mengenangkan
kelakuan yang biadap terhadap ayahnya. Mak Timah mendapatkan
Apoi lalu berkata “Sudahlah nak,sudah takdir jadi begini. Abah kau
tidak pernah berdendam dengan kau” . Setelah beberapa bulan
kemudian, Apoi cuba membentuk gasing yang sama seperti ayahnya.
Dia berjaya menghasilkan gasing walaupun tidak secantik gasing
ayahnya. Dia meneruskan usahanya untuk mewarisi seni perbuatan
gasing tersebut dan mengajak remaja-remaja yang lain meneruskan
permainan tradisional gasing agar tidak luput ditelan zaman. Bentuk
gasing yang bulat seperti bumi yang kita diami, kemana pun kita tuju,
kita akan kembali ke tempat asal iaitu dimana tempat kita bermula.
Seperti Apoi, walaupun pernah mencuba melarikan diri, namun dia
tetap pulang ke tempat dimana dia telah dibesarkan. Kehilangan
ayahnya, meninggalkan luka di hati. Kata maaf yang tidak sempat
diungkapkan membuat dia menganggap dirinya sebagai orang yang
tak berguna di dunia ini. Harapannya, agar kemudian hari, anaknya
tidak akan bersikap seperti dirinya dahulu. Manakala, ibarat tali yang
digunakan untuk melepaskan gasing ke gelanggang, tali yang
digunakan dan cara kita mengawal tali tersebut amat penting,
begitulah juga dengan hidup Apoi setelah kematian bapanya, dia
mengambil iktibar dan meneruskan pembuatan gasing lalu
kehidupannya menjadi senang dengan hasil jualan gasing sehingga
mampu menyara kehidupannya sekeluarga.

Gulai Kemahang Masam Tempoyak


Aiba Binti Tok

“Seronok sungguh bermain permainan di alam maya ini.” Kata Aku


sambil bermain permainan Mobile Legend pada telefon bimbitku yang
berwarna keemasan itu.
Kaki yang melunjur, badan yang bersandar pada dinding diperbuat
daripada papan, tangan yang ralit dengan gajet berteknologi tinggi
membuatkan Aku semakin khusyuk dan santai pada ketika ini.
Begitulah posisi Aku pada waktu pagi yang hening ditambah lagi
dengan kesejukan angin sepoi-sepoi bahasa daripada kabus yang
datangnya dari Bukit Tacing nun jauh di sana. Sungguh nyaman sekali
pada ketika itu. Pada hari itu, Aku bercuti sempena cuti semester
selama dua bulan. Aku berasal dari Kampung Kemahang di daerah
Benta, Pahang tetapi Aku dibesarkan di kota raya yang penuh dengan
kesesakan, kebisingan, dan pencemaran alam sekitar yang semakin
hari semakin menggugat ketenteram dan kesentosaan alam semesta
ini. Kami berpindah ke sini pada dua tahun yang lalu selepas ayah
bersara daripada kariernya sebagai Guru Bahasa Melayu.
Aku melirik ke arah jam dinding yang bercorak dedaun hijau itu. Aku
melihat jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi dan cuaca masih
berkabus di luar sana disertai kicauan burung-burung murai dan
unggas di halaman rumah. Begitulah suasana di kawasan kampungku
setiap hari pada waktu pagi. Pagi itu, Aku tersedar awal kerana
perutku asyik meragam sahaja sejak pukul 5 pagi lagi. Sedang asyik
bermain permainan Mobile Legend dan menikmati keindahan
kedamaian kampung pada pagi itu, tiba-tiba ibu memanggil-manggil
namaku dari dapur. Aku berlari-lari anak dengan sepantas kilat
meluru ke arah dapur.
“Selamat pagi, ibu. Wah! Sedapnya bau nasi lemak sambal ikan bilis
ni.” Ucap Aku dengan penuh semangat kerana ibu memasakkan
masakan kegemaranku sejak di bangku sekolah lagi.
“Mira, nanti ibu nak kamu carikan keladi kemahang di kebun nenek.
Tengah hari nanti kita akan masak gulai kemahang masam tempoyak.”
Arah ibu sewaktu Aku sedang khusyuk menikmati hidangan sarapan
pada pagi itu. Kemudian, Aku mengganggukkan kepala menandakan
Aku akan mencari kemahang itu di kebun milik arwah nenekku seperti
yang diarahkan oleh ibu kepadaku.
Usai makan dan mengemas di dapur, Aku terus naik ke atas menuju
ke bilikku lalu Aku menggapai telefon bimbitku di atas meja belajar.
Dalam fikiranku, Aku asyik tertanya-tanya, bagaimanakah rupa
kemahang? Apakah itu kemahang sebenarnya? Bolehkah kita
memakan kemahang?. Terlalu banyak persoalan yang sedang bermain-
main dalam fikiranku setelah ibu mencetuskan perkataan yang
terlampau asing buat seorang gadis yang tidak tahu-menahu tentang
kehidupan di kawasan perkampungan. Telefon bimbit itu Aku
gunakan untuk mengakses maklumat tentang keladi kemahang yang
ibu maksudkan tadi. Terdapat pelbagai maklumat menarik dan unik
yang Aku perolehi tentang keladi kemahang itu yang pada
keseluruhannya tidak pernah Aku ketahui.
Tepat jam 9 pagi, Aku terus menuju ke kebun menaiki motosikal yang
sudah uzur itu tetapi ayah tidak mengambil keputusan untuk menjual
atau membuang motosikal itu kerana masih boleh digunakan lagi.
Setelah 30 minit perjalanan ke kebun arwah nenek, Aku
memberhentikan motosikal lalu menuju ke arah kawasan membiaknya
tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae, iaitu keladi
kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta. Aku dapati keladi
kemahang ini tumbuh di kawasan yang lembap dan subur
terutamanya tempat yang berpaya dan dekat dengan air.
Tiba-tiba, Aku teringat pesanan ibu sebelum Aku berangkat ke kebun
ini tadi. Kata ibu, ada beberapa pantang larang yang harus dipatuhi
ketika proses pengambilan keladi kemahang ini.
“Ingat pesan ibu ini ya, Mira? Semasa kamu ingin mengambil keladi
kemahang ini, kamu tidak boleh bertindih bayang semasa
mengambilnya, perdunya juga haruslah dicabut terus dari tempatnya,
pilih yang muda sahaja, dan cara mengambilnya hanya satu haluan
serta tidak boleh berpatah balik.” Inilah bait-bait perkataan yang
diujarkan oleh ibu yang memberitahu kepadaku bahawa keladi
kemahang juga mempunyai pantang larang dan cara pengambilannya
yang tersendiri. Aku merasakan bahawa betapa unik dan hebatnya
pantang larang yang diwujudkan oleh orang-orang dulu dalam perihal
makanan tradisional ini. Kemudian, Aku mengambil keladi kemahang
di kebun arwah nenek berdasarkan pantang larang yang sudah
diperkatakan oleh ibu kepadaku. Agak sukar juga untuk mengambil
keladi kemahang ini kerana proses pengambilannya bukanlah
semudah yang disangka. Aku juga melihat pacat-pacat sedang
bergerak ke sana ke sini untuk meneruskan kehidupan dengan mencari
sumber makanan yang ada begitu juga dengan manusia. Aku berfikir
sejenak, itulah lumrah dunia. Hidupan di bumi yang bernyawa sudah
semestinya memerlukan sumber makanan untuk menghasilkan tenaga
bagi meneruskan kehidupan yang seterusnya. Ya, Aku sungguh pasti
akan hakikat itu.
Setelah betungkus-lumus dalam setengah jam mengambil keladi
kemahang mengikut prosedur yang betul, akhirnya aku mengambil
keputusan untuk pulang ke rumah bagi proses yang seterusnya, iaitu
memasak gulai kemahang masam tempoyak. Dalam perjalanan ke
rumah, Aku melihat beberapa orang budak sedang sibuk bermain
pondok-pondok di bawah pokok yang redang sambil tertawa
keriangan.Tiba-tiba, Aku cuba mengimbau kembali zaman kanak-
kanak Aku seusia mereka dahulu. Aku tersenyum sendiri.
“Aku juga mahu kembali ke zaman itu.” Aku bermonolog sendirian.
Setibanya di halaman belakang rumah, Aku disambut oleh ibu. Ibu
tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan gigi putih yang
tersusun rapi itu kepadaku. Aku berasa pelik dengan senyuman itu
tetapi Aku mengambil keputusan untuk tidak bertanya apa-apa. Aku
hanya membalas senyuman itu lalu menyalami tangan ibu yang sudah
berurat itu. Kemudian, Aku dan ibu menuju ke arah meja makan di
dapur. Aku meletakkan keladi kemahang. Ibu tetap membisu tetapi
senyuman yang tadi dilemparkan ke arahku masih tidak lekang
malahan semakin melebar sambil duduk di atas kerusi. Aku semakin
pelik dengan sikap ibu. Tidak pernah-pernah ibu begini. Aku berfikir
seketika. Mungkin, ada maksud tersirat di sebalik senyuman ibu itu.
“Ibu tidak apa-apakah? Kenapa ibu asyik tersenyum-senyum sahaja
dari tadi? Mira peliklah ibu.” Tanya Aku dengan nada yang pelik
sambil mengerutkan keningku.
“Kamu tidak berasa gatal-gatal tangankah?” Tanya ibuku setelah
mendiamkan diri sejak dari tadi.
“Gatal-gatal tangan? Kenapa ibu tanya begitu?” Aku berasa pelik
dengan soalan yang diujarkan oleh ibuku sebentar tadi. Tidak semena-
mena, tiba-tiba tanganku berasa gatal. Aku mula berasa gusar kerana
tanganku berasa gatal kerana tadi tidak pula Aku mengalaminya. Tiba-
tiba, ibu ketawa terbahak-bahak dengan perlakuanku. Aku melihat
ibu. Ibu tetap ketawa.
“Ibu, kenapa ibu ketawa ni? Tangan Mira gatal la Ibu. Kenapa tiba-tiba
gatal ya?” Aku menyoal ibu dengan soalan yang bertubi-tubi. Ibu tetap
juga ketawa sehingga air matanya keluar daripada matanya.
“Mira, keladi kemahang ini boleh menyebabkan gatal-gatal pada
bahagian tangan kerana itulah sifat keladi kemahang yang kamu perlu
tahu. Ibu sengaja tidak memberitahu Mira bahawa jangan ambil keladi
kemahang yang berbunga kerana boleh menyebabkan kegatalan.” Satu
lagi pengetahuan yang tidak Aku ketahui tentang keladi kemahang
telah dijelaskan oleh ibu kepadaku. Barulah Aku mengerti bahawa
inilah maksud tersirat yang cuba Aku rungkaikan daripada senyuman
lebar daripada ibu tadi. Aku tersenyum melihat ibuku tertawa melihat
aksiku yang seperti anak beruk kegatalan tangan itu.
Pada jam 11 pagi, Aku dan ibu mula memasak gulai kemahang masam
tempoyak untuk makan tengah hari. Ayah pula tidak pulang-pulang
dari rumah Pak Su kerana ada perihal yang perlu dibincangkan Kata
ibu, ayah akan pulang ketika kami sekeluarga makan tengah hari nanti
dan mungkin keluarga Pak Su juga akan ikut serta untuk makan tengah
hari.
Untuk memasak gulai kemahang masam tempoyak ini juga bukanlah
semudah yang disangka kerana perlu juga mengikut prosedur-
prosedur yang betul. Tengah hari itu, ibu menunjukkan kepadaku cara-
cara memasak gulai itu dan Aku hanya bertindak sebagai pemerhati
dan membantu sedikit-sedikit dalam menyediakan bahan. Aku tahu
bahawa Aku belajar perkara baharu dan menimba pengalaman
daripada ibuku tentang dunia masakan kerana sejak Aku diterima
masuk ke Universiti Malaya, Aku sudah mula tidak berjinak-jinak lagi
ke dapur seperti sebelum ini.
Langkah pertama, Aku menumbuk cili api, tempoyak dan kunyit
kemudian keladi yang panjang Aku potong separuh. Selepas Aku
memotong keladi kemahang tadi, ibu meletakkan satu kecil minyak
masak untuk menghilangkan rasa gatal-gatal. Kemudian, ibu memasak
gulai tersebut dengan memasukkan bahan-bahan yang telah Aku
sediakan tadi keladi ke dalam periuk bersaiz sederhana lalu diletakkan
di atas dapur api dengan api yang perlahan dan dikacau sesekali
sahaja. Biarkan bahan-bahan tadi meruap dan kemudian ibu
meletakkan keladi kemahang tadi ke dalam periuk tersebut. Kata ibu,
untuk menghasilkan masakan gulai kemahang masam tempoyak yang
lebih sedap dan menarik lagi, perlulah ditambah dengan bunga kantan,
terung pipit dan petai atau jering. Tidak sampai 15 minit kemudian,
gulai tersebut telah siap untuk dihidang.
Tiba-tiba, air liurku tertelan dengan sendirinya kerana tergoda dengan
panggilan gulai kemahang yang menyeru-nyeru namaku. Perutku juga
sudah berbunyi meminta untuk diisi. Beberapa minit kemudian, ayah
dan keluarga Pak Su ku tiba di halaman belakang rumah untuk
bersama-sama menjamah makanan pada tengah hari itu.
“Wah! Sedap sungguh gulai kemahang masam tempoyak ini. Siapakah
yang membuatnya?” Tanya Mak Su sambil meneguk air sirap di dalam
gelas itu.
“Anak dara awak ni yang membuatnya” Tiba-tiba ibu bersuara sambil
melirik ke arahku. Aku memandang ibu. Ibu memandangku.
“Ibu yang memasak tetapi Mira hanya bantu sedikit-sedikit sahaja.”
Jelasku kepada Mak Su. Sementara, ayah, Pak Su dan Adam hanya
mendiamkan diri sahaja mungkin kerana sedang khusyuk menikmati
hidangan yang serba ringkas tetapi cukup menyelerakan itu. Selepas
20 minit kemudian, kami sekeluarga sudah siap makan pada tengah
hari itu. Aku pun mula mengemas dan mengelap meja makan, mencuci
pinggan, cawan, dan sudu yang telah kami gunakan.
Pada hari itu, Aku banyak belajar tentang perkara baharu yang tidak
pernah Aku ketahui selama ini. Jujur, Aku tidak pernah tahu menahu
bahawa wujudnya sejenis makanan tradisional yang bernama
kemahang yang boleh dimakan dan sangat enak rasanya sehingga Aku
teringin untuk memakannya lagi. Aku juga tahu bahawa masih ramai
lagi orang di luar sana yang tidak mengenali kemahang ini. Aku pun
berjalan menuju ke arah bilik kemudian ku ambil pena dan buku
diariku lalu ku coretkan aksara-aksara Rumi tentang peristiwa pada
hari ini sebagai simpanan teristimewa dalam ingatanku tentang gulai
kemahang masam tempoyak.
Male Gemnam Buat Amek

Umi Nor Athirah Binti Md Noor

Di tempat yang riuh-rendah Airin berdiri menunggu kawan-


kawannya untuk menjemputnya di lapangan terbang. Airin telah
menelefon ibu bapanya untuk memberitahu bahawa dia sudah ke
Malaysia tetapi Airin tidak mahu ibu bapanya menjemputnya kerana
Airin mahu menumpang kereta kawannya. Selepas kawan-kawan
Airin menjemputnya di lapangan terbang, Airin mahu tinggal di
rumah sewa kawannya untuk beberapa hari sebelum Airin pulang ke
kampungnya di Pekan, Pahang. Setelah tinggal di rumah sewa
kawannya kini Airin mahu ke kampung untuk menziarahi ibu
bapanya. Semasa pulang ke kampung, Airin meminta kebenaran
kawannya untuk meminjam kereta.
Di kampung, ibu bapa Airin teruja apabila melihat Airin sudah
pulang ke rumah mereka setelah beberapa tahun tinggal di luar negara.
Ibu bapa Airin menyambut ke pulang Airin dengan rasa gembira
sehingga ibu Airin sanggup masak makanan kesukaan Airin iaitu male
gemnam. Setelah Airin siap mengemaskan diri kini tiba waktu untuk
makan. Di meja makan, ibu Airin berasa teruja mahu menyeduk male
gemnam ke dalam pinggan Airin tetapi Airin menolak tangan ibunya
sambil menggelengkan kepalanya. Ibunya berasa terkilan sikit dengan
penolakkan Airin tadi tetapi ibunya memujuk hati supaya tidak
berkecil hati dengan kelakuan Airin.
“Mungkin Airin tidak dapat menerima makanan male gemnam
kerana sudah lama tidak makan,” bisik hati ibunya. Ibu Airin meletak
semula male gemnam dalam pinggan sambil senyum kepada Airin dan
suaminya. Lepas selesai makan Airin pergi cuci pinggan lalu terus naik
ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Ibu bapa Airin pun naik ke
ruang tamu setelah selesai makan untuk berborak dengan Airin
mengenai kerjayaan Airin setelah pengajiannya tamat. Bapa Airin
mula ringan buka mulut untuk menanyakan kerjayaan anaknya.
“Sudah kamu dapat kerja,” tanya bapanya kepada Airin. Lalu Airin
pun menjawab.
“ Belum cari lagi sebab ingatkan lepas balik dari kampung terus pergi
cari kerja,” jawab Airin. Ibu Airin pun mencelah.
“Kenapa Airin menolak apabila ibu menyeduk male gemnam ke
pinggan kamu tadi?”, tanya ibu kepada Airin. Tetapi Airin hanya
senyum dan tidak menjawab pertanyaan ibunya. Ibunya hanya
membiarkan Airin tanpa menjawab soalannya.
“Bila kamu nak balik ke Kuala Lumpur?” tanya bapa kepada Airin
“Mungkin dalam 3 atau 4 minggu lagi,” kata Airin
“Kenapa bapa tak suka ke kalau Airin duduk lama-lama dekat
kampung ini?” tanya Airin
“Mana ada tak suka, bapa lagi suka kalau tinggal lama dekat kampung
ini lagipun ibu dan bapa rindukan kamu?” jawab bapa Airin
“Petang ini ikut ibu pergi ke kebun kita cari male,” kata ibu kepada
Airin
“Tengok la kalau Airin rajin nak pergi,” jawab Airin
“Ok la ibu ayah, Airin nak masuk bilik dulu nak tidur mengantuklah,”
kata Airin kepada ibu bapanya. Ibu dan bapa Airin hanya menangguk
kepala.Sebelum masuk ke bilik Airin berpesan kepada ibunya supaya
mengejutkannya apabila waktu sudah petang.
Pada petang yang indah, Airin mengikut ibunya pergi ke kebun
sambil matanya melihat pemandangan di kampung kerana dia sudah
lama tidak pulang ke kampungnya. Ibu Airin gembira apabila melihat
wajah Airin yang ceria walaupun ibunya masih berasa kecewa kerana
Airin tidak menjawab pertanyaannya tadi asalkan anaknya gembira
apabila pulang ke kampung tersebut. Di kebun, Airin hanya melihat
ibunya menggali male sambil dia bermain gajet. Tiba-tiba Airin
bertanya ibunya
“Kenapa ibu ambil banyak sangat male tu, bukan ke dekat rumah ada
lagi?” tanya Airin kepada ibunya
“Bukan apa ibu ambil banyak sebab untuk simpan sehingga kamu
balik nanti,”
“Tapi tak payah la ambil banyak sangat nanti membazirr je,bu,” kata
Airin lagi
“Bukan ke male gemnam ini makanan kegemaran kamu?” tanya
ibunya
Apabila ibunya bertanya seperti itu Airin hanya mendiamkan sahaja
tanpa sepatah perkataan sahaja sehingga mereka pulang ke rumah.
Pada waktu malam, ibunya menghidang lagi male gemnam untuk
Airin tetapi Airin tidak memjamah pun dan hanya memandang sekilas
pada male gemnam itu. Lepas makan Airin akan lakukan rutin harian
seperti biasa. Sehinngalah waktu pulang ke Kuala Lumpur Airin tidak
merasa male gemnam itu, dia hanya makan makanan bandar sahaja.
Setelah memasuki barangnya dalam kereta Airin pun pergi ke ibu
bapanya untuk bersalam. Lepas bersalam dengan ibu bapanya, ibu
Airin telah membekalkan Airin mele genman tetapi Airin mengambil
male gemnam itu dengan keadaan yang terpaksa.
“Nah.! Ambil male gemnam ini nanti dalam perjalanan kalau kamu
lapar boleh kamu makan male genmam ini,” kata ibunya
“Betul tu,” kata bapanya pulak
“Baiklah, ok la Airin kena gerak dulu nanti lewat pulak nak sampai ke
sana, Assalamualaikum,” kata Airin
“Walaikumussalam,” jawab serentak oleh ibu bapanya sambil
melambaikan tangan kepada Airin
Setelah masuk ke dalam kereta Airin pun melambaikan tangan kepada
ibu bapanya dan lalu meninggalkan perkarangan rumahnya. Setelah
kelibat kereta Airin hilang daripada perkarangan rumah mereka, ibu
Airin bertanya kepada suaminya
“Bang, Airin itu macam sudah tidak suka makan male gemnam lagi?”
tanya isteri kepada suaminya
‘”Entah la, mungkin dia belum biasa makan male itu sebab kan dia
tinggal dekat luar negara lama sangat.” Kata suaminya sambil mereka
melangkah masuk ke dalam rumah.
Setelah Airin keluar daripada perkarangan rumahnya, dia hanya
fokus pada pemandunya. Tiba-tiba dia teringat akan bekalan yang
dibekalkan oleh ibunya dan memandang sekilas pada beg berwarna
ungu tersebut. Airin memberhentikan keretanya di tepi bahu jalan
untuk melihat bekalan yang dibekalkan oleh ibunya. Airin berasa loya
setelah melihat isi yang dibekalkan oleh ibunya. Airin terus
melemparkan male gemnam ke dalam semak melalui tingkap
keretanya. Setelah membuang male gemnam itu Airin terus menekan
minyak keretanya sambil bermonolog seorang diri di dalam kereta.
“Ingat aku suka sangat ke makan makanan macam tu, aku tak hadap
lah makanan tu kalau makanan chicken chop ke sushi ke takpe la juga
ini bagi aku makanan kampung,” kata Airin seorang diri
“Aku balik ini nanti aku nak pergi beli chicken chop la dah semua
makanan dekat kampung tu tak menyelerakan aku je, tekak aku tak
sesuai langsung nak makan makanan kampung terumatanya male
gemnam tu,eeee,” kata Airin lagi
Lepas Airin sampai di Kuala Lumpur Airin membeli makanan yang
diidamkannya. Airin makan makanan tersebut sepuas hatinya. Setelah
Airin berasa kenyang Airin terus pulang ke rumah sewa kawannya.
Keesokkan paginya, Airin pergi mencari kerja sebagai arkitek Setelah
mendapat kerja Airin terlalu sibuk sehingga jarang menelefon ibu
bapanya di kampung walaupun sekadar bertanyakan khabar.
Di kampung pula, ibu Airin amat merindui Airin kerana Airin lama
tidak pulang ke kampung. Ibunya mahu menjumpai anaknya itu
walaupun sekejap ataupun sekadar mendengar suara anaknya melalui
telefon tetapi ibunya memahami bahawa Airin sibuk sejak mendapat
kerja. Ibunya mengajak suami untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk
berjumpa dengan Airin tetapi suaminya berkata agar tidak berjumpa
dengan Airin dalam masa terdekat ini. Sekiranya Airin tidak menelefon
mereka pada minggu ini, mereka pergi ke Kuala Lumpur untuk
berjumpa dengan Airin
Setelah beberapa minggu Airin tidak menelefon mereka, mereka pun
pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Pak Long Airin.
Sebelum pergi ke Kuala Lumpur ibu Airin telah memasak male
gemnam untuk memberikan kepada Airin. Sebelum sampai di tempat
kerja Airin hati ibu Airin berkobar-kobar untuk berjumpa dengan
Airin tetapi setelah sampai ke tempat kerja Airin ibunya berjumpa
dengan rakan sekerja Airin dan bertanyakan Airin sama ada Airin ada
di pejabat atau tidak. Apabila rakan sekerja Airin memberitahu bahawa
Airin tiada di pejabat kerana Airin ada mesyuarat di luar sampai
petang. Ibu Airin berasa sangat kecewa dan hamapa kerana baginya
sia-sia sahaja hasratnya untuk dengan Airin lenyap begitu sahaja.
“ Kamu boleh menerima bekalan ini kepada Airin sebaik sahaja dia
pulang dari mesyuaratnya nanti.” Kata ibu Airin kepada rakan sekerja
Airin
“Baiklah makcik, nanti saya memberikan kepada Airin,” kata rakan
sekerja Airin
Setelah memberikan bekalan itu kepada rakan sekerja Airin ibu
memasuk dalam kereta dengan wajah yang sedih.
“Bersabarlah nanti kita datang lagi untuk berjumpa dengan Airin, “
kata bapa Airin
“Tetapi saya ingin sangat berjumpa dengan Airin, saya juga rindu
dekat dia,” kata ibu dengan wajah begitu sedih.
Sudah menjelang petang, Airin baru pulang ke rumah dan Airin
terlihat sebuah beg berwarna hijau di atas meja tetapi Airin tidak pergi
melihat isi yang ada dalam beg tersebut kerana Airin berasa sangat
letih lalu terus naik ke biliknya untuk membersihkan dirinya. Setelah
membersihkan dirinya Airin bersiap untuk pergi makan bersama
kawannya di luar. Semasa Airin menuruni tangga kawannya
memanggil lalu berkata bahawa beg yang berwarna hijau itu
pemberian daripada ibu Airin. Airin dengan wajah yang terkejut
kerana ibu bapanya sanggup datang tempat kerjanya. Apabila Airin
membuka penutup bekas tersebut kawan-kawan Airin ketawa kerana
mereka tidak pernah makanan tersebut. Airin berasa sangat malu lalu
terus menelefon ibu bapanya di kampung.
‘”Assalamualaikum ibu ayah,” kata Airin
“Walaikumssalam Airin,” jawab ibu bapanya
“Airin sihat ke?” tanya ibu
“Airin sihat je,” jawab Airin lalu Airin bertanya ibu bapanya “Kenapa
ibu dengan ayah tidak bagitahu Airin untuk datang ke Kuala
Lumpur?”
“Sahaja nak bagi kejutan dekat Airin tetapi Airin tidak ada di pejabat
pulak,” kata bapanya
“ Kalau ibu ayah nak datang bagitahu lah dekat Airin nanti sedang
Airin pergi ibu ayah dekat kampung, lagi satu ibu tak payah la susah-
susah bawa male gemnam tu dekat Airin nanti kalau Airin balik
kampung Airin makanlah,” kata Airin
“Yela, bila Airin nak balik kampung lagi?” tanya ibunya
“Tak tahu lagi la sebab sekarang ini Airin terlalu sibuk, malam ini juga
sibuk, ok la ibu ayah Airin nak tutup telefon dulu banyak kerja kena
buat, Assalamualaikum,” kata Aira
“Baiklah, jaga diri ye nak, Walaikummussalam,” kata ibu bapanya lalu
bapa menutup telefonya
Sejak panggil sebulan lepas merupakan panggil terakhir yang
dilakukan oleh Airin kepada ibu bapanya. Hampir 3 bulan Airin tidak
menelefon ibu bapanya mahupun pulang ke kampung. Ibu Airin
sangat merindui Airin dan sekali lagi mengajak suaminya pergi ke
Kuala Lupur. Keesokkan paginya ibu bapa Airi pergi ke Kuala Lumpur
dengan menaiki bas kerana Pak Long Airin sudah ke kampung
isterinya. Sebelum pergi ke Kuala Lumpur ibu menyiapkan male
gemnam untuk Airin walaupun suaminya melanggar isterinya
membawa male gemnam untuk Airin tetapi ibu teringin melihat Airin
makan male gemnam di hadapan kerana male gemnam makanan
kegemaran Airin sejak kecil lagi.
Setelah ibu bapa Airin sampai ke Kuala Lumpur lalu menelefon Airin
untuk memberitahu bahawa mereka sekarang berada di stesen bas
Kuala Lumpur. Kebetulan hari tersebut Airin mendapat cuti, Airin pun
pergi menjemput ibu dan bapanya di stesen bas. Airin bertanya kepada
ibu bapanya mengapa mereka tidak menelefon Airin semasa di
kampung lagi. Kedua-dua ibu bapanya bukan senjara tidak mahu
menelefon Airin tetapi mereka tidak menyusahkan Airin. Di stesen bas,
ibumemeluk Airin begitu erat sampai air mata ibunya menitis kerana
terlalu merindui Airin. Selapas itu, Airin membawa ibu bapanya ke
rumah.
Pada waktu makan tengahari, ibu Airin berasa teruja kerana mahu
melihat Airin makan male gemnam tetapi Airin telah memesan
makanan yang disukainya. Airin melihat wajah ibunya yang agar sedih
kerana dia tidak menjamah male gemnam itu. Airin mengambil sedikit
male gemnam itu dan letak di pinggannya kerana tidak mahu ibunya
berkecil hati dengannya lepas mengambil male gemnam lalu Airin
pergi ke dapur untuk megambil sesuatu dia berbohong kepada ibunya.
Ibunya yang berasa tidak puas hati lalu pergi ke dapur untuk melihat
apa yang dilakukan oleh Airin. Apa yang dilakukan oleh Airin sangat
mengejutkan ibunya. Ibunya sangat sedih apabila melihat Airi
membuang male gemnam dalam tong sampah. Ibunya tidak berkata
apa-apa sejak melihat Airin melakukan seperti itu sehingga sampai ke
stesen bas. Airin berdiam sahaja apabila melihat ibunya tidak banyak
bercakap. Ibunya tidak menyangka bahawa Airin sudah tidak suka lagi
makan male gemnam itu.
Di dalam bas, ibunya hanya menangis sahaja apabila ditanya oleh
suaminya sekadar menggelengkan kepala sahaja. Tiba-tiba bas yang
mereka naiki tayarnya pecah lalu terjuman dalam gaung.
Pihak hospital menelefon Airin lalu memberitahu Airin bahawa ibu
bapanya terlibat dalam kemalagan dan nyawa ibu bapanya terkorban
di tempat kejadian itu. Sukar untuk Airin percaya bahawa ibu bapanya
sudah tiada lagi lalu Airin segera pergi ke hospital apabila melihat
mayat ibu bapnya Airin menangis sepuasn hatinya, dia berasa kesal
kerana tidak menghargai pengorbanan ibu bapanya terutama ibunya
yang sanggup bersusah payah memasak male gemnam untuk dirinya.
Sedangkan dirinya sudah tidak suka makan makanan tersebut.
Airin duduk di beranda sambil mengingati zaman kanak-kanaknya
dulu. Semasa Airin kanak-kanak, Airin suka sangat makan male
gemnam sampai ibunya sanggup meredah hujan untuk mencari male
untuknya kalau tiada male gemnam dia akan menangis. Air mata Airin
menitis perlahan-lahanmembasahi pipinya apabila terkenang zaman
kanak-kanaknya bersama ibunya. Airin berhasrat mahu belajar cara
memasak male gemnam dalam buluh dengan makciknya dan Airin
juga berhasrat untuk membuka sebuah kedai makanan male gemnam
di Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, kedai makan male gemnam sangat popular
kerana masakannya yang sedap. Airin menamakan kedai itu “ Male
Gemnam Buat Amek”. Ramai orang yang datang kedai makanannya
itu. Datang seorang pemuda sambil menegurnya Airinkerana melihat
wajah Airin yang agak sedih lalu pemuda itu menerimakan kata-kata
semangat atau nasihat kepada Airin. Perngorbananmu sungguh besar
Amek.
ML

Ros Ilya Surya Binti Roslan

Mobile Legend, siapa yang tidak kenal dengan permainan itu? Cuba
beritahu. Baiklah, mungkin ada yang masih belum terjebak dengan
dunia Mobile Legend atau nama singkatannya ML. Di mari kita kenali
Mobile Legend iaitu sejenis permainan yang dimainkan di atas talian dan
boleh didapati secara mudah daripada Appstore dan juga Playstore
dalam telefon pintar anda. Begitu mudah bukan? Siapa sahaja yang
tidak mempunyai telefon pintar pada zaman ini? Sudah banyak telefon
pintar yang mampu milik dengan harga yang berpatutan bukan?
Berbalik kepada permainan ML sebentar tadi. ML ialah sejenis
permainan yang menghubungkan semua orang di setiap negara
melalui atas talian. Jadi tidak hairanlah orang yang tinggal di Malaysia
boleh bermain bersama orang yang tinggal di Singapura. Permainan ini
menjadi kegilaan orang ramai, tidak kira kanak-kanak, golongan
remaja mahupun yang sudah berumur. ML merupakan sebuah
permainan pertarungan yang dimainkan secara berpasukan, 5 vs 5.
Setiap pemain akan memilih satu watak hero yang diminati, dan akan
menggunakan watak hero tersebut di dalam perlawanan. Watak hero
yang sering digunakan oleh pemain akan muncul pada watak
kegemaran dalam akaun pemain tersebut. Di dalam permainan
tersebut, terdapat lima kategori permainan iaitu, Custom, VS A.I, Brawl,
Classic dan Ranked. Dalam kelima-lima kategori tersebut, terdapat satu
kategori yang akan menentukan kehebatan pemain, iaitu kategori
ranked. Ranked merupakan kategori yang menentukan tahap kehebatan
pemain bermain dalam permainan tersebut. Ianya bermula daripada
ranked warrior III sehinggalah yang paling tinggi, ranked Mythic. Istilah
dalam permainan bagi menaikkan tahap ranked ini disebut sebagai
‘push ranked’. Kesemua pemain-pemain ML akan sentiasa berusaha
untuk menaikkan tahap ranked masing-masing supaya berjaya
mencapai ranked Mythic seterusnya dianggap sebagai professional ML
gamer. Setiap tahap ranked mempunyai star yang menentukan
kenaikan ranked pemain. Jika pasukan mereka kalah, maka satu
bintang akan hilang seterusnya ranked akan turun dan begitulah
sebaliknya jika pasukan mereka menang, bintang akan muncul dan
ranked akan dinaikkan. Semakin tinggi ranked pemain, semakin susah
untuk menang kerana pemain-pemain semua sudah hebat. Jika
terdapat salah seorang rakan sepasukan yang tidak pandai menyusun
strategi ketika bermain, istilah ‘noob’ akan digunakan kepada mereka.
Hal ini adalah untuk meransang mereka suapaya menyusun strategi
dengan lebih baik dan tidak diapndang rendah serta digelar ‘noob’ lagi.
Memang benar ML merupakan suatu hiburan yang menyeronokkan
pada masa kini. Namun begitu, ML juga merupakan satu permainan
yang hangat dengan kontrovesi. Sebagai contoh, seorang lelaki di
China, lumpuh selepas terlalu lama bermain ML dengan posisi
menunduk dan menyebabkan tulang belakangnya patah. Di Malaysia
pula, terdapat pasangan suami isteri yang baru berkahwin bercerai
kerana si suami asyik dengan ML sehingga mengabaikan
tanggungjawab kepada isterinya.
Oleh itu, perlu diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan ketika
berseronok melayani permainan ML dan jangan sampai membawa
padah kepada diri sendiri kelak.

“GO GO GO Amzar! Push! Push! Kill! Savage Amzar!” bingit sungguh


keadaan di meja makan itu. Sungguh riuh. Gayanya seperti ada sesuatu
pertarungan yang sedang berlangsung dengan begitu sengit.
“relaks Zal. Jangan ikut nafsu sangat. Wiped out nanti tak ada
yang defend turret.” Nampaknya memang ada pertarungan yang
sengit sedang berlansung. Amzar dan kawan-kawannya sedang dalam
pertarungan di alam maya melalui permainan Mobile Legend atau lebih
dikenali sebagai ML. Riuh suara mereka sahaja di sudut warung itu.
Sedang riuh bermain, muncul suara Zali mengingatkan Amzar.
“Amzar, Mak ayah kau tak call pula harini. Selalu waktu-waktu
macam ni dah bising handphone yang lagi satu.”
Amzar menilik jam tangannya, sudah pukul empat pagi. Tidak
mengapa rasanya aku pulang lewat buat kesekian kalinya. Paling tidak
pun Ibu dengan ayah membebel sahaja nanti.
“Diam Zal diam. Aku tengah fokus ni. Telefon bimbit yang itu
dah dah habis bateri. So, memang diorang takkan dapat call. Hahaha!”
“Yeah Amzar! Jom push lagi. Habiskan ranked legend."
“Ok bereh Zal.”
Leka betul mereka bermain tanpa mempedulikan orang
sekeliling seakan-akan seperti sudah masuk ke dalam dunia permainan
tersebut. Permainan diteruskan. Kata mereka, Push Ranked bersama
rakan lebih mudah. Peluang sebegini tidak boleh disia-siakan.
Pertarungan berlangsung sehingga jam lima pagi tanpa henti.

“Baru Nampak batang hidung! Semalam merayap jadi kutu rayau!


Pukul berapa kau balik Amzar? Ibu kau tu dah risau macam cicak
panas tahu tak.” Encik Hanif, ayah Amzar meninggikan suara sebaik
sahaja melihat Amzar dengan muka semenyeh keluar daripada
biliknya.
“Amzar main game dengan kawan-kawan je ayah. Push Ranked Mobile
Legends.” Dia berjalan ke arah ayahnya yang duduk di meja makan.
Menarik kerusi lalu duduk betul-betul berhadapan dengan ayahnya.
“Ayah bukannya faham trend sekarang. Amzar muda lagi rasanya nak
serious-serious ni. Jangan la tanya banyak-banyak. Ayah pun macam
ni juga dulu. Pagi-pagi dah bising la ayah ni. Amzar nak sarapan pun
tak senang. Sakit otak bising-bising ni.” Amzar menyambar sekeping
roti telur yang digoreng ibunya dan terus melahap. Amzar, begitulah
sikapnya. Ego anak-anak muda yang masih berdarah panas. Sentiasa
bersikap acuh tak acuh dengan keprihatinan kedua ibu bapanya. Encik
Hanif hanya menggeleng tanda malas mahu melayan.
Tap..tap..tap.
Dari jauh kedengaran derapan tapak kaki ibunya. Ibunya yang sedang
mengenakan kasut tumit tinggi yang baru dibeli daripada salah salah
satu laman web membeli belah terkemuka, Lazada berjalan dengan
penuh bergaya sekali.
“Amzar! Apa cakap macam tu dengan ayah! Betullah apa ayah cakap
tu. Amzar cubalah tolak ansur sikit. Fikir ibu ayah yang dekat rumah
risaukan Amzar. Kot ye pun tak jumpa jalan balik, whatsapp ibu. Ibu
boleh hantarkan location. Sampai pukul empat lima pagi sesat tak
jumpa jalan rumah.” Begitulah ibu amzar. Sentiasa pedas bila berkata.
Bukan apa, untuk mengingatkan anaknya juga. Amzar ketika itu?
Sekadar mengukir segaris senyuman mengejek. Malas mahu melayan
sindiran ibunya itu. Baginya lepak dan bermain ML bersama kawan-
kawannya sehingga lewat pagi tidak menjadi satu kesalahan.
Bukannya dia merogol anak dara orang.
“Eleh nak tunjuk kasut baru la tu. Berapa?” Encik Hanif mengerling
matanya ke arah kasut tumit tinggi merah yang dikenakan puan
Zurina. Bunyi nadanya agak menyindir.
“Minggu lepas ada sale bang. 100 lebih je harga dia ni. Lagipun saya
memang minat heels jenis tirus-tirus ni.”
“Ibu tu kalau tak membazir bukan Ibu. Kasut dah bertimbun dalam
stor. Bertingkat-tingkat. Mana pernah cukup.” Padu. Ibarat adegan
sindir menyindir pula gayanya.
“Amzar! Ibu tak suka Amzar cakap macam tu! Bukannya ibu minta
duit dengan Amzar pun.”
Ergh. Tahu sentap. Bising betul dua orang ni. Baik aku blah blah blah.
Layan ML lagi bagus.
Amzar bangun. Tidak mengendahkan kedua-dua ibu bapanya yang
sedang berbual-bual. Berlari dia menuju ke bilik untuk meredakan
keserabutan bebelan ibu dan ayahnya. Niatnya ketika itu, layan ML.

“Enemy maniac!’
“ARGHHHH!”
“Enemy Savage”
“TAK GUNA TEAM NOOB!”
“Our main Turret has been destroyed.”
“MAMPUS SEMUA MAMPUS!”
“Our maze is under attack.”
“ARGHHH!”
“Defeat.”
“Kenapa noob sangat team aku ni? Bodoh! Bodoh! Bodoh! Serabut!
Hilang star! Team noob!” Amzar menghempas-hempas bantal pada
telefon pintarnya itu. Kalah dalam perlawanan. Separuh gila jadinya.
“Amzar? Amzar ok ke? Dari tadi duk teriak. Ada yang tak kena ke Zar?
Ibu risau ni.”
Ish orang tua ni. Aku tengah serabut asyik kalah ranked dari tadi. Boleh
pula dia datang mengacau.
“Takde apa lah mummy! Amzar okay je ni. Jangan sibuklah! Tengah
serabut ni!” Balas Amzar.
“Baiklah. Kalau ada apa-apa yang tak kena, bagitahu ibu cepat-cepat.”
Kenapa lah orang tua aku ni. Aku keluar balik lambat. Marah. Teriak
sikit dalam bilik marah. Marah. Marah. Semua benda nak marah. Tak
boleh ke hidup chill sikit. Ya lah orang tua mana faham jiwa orang
muda macam aku ni. Sakit hati betul. Nak layan ML pun jadi serabut.
Eh sekejap, rasa macam busuk je. Oh lupa aku tak mandi lagi.
Amzar menyambar tuala mandinya dan terus menapak ke arah bilik
air.

“Ibu! Apa ibu buat dekat handphone Amzar ni?! Kenapa tak hidup ni
ibu?!” menjerit-jerit Amzar sambil terkocoh-kocoh berlari keluar bilik
untuk mendapatkan ibunya yang sedang menonton televisyen.
“Oh, maaf Amzar. Ibu mop lantai bilik Amzar tadi. Sebab ibu tengok
ada air milo tumpah dah kering. Ibu nak alih Handphone Amzar sebab
wayar pengecas tu halang laluan ibu. Tup tup terjatuh pula handphone
dalam baldi. Tak tahu pula rosak sampai tak boleh hidup.”
“Kenapa ibu tak bagitahu nak mop lantai dekat situ?”
“Ibu tengok Amzar takde dalam bilik tadi. Tu yang ibu redah je. Amzar
ni dah kenapa kecoh sangat. Kan ada satu lagi handphone tu.”
“Ibu! Handphone ni Amzar guna untuk main ML! Kenapa ibu buat
rosak?! Tak guna ibu ni! Dah la aku tak banned account dalam
handphone ni. Kau tahu tak dah ranked Legend dah kot! Tak guna!”
Bengis. Penuh dengan keegoan.
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Amzar daripada ayahnya.
“Amzar kenapa cakap macam tu dengan ibu? Amzar dah tak sayang
ibu ke?!” Tengking Encik Hanif.
“Ya! Aku lagi sayang ranked ML aku. Bukan senang aku nak dapat
ranked Legend tu. Senang-senang kau hilangkan!” sebelum sempat
satu lagi tamparan hinggap di pipi, Amzar serta merta berlari meluru
ke biliknya. Bam! Pintu dihempas. Berselubung dalam selimut dengan
perasaan amarah kepada ibu dan ayahnya yang bergelodak. Hanya
kerana permainan tersebut dia menjadi anak yang biadap. Tidak lama
melayan perasaan, Amzar tertidur.
Congratulations to AmZar9001 for achieving mythic ranked.
Ya Allah! Alhamdulillah aku dah berjaya capai Mythic ranked. Tak
sangkanya… Tidak semena-mena..
Zass. Zass. Zass.
Erkk apa ni. Kenapa darah ni, apa ni? Amzar menoleh ke belakang.
Berdiri tegak sambil memegang sebilah pedang. Watak hero
kegemarannya. Zilong? Eh kenapa dia toreh belakang aku ni?
“Zilong? Kau ke tu? Apa kau buat dekat aku?”
“Ya, aku zilong. Kenapa kau derhaka dengan ibu dan ayah kau?
Kenapa kau tinggikan suara? Kenapa kau mengeluarkan perkataan tak
baik? Hanya kerana aku dan rakan-rakanku yang lain? Kau sanggup
Amzar? Aku hanya permainan dalam alam maya. Ibu dan ayah kau
banyak berkorban untuk kau. Dalam dunia realiti kau. Bekerja susah
payah untuk kau. Kenapa kau agung-agungkan aku Amzar?”
“Zilong..aku..aku tak sengaja..maafkan aku..aku terlalu ikutkan
perasaan.”
“Kau sudah menyatakan yang kau sudah tidak menyanyangi ibu bapa
kau dan lebih menyayangi aku dan rakan-rakan aku yang lain jadi, biar
aku bunuh kedua-dua ibu bapa kau supaya kau lebih senang untuk
bermain permainan aku.”
Zilong berjalan dengan laju menuju ke arah pintu.
“Zilong jangan! Tunggu!” Amzar cuba untuk menahan zilong dengan
memegang kakinya supaya dia berhenti.
Satu tujahan tepat blade of despair ke dada Amzar daripada Zilong.
Sakit. Kenapa ni? Ya Allah sakit sakit. Aku tak faham apa yang berlaku
ni?
Dalam kesakitan Amzar gagahkan dirinya untuk mengikuti Zilong
turun. Sekali lagi Zilong menujah perut Amzar dengan tusukan
pedangnya. Kemudian pandangan Amzar kabur. Kedengaran suara
ibu dan ayahnya menjerit- jerit kesakitan di luar bilik.
Zilong kenapa kau bunuh ibu dan ayah aku..sakitnya..aduh..apa
semua ni..sakitnya..perlahan-lahan Amzar menutup matanya. Terasa
bagaikan melayang rohnya pada ketika itu.
“ARGHH!” kuat amzar menjerit. Rasa sakit dadanya. Apa yang
berlaku sebenarnya? Ya Allah sakitnya dada. Tercungap-cungap
Amzar ketika itu. Macam betul. Realiti. Apa yang berlaku masih
menjadi tanda tanya.
Ibu? Ayah?
Amzar cepat-cepat berlari keluar untuk mendapatkan ibu dan
ayahnya. Lantas dia sujud dan memohon ampun berkali-kali daripada
ibunya. Sungguh berdosa rasanya dia ketika itu kerana meninggikan
suara kepada ibu dan ayahnya.
Encik Hanif dan Puan Zurina terpinga-pinga melihat kelakuan anak
terunanya itu. Pelik. Pertama kali Amzar bersikap sedemikian rupa.
Deras air mata Amzar mengalir. Tak berhenti-henti. Macam air terjun!
“Hei sayang ibu. Kenapa ni? Bangun-bangun.”
“Ibu! Ibu hidup lagi. Alhamdulillah!” Amzar bangun daripada
sujudnya dan memeluk erat ibunya.
Ibu Amzar hanya membuat muka pelik. Amzar tahu ibu pelik kenapa
Amzar tiba-tiba jadi macam ni. Maaf ibu, Amzar tahu Amzar salah.
Detik hati Amzar.
“Amzar kenapa? Ibu dah maafkan anak ibu ni. Ibu tahu Amzar
tertekan sebab game Amzar hilang dalam handphone tu.”
Amzar tidak mempedulikan kata-kata ibunya itu dan tidak lepas
daripada memeluk ibunya. Ayah hanya memandang dengan gelengan
kepala serta senyuman. Amzar membalas senyuman ayahnya dengan
rasa bersyukur.
Bersyukur masih dikurniakan ibu bapa yang baik hati dan tidak pernah
lelah menjaga dan membesarkannya walau sedegil mana pun dia
kepada diri mereka.
Inilah kebahagiaan hakiki. Dalam dunia realiti yang sebenar.

Ting. Ting.
Satu mesej whatssapp masuk.
“Amzar, malam ni, jom lepak Zamzam. Push ranked jom.” Amzar
menilik jam. Sudah 12 tengah malam. Dia kemudiannya membalas
mesej whatsapp tersebut.
“Sorry bro, parent aku tak bagi lepak lewat malam macam ni. Tak elok.
Kau orang pun. Jangan leka sangat. Kena bunuh nanti.”
Kemudian dia mematikan telefon dan terus melelapkan mata. Mobile
legend..oh mobile legend..semoga kau akan terus menghiburkan hati
pemain dan sampai satu tahap mereka terleka, sedarkanlah mereka.

Nasi Buluh Bah Kejup Terbang

Herna Faridah a/p Muslihin

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak berada dimana aku
dilahirkan di sebuah kota yang dihuni oleh pelbagai jenis orang yang
terdiri daripada pelbagai darjat, sifat dan keturunan. Hari-hariku
hanya dihuni dengan belajar yang dianggap sangat penting oleh semua
orang untuk masa depan yang cerah begitu juga dengan aku, aku tidak
pernah menghiraukan tentang adat dan keturunanku lagi kerana
bagiku dunia pada hari ini sudah semakin moden jadi mengapa aku
harus mengetahui tentang semua itu lagi? Tambahan pula aku tidak
pernah dibawa bercuti ke kampung oleh ibu bapaku jadi aku
menganggapnya sebagai satu perkara yang mustahil untuk aku
menjejakkan kaki ke tempat yang bernama kampung.
Tahun baharu sudah menjelang tiba, aku sudah memasang
satu azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana pada tahun ini
aku akan menduduki peperiksaan SPM. Aku dengan bersemangatnya
melangkah masuk ke dalam kelas untuk duduk di barisan hadapan
sekali supaya aku akan dapat memberikan sepenuhnya perhatianku
terhadap pengajaran yang akan disampaikan oleh guru. Setibanya aku
di dalam kelas, kelihatan hanya beberapa orang sahaja yang ada di
dalam kelas bermakna masih ramai lagi pelajar yang belum sampai
oleh itu aku membuat keputusan untuk merebut tempat duduk
dihadapan sekali memandangkan tiada lagi penghuninya. Jam
didinding sudah menunjukkan 07.30 pagi maka kelas aku sudah
dipenuhi oleh penghuninya memandangkan waktu perhimpunan
tidak lama lagi akan bermula.
“eh, kau kan yang duduk di barisan hadapan sekali di dalam
kelas tadi” tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang aku tidak kenal
menyapa aku. “ye” tanpa banyak bunyi itu sahaja jawapan yang
tersembul daripada mulutku untuk pelajar lelaki itu. “ aku Bah Kejup
aku berasal daripada suku kaum semai..aku pelajar baharu kat sekolah
ni jadi kalau aku perlukan apa-apa bantuan bolehlah aku meminta
bantuan daripada kau kan?” Tanpa berasa segan silu pelajar lelaki itu
memperkenalkan dirinya yang aku sebenarnya tidak mahu mengambil
peduli tentang dirinya itu.
Bah Kejup adalah seorang pelajar yang banyak mulut dan dia
akan memulakan perbualannya dengan aku sedangkan pelajar lain
tidak ada seorang pun yang mahu untuk berkawan dengan aku ini
kerana sikap aku yang agak pendiam dan tidak suka untuk
mencampuri urusan orang lain. Bah Kejup adalah merupakan seorang
pelajar asli yang baru sahaja berpindah dari sekolah pedalaman. Dia
dipindahkan oleh gurunya atas sebab dia merupakan seorang murid
yang agak berpotensi maka bagi gurunya dia patut mendapat
pendidikan seperti mana yang pelajar bandar perolehi.
“nama kau apa? Kau ni bangsa apa?’’ bertubi-tubi soalan yang
dia tanyakan, adakalanya aku rasa dia ni sangat menyusahkan! “aku
orang asli suku kaum Jakun” itu sahaja jawapan aku kepada
persoalannya, nama memang tidak suka hendak bagitahu nama aku
dekat mana-mana orang yang aku anggap tidak penting dengan
kehidupan aku. “mesti nama dia buruk ni sebab tu malu nak bagitahu
hehehe desis hatinya” dia pon hanya mengiyakan apa yang terkeluar
daripada mulut wanita jakun itu sambil tersenyum tanpa menyoal lagi.
Nama dia aku tak tau habistu aku nak panggil apa? Dia
mengomel dalam hatinya sambil menjeling ke arah budak perempuan
itu. Ahhhh..panggil jela “jakunis girl” apa susah dia tu yang kedekut
sangat nak bagitau nama sapa suruh dia kedekut taik hidung masin
sangat!!! Dia tersengih-sengih.
Bah Kejup agak hairan dengan gaya pembelajaran budak-budak
Bandar yang sangat jauh berbeza dengan budak-budak sekolah
kampung. Budak-budak sekolah Bandar lebih banyak belajar dengan
menggunakan ICT manakala budak-budak kampung lebih kepada
pembelajaran tradisional, maklum lah kampung mana adanya ICT
semua ni. Namun begitu, dia rindu akan kehidupannya di kampung
dimana suasananya lebih menenangkan dan yang paling penting
baginya adalah rindu makanan kampung terutamanya nasi yang
dimasak dalam buluh. Di Bandar mana ada orang jual nasi dalam
buluh, lemang adalah kata hatinya. Dia pon tanpa segan silu
menghampiri budak perempuan yang dia beri nama jakunis girl tadi
kerana hanya budak perempuan itu sahaja yang sama bangsa
dengannya. “jakunis girl aku nak tanya sikit boleh tak?’’ budak
perempuan itu hanya menjeling kearahnya tanpa memberi apa-apa
respon. “kau ni sombong lah..tau lah kau tu budak bandar tapi tak
perlu la nak sombong sangat”…
Aku hairan mengapa budak lelaki itu memanggil nama aku
“jakunis girl” dan kenapa dia tidak pernah jemu untuk berbual dengan
aku padahal aku tidak pernah menghiraukan apa yang dibualkannya.
Dalam pada masa yang sama aku jadi kasihan dengan budak lelaki itu
kerana dia bersungguh-sungguh untuk berkawan dengan aku, jadi
daripada itu aku cuba untuk membiasakan diri berbual dengan budak
lelaki itu walaupun hakikatnya aku bukanlah jenis yang suka
berkawan.
Kring...kring…kring…jam loceng sekolah sudah berbunyi
menandakan waktu sekolah sudah tamat maka dengan pantasnya aku
mengemaskan barang-barang dan besedia untuk pulang. “beri
perhatian semua” laung cikgu Amina apabila melihat pelajar kelasnya
itu sudah bersiap sedia untuk pulang. “Di sini cikgu ada sedikit
pengumuman pada minggu hadapan setiap pelajar diwajibkan untuk
membawa makanan tradisonal mengikut kaum masing-masing
sempena meyambut hari Malaysia” aku terkaku apabila mendengar
pengumuman daripada cikgu Amina sebentar tadi. “aku mana tau apa
makanan tradisonal kaum aku, kalau aku tanya mak dengan ayah ni
belum tentu diorang tau” aku pon cuba memberanikan diri untuk
bertanya kepada Bah Kejup. “Awak..boleh saya tau apa makanan
tardisonal untuk suku kaum awak?” Tanya aku, “ada banyak makanan
tradisonal suku kaum aku ni antaranya ubi kayu, masak nasi dalam
buluh..haaa makanan yang paling aku suka nasi yang dimasak dalam
buluh, sedap..”sambil dia tersenyum kerana berasa gembira akhirnya
budak perempuan itu bercakap juga dengannya. “nanti kau bawa nasi
yang dimasak dalam buluh tu ye saya nak rasa juga”. “eh..peramah
juga dia ni rupanya ingatkan sombong haha” geli hatinya melihat
telatah budak perempuan itu.
***
Hari yang dinanti-nantikan oleh aku untuk melihat rupa nasi
yang dimasak dalam buluh akhirnya tiba tanpa berlengah lagi aku
masuk ke dalam kelas dan menyapa Bah kejup yang baru sahaja
hendak melabuhkan punggungnya di kerusi. “awak ada bawa nasi tu?
Tanya aku tanpa ada sedikit pon rasa malu. “ada lah..kau ni bagi lah
aku duduk dulu” Bah Kejup pon melabuhkan punggungnya setelah
menjawab soalan aku.
Semua orang sedang sibuk memperkenalkan makanan
tradisonal masing-masing tapi tidak dengan aku. Saat itu aku berasa
bertapa pentingnya aku mengenali makanan tradisonal suku kaum aku
yang pada sebelum ini aku tidak pernah tergerak hati untuk
mengambil tahu akan tentang perkara itu tetapi sejak hadirnya Bah
Kejup dia telah mengubah aku supaya tidak lupa akan makanan-
makanan tradisional serta bertapa pentingnya untuk aku mengekalkan
adat dan tradisi suku kaum aku.
“Bah Kejup” panggil aku secara spontan aku menyebut
namanya untuk pertama kalinya. “ya, saya..jakunis girl ada apa-apa
yang boleh saya bantu?”dia menjawab sambil menunjukkan reaksi
yang sangat mesra alamnya itu. “boleh kau ceritakan pada aku macam
mana cara nasi dalam buluh yang kau bawa tu dimasak?”. “boleh
je..apa salahnya aku lagi suka kalau kau nak tahu tentang semua ni, ye
lah kau kan budak bandar mana nak tahu tentang semua ni tapi bagi
aku bandar macam mana pon kita, kita tak boleh melupakan adat dan
tradisi bangsa kita” pertama sekali. Baiklah aku ceritakan sekarang,
dengar betul-betul haha. Pertamanya, cuci dahulu daun yang kau nak
letak beras tu tapi kau jangan letak daun sembarangan pula usiknya
sambil tergelak melihat aku yang fokus untuk mendengar ceritanya itu,
kau kena gunakan daun bumban aku tak tahulah kau kenal ke tidak
dengan daun tu. Lepastu letakkan beras atas daun tadi pastikan jangan
letak banyak-banyak, letak ikut saiz daun tu yang seterusnya, kau
pernah tengok orang bakar lemang kan? Haaa..macam tu lah.
***
Setelah beberapa bulan aku mengenali Bah Kejup, aku semakin
menyukai nasi buluh yang sering dibawa olehnya ke sekolah dalam
pada masa yang sama aku menanam satu azam untuk memastikan nasi
dalam buluh Bah Kejup akan disukai oleh orang yang berbangsa lain
kerana pada pandangan aku hanya makanan tradisonal bangsa Cina,
Melayu dan India sahaja yang dikenali manakala makanan tardisonal
orang Asli tidak ramai yang tahu. Oleh itu, aku telah menyiarkannya
dalam laman sosial iaitu facebook dan instagram tentang keenakan
rasa nasi dalam buluh yang ramai tidak tahu.
***
“wahhhh..banyaknya kau bawa nasi dalam buluh hari ni, kau
nak bagi aku makan sorang ke? Aku on je..hehe, “eh, kau ingat muat
ke perut kau sorang nak makan semua ni? Sebenarnya cikgu yang
suruh aku bawa dengan pelajar-pelajar yang lain mereka nak rasa
katanya”. Aku tersenyum puas apabila mendengar apa yang
dikatkannya tadi.
“akhirnya terbang juga nasi dalam buluh kau Bah Kejup” bisik
hatiku dengan penuh kepuasan kerana akhirnya aku dapat
memperkenalkan makanan tradisional orang asli walaupun itu adalah
makanan tradisional untuk suku kaum semai tetapi aku tetap bangga
kerana aku juga adalah orang asli yang hanya membezakan aku
dengan dia adalah suku kaum sahaja.
“Bah kejup eng hot yap terimak kasih ma hek ha hek perpani ma
eng nasi ku pe’ok” dia terkaku seketika kerana mendengar aku
bertutur dalam bahasa Semai sesungguhnya dia tidak percaya jika aku
mampu bertutur dalam bahasa itu. “samak-samak” itu sahaja kata
yang terkeluar dari mulut budak lelaki itu sambil tersenyum.
Paya Jerlus

Inniana a/p Munan

‘Nenek…nenek’ Latip nak pergi main!. “ Latip nak ajak kawan-kawan


Latip sekali yer”.Laung Latip kepada neneknya yang sedang sibuk
berkebun di belakang rumah.Latip merupakan anak yatim piatu dan
dia di besarkan oleh neneknya iaitu nenek Timah. “ Lepas main tu balik
cepat ke rumah”.Pesan nenek Timah kepada cucunya itu.Dengan
sepantas kilat,Latip cepat-cepat bergegas mengambil barang lastiknya
serta menyandang beg lastiknya di bahunya dan terus bergegas ke
rumah kawannya iaitu Atam.Sesampai di rumah kawannya itu,Latip
bersepakat dengan Atam untuk mengajak kawan mereka yang lain
untuk bermain bersama-sama di tepi paya tersebut. “
Amat,Abu…jomlah main bersama-sama kat tepi paya tu”.Ajak Latip
dan Atam dengan nada gembira. “ aku tak naklah main kat situ,kalau
main kat tempat selain tu,aku boleh je..tapi tepi paya tu aku tak berani
sangat”. “ sebab kenapa pulak”.Tanya Latip dan Atam kepada Amat
dan Abu. “ Sebab mak aku cakap,tempat kat paya tu
bermisteri,kebanyakkan orang tak berani nak main kat situ”. “
Sudahlah! Semua tu karut je,buat apa mahu percaya”.Kata Latip
dengan nada berlagak dan sombong. “Jomlah Atam,buang masa saja
kita dating ke rumah mereka ni”.Latip dan Atam bergegas ke kawasan
paya yang dikatakan sebentar tadi tanpa memikirkan apa-apa yang
akan berlaku.
******
Sesampainya mereka berdua di kawasa paya tersebut,Latip dan Atam
memulakan rutin harian mereka iaitu melastik binatang-binatang yang
berada disitu. “Atam…kau pergi ke seberang sana,aku ternampak
tupai tadi sedang makan”.Jerit Latip kepada Atam yang sedang sibuk
termendap-mendap mencari binatang yang hendak dilastiknya.
Platttt!!.Bunyi lastikkan Atam tidak mengena sasaran. “ ala Latip,tupai
tu dah lari jauh dah ke hutan seberang sana”.Keluh Atam kepada Latip
kerana lastikkannya tidak mengena kepada sasaran.Setelah penat
berlari dan melastik,Latip dan Atam mengambil keputusan untuk
berehat seketika di tepi paya tersebut.Bunyi kicauan burung telah
memecah kesunyian di dalam hutan tersebut,sehingga Atam tiba-tiba
bertanya Latip tentang cerita misteri paya tersebut.
“ Latip! Kau rasakan,misteri paya yang dikatakan oleh Amat tadi betul
ke?.Tanya Atam kepada Latip dengan nada tertanya-tanya.
“ Haa!! Semua tu cerita rekaan je,saja nak menakut-nakutkan budak-
budak kat kampong nie,engkau tengoklah paya kat tepi ni taka da apa-
apa pun yang berlaku”.
“ Kalau engkau nak percaya,pergilah kawan dengan diorang tu”.Kata
Latip dengan nada tidak puasa hati dan angkuh.
*******
Setelah lama mereka berbincang perkara tersebut,Latip secara tiba-tiba
mendapat satu idea untuk menyerikan lagi kesunyian di antara mereka
berdua.
“ Ha!! Aku ada idea supaya kita taklah senyap macam nie.Kata Latip
dengan nada yang berkobar-kobar kepada Atam yang sedang tertanya-
tanya apakah perancangan yang dilakuka oleh Latip selepas ini.
Latip terpandang seekor beruk yang sedang bertenggek di atas pokok
yang sedang menikmati pisanf.Lalu dia berkata kepada Atam. “
Atam..apa kata kita tangkap beruk tu pastu aku nak buat benda orang
yang tak pernah orang buat”. Atam hanya mengikuti sahaja apa yang
dirancang oleh kawannya itu.Dengan tanpa berkata-kata Atam dan
latip memulakan misi mereka mengejar beruk itu dengan berhati-hati
tanpa membunyikan apa-apa bunyi yang akan menganggu misi
menangkap beruk tersebut.
“ Atam kau jaga kat sana…aku kepung kat sini”.Arah Latip kepada
Atam yang bersemangat berkobar-kobar mengejar beruk tersebut.
Platt!! Bunyi lastikkan mereka berdua di dalam kawasan hutan tersebut
serta diiringi dengan suara teriakkan mereka mengejar beruk
itu.Mereka meneruskan lagi aktiviti mengejar dan melastik beruk
tersebut tanpa mempedulikan kawasan di sekeliling.
Kedebum!! Bunyi beruk jatuh ke atas tanah,akibat terkena lastikkan
Latip.Dengan wajah yang teruja,Latip dan Atam bergegas ke kawasan
beruk yang kelihatan seperti menahan kesakitan.Lalu mereka
membawa beruk tersebut ke kawasan yang mereka berehat tadi.
“Kau nak buat apa dengan binatang ni Latip?.Tanya Atam kepada
Latip dengan nada tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh
sahabatnya itu.Atam memandang wajah Latip,kelihatan wajah Latip
seperti ingin melakukan perkara yang tidak baik sahaja dan kelihatan
senyuman yang dilepaskan oleh Latip seperti senyuman yang
membawa makna di sebaliknya.
****
“Manalah cucu aku nie…tak balik-balik lagi”.Keluh nenek Timah
dengan nada kerisauan terhadap cucunya yang tidak pulang-pulang
lagi.Nenek Timah kemudian berfikiran positif,dan dia mengangap
bahawa cucunya hanya bermain di rumah kawannya sahaja dan tidak
pergi kawasan paya tersebut.Lalu Nenek Timah menyambung semula
kerja-kerjanya yang telah tertangguh sebentar tadi.Nenek Timah
menyambung kerja-kerjanya dengan penuh kerisauan terhadap
cucunya yang tidak pulang-pulang lagi.
***
Atam!.panggil Latip dengan nada mengejut kepada Atam. “ Kau pergi
ambik kucing yang tengah tidur,pastu kau bawak kat sini”.Arah Latip
kepada Atam.
Tanpa melengahkan masa Atam cepat-cepat bergegas mengambil
kucing yang dikatakan oleh Latip tadi.Atam segera kembali ke tempat
asal dia berada tadi dengan membawa kucing tadi.Sesampainya dia
dengan membawa kucing tersebut,Latip mengambil daun yang
menjalar yang meliliti pokok-pokok dan terus mengikat daun-daun
tersebut di atas kepala beruk itu.Lalu Atam bertanya kepada Latip.
“Latip kau nak buat apa sebenarnya ni?”.Tanya Atam kepada Latip.
“ Aku nak kahwinkan beruk ni dengan kucing ni”.Jawab Latip sambil
diiringi gelak tawa yang besar.Atam turut serta gelak bersama Latip
atas apa yang dilakatakan oleh Latip tadi.Kusyuk dengan gelak tawa
mereka,Latip meneruskan lagi kenakalannya itu dengan
menambahkan lagi unsur lawak mereka dengan menyanyikan lagu
selamat pengantin baru kepada beruk dan kucing itu.Gelak tawa
mereka semakin mengilai dan kuat.Tanpa mereka sedari cuaca menjadi
gelap dan diiringi dengan ribut yang amat kuat.
***
Nenek Timah berasa risau akan cucunya yang tidak pulang-pulang
kerumah,memandangkan cuaca pada petang itu tiba-tiba menjadi
gelap dan rebut semakin kuat.Dan nenek Timah terperasan bahawa
kejadian seperti itu tidak pernah berlaku lagi di kawasan kampong
tersebut.Sepanjang memikirkan keadaan tersebut serta memikirkan
keberadaan cucunya.Nenek Timah mula mengesyaki bahawa cucu itu
telah pergi bermain di tepi paya tersebut.Perasaan Nenek Timah berasa
gundah-gulana akan keberadaan cucunya itu.Tanpa memikirkan apa-
apa,nenek Timah cepat-cepat bergegas mencari cucunya yang tidak
pulang-pulang lagi kerumah.
“Tom kau Nampak tak cucu aku?”.Tanya nenek Timah kepada jiran
sebelah rumahnya tentang keberadaan cucunya.
“Tadi aku ternampak dia pergi bermain dengan Atam kat kawasan tepi
paya tu”.Jawab Tom dengan menunjuk kearah kawasan paya tersebut.
Nenek Timah berasa terkejut dan marah akan apa yang dilakukan oleh
cucunya yang tanpa memberitahu kepadanya bahawa dia hendak
bermain di kawasan tersebut.Nenek Timah bergegas ke kawasan paya
tersebut dengan perasaan penuh kemarahan akan kenakalan cucunya
itu.
***
Di kawasan paya tersebut,dipenuhi dengan gelak tawa Atam dan Latip
dengan apa yang mereka lakukan terhadap beruk dan kucing
tersebut.Mereka kahwinkan kucing dengan beruk tersebut diiringi
dengan gelak tawa mereka yang kuat.Tanpa disedari,cuaca menjadi
gelap gelita dan ribut kuat menghampiri.Dengan tidak semena-mena
paya yang berada di tepi mereka itu mengalir kearah mereka.Setelah
melihat keadaan tersebut,Latip dan Atam berlari daripada terkena
paya tersebut.Walaubagaimanapun,paya tersebut masih lagi mengejar
mereka meskipun mereka berlari agak jauh dari kawasan paya
tersebut.Atam dan Latip berasa takut akan kejadian tersebut.Tiba-tiba
paya tersebut menelan Atam yang sedang leka berdiri di situ akibat
keletihan berlari.Latip tiada bersuara dan tidak dapat membayangkan
perkara ini akan berlaku.
Selang beberapa minit,nenek Timah sampai di kawasan tersebut dan
kelihatan Latip yang sedang menangis dan kepenatan akibat dikejar
oleh paya tersebu.
“Latip! Apa yang korang dah buat dah nie?”.Marah nenek Timah
kepada Latip.
Latip tidak dapat berkata apa-apa dan senyap kebisuaan akan perkara
yang berlaku di depan matanya sendiri.Paya tersebut semakin laju
mengejarnya.Nenek Timah cepat-cepat mendapatkan cucunya itu
untuk lari daripada paya tersebut.Walaubagaimanapun,paya tersebut
masih lagi mengejar mereka berdua meskipun,mereka sampai di
kawasan kampong.Kawasan kampong mereka sudah ditenggelami
oleh paya tersebut dan tiada sebarang apa-apa pon yang tinggal.Tiba-
tiba suatu suara memangil mereka berdua,sehingga menyebabkan
langkah mereka berhenti.
“ kenapa engkau menyelamatkan budak tersebut?”.Tanya paya itu
kepada nenek tersebut.
“Aku menyelamatkan budak ni daripada bahaya menimpanya”.Jawab
nenek dengan nada ketakutan.
“Bukankah kau tak tahu..cucu mu itu telah melakukan perkara yang
mendatangkan malapetaka yang amat besar iaitu dengan
mengawinkan binatang yang tidak berdosa”.Kata paya dengan nada
marah.
Nenek Timah berasa marah akan apa yang dilakukan oleh cucunya itu
sehingga menyebabkan kawasan perkampungan mereka ditengelami
oleh paya.Tiba-tiba paya itu bersuara semula.
“lebih baik engkau lepaskan sahaja cucu kau itu,jikalau engkau
lepaskan cucu kau itu,aku tidak akan menegelami kawasan yang
lain”.Arah paya tersebut kepada nenek Timah.
Dengan hati yang berat,nenek Timah terpaksa melepaskan cucunya itu
kepada paya tersebut dengan perasaan yang penuh kesedihan.Lalu
nenek Timah terpaksa memcampak cucunya itu kearah paya
tersebut.Nenek Timah berasa sedih sangat akan apa yang
berlaku.Berakhirnya persengketaan tersebut,keadaan kawasan
perkampungan tersebut menjadi sediakala,tetapi kawasan
disebahagiannya masih lagi ditenggalami paya.Semenjak peristiswa
itu,kawasan tersebut dikenali sebagai paya jerlus dan masyarakat kini
tidak dibenarkan untuk menangkap ikan di kawasan tersebut.

Tok Chik

Hanida Kong Pek Yin

Bunyi kokokan ayam pada pagi subuh yang hening itu


menyedarkan mimpi lena Tok Chik. Dia segera bangkit lalu menyelak
tirai kelambu usang yang telah menjadi peneman tidurnya pada setiap
malam. Tok Chik membuang pandang ke arah langit untuk seketika.
Ada perkara perlu diselesaikan yang telah berlegar-legar di fikirannya
sejak kelmarin. Jika ditangguh lagi hajatnya itu, maka hasil yang
diperolehi tidak mungkin sebaik yang Tok Chik inginkan. Dia mula
mengatur langkah menuruni tangga rumahnya dengan berhati-hati.
Silap langkah, musnah lagi hajatnya. “Bulan baik, hasil baik. Akan aku
laksanakan hajat itu hari ini. Tidak boleh bertangguh lagi”. Tuk Chik
berjalan beberapa langkah menuju ke perigi lama di belakang rumah.
Dia membuat persiapan diri, setelah itu dia mengambil kain batik lama
milik aruah isterinya lalu diletakkan di atas kepala lagak tekuluk
meringin wanita Jambi.
“Bulan baik, hasil baik” kata Tok Chik lagi sambil berjalan mengikut
denai menuju ke bukit untuk melunaskan hajatnya. Perjalanan yang
memakan masa lebih kurang 20 minit sedikit sebanyak membuatkan
Tok Chik termengah-mengah mencuri nafas. Dia sedar dengan faktor
usia dan kesihatannya yang semakin merosot sejak kebelakangan ini
membuatkan apa yang dihajatkan itu mungkin menjadi sesuatu yang
sia-sia. “Tapi ini Tok Chik, nenek moyang aku dahulu walau belakang
sudah bongkok masih gagah mendaki bukit. Mengapa tidak aku ?”.
Tok Chik mencabar dirinya. Ini hajat bukan sebarang hajat, kena badi
jika tak kena tempat. Pantang larang tidak boleh tinggal, musnah
hasilnya nanti. Tok Chik berhenti betul-betul di tengah bukit. Dia
memandang sekeliling beberapa kali. Setelah berpuas hati dia
mengangguk-angguk. Baik hasilnya nanti bisik hati Tok Chik.

Ditengah-tengah bukit itu juga, Tok Chik mula menggali tanah


menggunakan kayu tajam untuk membuat lubang sebesar penumbuk
orang dewasa. Dengan jarak lebih kurang dua jengkal daripada lubang
itu dia mula memacakkan 4 batang kayu kecil pada setiap penjuru. Tok
Chik juga membuat lubang kecil dengan saiz yang sama pada 4
penjuru tersebut. Tok Chik berehat sebentar. “Mengapa usia ini
memakan kudrat aku ? Banyak perkara lagi yang perlu aku
selesaikan”. Tok Chik bermonolog sendiri. Seterusnya Tok Chik mula
menanam isi Bonglai pada penjuru yang pertama. Setelah itu dia
menanam batang serai yang telah dikecilkan pada penjuru kedua
diiikuti dengan benih pisang pinang pada penjuru ketiga dan
seterusnya Tok Chik menanam isi Cekur pada penjuru yang terakhir.
Lubang yang berada ditengah-tengah itu ditabur dengan bedak sejuk
yang diperbuat daripada rendaman beras dan daun Sedingin.

Langkah pertama sudah selesai. Baik permulaannya baiklah


hasilnya nanti bisik Tok Chik. “Petang nanti bolehlah aku mula
menugal, cepat aku siapkan, cepat aku tuai hasilnya”. Kata Tok Chik
sambil mengelap peluh yang mula memercik. Matahari semakin
meninggi sebaris hampir sama dengan kepala. Lihat pada bayang-
bayang sahaja sudah Tok Chik tahu masa pada waktu itu. Dia perlu
pulang ke rumah untuk mengisi perut dan berehat. Makanan yang
disediakan pada pagi tadi tidak dibawa sama kerana rasa terujanya
untuk melaksanakan hajat. “Sudah tua beginilah, sudah kena buat
kerja dua kali”. Tok Chik mengeluh sendiri. Dia berjalan perlahan
menyusur denai yang tidak begitu terik panas nya dek terlindung oleh
kebun getah miliknya. Sesekali dia berhenti di lereng denai sambil
mengutip pucuk Cemperai untuk dibuat makanan tambahan pada
sebelah malam. Masaknya tidaklah seenak air tangan arwah isterinya.
Tapi cukuplah untuk kenyangkan perut.
Tok Chik terlelap seketika. Tidak lena tidurnya pada siang hari.
Sekadar mengisi masa sebelum memulakan kembali tugasnya. Apabila
cuaca seakan redup, Tok Chik menyediakan perlengkapan yang dia
perlukan untuk melaksanakan langkah seterusnya. Perkara utama
yang perlu dibawa ialah kayu tugal dan biji benih. Walaupun tidak
mungkin dapat ditugal ke semua biji benih pada hari ini, sekurang-
kurangnya dia telah mula menugal dan akan menyiapkannya secepat
mungkin. Kayu tugal sebesar lengan orang dewasa dipikul pada
sebelah bahu kiri manakala biji benih seberat kira-kira 15kg yang
berada di dalam karung guni itu dibimbit menggunakan tangan kanan.
“Cukup gamaknya benih ini, tanah aku tidaklah seluas mana”. Kata
Tok Chik sambil melakukan gaya orang menimbang pada guni biji
benihnya. Tok Chik meneruskan perjalanan. “Tidak boleh lengah, jika
asyik berfikir sahaja bila mahu siap kerja aku”. Tok Chik tersengih
sendiri memikirkan kelakuan dirinya.
Tok Chik melepaskan lelahnya seketika. Dia berehat di pondok
kecil yang dibina bersama-sama arwah isterinya dahulu. Dia melihat
ke sekeliling bukit itu lagi sambil mengangguk-anggukkan kepalanya
beberapa kali. Usai berehat, dia memulakan langkah yang seterusnya
iaitu menugal. Tok Chik mengambil kayu tugal yang disandarkan pada
tiang pondoknya. Dia berfikir sejenak. “Matanya sudah kelihatan
tumpul sedikit, perlu tajamkan sedikit. Mudah nanti kerja aku”. Tok
Chik menajamkan lagi hujung kayu tugal itu. Setelah itu dia membawa
biji benih dan kayu tugal ke penjuru bukit yang bertama. Biji benih itu
bukan boleh didapati daripada sembarangan orang. Di Semenanjung
ini tidak banyak kawasan yang boleh tumbuh benih ini. Tok Chik juga
tidak boleh menugal sembarangan. Perlu teratur supaya hidupnya
nanti tersusun cantik dan mudah pula untuk melaksanakan proses
tuaian.

Tok Chik membenamkan kayu tugal ke dalam tanah. Sekali


cucuk, dua kali cucuk, tiga kali cucuk. “Tidak boleh dalam, nanti tidak
hidup”. Ini sudah cukup kata Tok Chik. Dia tidak terus meletakkan
benih tetapi sebaliknya melakukan kerja-kerja menugal dahulu di
lereng bukit itu. Kalau ada anak cucu disini boleh lah masukkan terus
benih. Ini kerjanya seorang, jika dilakukan sekaligus pasti esoknya
tidak bangun dari tempat tidur kerana sakit badan. Tambahan pula ini
hari pertama. Tidak boleh terlalu mengerah tenaga. Selesai sudah lebih
kurang 3 baris dia menugal, Tok Chik ingin mengambil guni biji
benihnya di pondok tempat dia berehat tadi. Sampai di pondoknya, dia
menepuk dahi. Bukan biji benihnya hilang tapi Tok Chik terlupa untuk
membawa bekalan air teh yang dibancuh ketika di rumah. “Lupa lagi”
Tok Chik ketawa sendiri. “Ah, tidak mengapa, sedikit sahaja lagi dan
aku akan segera pulang ke rumah”.
Tok Chik meneruskan kerjanya dengan menabur benih ke
dalam lubang yang dibuat menggunakan kayu tugal tadi. Biji benih
tidak boleh terlalu banyak dan terlalu sedikit. Cukup sepenyubit bagi
satu lubang. Petua yang perlu diikuti semasa menabur biji benih ke
dalam lubang ialah tidak kira bijih benih itu terlalu banyak atau terlalu
sedikit jangan sesekali cuba untuk menambah atau mengurangkan biji
benih. Jika hal ini berlaku sudah pasti biji benih yang ditanam akan
menarik perhatian tikus dan segala usaha akan berakhir sia-sia. Oleh
itu, kerja-kerja menabur biji benih perlu dilakukan secara teliti dan
berhati-hati. Tidak kena cara tidak kena tempat memang tidak jadi
hasil. Mulut pun tidak boleh banyak keladak. Tersalah bicara terlanjur
kata pun tidak mendatangkan hasil. Tok Chik menghabiskan kerja
menabur benih pada 3 baris yang pertama yang mana tanahnya telah
ditugal. Cukup untuk hari ini. Esok Tok Chik akan melakukan aktiviti
menugal pada baris yang seterusnya.
Dulu pernah Tok Chik melakukan kerja menugal biji benih ini
bersama cucu-cucunya semasa hidup arwah isterinya beberapa tahun
lepas di bukit yang jaraknya jauh sedikit dari rumahnya. Proses itu
menjadi huru-hara. Mereka anggap proses menanam biji benih itu
sebagai permainan yang menyeronokkan. Ada antara cucunya yang
melambung biji benih ke udara tanpa arah. Sudah ditegur banyak kali,
tapi dibuat endah tak endah. Kesudahannya Tok Chik menghalau
pulang cucu-cucunya termasuk anak menantu untuk kembali ke
rumah mereka di bandar. Budak-budak bandar tidak sesuai bermain
dengan tanah tidak sesuai memijak selut. Sejak kejadian itu juga anak
menantu dan cucunya tidak sering pulang ke kampung. Pulang pun
setahun sekali ketika Hari Raya Aidilfitri. “Biarkan mereka Mah, kita
ini lahirnya di sini, membesarnya disini. Tidak usah kita mengikut cara
budak-bandar itu” dialog Tuk Chik bersama isterinya dahulu.
Pagi kedua. Semangat Tok Chik berkobar-kobar lebih daripada
semalam. “Kerja hari ini perlu lebih cepat. Cepat siap, cepat tuai”. Kata
Tok Chik memecah kebeningan pagi. Siap segala persiapan di rumah,
Tok Chik berjalan menyusuri denai seperti hari semalam. Hari ini tidak
ada yang lupa harapnya. Tok Chik sesekali berhenti untuk mencuri
nafas. “Beginilah hidup seorang. Cepat sangat kau pergi Mah”. Kata
Tok Chik seakan menangisi takdir. Tidak lama, dia berjalan kembali.
Anak saudara isterinya baru kelihatan di kebun getah miliknya. Usia
Tok Chik membataskan kudratnya untuk melakukan kerja menorah di
kebun getah. Hasil daripada kebun getah itu dibahagi dua. Separuh
miliknya separuh lagi milik Leman. Kadang-kadang Tok Chik tidak
mengambil langsung duit yang diberi oleh Leman. Kata Tok Chik “Aku
hidup sorang. Tidak banyak pakai duit. Yang kau bagi bulan lepas
masih ada”. “Ambillah Man anggap itu sedekah daripada aku. Rezeki
anak bini kamu”. Leman hanya mampu menggeleng kepala.
Tok Chik teringat kata-kata anak sulungnya, Ramlah tidak lama
selepas kematian isterinya. “Bapak ikut saja kami duduk di Kuala
Lumpur sana. Makan pakai bapak, sakit pening bapak. Kami boleh
jaga. Tidak Lah, adik-adik yang lain juga ada”. Tok Chik mengeleng
perlahan. “Kubur mak kau masih merah. Siapa nak bersihkan rumput
rampai kubur mak kau bila semak ? Aku tinggal disini. Jiwa aku disini.
Tanah ini saksi aku membesar. Mati mak kau juga disini”. Tok Chik
berhenti sebentar sebelum menyambung kata-katanya. “Kamu semua
pergilah. Jangan balik lagi. makan pakai aku, Leman anak beranak ada.
Tinggal di kota kemegahan kamu semua.’ Tok Chik makan hati. “Aku
laki bini bela kamu, hidup semua sampai ke besar. Berkerja bagus. Gaji
besar” Tok Chik menghela nafas panjang. “Aku tidak minta balasan.
Mati aku nanti, aku tak harap kamu pulang menguruskan mayat aku”
“Orang kampung ini ramai. Mereka boleh uruskan”. Tok Chik bangkit
perlahan “Baliklah. Jangan datang lagi ke rumah buruk ini”.
Sekuat manapun hati tua itu, mengalir juga beberapa titis air
mata. Tok Chik berjalan perlahan. Itu yang aku katakan. Mereka hanya
menurut. Tok Chik berhenti lagi menahan sebak sambil tangannya
memegang dada. “Aku rindu, sungguh rindu”. Dia menarik nafas
panjang sambil berkata “Tidak boleh begini, kerja tidak siap”. Sampai
sahaja di lereng bukit. Tok Chik mendaki perlahan. Kerja hari ini
berjalan serba lancar. Daripada kerja menugal sampailah kerja
menabur biji benih. Siap 7 baris pada sebelah pagi dan diikuti 9 baris
pada sebelah petang. Bekalan makanan juga tidak dilupakan. Hari ini
tidak perlulah dia berulang alik ke rumah. Berehat sahaja di pondok
ini. Lagi banyak angin masuk kerana tempatnya berada di atas bukit.
Matahari sudah mula berlabuh. Burung Ketibau menyanyi riang
menandakan senja bakal tiba. “Cukup untuk hari ini, esok masih ada”
Tok Chik berbicara sendiri.
Tok Chik berjalan perlahan menuruni puncak bukit. “Mata tua
ini, makin lama makin tidak Nampak”. Bisik Tok Chik perlahan.
Langkah disusun dengan berhati-hati. Namun sebaik-baik
perancangan manusia, Tuhan juga yang menentukan segalanya. Tok
Chik tersadung tunggul kecil di lereng bukit itu. Bukit yang tidak
begitu tinggi itu berjaya membuat badan tua milik Tok Chik berguling
beberapa kali sebelum sampai ke bawah bukit. Tidak terdaya kudrat
Tok Chik untuk berpaut pada dahan-dahan pokok yang tumbang. Tok
Chik mengerang kuat. Sakit yang tidak dapat digambarkan dengan
kata. Dalam kesakitan Tok Chik berfikir siapa yang akan menolongnya
pada masa begini. Tiada siapa yang lalu kawasan ini pada waktu
sebegini. Tok Chik cuba bangkit dengan berpaut pada akar-akar pokok
getah kebunnya. Sekali lagi kudrat tua Tok Chik membataskan
pergerakkannya. Dia merasakan ada cecair likat yang keluar melalui
dadanya. Mungkin terkena tunggul tajam semasa dia jatuh tertiarap
tadi. Tok Chik hanya membaringkan tubuhnya sambil tangan kanan
menekap permukaan dada. Mulut Tok Chik berbisik perlahan “Padi
bukit aku’. ‘Anak cucu aku’. Serentak dengan itu juga kedengaran
sayup-sayup suara orang ramai memanggil namanya. Pandangan Tok
Chik semakin kabur melihat cahaya yang semakin menghampiri
dirinya.

20 Disember

Erien Ezryna Binti Md Yusof @ Wong Heng Seng


Gelap. Tubuhku seperti dicucuk oleh beribu-ribu jarum beku. Aku
mengemaskan lagi selimut yang sedang membaluti tubuhku untuk
mengelakkan adanya ruang-ruang kecil yang membolehkan udara
sejuk itu masuk.
7.00 pagi.Sajli turun dengan begitu lebat sekali. Aku mengambil
keputusan untuk menyambung kembali tidurku. Namun sebelum aku
sempat menutup kembali mata aku, tiba-tiba aku terdengar bunyi
ketukan pintu pada bilik aku.
“Sean, kenapa kamu masih tidur lagi?” tanya ibu dengan nada yang
agak tinggi diselangi dengan ketukan pada pintu bilik aku.

Hampir 20 tahun bapaku telah pergi meninggalkan aku dan ibuku di


tengah-tengah kota London ini. Kota london dikenali sebagai kota
metropolitan iaitu kota yang dipenuh dengan arus kemodenan dari
segi infrastrukturnya, namun kota ini masih mampu untuk
mengekalkan dan menyimpan 1001 sejarah kota mereka walaupun
telah hampir berdekad kota ini ditubuhkan.

Sebagai anak tunggal, aku harus mengambil alih tugas bapaku


sebagai penyara kehidupan keluargaku. Ibuku telah mencecah usia 65
tahun pada hari selasa yang lepas. Keadaan kesihatan yang dihadapi
olehnya sejak beberapa tahun yang lalu membuatkan aku risau untuk
meninggalkan ibuku seorang diri di rumah., tetapi jika aku ingin
menemaninya maka untuk seminggu yang berikutnya kami hanya
akan berlaukkan mi segera sahaja dek kerana taraf kehidupan yang
terlalu tinggi di sini.

Aku tersentak dan terduduk di atas katil sambil menggaru kepala yang
masih diselubungi dengan selimut tebal. “Cepat turun dan bersarapan
dengan ibu.” , ujar ibuku. Derapan tapak kaki ibuku semakin perlahan
meninggalkan bilikku.

“Arghhhhh! Malasnya nak kerja.” sambil memandang ke arah jendela


yang telah diliputi oleh sajli. Lantas aku mencapai tuala dan menuju ke
arah bilik air. Pancutan air panas itu menyegarkan segala urat dan
sarafku yang membeku seketika. T-shirt jenis berbulu, dua helai seluar
tebal, baju jaket, stoking, sarung tangan, ‘Boots’ dan Topi.

“Sean,bila nak keluar bekerja ni? Sajli makin lebat dah ni.” Suara yang
sentiasa memberi aku semangat untuk bekerja. Langkahku laju menuju
ke arah dapur. Rambut putihnya sudah banyak kelihatan, susuk tubuh
yang kecil, dan tangan yang telah dipenuhi dengan kedutan. Insan
yang sentiasa sempurna di mata aku, insan yang sentiasa menjadi
pengkritik bermakna, dan insan inilah merupakan nyawa aku. Aku
memeluk erat tubuh itu seperti tidak mahu kehilangnya seperti mana
aku telah kehilangan ayahku dahulu.
“Kamu ni dah kenapa Sean? Pelik, lain macam.” seloroh ibuku. “Sean
rindu ibulah. Nak peluk pon tak boleh ke?” ujarku dengan nada
merajuk. “Bukan tak boleh, tapi ibu pelik dengan perangai kamu pagi-
pagi ni.” sambil mengusap rambutku. “Anak ibu ni
mesti letihkan, pagi-pagi dah keluar, lewat malam baru balik sebab nak
tanggung ibu” ujar ibuku sambil memegang mukaku.

Aku memegang erat selendang merah yang diberikan oleh ibuku.

Salji yang begitu lebat telah menyebabkan jalan licin dan beberapa jalan
telah terkandas. Aku berjalan kaki ke sekolah sambil ditemani oleh
ayahku. “Sean, boleh kamu janji dengan ayah satu pekara tak?” tanya
ayahku. “Apa,ayah?” ujarku. “Nanti,kalau satu hari ayah dah tak ada,
kamu janji dengan ayah yang kamu akan jaga ibu dengan sehabis baik
kamu ya.” ucap ayahku dengan nada yang agak mendalam.
“okey,ayah.” jawabku sambil memandang mukanya lalu
mengenyitkan mataku. Apabila sampai di sekolah, dengan segera
ayahku menyuruh aku masuk ke dalam sekolah untuk mengelakkan
aku kesejukkan. Sebelum aku menuju ke arah bangunan sekolah, aku
sempat menoleh ke arah ayahku. Ayahku melambai-lambaikan
tangannya seperti itulah lambaian terakhirnya. Lambaian itu adalah
lambaian terakhirnya sebelum ayahku dikhabarkan telah terkorban
dalam sebuah kebakaran di sebuah gudang.

Aku tersentak apabila pintu teksiku dibuka. Lamunanku terhenti. Dua


orang budak kecil memasuki teksiku. Aku menoleh ke belakang sambil
tersenyum. “adik berdua nak pergi ke mana?” tanyaku sejurus mereka
menutup pintu teksi. Secebis kertas dihulurkan oleh budak perempuan
kepadaku. “oh, jauh ni dik,tapi tak pe, nanti abang bagi diskaun ya.
Sebab awak berdua pelanggan pertama abang pada hari ni.” ujarku
sambil memandang mereka menggunakan cermin pandang belakang.
Tiada sahutan terhadap persoalanku.

Aku memulakan perjalanan menuju ke destinasi. Tiba-tiba aku


memberhentikan kenderaan. Aku menoleh sekali lagi ke belakang.
Tiada. Hanya kelihatan dua orang budak kecil tadi sahaja. “dik,mana
penjaga kamu?” ujarku sambil memandang mereka. Seperti tadi juga,
tiada sahutan terhadap persoalanku. “budak zaman sekarang ni, pergi
mana-mana bukannya ada penjaga pon cukup dengan hanya ada
kawan-kawan je.” seloroh aku. Aku mengambil keputusan
meneruskan perjalankan menuju ke destinasi yang mereka ingin tujui.

Sepanjang perjalanan, hanya suara daripada corong-corong radio


sahaja yang kedengaran. Aku melihat mereka menggunakan cermin
pandang belakang. Pucat,rambut mereka kusut-masai,baju compang-
camping, dan raut wajah yang lesu. Pelbagai persoalan yang bermain
di benak fikiranku. Setelah hampir 30 minit perjalanan kami,akhirnya
kami sampai ke destinasi. Aku memberhentikan kenderaanku di
hadapan sebuah gudang. Suasana di sekeliling gudang itu suram dan
sunyi seperti sebuah tempat yang telah lama ditinggalkan. Lalang yang
tinggi dan papan tanda yang telah berkarat menyebabkan aku sukar
untuk melihat perkataan pada papan tanda itu kecuali sebuah logo
yang biasaku di lihat, namun aku tidak dapat untuk mengimbas
kembali memori mengenai logo itu. Aku menoleh kebelakang untuk
bertanyakan beberapa soalan terhadap dua orang budak itu. Kosong. “
eh,mana budak-budak ni pergi? Mereka tak bayar lagi.” ujarku dengan
nada yang agak geram. “budak-budak zaman sekarang ni,kurang ajar
betul.” tambahku lagi.

Tiba-tiba, bulu romaku meremang. “Kalau mereka keluar, mesti ada


bunyi pintu teksi dibuka pastu mesti ada bunyi mereka berlari, tapi
satu bunyi pon aku tak dengar lepas aku berhentikan teksi ni tadi.”
ujarku. “ni mesti kes nak main-mainkan aku la ni. Pagi-pagi dah kacau
aku. Lepastu, bagi tempat jauh-jauh. Membazir minyak teksi aku je”.
Aku mengundurkan teksi untuk beredar dari tempat tersebut. Di
persimpangan jalan itu, terdapat sebuah papan tanda yang
mempunyai logo yang sama seperti logo di hadapan gudang tadi.
(LS)LONDON STORE.. Aku meneruskan kembali perjalananku ke ibu
kota.

11.30 malam. Sesampainya aku di rumah, kelihatan lampu bilik ibuku


masih bernyala. Aku melangkah menuju ke bilik ibuku. Pintu biliknya
terbuka sedikit. Aku mengetuk pintu bilik tersebut. Tiada sahutan. Aku
menolak perlahan-lahan pintu tersebut dan ternampak ibuku sedang
berbaring di atas sofa sambil memegang sebuah buku. Aku tersenyum
lalu aku mendekati ibuku. Aku amati wajah yang telah berkedut itu.
Dengan perlahan-lahan aku mengangkat tubuh ibuku lalu aku
meletakkan tubuhnya di atas katil. Aku menyelimuti tubuhnya yang
kecil lantas aku mengucup perlahan dahinya. Wajah yang masih
berseri walaupun telah dimamah usia. Sedang aku melangkah untuk
keluar dari bilik tersebut, aku tersepak sebuah buku. Buku yang amat
lusuh dan pudar itu menarik perhatianku. Lantas aku mengambil buku
tersebut dan aku terlihat secebis foto terselit di antara halaman buku
tersebut. Aku membelek setiap halaman di dalam buku itu sehinggalah
di halaman yang mempunyai secebis foto tersebut. Aku terkedu. Latar
belakang di dalam foto tersebut seperti tidak asing lagi di mata aku.
(LS) LONDON STORE. Aku membelek semula setiap halaman di
dalam buku tersebut. Berpuluh-puluh keratan akhbar lama ditampal
di setiap halaman buku tersebut. KEBAKARAN DI LONDON STORE
MENGORBANKAN 35 ORANG PEKERJA DAN 2 ORANG KANAK-
KANAK. KEBAKARAN YANG MENGAKIBATKAN KERUGIAN
YANG BESAR. Aku membelek lagi sehinggalah pada halaman tadi.

“20 Disember 2017. Esok genaplah tahun yang ke-20 abang telah pergi
meninggalkan saya dan Sean. Mungkin esok juga merupakan waktu
yang terbaik untuk saya menceritakan hal yang sebenarnya kepada
Sean. Dia sudah cukup besar untuk mengetahui hal yang sebenarnya
berkaitan kematian abang, tapi saya takut saya tak kuat untuk
menceritakan hal ini kepadanya. Saya takut untuk memberitahu
kepada Sean bahawa mayat abang masih belum dijumpai lagi sehingga
ke hari ini.”
Kosong. Pemikiranku pada waktu itu kosong. Apakah yang sedang
berlaku? Dimanakah ayahku sedang berada sekarang? “arghhhhhh”
aku menjerit sambil memegang erat buku yang telah lusuh itu.
Perasaan tertanya-tanya itu tidak dapat aku kawal. “Sean kenapa ni?”
tiba-tiba suara ibuku kedengaran. Aku memandang ibuku dengan
pandangan yang kosong. Pandangan yang hampa. Buku itu masih erat
kugenggam. Ibuku tidak dapat menahan daripada mengalirkan air
matanya apabila dia melihat aku menggenggam erat buku lusuh itu.
Rahsia yang selama ini dijaganya dengan penuh cermat terbongkar
dengan sendirinya. Lantas ibuku memeluk erat tubuhku. Aku
menangis dengan teresak-esak di bahu ibuku. Seketika itu, keadaanku
kembali pulih namun hatiku seperti mati, otakku seperti padang pasir
dan aku diam membisu sambil memandang lama akan buku lusuh itu.

“Sean,maafkan ibu nak. Ibu tak ada niat nak tipu Sean. Waktu tak
mengizinkan pada waktu tu nak. Sean seperti seorang yang hilang akal
selepas mengetahui ayah terkorban dalam kebakaran. Ibu tak sanggup
nak tambah kelukaan yang Sean hadapi pada waktu tu.” terang ibuku.
“kenapa ibu buat semua ni. Ibu sepatutnya bagitahu Sean. Macam
mana ibu hadapi semua ni?” ujarku lalu memeluk erat ibuku. Kelukaan
yang aku hadapi dahulu tidak sedalam kelukaan yang ibuku hadapi
selama lebih 20 tahun. Ibuku menceritakan mengenai hal yang
sebenarnya berlaku pada 19 tahun yang lepas.

Kebakaran London Store pada 20 Disember 1997 telah menyebabkan


pengusaha London Store itu mengalami kerugiaan yang besar.
Kebakaran itu berlaku disebabkan oleh berlakunya litar pintas pada
mesin-mesin di dalam London Store. Selain itu, London Store juga
mempunyai sistem keselamatan yang sangat rendah. Mesin-mesin itu
tidak diselanggara. Jumlah keseluruhan yang terkorban ialah 70 orang
termasuk 2 orang budak kecil. Seramai 43 orang yang terkorban tidak
dapat ditemui kerana misi pencarian telah dihentikan secara tiba-tiba
oleh pengusaha tersebut untuk mengelakkan polis dan bomba
menyiasat kes ini dengan lebih lanjut. Selain itu, pengusaha itu juga
memberi duit kopi kepada pihak media mengenai penyataan yang
mereka akan siarkan untuk menjaga reputasinya sebagai ahli
perniagaan.

Genggaman tanganku semakin erat. Inginku lemparkan genggaman


ini ke arah muka pengusaha London Store itu supaya dia juga merasai
apa yang sedang aku dan ibuku rasai sekarang ini. Pedih,sakit hati,
marah dan pelbagai rasa yang sedang aku kawali. Hanya kerana duit
dan reputasi seorang manusia sanggup mengorbankan kehidupan
orang lain demi kehidupan duniawi. Manusia bertopengkan syaitan.

20 Disember 2017. Aku melajukan langkah aku menuju ke balai polis.


Aku ingin menuntut bela kematian ayahku dan mangsa yang lain. Aku
ingin meneruskan misi pencarian mangsa-mangsa yang terkorban.
Aku sanggup mengeluarkan seberapa banyak wang simpanan aku
menuntut bela. Tiada yang lebih penting berbanding wang sekiranya
ia melibatkan keluarga. Setelah seketika, kes ini akhirnya berjaya
dibuka semula berikutan hasil daripada kerjasama antara saksi dan
keluarga mangsa yang terkorban. Dengan bantuan polis, misi
pencariaan ini diteruskan kembali setelah hampir 20 tahun kes ini
ditutup. Setelah hampir 2 minggu misi pencarian ini
dijalankan,akhirnya 43 mangsa yang terkorban telah ditemui
walaupun yang tinggal hanya cebisan-cebisan tulang-temulang. Proses
pengecaman mengambil masa hampir sebulan berikutan beberapa
masalah yang dihadapi oleh para pegawai forensik dalam proses
pengumpulan tulang-temulang ini.

Akhirnya pada 3 Februari 2018, segala urusan telah diselesaikan.


Betapa lapang dan leganya hatiku ketika ini. Wajah ibuku kelihatan
lebih berseri. Serinya seperti dia sedang melihat ayahku. Akhirnya,
hasrat ibuku telah tercapai. Tiada apa yang lebih bahagia bagiku selain
melihat senyuman dan air mata kegembiraannya. “Ayah, Sean
bukanlah seorang anak yang berjaya seperti yang ayah harapkan, tapi
Sean janji akan menjaga ibu dengan sehabis baik walaupun ianya
melibatkan nyawa Sean, Sean akan lakukannya. Semoga ayah bahagia
di sana. Ayah jangan lupa untuk tunggu ibu dan Sean di sana ya.”
ujarku sambil melihat langit yang dipenuhi oleh kelipan bintang-
bintang.

20 Disember 1997. 20 Disember 2017. Sematkan dan pahatkan tarikh ini


di dalam hati dan minda.

Abah

Shaibah binti Sakiman


Angin malam bertiup lembut menyapa pipi. Mampu menenangkan
jiwa yang gundah gulana. Hari ini cukup 27 tahun umurku. Sesuai
benar mendirikan rumah tangga kata orang tuaku. Seperti masuk
telinga kanan keluar telinga kiri. Senyum. Itu yang ku mampu berikan
setakat ini. Bagiku, masih belum cukup aku berbakti pada mereka.
Biarlah aku sendiri seketika. Ku lihat ke langit dengan helaan kecil.
Bulan tersenyum namun langit bagaikan bersedih. Tergelak kecil aku
dibuatnya. Terimbau kehidupan aku sekeluarga ketika dahulu. Masih
segar dalam ingatan episod-episod duka ku. Tergiang-giang kata-kata
tomahan, fitnah dan kutukan dari saudara-mara.

Aku merupakan anak kedua dalam empat orang adik-beradik pada


tahun 2005. Umurku 15 tahun. Hanya adik-beradik menjadi kawan
sepermainan. Merekalah sahabat. Merekalah kakak dan adik. Senda
tawa memecahkan kesunyian di petang hari. Rumahku terletak hampir
dihujung kampung. Abah seorang pekerja penyawit setelah kilang
tempatnya bekerja muflis manakala mak seorang suri rumah sepenuh
masa. Deruman enjin motor mematikan langkahku untuk masuk ke
dalam rumah. Adik-adik begitu asyik bermain masak-masak bersama
kakak di belakang rumah. Pak cik Kasturi datang bersama isterinya.
Memandang aku dengan wajah yang begitu kelat. Aku hanya
tersenyum dan menghampiri menyalami mak cik. Namun tanganku
ditepis. Rambut panjangku ditarik dengan kuat hingga wajah aku
tersembam ke tanah.
“ Eh! Budak bodoh. Kenapa kau bela rambut hah! Gunting jelah.
Kau tahu tak kau dengan mak kau menyusahkan abah kau tu. Ada hati
nak bela rambut!”. Tersedu-sedu aku menangis lalu bangun. Sinisan
yang diberi.
Dengan wajah dipenuhi tanah. Aku masuk ke dalam rumah
memanggil abah tanpa memberitahu perbuatan mak cik. Abah keluar.
Kedengaran suara Pak cik Kasturi.
“ Man, kau ceraikan isteri kau tu. Eh, kau tahu tak. Dia tu bodoh.
Hitam. Menyusahkan kau. Sakit je memanjang. Berapa puluh ribu duit
kau habis nak sembuhkan dia. Membazirlah Man! Carilah isteri yang
cantik. Sihat walafiat. Tengok sekarang?!”
Abah tersenyum lalu berkata.
“ Dia sentiasa bersama aku. Susah senang. Sakit aku. Dia.
Saudara mara lain tak pernah bantu aku. Mungkin hari ni anak-anak
tak pandai. Isteri aku selalu sakit, Tapi aku percaya. Allah anugerahkan
mereka kesihatan dan kepandaian. Cepat atau lambat. Allah akan bagi
pada mereka yang sabar.”
“ Arghhh, sudahlah kau. Lantak kau. Kau yang pilih jalan ni.
Anak kalau dah tak pandai tetap tak pandai. Dah, jom kita balik Lin.”
Aku yang mendengar sejak dari awal perbualan mereka hanya
menangis di tepi pintu. Ku lihat abah segera mengesat air mata. Abah
mencabut rumput. Itulah sikap abah. Bila dia sedih, risau atau marah.
Sudah menjadi tabiatnya begitu. Aku tahu mak juga mendengar tetapi
dia tenang menghampiri abah. Pelbagai cerita lucu mak ceritakan
kepada abah. Terpancar senyuman abah. Begitulah setiap kali abah
berduka. Mak sentiasa ada. Saat itu, terdetik dalam hatiku. Sampai bila
aku nak bermain? Sampai bila orang nak menghina keluarga aku?
Sampai bila. Sampai bila. Dan apa yang aku beri pada mereka. Apa ?
Teresak-esak aku menangis. Aku pergi menghampiri kakak dan
adikku. Namun mereka hanya mentertawakan ku. Ku biarkan mereka.
Sejak peristiwa itu, aku mula belajar bersungguh-sungguh.
Tekad di hati ingin berbakti kepada mereka. Seperti biasa setelah
selesai bersarapan pagi. Abah menghantar kami adik-beradik ke
sekolah dan pergi ke tempat kerja. Pada hari tersebut abah mengambil
upah untuk membaiki bumbung rumah kawannya. Betul lah kata
orang. Malang tidak berbau. Aku mendapat khabar abah jatuh dari atas
bumbung. Betis abah tercucuk paku ketika dia jatuh. Calar-balar badan
abah ketika itu. Balik dalam keadaan tempang. Seluarnya dibasahi
darah.
“ Abang, pergi klinik? Nanti idah panggil Kasturi. Kak long,
panggil pak cik nak abah sakit ni. Cepat.”
“ Tak nak! Tak nak! Aku tak nak. Along, jangan panggil. Abah
baik-baik je ni.”
“ Abah. Abah tu sakit. Pergilah klinik. Luka tu. Kalau makin
teruk macam mana?”
“ Along, abah tak ada apa-apa. Jangan risau ye nak.”
“ Abang, jangan macam ni.”
“ Aku kata tak perlu.”
Bila waktu solat, abah menyuruh adik lelaki ku menjadi
imam kepada kami.
“ Azhar, jadi imam hari ni ye nak. Abah solat lambat.”
Adikku hanya mengangguk. Tanda menuruti perintah abah.
Seusai mendirikan solat. Diam- diam aku pergi melihat abah
mengambil wudhuk. Berkerut benar wajahnya menahan kesakitan.
Ingin ku membantu.
“ Angah, abah boleh buat sendiri.”
Ku lepaskan tangan abah. Memapah di dinding. Ku tahan air
mataku agar tidak jatuh dihadapan abah dan mak. Hanya kunyit di
sapukan pada lukanya.
Keesokkan harinya, abah membawa galah dengan keadaan
tempang.
“ Abah! Apa abah buat ni. Abah sakit. Duduk rumah je. Along,
Angah dengan Azhar boleh pergi kebun. Abah duduklah rumah.”
“ Abang, duduk je rumah. Abang sakit. Kalau melarat macam
mana?”
“ Abah masih boleh bekerja. Kalau abah tak kerja kita nak
makan apa dekat rumah. Nak pergi sekolah macam mana.”
Bagai mencurah air ke daun keladi. Abah pergi ke ladang sawit
dengan keadaan sakit. Melarang kami dari mengikutinya. Begitulah
abah jika dia sakit. Digagahkan dirinya juga pergi bekerja. Walau
berpuluh kali mak melarang. Abah tetap pergi mencari nafkah buat
kami.
Masih segar diingatan ku. Pertama kali mak, aku dan kakak
melihat abah tak boleh bangun akibat demam panas. Abah mengerang
dalam tidurnya. Pada mulanya dia menolak untuk pergi ke klinik.
Walaupun mak memaksa. Dua orang adik lelaki ku tiada di rumah
ketika itu.
Dalam tangisan aku berkata,
“ Abah… Abah tak boleh macam ni… Abah sakit... Abah…
Abah semangat kami semua selama ni… Kalau abah tak ada pada siapa
kami nak bergantung abah… Saudara mara tak suka kami abah…
Abah…kali ni je abah… tolong lah abah. “
Abah menangis untuk sekian kalinya di hadapan kami. Jiran
kami datang setelah mendapat tahu keadaan abah.
Namun abah menolak pertolongan dia. Meminta agar pak cik
Kasturi datang membawanya. Hati bagaikan dihiris sembilu
mendengar nama Pak cik Kasturi. Kami turutkan jua. Kedatangannya
menjemput abah agak lewat. Dipanggil sebelum maghrib datangnya
selepas isyak. Setibanya dia di rumah kami. Pak cik Kasturi hanya
melihat.mak memapah abah. Tersungkur abah di hadapan pintu
rumah. Berlari kakak membantu abah dan mak. Aku hanya mampu
menangis. Mak menjerit.
“ Tolonglah, Abang Man tak boleh bangun ni. Ya Allah, kau adik
Kasturi. Kau tak ada hati ke tengok abang ni.”
Abah. Walau dia di fitnah memakan duit haram. Walau
dianiaya mencuri biji sawit. Walau orang meludah abah. Walau dia
tidak dilayan baik oleh saudara-mara. Di desak meninggalkan mak dan
kami adik-beradik. Senyuman abah tak pernah lekang. Perkataan yang
sering kali meniti dibibirnya.
“Sabarlah. Biar lah orang nak cakap apapun. Yang penting Allah
tahu kita tak salah. Korang belajar lah betul-betul. Dengan ilmu kita
mampu mengubah hidup, Hina besi kerana berkarat. Hinanya
manusia kerana tiada ilmu. Pegang kata-kata abah. Jagalah adab bila di
luar. Anak membawa maruah keluarga di mana sahaja dia pergi.
Bagusnya tebu dilihat pada ruasnya, orang berilmu dilihat pada budi
pekertinya.”
Alhamdulillah. Kami adik-beradik mendapat keputusan
cemerlang dalam SPM .Dalam meniti alam universiti, abah kerap kali
mengirim duit kepadaku. Tanpa aku tahu susahnya keluarga di
kampung. Mak sering mengkhabarkan mereka cukup sahaja makan.
Abah dan mak merahsiakan kesusahan. Rahsia tersebut terbongkar
apabila adik terlepas cakap kepada ku. Mereka hanya makan nasi
berlaukan ikan wadik. Setelah aku mengetahui, aku memberithu mak
aku punya duit lagi. Walaupun hakikatnya tidak. Aku mula berniaga
di atas talian bagi menyimpan sedikit wang.
Cukuplah pengorbanan abah selama ini untuk aku serta adik-
beradik. Abah. Prinsipnya, biarlah dia susah untuk keluarga. Biarlah
apapun orang nak cakap. Biarlah. Biar dia yang sakit bukan anak-anak.
Hanya mak teman dia meluah. Bila tiba cuti semester. Abah paling
melarang anak-anak bekerja.
“ Biar abah kerja. Selama ni abah kerja. Kita ni cukup makan je.
Kau rasa abah dah tak mampu kerja ke? Kau belajar je. Abah tahu cari
duit. Yang penting kau belajar. Abah tak minta lebih. Kejayaan kau
dengan adik-adik dah cukup buat abah.”
Dengan sikapnya itulah aku risau. Umurnya kian meningkat.
Kalau dulu abah berisi badannya. Kurus. Itulah yang boleh aku
katakan. Sentiasa sakit pinggang. Adakalanya terdetik dalam hati bila
melihat abah tidur.
‘Sempatkah kedua tangan aku berbakti kepada ibu bapa aku?
Sempatkah aku?’
Aku selalu melihat abah menangis dalam diam. Walau dia tak
pernah nak tunjuk depan adik-adik yang lain. Akulah anak yang paling
banyak medengar perit dan jerih abah melalui mak. Tetapi bila aku
belajar jauh. Jika abah atau mak sakit. Sekalipun dia tidak pernah cakap
bahawa mereka berdua sakit.
Abah. Dialah insan yang aku kagumi. Kesabarannya sentiasa
buat kami terdiam. Ilmu agama tidak pernah dilupai. Adab sentiasa
abah tekankan.
Lagu Ayahanda nyanyian Fynn Jamal adakalanya membuatkan
aku menangis.

mata tua yang memandang aku itu—bundar pudar


dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar” katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--


harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan


“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

apa masih ingat lagi


aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

apa masih tidak lupa


tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

apa mampu kau sudikan


ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

apa layak aku bagi?


tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Lamunanku mengenai kisah silamku terhenti apabila abah


memanggil namaku.
“ Qamarina, dah lewat ni. Masuk nak.”
“Baiklah, abah.”
Abah, dialah segalanya bagi kami. Dia asbab di dunia ini untuk
kami berjaya. Sumber kekuatan kami selepas Allah Yang Maha
Berkuasa. Datangnya hanya sekali. Walau berjuta kali mencari. Dia
tetap tiada pengganti.
Along

Rastila a/p Rahman

Pada setiap pagi hari, abah dan ibu adalah orang pertama akan bangun
awal pada jam 5.00 am. Itulah rutin sebahagian dalam kehidupan
mereka. Setelah ibu sudah selesai menyediakan sarapan untuk ayah,
ibu memberi pendapat
“Abah tolong bawakkan sekali si along tu pergi menoreh sekali kan
senang, dia pun bukan kecil lagi. Nanti dia besar panjang susah kita
nanti nak bentuk kerajinan dia” cadang ibu.
Sambil menghirup teh panas yang dibuat oleh ibu, abah terfikir sejenak
dan menyetujuinya sambil mengangguk dengan cadangan tersebut.
Abahnya terus bergerak ke bilik anaknya iaitu diberi panggilan along
kerana anaknya along yang merupakan satu-satunya anak lelaki
sulung daridapa dua adik-beradik.
Abah menarik perlahan selimut along. “Abah, along nak tidur, along
mengantuk sangat-sangat, kenapa bah?” kata along dengan nada
malas. “ Along, abah nak along ikut abah ke dusun sekali pagi ni, abah
nak along tolong ayah kerje menoreh getah setiap masa cuti ni ye
along. Dah-dah bangun cepat nanti lambat kita. Along tidak
menghiraukan pesan abah, sambil menutup selimut ke tubuh
badannya. “Suka hati along la bah, along malas”. “Along nak sambung
tidur balik”. Abah terpaksa mengalah dan risau hati kecilnya untuk
memarahi anak sulungnya yang meningkat remaja. Abah tidak
mendunga bila along budak yang baru mencecah remaja berubah
perangai. Namun abah tidak berkecil hati kerana baginya ini adalah
perkara biasa kerana baginya dia tidak akan berputus asa untuk
menasihati anaknya.
Sesudah beberapa hari perangai along semakin menjadi-jadi dan ayah
tetap berdoa dalam hati supaya along cepat atau lambat pasti boleh
berubah. Abah risau kerana dia juga tidak tahu dia sudah dimakan
usia, hidup pun hanya sebagai tempat pinjaman yang sementara.
Setelah memikirkan itu semua ayah tetap dengan rutin hariannya
untuk menoreh getah.
Sambil abah asyik berjalan setelah hampir siap menoreh, abah terjatuh
dan tergolek akibat terpijak tungul yang licin. Abah terjerit kecil kerana
kesakitan pada bahagian kakinya sangat kritikal. “Macam mana aku
boleh terjatuh?”. Sungut ayah sambil mengusap kakinya yang
sudahpun bengkak sebelah tanpa disedari. “Nasib baik sudah hampir
siap”, omel abah sendirian.
Semasa pulang, abah tidak mahu seorang pun yang mengetahui
dirinya sedang mengalami kesakitannya. Isterinya menyapa
abahnya yang leka duduk di berenda. “Macam mana abah dapat hasil
hari ni?”. “Saya cukup bersyukur sebab saya dapat siapkan awal dan
balik awal” kata abah. “Tapi selalunya abah tak balik awal, hari ni tiba-
tiba abah balik awal” kata si isteri. “Apa-apapun abah rehatlah dulu,
saya nak masuk dapur dulu”. Ayah mengiyakan kata isterinya sambil
berlalu untuk meninjau keadaan anaknya, along. “Along boleh ayah
berbicara dengan along sebentar” kata abah sambil memerhati along
yang sedang leka bermain dam dengan adiknya. Ayah berharap kali
ini anaknya boleh mendengar cakapnya. “Along, esok ayah nak ajak
mak, along dan adik pergi ke dusun. Kali ini along hanya mendengar
sahaja kali ini kerana dia sudah tahu ayahnya akan terus memaksanya
untuk menolongnya di dusun. Along terpaksa menyetujuinya kerana
dia berfikir yang ibu dan adiknya juga turut serta sekali. Dalam minda
along, dia memikirkan cara terbaik untuk dia mengambil kesempatan
jika dia disuruh untuk melakukan kerja di dusun.
Keesokkan harinya, abahnya semakin gelisah hati kerana dia sudah
tidak dapat menahan kesakitan di sebelah kaki krinya yang masih sakit
kerana perbuatan cuainya. Dia mengambil keputusan untuk menyapu
ubat panas sahaja tanpa mempedulikan keadaan sebenarnya. Setelah
itu, geraklah mereka ke dusun bersama-sama isteri dan anaknya.
Setibanya mereka didusun tersebut, along hanya memerhati gelagat
adik, ibu dan ayah sedang berbicara dengan rancak sambil ketawa-
ketawa. Along memegang pisau toreh tapi tidak tahu fungsi
sebenarnya tetapi, dia mendapat idea yang tidak didugakan untuk
melukakan tanganya dengan pisau tersebut untuk mengelakkan
dirinya daipada melakukan kerja yang tidak disukainya sama sekali.
Setibanya di hadapan ayahnya, along berpura-pura mengerang
kesakitan, tidak lama ayahyna melihat situasi tersebut dan cepat-cepat
memanggil isterinya untuk meminta isterinya membalut luka di
tanggan alongnya dari tadi yang tidak habis melihat dari melihat
darah itu terus mengalir tanpa henti. Abahnya menyesali terhadap apa
yang berlaku dan tidak mengizinkan buat sementara itu untuk
alongnya menolongnya untuk menoreh. Along tersenyum gembira
dalam diam kerana taktik penipuannya selalu membuatkan ibu dan
abahnya mengalah dengan perbuatannya itu. Abahnya berasa kasihan
terhadap along yang mungkin baru baginya untuk memegang benda-
benda yang membahayakan itu. Abahnya terpaksa meneruskan kerja
menoreh lagi seorang diri tanpa bersungut-sungut walaupun terasa
sakit di kakinya masih bersisa.
Pada petang itu, pulanglah mereka ke rumah. Alongnya bersungut
dalam hati kerana tidak dapat keluar beriadah petang dengan kawan-
kawannya yang lain. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar
malam walaupun dia sedar yang abahnya tidak membenarkan dia
keluar larut malam. Dia tidak mahu mengendahkan nasihat yang dia
keranan dia merasakan hidup seperti itu telah mengongkong
kebebasannya. Dengan tidak meminta kebenaran kepada ayahnya,
along terus keluar dari rumah tanpa izin. Along tidak memikir
panjang-panjang kerana masa terlalu berharga baginya pada saat itu.
Apabila abah sudah pulang dari kerja, dia membersihkan diri terlebih
dahulu. Setelah itu, abah ingin memantau anaknya sama ada tangan
anaknya dalam keadaan baik atau tidak. Namun dalam hati kecilnya,
dia berasa tidak sedap hati. Abah berasa marah kerana ini kali pertama
anaknya melanggar peraturan yang telah ditetapkan olehnya. Abah
terpaksa mengambil keputusan untuk menunggu alongnya pulang
dengan selamat kerana kakinya kakinya masih terasa sisa sengal
sehinggakan abah tidak mampu berjalan jauh untuk mencari anaknya.
Abahnya sangat risaukan keadaan along sehinggakan makanan yang
terhidang tidak dijamah walupun ditegur oleh isterinya. Isterinya juga
sangat risaukan anaknya tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana
hari sudah larut malam. “Abah masuklah tidur dulu, nanti abah penat
esok nak pergi kerja, sapa isterinya yang kelihatan risau apabila
melihat abahnya seperti kelihatan tidak bermaya. Abah tidak
mengendah apa yang diperkatakan oleh isterinya. Sehinggakan kedua-
dua mereka hanya terlelap diluar berenda sahaja.
Along tidak mempedulikan apa-apa lagi selain hanya masuk sahaja ke
dalam rumah tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling. “Along! ya
Tuhanku, along pergi mana sayang? Mak dengan abah risaukan along
tahu, syukur along dah pulang” kata ibu sambil memeluk along dan
abah hanya termenung sendiri tanpa menyedari kehadiran along.
“Abah, along dah pulang” “along pergi mintak maaf dekat abah dulu,
ibu nak pergi dapur, risau ibu”. Along hanya mendengar tanpa
berkata-kata apa-apa sambil melepaskan nafas lega dan memerhatikan
abahnya yang sangat pelik. “Selalunya abah pergi dusun hari ni, tiba-
tiba cuti pula hari ni, takkan disebabkan along” along bermonolog
sendiri. Selepas itu, along berlalu lalu masuk ke bilik untuk
meyambung tidurnya. Dia tidak mahu berdrama di rumah kerana
malam semalaman dia sangat berasa seronok kerana mempuyai
peluang untuk bersama-sama kawannya untuk pertama kalinya. Tiada
istilah rasa bersalah dalam dirinya. Fikirnya baik dia tidur dan lupakan
segala masalah.
Namun apabila sudah tiba waktu petang, along rasa terganggu dengan
lenanya. “ Aduh, bisingnya, siapalah waktu-waktu macam ni ganggu
tidur lenaku”?sambil keluar dia melihat ibunya menangis, “ibu
kenapa”?. Sambil ibu menunjukkan ke abahnya yang dalam keadaan
tenat dengan bau yang busuk. Along melihat tetapi dengan nak
muntah akibat bau busuk yang kuat. ‘”Along! ibu sangat risau, cepat
tolong bawakkan kain kotor kesini?, ayah along dah pengsan dah”.
Setelah beberapa minit dari itu, ibu hanya berdiam diri sambil bersedih
hati melihat abah. Along hanya menjadi pemerhati pada masa itu, tiada
rasa terdetik untuk menolong abahnya yang masih tidak sedarkan diri.
Tetapi tidak lama juga alaong tidak tahan dengan bau busuk dia dalam
yang rumah serba sempit itu, akhinya along terpaksa mengambil kain
abru untuk menutup kaki abahnya walaupun dengan perasaan geli.
Namun tidak lama kemudian, along terkesima apabila menjumpai
sepucuk surat di meja abah. Terdetik juga hatinya untuk membaca.
Lalu dia mengambil tanpa keizinan. Setelah habis membaca, along
jatuh tersungkur dan mengalirkan air mata jantanya. Dia tidak dapat
menahan sebak bahawa kandungan surat itu membawa makna yang
cukup mendalam baginya. Dia terus memlauk abahnya dan menangis
sepuas-puasnya kerana menyedari perbuatannya selama ini telah
melukakan hati abahnya.

“Along mintak maaf atas perbuatan yang along telah lakukan terhadap
abah, along sangat sayngkan abah”. Along tak nak tengok abah baring
sendirian begini. Along berasa menyesal atas perbuatannya dari
beberapa hari yang lepas.
Semenjak dari hari itu, dia sanggup bersengkang mata untuk menjaga
abahnya untuk pulih dari penyakit itu terutama di bahagian kakinya
nampak masih kritikal lagi. Abahnya hanya boleh makan tetapi tidak
dapat berkata apa-apa. Alongya sangat risau akan keadaan abahnya
yang kelihatan tidak menghiraukan kehadiranya. Namun apa yang
nak disesali dirinya kerana dia telah melakukan kesalahan yang besar
terhadap orang tuanya. Dia bertekad untuk berubah dan mengambil
alih kerja abahnya selepas pulang dari sekolah pada setiap petang.
Semenjak dari itu, along banyak berubah kerana dia sudah menyedari
tanggungjawabnya dan melatih dirinya untuk mengghormati kedua-
dua orang tuanya yang banyak berbakti dalam hidupnya.
Setelah tiga bulan kemudian, abah semakin sembuh seperti biasa dan
dapat berjalan dengan baik. Abah tersenyum gembira dalam hati
kerana anaknya, along sudah banyak membantu menjaganya ketika
dia sakit. Abahnya kembali bersemangat untuk kembali bekerja semula
di dusun setah sekian lamanya dia terpaksa memerap di atas tikar.
Along juga menunjukkan reaksi gembira kerana dapat melihat air
muka gembira ayahnya yang kembali sihat dan cergas untuk kembali
semula ke dusun. Abahnya memeluk along kerana along telah menjadi
anak yang cukup abaik bagi dirinya. Pada petang itu dia membawa
abah, ibu dan adik untuk mandi sungai sama-sam kerana dia
merasakan sudah tiba masanya dia menggembirakan keluarganya
supaya mereka dapat mengekalkan hubungan kekeluargaan sampai
bila-bila.
Andai Masa Bisa Ku Undurkan

Nazhan Suhendra bin Shamsudin

Petang itu dihujani gerimis lembut yang ditiup bayu laut perlahan
lahan menyerap ke dalam tulang hitam hingga terasa menggigil Aidil
yang sedari tadi duduk di pangkin pantai itu. Pandangannya sayu
dilemparkan ke tengah lautan yang terbentang luas di hadapannya.
Kecewa,marah,sayu. Berbagai rasa bermain di fikiran Aidil . ada
kalanya dia terfikir, apa lagi tujuannya hidup di dunia? Mengapa
Tuhan memberikannya ujian yang begitu berat. “Ayah.. maafkan adik,
ampunkan dosa adik”
3 bulan sebelumnya.
Aidil mendengus dan berlalu keluar dari rumahnya. Dia
mencapai kunci motor buruk yang digunakan ayahnya untuk pergi ke
jeti setiap pagi. “suka hati Aidil lah, Aidil dah besar” Aidil berlalu pergi
dengan motor buruk itu. Jelas keliahatan kerutan wajah ayahnya
menahan kepenatan selepas baru pulang dari laut. Ayah menegur
Aidil selepas melihat Aidil bergaul dengan remaja remaja bermasalah
kampung itu. Ayah risau Aidil akan terpengaruh dengan aktivit tidak
sihat mereka, bukan orang kampung tidak tahu, tapi bila ditegur
mereka akan mengamuk, memecahkan harta benda, ada yang sampai
mengugut orang kampung. Menghisap gam telah menjadi perkara
yang biasa untuk mereka, malah telah beberapa kali mereka terlibat
dalam kemalangan dalam kawasan kampung.
Aidil meneruskan perjalanan ke bangsal di hujung kampung
dan berhenti di belakang bangsal tersebut. Amir yang sedang lalok
membuka pintu bangsal dan membawanya masuk. “sori bro aku
lambat sikit,bodoh betul orang tua aku, aku nak keluar pun tak bagi”.
Amir hanya mengangguk dan mengeluarkan botol dengan benda yang
kelihatan seperti sumbu. Dia mengeluarkan satu paket kecil lutsinar
yang berisi pil pil yang tidak diketahui apa kegunaanya. “sebiji,
hihihi…” amir tersengih seorang diri, lalu meletakkan bibirnya di
hujung botol sambil membakar pil tersebut yang diletakkan di dalam
sumbu tersebut. selepas pil terbakar dia menyedut asap pil itu hingga
habis. Aidil kemudian mengambil peralatan menghisap dadah itu dan
mengulangi cara amir tadi. Mereka kemudian khayal bersama sama.

Malam itu, ayah risau akan Aidil. Dari petang tadi hingga ke
lewat malam masih belum pulang si Aidil. kakak telah menyiapkan
makanan dan menjemput ayah untuk makan, tetapi yah masih
berkeras untuk menunggu Aidil pulang. Kakak turut risau, sejak
kematian ibu, kakaklah yang mengambil alih tugas ibu di rumah,
walaupun pernah bergelar pelajar harapan sekolah, namun kakak
terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga rumah dan Aidil yang masih
kecil ketika itu. “penat”. tiada istilah penat yang diungkapkan kakak,
malah kakak tidak pernah pun merungut dengan kehidupan yang
mereka lalui. Cuma, kini Aidil semakin berbeza, cakap ayah tidak lagi
didengarinya, semenjak dia 6berkawan dengan Amir dia telah menjadi
seorang yang degil dan suka melawan cakap ayah. Beberapa kali
kakak cuba menasihatinya,tapi makian dan kata kata kesat yang
dibalas. Malam itu, ayah menunggu Aidil hingga tertidur di ruang
tamu. Kasih sayangnya terhadap anak lelaki bongsunya melebihi nilai
dirinya. Kakak yang risau dengan keadaan ayah menyelimutkannya
dan menutup makanan.
Pagi itu Aidil pulang pada awal pagi, dia masuk ke rumah dan
berlalu ke dapur tanpa mempedulikan ayahnya. Usai perutnya diisi
dia terus menyambung tidur. Terdengar bunyi bising dari dapur, ayah
terjaga. Dia bingkas bangun untuk menyiapkan diri. Jarum jam di
dinding baru sahaja melepasi angka 5 pagi, tetapi banyak kerja di jeti
perlu disiapkan. Ayah bertolak pergi menaiki motor buruknya terus ke
jeti. Walaupun cuaca dilihat tidak beberapa cerah tetapi kerja tetap
perlu dilakukan supaya anak anak tidak kelaparan. Sesampainya dia
di jeti, dia terus menaiki bot. Ayah bekerja sebagai seorang awak-awak,
kapal laut dalam, ombak dan gelora telah menjadi peneman mereka di
lautan. Walaupun timbul rasa tidak sedap hati. Ayah membuang
perasaan itu dan terus memikirkan anak anak di rumah.
Hujan lebat membasahi bumi pada pagi itu, kakak bangun dari
katil dan bergerak ke tandas untuk membersihkan diri. Kakak pantas
menyiapkan sarapan pagi dan mengemas rumah. Aidil yang pulang
awal pagi tadi masih lena dibuai mimpi. Kakak mula tidak sedap hati
selepas guruh bersahutan dari arah laut. Melihat hari masih tidak cerah
dia terus ke bilik untuk sambung membaca novel kegemarannya.
Hanya novel novel lama mendiang ibunya yang menjadi peneman bila
dia bosan. nak membeli telefon pintar dia tidak mampu walaupun
kadangkala timbul rasa iri hati melihat rakan rakan menggayakan
telefon pintar dan berhubung melalui media sosial.
Aidil tersedar dari tidur, matanya merah menyala. Mukanya
kelihatan sembab dan rambutnya serabai, dia pantas berlalu ke dapur,
perutnya diusap usap tanda lapar. Melihat makanan telah disediakan
di pantas mengaut nasik dan meletakkan ke dalam pinggan, lauk lauk
pantas disuapkan. Tanpa sempat bersiram dan mandi dia terus makan.
Perutnya dirasakan sangat lapar sejak semalam. Usai makan dia
bergerak ke ruang tamu dan menghidupkan televisyen. Pinggan
dibiarkan di atas meja tanpa dibasuh dan matanya terus tertangkap ke
televisyen. Kakak masih tidak keluar dari bilik kerana masih khusyuk
membaca novel.
Di laut, angin bertiup dengan sangat kuat membuatkan ombak
bergelora dan bot yang dinaiki ayah terumbang ambing. Ayah berdoa
di dalam hati supaya urusannya mencari rezeki yang halal
dipermudahkan. Radio bot telah berbunyi, pengawal pantai
mengarahkan bot bot laut dalam supaya bersedia dengan amaran
ombak besar. Namun dalam perjalanan pulang, bot yang dinaiki ayah
telah dipukul oleh ombak yang sangat besar dan dan dlam sekelip mata
bot yang dinaiki mereka pecah dan semua yang berada di atas bot
terhumban ke dalam laut.
Jam di dinding menunjukkan tepat jam 3 petang, kakak hairan
kerana ayah masih lagi belum pulang daripada laut. Awan hitam tebal
yang berarak di langit juga masih belum menunjukkan tanda tanda
bahawa hujan akan reda. Tidak mahu risau, kakak menyedapkan hati
dengan memikirkan bahawa ayah bekerja lebih masa atau ayah pergi
minum petang dengan rakan rakan nelayannya. Kakak membersihkan
meja dan mencuci pinggan yang ditinggalkan Aidil. Selesai mengemas,
dia mula menyediakan makanan untuk ayah. Dia menyediakan
makanan kegemaran ayah iaitu ikan siakap tiga rasa. Kakak menunggu
ayah pulang di hadapan pintu, namun kelibt kapcai buruk ayah masih
tidak kelihatan. Tiba tiba, muncul pak Man iaitu kawan nelayan ayah.
Pak Man menyatakan, mereka terputus hubungan dengan bot ayah.
Kakak kelu, tanpa sebarang kata kakak menangis teresak esak, Pak
Man memberitahu lagi, mereka akan menjalankkan gerakan mencari
jika bot ayah tidak kembali ke jeti pada malam ini.
Aidil yang sejak tadi mendengar perbualan Pak Man dan kakak
tersentak. Dia mula berasa risau tentang keadaan ayahnya. Aidil
masuk ke dalam bilik dengan perasaan tidak senang. Dia merisaukan
ayahnya, semalam. Dia telah melawan kata kata ayah yang
memintanya menjauhkan diri dari Amir. Aidil turut menyedari
tindakannya terhadap keluarga sangat kurang ajar dan kasar. Malam
itu Aidil mengelamun sementara menunggu ayah pulang.
Imbas kembali..
“ibu, Aidil nak main dengan ibu kat taman” Aidil yang masih
kecil pada waktu itu tidak tahu kenapa ibunya hanya berbaring
sepanjang hari di atas katil. Dia yang berasa bosan mengajak ibunya
bermain di taman. Seluruh keluarga terkesan apabila pihak hospital
menjelaskan ibu disahkan menghidapi kanser buah pinggang tahap
empat, ayah kelihatan sugul di muka pintu melihatkan keadaan ibu
yang sangat lemah. Rambut ibu juga banyak yang gugur kesan
daripada rawatan kemoterapi. Mereka telah mencuba sedaya upaya
untuk memulihkan ibu. Tapi setelah pihak hospital menjelaskan kanser
ibu tidak boleh diubati, ayah hilang punca. Dia merasakan sangat
takut, takut mengenangkan insan yang paling disayangi akan pergi
dalam masa beberapa bulan sahaja. Ibu juga kelu, tidak mampu berkata
kata dan hanya menangis mengenangkan anak anak yang akan
ditinggalkan jika dirinya dijemput Tuhan pencipta.
Tepat tarikh 21 Mac 2001 ibu pergi buat selamanya.
Meninggalkan anak anak dan keluarga tersayang, ayah yang bersedih
tidak mampu menahan tangisan apabila terkenangkan anak anak yang
kecil akan kehilangan tempat mengadu kasih yang utama iaitu ibu.
Kakak juga terpaksa berhenti sekolah kerana Aidil masih perlu dijaga
dan kerja rumah harus diuruskan. Ayah tetap perlu turun ke laut untuk
menyara keluarga dan menyediakan makan minum buat keluarga.

Aidil kini terfikir adakah ayah akan meninggalkan mereka


sebagaimana ibu pada sepuluh tahun yang lepas. Aidil terjaga pada
waktu subuh. Dia bergegas ke jeti untuk melihat sama ada ayah telah
ditemui atau tidak. Tapi apabila tiba di jeti dan tidak melihat bot
ayahnya dia berasa hampa dan kecewa. Setelah siang, dua trak bomba
dan dua bot maritim telah berada di jeti tersebut. kegiatan mencari dan
menyelamat dijalankan dengan secepat mungkin supaya mangsa
dapat ditemui dalam keadaan yang selamat.setelah beberapa jam
operasi mencari dan menyelamat dilakukan, anggota bomba telah
menemui bangkai bot dinaiki ayah dan dua mayat awak awak telah
ditemui. Tetapi apabila proses pengecaman dilakukan ternyata mayat
tersebut bukan ayah. Pada sebelah petang pula. Mereka menemui
seorang awak awak yang terselamat kerana berpaut pada tong ais.
Tetapi ayah masih belum ditemui. Kegitan mencari dan menyelamat
seterusnya dihentikan berikutan hujan lebat di laut yang akan
membahayakn nyawa petugas.Malam itu, Aidil tidak dapat tidur
apabila mengenangkan nasib ayah.” Di manakah ayah?ayah selamat?”
Aidil bermonolog seorang diri. Kakak pula tidak dapat menahan
perasan berdebar dan menangis di dalam biliknya. Aidil berdoa
dengan setulus hati agar ayah dijumpai.
Keesokan harinya kegiatan menyelamat disambung dan mayat
terakhir yang dijumpai ialah mayat ayah. Awak awak yang terselamat
memberitahu, ayah membiarkan dia berpaut pada tong ais seorang diri
kerana tong akan tenggelam jika berpaut dua orang sekali gus.
Penduduk setempat sebak apabila mendengar cerita tersebut dan
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga aidil
kerana pada waktu yang paling genting, ayah sanggup berkoraban
demi nyawa seorang awak awak muda. Penduduk setempat turut
bersama sama membantu menguruskan jenazah ayah dan awak awak
lain yang kurang bernasib baik dalam malapetaka itu.
Selepas kejadian itu, Aidil telah berubah, dia telah
meninggalkan semua perkara buruk dan berusaha bersungguh
sungguh untuk membantu kakak. Namun, jauh di lubuk hatinya,
masih tersimpan sejuta perasaan kecewa,sedih dan bersalah terhadap
sikapnya yang dulu yang langsung tidak mendengar kata kata ayah.
Benarlah, tiada apa yang boleh menggantkan kasih sayang ibu dan
bapa.

Cintaku, Abang Piza

Nurul Fitriah Binti J.Samsudin

Siapa sangka dalam umur lima belas tahun diriku sudah menjejakkan
kaki di alam perkerjaan. Aku merasakan diri ini sudah mencapai tahap
dewasa sehingga berani mencari kerja kosong yang tidak pasti di mana
kebolehan yang aku ada untuk berkerja. Sehingga sahabat katering aku
menawarkan pekerjaan kosong di sebuah Restoran Pizza sebagai
pelayan tempat kerja lamanya. Suatu hari yang lapang, aku dan
sahabat aku yang bernama Miera pergi ke bandar untuk mencari kerja
kosong di Restoran Pizza yang dicadangkan oleh kawan catering aku
itu. Syukur alhamdulillah kepada Allah yang memberikan rezeki yang
luas kepada hamba-Nya, setelah selesai sesi temu duga aku dan
sahabat diterima kerja di Restoran Pizza tersebut.
Pada keesokkan harinya, hari pertama aku dan Miera berkerja sebagai
pelayan di Restoran Pizza tersebut, dengan perasaan yang bercampur
baur di dalam diri ini membuatkan aku berasa gementar untuk
melakukan semua kerja. Yelah, mana tidaknya baru hari pertama aku
berkerja di restoran ternama sebegini. Sebelum ini aku hanyalah
berkerja katering dihujung minggu sahaja. Tetapi itu bukan alasan
untuk aku takut melakukan kerja. “ woi, kau orang memang suka
bergosip ke apa ? buatlah kerja tu!”. Tegas suaranya membuatkan aku
dan kawan aku terkejut lalu sambung membuat kerja kami dengan
gelabahnya. Hahaha, suara itu adalah suara jejaka yang paling aku
suka. Eah, yang paling aku cintai. Entahlah perasaan yang tidak boleh
aku gambarkan ketika ini. Biar hati sahaja yang berkata-kata. Nama si
dia adalah shaffiq. Seorang penggurus restoran yang aku kerja
tersebut. Dia sungguh tampan dengan baju uniform kerjanya. Sungguh
membuat kan aku terpaku memandangnya pada kali pertama.
Perasaan yang ada dihati ini aku membiarkan senyap, sepi, bisu tanpa
suara atau kata-kata kerana si dia seorang yang garang dan tegas
ditempat kerja. Namun, aku gagahkan diri untuk selindugkan
perasaan dihati ini seperti biasa agar tidak diketahui orang lain. Setelah
beberapa hari kemudian aku berkerja, aku ingin berhubung
dengannya, tetapi bagaimanakah caranya untuk aku berhubung
dengannya?. Aku cuba mencari akal untuk berhubung dengan si dia
melalui pesanan ringkas di media sosial iaitu Wechat. Kawanku Miera
memiliki ‘id wechat’ si dia, tetapi Miera tidak mahu memberikannya
kepada aku kerana dia juga menyukai shaffiq. Apa harus aku buat aku
dan kawan baik aku sendiri menyukai orang yang sama. Sejujurnya
aku mula patah hati ketika itu. Tetapi aku tidak mahu mengalah selagi
mereka tiada apa-apa kaitan lagi. Pada malam itu, setelah pulang kerja
aku dan Miera berkerja pada sebelah malam sehingga pukul dua belas
malam Miera hendak tidur di rumah aku kerana esok hari kami
berkerja di sebelah pagi. Apabila Miera sudah tidur, aku mengambil
telefon pintarnya lalu membuka aplikasi Wechat tersebut dan
mengambil ‘id wechat’ si dia dengan pantasnya kerana khuatir akan
disedari oleh Miera.
“ Perigi mencari timba”. Pepatah tersebut tidak lagi aku hiraukan
kerana aku ingin meluahkan perasaan yang ada di dalam hati ini
dengan segera takut kalah dengan kawan baik sendiri. Dengan hati
yang teruja, aku segera menghantar mesej pesanan ringkat kepada si
dia “ Assalammualaikum, Shaffiq ni aku Yaya. Budak baru tuhhh”.
Lima minit kemudia, tunggu punya tunggu barulah dia membalas
mesej aku tersebut “ wasalam, yee kenapa?”. Dengan pantasnya aku
membalas mesej si dia kerana teruja dia sudah membalas mesej dariku.
Lalu aku membalas “ nak cakap something ni, aku suka kat kau,
hahahaha”. Tak malu betul diri aku ketika itu, aku terpaksa tebalkan
muka aku ini dengan membalas mesejnya yang sebegitu rupa.
Kemudian dia membalas mesejku dengan berkata “ kau tuhh sekolah
lagi, fokus pada pelajaran kau sampai habis, jangan pikir ke arah tuhh
lagi”. Aku mendiamkan diri tanpa membalas mesej si dia kerana hati
aku betul-betul terluka ketika itu, tetapi hati aku puas kerana sudah
mengatakan isi di hati ini. Setelah tiga puluh minit kemudian,
telefonku berbunyi. “ting ting” menandakan mesej masuk, dengan
malasnya aku mencapai telefonku dan terkejut kerana si dia
menghantar lagi mesej kepada aku “ antara kau dengan Miera, kau
lebih berharga dimata aku tau. Good luck yee”. Pantas tangan aku
membalas “ terima kasih shaffiq” dan dia laju membalasnya “ kau
anggap jela aku ni abang kau, dan aku anggap kau adik aku jee. Adik
abang. Okey kan?”. Lalu aku membalas dengan perasaan yang terlalu
gembira walaupun cinta aku ditolak “ okey abang shaffiq, hahahaha”.
Malam itu aku tidur dengan lenanya sampai bermimpi sehingga
datang lewat ke tempat kerja hahaha.
Setelah tiga tahun kami menjadi adik abang, hubungan kami itu diuji
dengan mendapat berita yang diri aku dapat tawaran sambung belajar
di negeri Darul Makmur. Rasa berat hati untuk berpisah jauh kerana
pahit, manis, suka dan duka kami kongsikan bersama. Yela, keluarga
kami pun sudah kenal antara satu sama lain. Dia dengan lagaknya
mengucapkan taniah kepada aku “ taniah dik, abang doakan kau
berjaya dunia akhirat”. Lalu aku membalas kata-kata si dia dengan satu
senyuman sahaja. Bila hati sudah sayang, memang berat untuk
tinggalkan orang yang kita sayang untuk pergi ke tempat yang lebih
jauh dari negeri kita kan. Aku belajar dengan hati yang penuh yakin,
yakin bahawa orang yang aku sayang itu sanggup menunggu aku
dengan sabarnya. Aku mengharapkan dia yang terakhir,
mengharapkan Allah S.W.T dekatkan jodoh kami. Si dia adalah cinta
pertama yang aku tidak boleh lupakan, nama dia sentiasa difikiran.
Enam bulan kemudian, aku masih lagi belajar. Terlalu sibuk sampai
tidak sedar ada perubahan yang berlaku antara hubungan kami.
Hubungan yang aku rasakan seperti biasa kerana aku tidak nampak
lagi perubahan yang berlaku itu. Sehinggalah musim cuti semester sem
pertama aku selama sebulan, dengan hati yang penuh gembira aku
pulang ke kampung halaman sebagai seorang perantau. Hati ini
sungguh teruja kerana yang bakal menjmput aku di stesen bas adalah
abang angkat aku sendiri iaitu shaffiq, orang yang aku rindui, orang
yang aku sayangi, orang yang aku cintai selama ini yang akan
menjemputku pulang. Tidak sabar rasanya aku ingin menghabiskan
masa cuti panjang aku dengan si dia. Namun siapa sangkat, malang itu
tidak berbau. Begitulah juga dengan setiap ujian yang Allah berikan
dekat hamba-Nya tidak kita duga. Shaffiq mengajak aku untuk sertai
‘family day’s’ keluarganya yang di adakan di JB. Aku dengan hati yang
sungguh teruja kerana itu adalah hari yang bermakna bagi aku untuk
berseronok dengan keluarga angkat aku. Semasa bercuti bersama
keluarga shaffiq, shaffiq menunjukkan riak wajah yang sungguh
gembira seperti tiada apa-apa yang berlaku, seperti tiada salah yang
dia lakukan terhadap diri aku. Ketika itu aku demam panas, hati mula
rasa berat untuk pergi bersama-sama mereka. Tapi aku gagahkan juga
diriku untuk sertai mereka kerana orang yang aku sayangi. Pada
malamnya, kami semua menonton televisyen di ruang tamu rumah
abangnya, aku tergerak hati untuk memeriksa telefon pintar Shaffiq
semasa dia pergi ke tandas. Dengan hati yang berat, hati yang terluka,
sungguh aku kecewa dan terkejut apabila membaca ‘chat whatsApp’
dia dengan perempuan lain yang amat aku curigai. Sungguh aku
terkejut ketika itu sehingga mengigil lalu air mata terus mengalir di
pipi. Tanpa aku sedari, Shaffiq melihat aku dengan wajah yang pelik
dan dia terus hampiriku dengan menanyakan soalan yang amat bodoh
bagiku “eah dik. Kenapa ni?” aku terus menangis tanpa bersuara aku
terus mencampakkan telefonnya kepada dia dan lari keluar rumah
kerana aku tidak mahu ahli keluarganya nampak aku menangis. Dia
mengejar aku, dan aku menanyakan siapa perempuan itu, aku
meminta dia jelaskan apa yang telah berlaku. “kenapa dia chat abang
siap cakap jangan mengatal, jangan mengurat orang lain, rindu kat
abang, apa tuh semua, siapa dia dalam hidup abang dan siapa saya
pada abang?” sambil menangis teresak-esak aku mengatur langkah
untuk berkata-kata. Tapi dia diam membisu, kehilangan kata-kata
barangkali. Tembelang sudah pecah. Padan muka dia, sejujurnya aku
menyampah, benci melihat dia ketika itu. Sumpah, hatiku hancur retak
seribu. Bayangkanlah, aku dinegeri orang, belajar, fokus belajar ,setia
dengannya, tidak berani curang sama sekali kerana hati dah ada nama
dia seorang. Kau rasa apa yang aku rasa? Hati ini seolah-olah disiat-
siat dengan picau yang tajam. Aku berkata lagi “mungkin aku seorang
adik, hanya adik. Hubungan aku dengan kau hanya sekadar adik dana
bang tidak lebih daripada itu, kan?”. Dia laju mengelengkan kepalanya
dan berkata “bukan, bukan. Awak saya mintak maaf, dia hanya kawan.
Sekadar kawan hilangkan bosan sahaja, tiada rasa sayang langsung
pada dia. Dia hanya tempat untuk saya melepaskan bosan. Awak busy
sibuk study, kadang-kadang kita gaduh saya jadi tension dengan awak.
Jadi saya cari dia untuk hilangkan bosan itu je”. Tergamaknya dia
membuat aku macam ini. Siapakah aku dalam hidupnya? Adakah aku
sekadar perempuan simpanan dia semata-mata. Adakan dia cuba
untuk mempermainkan perasaan aku?. Sejujurnya aku benar-benar
sakit ketika itu dengan demam yang menimpa diriku, suara yang serak
seperti Ella penyanyi rock gayanya dan hati yang hancur bagaikan kaca
yang pecah. “abang dah bagi dia harapan, kalua abang nak teruskan
hubungan abang dengan dia, pergilah teruskan, jangan lukai dia
seperti abang melukakan adik abang ni, dia perempuan dan saya
perempuan, saya tahu sakitnya macam mana bila orang yang kita
sayang bagi harapan palsu pada kita. Perilah pada dia, saya sanggup
undur diri”. Lalu shaffiq terus berkata “taknak, abang taknak. Abang
nak awak. Awak tak faham apa yang abang rasa. Dia kawan je tak
lebih”. Benci aku dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya
itu, aku percaya semua itu hanyalah dusta semata-mata. “maafkan
abang sayang, maafkan abang please” sambal memandang aku dengan
muka kesian dia, dia ingat aku ini tiada hati dan perasaan kea pa dia
buat lepasitu aku maafkan dengan mudah macam itu sahaja. Tidak
tahu untuk berkata apa. Aku diam tanpa kata-kata. Aku teramat-amat
sayang akan hubungan aku dengan dia. Patutlah sejak kebelakangan
ini aku sering mimpi yang bukan-bukan tentang dia curang, bila aku
cerita dekat dia tentang mimpi aku itu, dia kata itu semua hanya
mainan tidur sahaja. Ya Allah, rupa-rupanya betul. Allah berikan aku
petunjuk terlebih awal, aku bersyukur sangat-sangat atas petunjuk
yang Allah berikan pada aku dan sekarang sudang terang lagi bersuluh
depan mata aku, mesej dia dengan perempuan itu. Badan ini semakin
lemak bertambah dengan batuk yang tiba-tiba hadir dalam badan aku.
“maafkan abang, abang taknak kehilangan awak” dengan muka yang
kesian aku memandang dia sambal berkata “ shaffiq, kita dah hampir
empat tahun tau. Hubungan kita ni hampir empat tahun taw, awak
sedar tak apa yang awak buat. Jika saya banyak kekurangan dan
banyak buat salah dan silap pada awak selama hubungan kita ni, saya
mintak maaf sangat-sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki,
halalkan segalanya apa yang pernah awak beri pada saya. Saya ready
untuk undur diri demi kebahagian awak shaffiq”. Lalu, dengan lajunya
air mata aku mengalir membasahi pipiku. Aku tundukan muka tidak
kuat untuk tatap muka lelaki yang telah hancurkan hatiku ini.
Tergamak dia buat aku macam ini. Dia layan aku lebih daripada
seorang adik, dia layan aku seperti kekasih dia selama ini, dia selalu
pesan dengan aku, jangan curang dengan dia, dia takut kehilangan
aku. Tapi siapa yag curang, siapa yang buat masalah, dia yang cari
penyakit, kalua sudah tidak sayang jujur itu lebih baik daridapa
memberi harapan palsu dekat aku. Sejujurnya aku amat kecewa
dengan sikap dia yang tidak matang itu, umur dia yang hampir
mencecah dua puluh empat tahun itu sepatutnya sudah matang dalam
percintaan, bukan masa untuk bermain-main. Mainkan perasaan
wanita. “ jika mak abang masih hidup, mesti dia pun kecewa juga
dengan abang kan.” Nangis sahaja yang mampu aku lakukan ketika itu
tanpa banyak bicara dia terus berkata “ maafkan abang, kita sama-sama
ubah untuk lebih baik dalam hubungan kita ni”. Shaffiq betul-betul
tidak sedar atau dia pura-pura atau berlakon di depan aku ketika ini.
“hubungan apa, hubungan adik abang. Macam it uke yang abang nak.
Jangan risau, saya boleh terima hakikat yang kita sekadar adik dengan
abang je” dengan nada yang agak marah aku menutur kata-kata. Lalu
dia berkata sambal berdiri dihadapan aku, “ awak, jangan macam ni,
jangan cakap macam tuh, saya mintak maaf, betul-betul mintak maaf,
sayang”. Dengan berat hati aku memaafkan dengan tidak berfikir
panjang kerana aku penat-penat menangis ketika itu, kepala aku berat,
berat dengan memikirkan apa yang sudah terjadi. Dia berjanji akan
selesaikan masalah ini dengan secepat mungkin, dia memintak aku
untuk memberikan masa kepadanya.
Setelah habis bercuti bersama keluarga shaffiq, aku dihantar pulang ke
rumah mak aku. Mak aku cudah dapat membaca raut wajah aku yang
masam mencuka. “ haii, orang pergi bercuti patutnya balik muka
happy. Ni dia balik muka muncung sedepa macam muncung itik, dah
kenapa?” mak berkata dengan nada ingin tahu sambil ketawa aku
berkata “ anak mak ni kan demam, belum elok lagi mak oii” Mak aku
seakan-akan tahu yang aku ada masalah besar ketika itu. bukan niat
aku hendak menipu emak aku, tapi tidak mahu dia turut kecewa
bersama aku. Tiga hari sudah berlalu, aku mendiamkan diri tanpa
sebarang kata-kata. Langsung tidak berhubung dengan shaffiq ketika
itu kerana aku meminta dengannya agar bagi aku masa dan ruang
untuk aku menenangkan diri aku sementara waktu. Sungguh sukar
bagi aku untuk lalui apa yang sudah terjadi dan berat juga bagi aku
untuk melupakan sekelip mata dengan mudah, sukar memang sukar
bagi aku. Shaffiq akan mesej aku seperti selalu ucap selamat malam,
selamat pagi, ingatkan aku agar tidak lupa makan. Yang aku balas
hanyalah sekadar perkataan “ok”. Pada malamnya, aku ingin keluar
makan dengan shaffiq setelah dia pulang kerja pada waktu malam
pukul dua belas tengah malam. Sementara itu aku keluar lepak
bersama kawan-kawan baik aku. Miela kawan baik aku ketika itu. dia
sudah pun berkahwin dan kami keluar lepak di kedai makan bersama
suaminya “ Yaya kenapa minum air jer, tak lapar ke?”kata si Aidil
suami kepada Miela. Aku hanya mampu senyum dan berkata “ tak laa
dil, aku makan dengan shaffiq je kejap lagi dia balik keje, makan sama-
sama.”. lalu aku terus mencapai telefon pintarku sambil mendail
nombor telefon shaffiq. “salam abang, orang kat luar ni lepak makan
dengan miela aidil, orang tunggu abang nak makan sama-sama nanti”
aku berkata dengan teruja walaupun hati belum sembuh sepenuhnya.
Lalu shaffiq berkata “sorry saying, abang busy ada kompang malam
ni”. Aku dah pelik, kompang apa malam-malam buta macam ni, “ ada
latihan kompang. Dah pukul berapa ni. Pelik jee.” Dan shaffiq mula
bercakap dengan gagapnya “eah bukan, nak tengok baju kompang
dekat rumah kawan abang”. Lagi bertambah pelik aku dengan dia ni
“eah bukan ke baju kompang dah amik aritu?” hmmm dia membuat
kan aku curiga dengan dia. Apa yang dia cuba sorokkan daripada aku.
“abang macam ada sorokkan something dari orang eah? Terpulang
abanglah, jangan sampai kantoi lagi sudahlah yee” dengan hati yang
berat aku terus mematikan panggilan tersebut. Sejujurnya naluri aku
amat kuat menyatakan shaffiq buat hal lagi. Lalu aku mengajak Miela
untuk temankan aku untuk perhatikan shaffiq dari jauh sama ada dia
balik terus ataupun sebaliknya. Aku perhatikan dari jauh di sekitar
kawasan kedai pizza dia bekerja itu, ternyata naluri aku betul, yang dia
curang lagi. Apa yang aku lihat ketika itu, dia beriringan balik kerja
dengan perempuan yang sama yang telah menghancurkan hubungan
aku, walaupun naik motor yang berasingan, hati aku memang sudah
sakit ketika aku melihat terang-terangan didepan mataku ini. Ketika
itu aku dengan Miela menaiki motor untuk memerhatikan tidakan
shaffiq malam itu. aku mengekori mereka berdua, lama aku perhatikan
gerak geri dan gelagat mereka, bawak motor dengan perlahan-lahan,
rapatantara satu sama lain. Geram, sungguh geram aku ketika itu.
kalau ikutkan hati, ingin sahaja aku mendekati mereka dan menendang
kedua-dua motor mereka itu. sungguh geram aku melihat apa yang
berlaku didepan mata aku ini. Sehingga satu simpang untuk menaiki
jambatan, aku mula rapat dengan mereka, aku memandu motor aku
dengan laju sedikit, shaffiq melihat kelibatan aku kerana dia menoleh
ke arah belakang. Lalu dia menyuruh perempuan itu lari, shaffiq
memandu motornya dengan laju, aku kejar mereka, shaffiq sudah tidak
kelihatan ketika itu. lalu aku dapat kejar perempuan itu, dan aku
menjerit “berhentilah, kenapa nak lariiiiiiii!”arah aku kepadanya.
Tetapi tidak dihiraukan. Dan aku terus berhentikan moto ditepi jalan
lalu menangis teresak-esak sambil memeluk Miela. “ Ya, aku tahu kau
kuat yah. Sabar” miela berkata kepadaku sambil menangis sama. Aku
terus mendiamkan diri, mencapai telefon bimbit aku yang berada
dalam beg aku dan segera memadam nombor telefon shaffiq. Aku
ingin melupakan dia, lupakan segalanya dengan dia. Aku benci dia.
Benci yang teramat sangat. Hatiku sudah tiada. Hari berganti hari,
sudah tiba masanya aku pulang ke negeri perautauan aku untuk
sambung kembali pelajaran aku kerana cuti semester sudah pun habis.
Cuti yang amat menyakitkan bagiku. Sungguh aku teramat kecewa
ketika itu. aku tidak lagi menghubungi shaffiq walaupun dia mesej dan
“call” aku berkali-kali. Tetapi, aku tidak layan sama sekali.
Lagi berapa hari naik tahun baru, aku cuba terima hakikat dengan hati
yang terbuka. Shaffiq masih lagi berusaha untuk mendapatkan hati aku
kembali, tapi aku abaikan, layan acuh tak acuh. Aku beritahu kepada
dia bahawa aku rela lepaskan dia pergi dengan perempuan itu asalkan
dia bahagia. Aku sanggup undur diri demi kebahagian dia. Tapi dia
mengatakan dia ingin aku kembali kerana bila aku hilang dia
merasakan kosong. Dia sunyi. Aku tak mampu berkata apa-apa nangis
sepanjang masa kenangkan kembali apa yang berlaku. Shaffiq
meminta agar aku beri dia peluang terakhir. Aku cuma hanya berkata
“kalau ada jodoh tak kemana shaffiq, saya mengharapkan awak
berubah, umur semakin tua, dengan umur awak yang sebegini tak
patut awak main-main dalam percintaan, dah taka da masa dah. Saya
selalu mendoakan yang terbaik untuk awak, saya pun kenalah perbaiki
kelemahan diri saya sendiri juga, saya dah maafkan awak, kita kawan
jela yee”. Shaffiq tidak menginginkan persahabatan, dia tak mahu
berkawan. Dia mahu seperti dulu, tetapi aku tak mampu walaupun
hati ini terima apa yang berlaku, aku hanya mampu mendoakan agar
ada jodoh antara kami.
Pada 20 januari 2018, aku pulang ke kampung untuk menyambut hari
jadi aku. Kira-kira 9:30 malam aku tiba di stesen bas negeriku, aku
terkejut apabila shaffiq yang dating menjemput aku di stesen bas
bukan mak aku tetapi dia, terpaksa juga aku naik kereta pulang ke
rumah aku bersama dia. Setibanya kami di rumah aku, aku pelik
kenapa rumah aku ramai orang, banyak kereta. Hati aku berkata “siapa
pula yang meninggal”. Lalu aku lajukan langkah kaki aku menuju
pintu rumahku “Assalammualaikum mak” dengan muka yang terkeju,
dengan perasaan yang pelik dan tertanya-tanya kenapalah banyak
dulang ni, siapa yang masuk meminang ni hahaha. “surprise
hahahaha” akak kepada shaffiq berkata kepada aku, lalu aku
memandang mak yang tidak jauh dari aku, wajah mak senyum lebar
sampai ke telinga gayanya. Keluarga shaffiq dating masuk meminang,
mereka buat kejutan dua dalam satu dalam masa yang sama. Nak
sambut hari lahir aku dan nak jadikan aku tuning kepada shaffiq. Ya
Allah, perancangan-Mu sungguh indah, Alhamdulillah. Dengan restu
mak ayah adik beradik aku, dengan hati yang terbuka aku terima
pinangan shaffiq, dah aku sudah bergelar tunang orang. Aku serahkan
segalanya kepada Allah S.W.T kerana Dia-lah sebaik-baik perancang di
alam ini. Semenjak menjadi tunang aku, shaffiq banyak berubah,
perubahan yang amat bagus kepada hubungan kami, dia sentiasa
berfikiran positif. Syukur Alhamdulillah. Semoga perubahan ini kekal
dalam dirinya, semoga dia belajar bagaimana cara untuk menghargai
orang sekelilingnya yang saying akan dia. Ujian demi ujian yang hadir
dalam hubungan kami. Aku berharap kami mampu menangani apa jua
ujian yang hadir dalam hubungan kami lepas ini seperti ujian-ujian
sebelum ini. Ujian yang dating menguatkan lagi hubungan antara aku
dan dia. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Aku percaya,
shaffiq mampu menjadi yang terbaik buat diriku, kerana perubahan
yang berlaku terhadap dirinya membuatkan aku seperti jatuh cinta kali
ke dua terhadap dirinya. Sungguh aku bahagia sekarang. Semoga kami
mampu harungi cabaran dalam perhubungan bertunang ini dengan
sebaiknya. Semoga kami tidak akan cepat melatah apabila ditimpa
pelbagai ujian selepas ini.

Gadis Daun Pisang

Rossyatka a/p Teor Bak Song

Bagai mendengar halilintar yang kuat seorang ibu mendengar


berita tentang kematian anaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan
raya. Dia sangat terpukul dan sedih dengan berita tersebut. Mereka
percaya anknya kempunan daging kancil. Pada petang tersebut juga
anaknya selamat dikebumikan dengan dihadiri saudara terdekat.

Kasih seorang ibu tidak pernah berbelah bagi dan tiada gantinya.
Begitulah juga kasih seorang ibu yang digelar sebagai Mak Jah. Mak
Jah ialah seorang ibu tunggal yang tinggal di hujung kampung. Mak
Jah berasal dari kampung Gumum, Tasik Chini. Setelah kematian
anaknya dia hidup bersendirian dan sangat daif. Mak Jah hanya
mengambil upah menjual daun pisang. Satu gulung daun pisang hanya
berharga $30 sen. Purata sehari dia mendapat duit hasil jualannya ialah
10 ringgit sahaja.

Setiap malam, Mak Jah terkenangkan arwah anaknya. Dia bersedih dan
mengalami kemurungan sehingga menyebabkan dirinya cengkung,
kurus dan tidak bermaya. Dia juga sering terbayang-bayang wajah
anaknya yang telah meninggal dunia. Masyarakat kampung banyak
menasihatkan Mak Jah supaya bersabar. “ Mak Jah ajih kenok lupakan
anok ajih,,,dia dah pegi pak kan boleh ada semula”(Mak Jah aak mesti
merelakan kepergian anak awak,,dia sudah tiada di sini). kata
saudaranya

Setelah dua bulan berlalu……..

Mak Jah pergi ke kebun untuk mencari daun pisang. Sedang sibuk dia
mencari dia terdengar tangisan di sebalik pokok pisang emas.
“uwerk!!!. Mak Jah berusaha mencari bunyi tersebut dan akhirnya dia
melihat satu bungkusan hitam yang besar. Dengan rasa waspada mak
Jah membuka bungkusan tersebut dan terkejut kerana isinya ialah
seorang bayi. Mak jah membawa pulang bayi tersebut lalu
memandikan dan menjaganya. Bayi tersebut diberi nama Emas kerana
dijumpai berdekatan dengan pisang emas. Bayi tersebut membesar
dengan baik. Mak Jah menjadikan bayi tersebut sebagai anak
angkatnya.

Setiap hari, Mak jah pergi ke kebun bersama anaknya. Emas seorang
budak yang sangat rajin dan baik budi pekertinya. Hasil didikan yang
baik telah membentuk insan yang baik dan berbudi pekerti. Walaupun
penat dia masih tetap tersenyum dan menolong ibunya.

Emas membesar dengan baik dan semakin lama dia terlihat sangat
cantik dan anggun. Rambutnya yang panjang ikal mayang, kulitnya
bagai putih telur, hidungnya mancung bak seludang, bibirnya merekah
bagai delima dan matanya bulat. Kecantikkannya tersebar ke seluruh
kampung. Ramai anak muda yang ingin menjadikan Emas sebagai
isteri. Namun mereka malu kerana dahulu mereka mencaci dan
meminggirkan Mak Jah. “Bagai menjilat ludah sendiri’ itulah yang
boleh diumpamakan tentang orang kampung tersebut.

Cerita tentang kecantikkan anak Mak Jah telah tersebar hingga ke


kampung-kampung berdekatan dan telah sampai ke telinga anak
orang kaya. Anak orang kaya tersebut berminat untuk melihat rupa
gadis yang dibualkan orang ramai. “ Kam nak jadikan dia bini
kam.”(saya ingin memperisterikan gadis tersebut)” kata orang kaya
tersebut. Mereka pun datang membawa rombongan meminang ke
rumah Mak Jah. Namun, terdapat syarat untuk memperisterikan
anaknya, Antara syarat-syarat tersebut ialah bakal suami tidak boleh
melihat wajah bakal isteri sebelum perkahwinan, dia tidak boleh pergi
memburu, tidak boleh pergi ke luar hatta ke kedai sekalipun.

Menjelang hari perkahwinan, orang kaya berasa amat gembira untuk


melihat wajah bakal isterinya. Setelah selesai berurusan dengan wakil
ataupun ketua kampung, barulah orang kaya dapat melihat wajah
bakal isterinya. Dia tergamam dan terpesona akan kecantikan isterinya.
Mereka hidup bahagia dan Mak Jah juga hidup senang dan pindah dari
kampung tersebut.Orang kampung menuduh mereka menggunakan
jampi untuk memikat hati orang kaya. Mereka memaki hamun dan
mencerca mak jah dan anaknya.

Setelah beberapa tahun,

Kampung orang asli tersebut dilanda satu malapetaka. Kebanyakkan


mereka terkena penyakit kulit. Penyakit tersebut sangat pelik kerana
bernanah dan mengeluarkan bau yang busuk. Penduduk kampung
lain tidak berani untuk datang ke kampung orang asli itu kerana
bimbang akan terkena penyakit aneh. Penduduk menderita berbulan-
bulan lamanya. Bomoh dan pawang juga tidak dapat menyembuhkan
penyakit tersebut. Ada diantara penduduk yang meninggal dunia dan
ada yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan gatal-gatal yang
bernanah, berdarah dan bau penyakit kulit itu.

Berita tentang penyakit itu telah tersebar sehingga ke kampung baru


yang didiami oleh Emas dan ibunya. Mereka juga hairan akan penyakit
yang tiba-tiba menyerang kampung lama mereka. Mereka turut
bersimpati akan nasib penduduk kampung Gumum. Mereka pun
bergegas untuk mengetahui penyakit apakah yang telah menyerang
kampung itu. “Mok jom kita tengok urang kampung kenok penyakit
apa”(Mak jom kita tengok orang kampung terkena penyakit apa) kata
Emas kepada ibunya. Mereka pun pergi ke kampung itu, baru sahaja
memasuki simpang ke kampung tersebut bau nanah dan hanyir yang
menusuk ke dalam hidung dan menyebabkan ibunya loya dan
muntah-muntah. Di sekitar perjalanan masuk ke dalam kampung,
mereka menyaksikan ramai penduduk yang terbaring di tepi-tepi jalan
dan keadaan mereka sangat tenat.

Setelah tiba di depan rumah, Mak jah tiba-tiba jatuh pengsan. “Mak ok
pk ni” (Mak okey tak ni). kata Emas kepada anaknya. Suaminya
mengangkat ibunya ke dalam rumah. Emas terkejut melihat muka
ibunya ditumbuhi bintik-bintik merah yang kelihatan sangat gatal.
Ibunya tergaru-garu pada bahagian muka dan seluruh badan. Emas
berasa simpati akan ibunya lalu mencari cara untuk menyelamatkan
ibunya. Emas mencari herba di kebun pisang yang boleh merawat
gatal-gatal. Namun, usaha Emas hanya sia-sia kerana herna tersebut
tidak dapat merawat ibunya. Keadaan ibunya semakin tenat dan
parah.

Emas menangis teresak-esak kerana binggung hendak berbuat apa


melihat keadaan ibunya yang nazak itu. Tidak lama kemudian, dia
teringat akan mimpinya bertemu seorang tua yang memberitahu ubat
untuk menyembuhkan penyakit kulit. Tanpa melengahkan masa,
Emas sekali lagi pergi ke kebun untuk mencari ubat tersebut. Dia
mengambil jantung pisang lalu direbus. Air rebusan tersebut perlu
dicampurkan dengan air embun yang menitik pada daun pisang. Pada
pagi itu, Emas telah pergi ke kebun untuk menadah titisan air embun
pada daun pisang. Emas membawa pulang ubat tersebut dan
menyuruh ibunya minum. Ibunya kembali seperti biasa setelah
meminum air herba tersebut.

Emas yang berhati mulia ingin menolong orang kampung, maka pada
sebelah petang dia dan ibunya akan mengambil jantung pisang lalu
merebusnya. Manakala pada waktu pagi mereka menadah air titisan
embun daun pisang. Kedua-dua bahan tersebut dicampur dan
akhirnya menjadi ubat yang mujarab untuk penduduk kampung.
Ramai penduduk kampung yang berkunjung ke rumah mereka untuk
minum air herba tersebut. Penduduk kampung berterima kasih kepada
Emas dan Ibunya kerana telah menyelamatkan nyawa mereka.
Semenjak hari itu, penduduk kampung tidak lagi mengutuk dan
menghina emas dan ibunya.

Disebabkan hal itu, penduduk telah mengelar ‘Emas sebagai Gadis


Daun Pisang’.

Hutan Yenggolla

Jannefer a/p Apok

Di sebuah hutan yenggola yang luas dan gelap, terdapat seekor


binatang yang besar dan buas. Tidak seorang pun manusia mengetahui
kewujudan haiwan tersebut. Tetapi hanya seorang remaja perempuan
sahaja mengetahui kewujudan binatang itu. Walau bagaimanapun,
hutan yang seram itu tidak pernah dimasuki oleh masyarakat yang
berdekatan disitu. Tetapi apabila manusia memasuki hutan itu,
pastinya ribut petir yang kuat akan melanda di kawasan
perkampungan itu.
Yaisya ialah seorang remaja perempuan yang berumur 19 tahun. Dia
tinggal di desa yang mempunyai pelbagai kaum. Yaisya mempunyai
kelebihan bermimpikan benda-benda yang aneh. Dia sangat suka akan
bunga-bunga di hutan yang pelbagai jenis. Namun dia tidak pernah
menjejak kakinya ke dalam hutan yang ada. Hal ini kerana dia
mengenal pelbagai jenis bunga melalui mimpinya sahaja tapi dia tidak
pernah nampak secara depan mata. Yaisya juga selalu bermimpikan
seekor haiwan aneh yang bermata merah dan besar serta mempunyai
ekor yang tajam dan sangat garang. Kemudian, dia juga bermimpikan
bunga yang cantik dan tidak pernah dijumpainya. Keadaan ini
menyebabkan yaisya akan melukis setiap hari bentuk seekor haiwan
yang ganas dan bunga yang cantik. Keadaan ini menyebabkan Yaisya
selalu bermimpikan benda yang sama sehingga menyebabkan dia jatuh
sakit.
“sya! Apa kamu buat ni”? mak cik yaisya memarahi yaisya apabila mak
ciknya memasuki biliknya. Yaisya terkejut. “ohh, mak cik saya lukis
haiwan yang saya mimpi tadi”. Yaisya tersenyum dengan muka pucat.
“mak cik bukan apa, mak cik malas dah dengar orang kampung cakap
kau gila asyik lukis benda yang mengarut je, tak ade kerja lain ke asyik
melukis benda yang sama”? mak cik yaisya memarahinya sambil
mencekak pinggang. Yaisya hanya tertunduk dan diam. Dia malas
untuk bertikam lidah dengan mak ciknya yang asyik membebel akan
kesalahannya. Namun yaisya hanya menceritakan mimpinya kepada
neneknya. Neneknya hanya mendengar dan terdiam sahaja. Kemudian
dalam hati si nenek berkata, “kemungkinan ini perjanjian yang ibu
bapa yaisya yang pernah mereka lakukan pada suatu ketika dahulu”.
Nenek yaisya hanya berasa sedih kerana perjanjian itu masih diingati
oleh seekor binatang buas itu. Kemudian nenek yaisya mula berasa
risau apabila melihat keadaan yaisya yang semakin menderita dengan
mimpi aneh itu.
“sya, mari sini duduk sebelah nenek” nenek yaisha memanggil yaisya
yang termenung di tepi tingkap. “ya nenek, ada apa”?. “nenek nak sya
segera berjumpa dengan tok batin dan dan sya bagitahu masalah sya
tu”. Nenek yaisya memberi pesanan supaya yaisya segera bertindak
sebelum terlambat. Yaisya pun bertanya kepada neneknya. “nek
kenapa sya perlu jumpa tok batin? Mimpi ni berkaitan dengan tok batin
ke? Bukan ke mereka cakap sya gila”? nenek yaisya mengeleng
kepalanya dan berkata “bukan macam tu lah sya, tok batin tidak tahu
sya sakit”. Yaisya pun terkejut. “nek, sya sakit ke”? nenek yaisya pun
berkata. “ya, sya tengah sakit tu, sya kena berubat dengan segera
kerana separuh jiwa sya ditawan oleh haiwan ganas itu”. Keadaan ini
berlaku kerana kebiasaanya kepercayaan orang asli kaum semai,
sekiranya bermimpi benda yang sama setiap hari boleh menyebabkan
seseorang itu sakit kerana benda yang pelik dan jahat itu menakluk
jiwa seseorang yang ditawan kemudian mereka yang sakit ini perlu
berubat sewang malam. Yaisya pun terdiam sejenak dan berbisik
dalam hatinya. “kenapa mesti aku? Aku tidak pernah menjejak kaki
dalam mana-mana hutan pun”. Yaisya pun berasa sedih kerana dia
tidak tahu apa kesalahannya yang pernah dia lakukan sehingga
menyebabkan haiwan yang garang dan ganas itu menawan jiwanya
tanpa dia ketahuinya.
Pada keesokan harinya, yaisya dan nenek berjumpa dengan tok batin
dan yaisya memberitahu masalah yang sedang dihadapinya semenjak
dia berumur lima tahun lagi. Kemudian, tok batin hanya mengangguk
dan memandang yaisya lalu tok batin menyuruh yaisya dan neneknya
pergi ke hutan mencari daun yang diperlukan untuk berubat sewang
malam. “tok nak sya pergi cari daun nipah, daun pemulih dan bunga
orkid hutan sebelum pukul 6 dan esok kita berubat sewang malam.
Apabila sya memetik setiap daun itu, sya jangan tersadung ya”. Pesan
tok batin kepada yaisya dan neneknya. Yaisya dan neneknya pun
mengangguk faham.
Pada pukul 8 pagi, yaisya dan neneknya pun segera pergi ke hutan
tetapi sebelum itu yaisya bermimpi bahawa seekor haiwan yang aneh
dan ganas itu tersenyum sinis kepadanya dan berkata “takut ke”?
sambil ketawa. Yaisya pun berasa tidak sedap hati semasa pergi ke
hutan itu dan dia asyik memikirkan tentang mimpi itu tadi. Tanpa
disedari yaisya tersadung dan tersepak batu kemudian kakinya sedikit
berdarah. Kemudian, yaisya mencari neneknya yang mendahuluinya
tetapi tidak ada di depannya itu. “nenek!”. Yaisya memanggil
neneknya tetapi neneknya tidak menyahut. “lajunya nenek berjalan”.
Yaisya merungut. Yaisya pun terjegat di antara dua jalan kiri dan
kanannya. Yaisya pun keliru ingin mengikut antara salah satu jalan
yang berada di situ lalu dia pun memanggil neneknya sekali lagi.
Kemudian, yaisya pun terdengar ada orang menyahut panggilannya.
Namun suara yang menyahut itu sangat berbeza dan bukanlah
neneknya tetapi sekuntum bunga yang cantik tersenyum sambil
melambai-lambai kea rah yaisya untuk melalui lorong sebelah kanan.
Yaisya pun terkejut dan berasa sangat takut serta dia ingin berlari balik
pulang ke rumahnya, tetapi akar pokok menghalang jalannya. Yaisya
pun menangis dan berkata “kenapa kalian menghalang jalan saya”?
yaisya bertanya kepada akar pokok itu sambil menangis. Pokok itu pun
berkata “kamu kena teruskan perjalanan kamu, kerana kamu lah satu-
satunya manusia yang bertuah kerana ribut taufan tidak melanda
menimpa kami”. Pokok itu pun menunduk tanda hormat kepada
yaisya. Yaisya pun berasa pelik kemudian dia meneruskan
perjalanannya ke lorong sebelah kanan tetapi setiap jejak langkahnya
melangkah bunga tepi jalan akan tumbuh seiring sambil menari-nari
dan memanggil-manggil nama yaisya. Yaisya pun bertanya kepada
bunga-bunga itu “ bagaimanakah kalian mengetahui nama saya”?.
Kemudian salah satu bunga di situ menjawab “kami tahu nama kamu
dari tuan kami lagipun kamu selalu datang kesini bersama tuan kami”.
Yaisya pun terkejut dan bertanya lagi “ siapakah tuan kalian itu”?
bunga itu pun menjawab “ tuan kami ada di sana”. Yaisya terus
berjalan dan terpegun sehinggakan dia mula berasa gembira dan rasa
takutnya beransur hilang dan dia terlupa akan neneknya sebentar tadi.
Nenek yaisya berjalan ke lorong kiri dengan yaisya dan memetik daun-
daun yang terdapat disitu. Namun itu bukan yaisya tetapi makhluk
yang menyamar sebagai yaisya. Nenek yaisya berasa sangat pelik
kerana yaisya selalunya berborak sambil berjalan tetapi ini tidak.
Nenek yaisya pun memulakan perbualan. “yaisya penat ke”? kenapa
senyap je”? yaisya hanya mengangguk dengan muka yang pucat. Jam
sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. nenek yaisya pun berkata
kepada yaisya. “jom lah kita balik, sya larat ke ni”? neneknya bertanya.
Yaisya hanya mengangguk lemah. Mereka pun pulang ke rumah
dengan selamat, tetapi makhluk yang menyamar sebagai yaisya pun
tiba-tiba hilang. Nenek yaisya pun terkejut dan terus pengsan dan
nenek yaisya pun menghilang seperti debu.
Yaisya masih di dalam hutan itu lagi. Hari semakin gelap tetapi
kawasan hutan itu dipenuhi kunang-kunang yang menerangi
perjalanan yaisya yang gelap itu. Yaisya tidak tahu bahawa dia telah
dipukau oleh makhluk-makhluk yang berada hutan itu. Dia pun
sampai di suatu kawasan yang sangat cantik serta dipenuhi dengan
lampu bunga yang berwarna biru berjuntaian di tepi-tepi pokok dan
batu. Mata air pun terdapat di situ, yaisya pun berlari ke arah mata air
dan dia minum sepuas-puasnya kerana haus. Kemudian yaisya
terdengar bunyi ranting yang dipijak “kreakk” yaisya memandang
belakang dan dia terperanjat apabila dia ternmpak seekor haiwan yang
besar di depan matanya seperti di dalam mimpinya itu. Tanpa
berlengah masa lagi, yaisya terus pusing belakang kembali dan dia
terus merentas air yang ada di situ kerana ingin menyelamatkan diri.
Namun, air di situ mula naik kerana ingin menghalang yaisya lari
daripada binatang buas itu. Yaisya pun diangkat oleh air dan di
letakkan atas kerusi yang di hiasi batu permata itu lalu akar pokok dan
daun-daun menukar baju yaisya menjadi gaun yang cantik berwarna
hijau dan bunga yang berjuntaian pun membuat mahkota yang dihiasi
bunga warna warni dan dipakai ke atas kepala yaisya. Yaisya pun
terpinga-pinga dengan keadaan dirinya dilihat sebagai seorang
permaisuri hutan tersebut. Kemudian, binatang yang besar itu
mendekati dirinya kepada yaisya dan berkata “selamat datang
permaisuriku”. “Akhirnya perjanjian ini ditepati”. “nama saya
yenggolla”. Binatang itu hanya tersenyum kerana yaisya menjadi
miliknya. Tetapi yaisya melawan “ tidak! Kita tidak pernah berjanji”.
saya tidak pernah berjumpa dengan awak binatang dan berjanji
menjadi permaisuri awak!”. Binatang itu pun menjawab “kita pernah
berjumpa, tapi hanya dalam mimpi dan saya lah yang menjaga kamu
sedari kamu kecil lagi”. “Nenek kamu itu sebenarnya sudah lama
meninggal dan makhluk di hutan lah yang menyamar sebagai
nenekmu itu untuk menjaga kamu”. Tetapi makhluk yang menyamar
sebagai nenekmu itu telah mengkhianati saya, kerana dia telah
menganggap kamu sebagai seorang cucunya sendiri dan nenekmu itu
ingin mengancam saya supaya saya dilupuskan oleh manusia”.
“Perjanjian ini mesti ditepati kerana saya telah menyelamatkan ibu
bapamu daripada terjatuh dalam gaung yang dipenuhi ular”. Tetapi
ibu bapa kamu tidak meninggal, saya yang menyumpah mereka
menjadi batu kerana mereka ingin menarik balik perjanjian ini”.
Binatang itu ketawa terbahak-bahak sambil berkata “mana mungkin
saya membunuh ibu bapa kepada permaisuriku”. Yaisya pun
menangis mendengar serba-serbi cerita dari binatang buas itu.
Tok batin tersedar dari tidurnya kerana termimpikan yaisya dalam
kesusahan. Dia tidak menyangka akan terjadi begitu. Kemudian, dia
menyuruh semua penduduk kampung berkumpul untuk mencari
daun nipah sahaja tetapi jangan masuk ke dalam hutan kerana
berbahaya lagipun tok batin tidak ingin binatang buas itu mengetahui
bahawa mereka ingin membuat sewang yang akan
menghancurkannya. Oleh itu penduduk kampung hanya mengambil
daun nipah di tepi-tepi sungai sahaja kerana daun-daun yang lain
kebanyakannya dalam hutan. Hal ini kerana tok batin ingin membuat
sewang malam. Pada malam itu, sewang malam bermula walaupun
kekurangan jenis daun, tok batin tetap meneruskan juga sewang
malam untuk berperang dengan binatang buas itu dalam sewang tetapi
melalui imaginasi sewang iaitu bermaksud melakukan perang jarak
jauh pada malam itu walaupun hari sudah lewat. Hal ini menyebabkan
apabila kekurangan daun, maknanya seorang pahlawan itu
kekurangan senjata.
Binatang buas itu secara tiba-tiba disumpit dengan panah yang
beracun pada pahanya dan binatang itu tidak pasti siapakah yang
memanahnya itu. Kemudian, binatang itu pun ternampak tok batin di
atas pokok, tetapi tok batin seperti bayang-bayang kerana tok batin
melakukan perang jarak jauh. Binatang buas itu ingin mencakar tok
batin tersebut tetapi tidak dapat. Yaisha hanya memandang
pertarungan itu. Kemudian dia ingin melarikan diri tetapi akar kayu
mengikat kakinya. Tiba-tiba yaisya terkejut melihat neneknya terbang
ingin menyelamatkannya tetapi ditepis oleh binatang buas itu lalu
nenek yaisya terpelanting di atas pokok lalu menghilang seperti debu.
Binatang buas itu juga menghantar makhluk-makhluk yang lain untuk
pergi ke kampung dan menghentikan sewang. Sewang adalah
kekuatan untuk berlawan dengan makhluk halus yang jahat. Makhluk
halus itu beramai-ramai ingin menuju ke kampung tetapi di sumpit
oleh tok batin satu persatu tetapi apakan daya daun sewang hanya
sedikit pada malam itu dan kekuatan tok batin hanya sedikit kerana
kekurangan senjata dan kekurangan orang muda yang berilmu sihir
sepertinya. Akhirnya, tok batin tewas dengan makhluk-makhluk halus
itu dan makhluk-makhluk itu dapat memasuki perkampungan itu dan
menghentikan sewang dan membuat seluruh penduduk kampung
histeria.
Di hutan yenggolla tinggal lah yenggola dan yaisya. Walaupun yaisya
tidak ikhlas tinggal di situ kerana bersuamikan seekor binatang buas
yang sangat hodoh itu dan Yaisya hanya menangis apabila mengetahui
seluruh kawasan kampung menjadi seperti orang tidak siuman dan
seperti zombie. Hal ini kerana angkara yenggolla iaitu binatang yang
jahat. yaisya tetap bersabar dan berdoa agar semua penderitaan ini
berakhir serta yaisha menginginkan agar ada orang datang
menyelamatkannya daripada taklukan haiwan itu.
Kampung Tak Guna

Musserizan a/l Anuar

Pada zaman dahulu ada sebuah bukit yang sangat cantik


pemandangannya. Pada bukit tersebut terdapat seorang lelaki tua
dan anaknya iaitu Shamsuri a/l Oh Tong Ming dan anak angkatnya
yang bernama Nazhan.. Lelaki tua itu digelar si capik kerana
kehilangan sebelah kakinya akibat membunuh seekor berudu.
Semasa si capik membunuh berudu berkenaan, ibu berudu iaitu si
katak ternampak si capik membunuh anaknya lalu si capik
disumpah oleh si katak menyebabkan kaki si capik terputus akibat
tertusuk buluh tajam dan menyebabkan kakinya putus. Bukit
tersebut memang sungguh cantik kerana adanya tumbuhan yang
pelbagai dan sungai yang cantik dan mempunyai binatang buas
yang jinak. Disebabkan dengan keunikkan bukit tersebut ramai
manusia yang menyukai bukit tersebut, lalu manusia yang sampai
di bukit tersebut membina rumah dan terbentuklah sebuah
perkampungan. Disebabkan terbentuk perkampungan di bukit
tersebut salah seorang daripada penduduk kampung tersebut
mencadangkan untuk melantik ketua kampung dan meletakkan
nama kampung tersebut kerana masih tidak mempunyai nama dan
ketua. Semua penduduk kampung di bukit tersebut berkumpul
untuk melantik ketua kampung dan meletakkan nama kampung
tersebut.Seorang lelaki iaitu Azizol mencadangkan si capik menjadi
ketua kampung kerana si capik sudah lama tinggal di bukit tersebut.
Lalu semua penduduk kampung tersebut bersetuju dengan
cadangan Azizol lalu si capik menjadi ketua kampung tersebut.
Setelah selesai pemilihan ketua kampung penduduk kampung pula
memilih untuk nama kampung pula. Azizol memberi cadangan
nama kampung tersebut supaya dinamakan kampung bukit tetapi
ramai yang tidak setuju dengan cadangan tersebut. Selepas itu orang
lain pula memberi cadangan supaya nama kampung tersebut
dinamakan kampung pelik kerana dengan keunikkannya tetapi
ramai lagi yang tidak setuju dengan cadangan tersebut lalu salah
seorang daripada penduduk kampung tersebut mengatakan ‘tak
guna’. Lalu semua penduduk kampung tersebut memandang ke
arah lelaki tersebut kerana mengatakan tak guna. Selepas kejadian
tersebut ketua kampung mencadangkan supaya nama kampung
tersebut dinamakan Kampung Tak Guna. Semua penduduk
kampung bersetuju kerana nama kampung tersebut dinamakan
penduduk awal bukit tersebut iaitu si capik dan merupakan ketua
kampung kampung tak guna.

Di situlah bermulanya kisah nama kampung tak guna diberikan


nama. Semua penduduk kampung hidup dengan aman dan bahagia
kerana bukit itu memberikan mereka kehidupan yang tenang kerana
suasananya yang ceria dan menenangkan dan tiada pencemaran.
Ramai yang ingin mengetahui suasana kampung tersebut dan
keunikkanya. Disebabkan keunikkan kampung tersebut ramai yang
ingin mengetahuinya dan ramai pelancong yang datang ke
kampung tersebut untuk menikmati keindahan pemandangan dan
suasana kampung itu. Kegiatan ekonomi kampung tersebut pun
berkembang sehingga menjadi kampung yang maju. Disebabkan
keunikkan kampung tersebut ada sebuah syarikat yang datang dan
ingin membeli kampung tersebut kerana kampung tersebut
mempunyai keunikkan dan dapat menghasilkan keuntunggan jika
dibuat tempat pelancongan tetapi si capik dan masyarakat kampung
tidak membenarkan kampung tersebut dijadikan sebagai tempat
pelancongan walaupun ditawarkan dengan harga yang lumayan
oleh syarikat tersebut. Semua penduduk kampung memuji dengan
sikap si capik yang mementingkan keamanan kampung berbanding
dengan harta yang berlimpah. Si capik dan anaknya iaitu Nazhan
hidup dengan tenang kerana dihormati oleh semua penduduk
kampung sehingga mengubah perangai Nazhan yang dulunya
mempunyai sikap baik dan tidak mementingkan kemewahan dan
hormat yang terlalu tinggi kini Nazhan inginkan semua itu. Kini
kampung tersebut menjadi kampung yang kurang ceria kerana
adanya sikap yang tidak baik seperti mementingkan hormat yang
tinggi daripada penduduk kampung dan mementingkan
kemewahan. Nazhan sering meminta daripada ayahnya supaya dia
boleh menjadi ketua kampung tetapi ayahnya tidak memberikannya
kerana ayahnya si capik telah mengetahui sikap anaknya yang
mementingkan hormat yang tinggi daripada penduduk kampung
dan mementingkan kemewahan. Nazhan seringkali meminta
supaya ia dijadikan sebagai ketua kampung tapi masih tidak
dibenarkan oleh ayahnya sehingga menyebabkan Nazhan marah
dan lari daripada rumahnya. Setelah lari daripada rumahnya selama
beberapa minggu ayahnya si capik rindu pada anaknya iaitu
Nazhan. Si capik masih menunggu kepulangan anaknya Nazhan
tetapi masih tidak pulang. Si capik sangat risaukan keadaan
anaknya di luar sana adakah anaknya sudah makan ataupun tidak
dan dia juga merisaukan keadaan anaknya. Setelah beberapa
minggu anaknya tidak pulang dia pun mengubah fikirannya untuk
mencari anaknya dan ingin memujuk anaknya supaya pulang ke
rumah. Si capik pun mengemaskan pakaiannya dan bekal
makanannya untuk mencari anaknya Nazhan. Setelah selesai
mengemaskan barang anaknya dia pun bertolak untuk mencari
anaknya yang sudah lama tidak balik ke rumah. Dia mencari
anaknya ke semua tempat tetapi masih tidak memjumpai anaknya
sehinggan ia sampai di sebuah perkampungan yang cantik tetapi
tidak bersih kerana dijadikan tempat perlancongan. Orang sangat
ramai di kampung tersebut kerana kecantikkan tempat itu tetapi
tempat itu kotor kerana banyak sampah akibat daripada perbuatan
manusia yang mencemarkannya kerana membuang sampah merata-
rata dan tidak mementingkan kebersihan kampung tersebut.
Kampung itu sangat besar susah untuk si capik mencari anaknya
yang sudah lama tidak balik ke rumah. Setelah beberapa minggu si
capik mencari anaknya di tempat yang kotor tersebut dia masih
tidak menjumpai anaknya sehingga menyebabkan ia jatuh sakit
demam. Si capik tidak tahan dengan suasana keadaaan kampung
tersebut kerana tidak sama dengan suasana kampungnya yang
bersih dan tiada pencemaran tetapi si capik masih meneruskan
untuk mencari anaknya Nazhan sehingga ia menjumpai sebuah
tempat yang bising iaitu kelab malam dan si capik pon masuk ke
dalam tempat kelab malam tersebut dan ia menjumpai anaknya ada
di dalam tempat tersebut. Dia pun menjumpai anaknya Nazhan
tetapi Nazhan seolah-olah tidak mengenali si capik ayahnya sendiri
kerana ayahnya tidak membenarkan ia menjadi ketua kampung.
Ayahnya memujuk anaknya Nazhan supaya balik ke kampung
asalnya tetapi Nazhan masih tidak mahu pulang ke rumah
sekiranya ayahnya tidak menjanjikan yang dia boleh menjadi ketua
kampung tersebut. Kerana si capik sayangkan anaknya Nazhan lalu
dia menjanjikan yang Nazhan boleh menjadi ketua kampung
sekiranya dia mahu pulang ke kampung. Tetapi dia mengatakan
yang ayahnya menipu dirinya. Ayahnya pun bersumpah untuk
menjadikannya sebagai ketua kampung sekiranya dia balik ke
kampungnya. Nazhan pun berkata baiklah dia akan ikut pulang ke
rumah. Selepas itu si capik dan anaknya pun pulang ke rumah.
Penduduk kampung menyambut kepulangan si capik dan anaknya
Nazhan dengan meriah tetapi penduduk kampung berasa pelik
kerana melihat keadaan si capik tidak berapa sihat akibat daripada
kekotoran kampung tersebut yang dipenuhi dengan sampah sarap.
Penduduk kampung pun mencadangkan si capik pergi berubat
tetapi dia mengatakan sakit ini hanya sakit biasa kerana dia terlalu
rindukan anaknya Nazhan. Selepas beberapa minggu ramai
penduduk kampung datang ke rumah si capik untuk melihat
keadaanya tetapi masih tidak sihat tetapi keadaannya bertambah
teruk. Setelah beberapa hari akhirnya si capik pun meninggal dunia.
Setelah si capik meninggal dunia pemilihan ketua kampung baru
pun dijalankan. Anak si capik iaitu Nazhan dilantik sebagai ketua
kampung kerana janji ayahnya ingin ditunaikan oleh pendduduk
kampung. Selepas beberapa minggu Nazhan menjadi ketua
kampung akhirnya dia membenarkan kampung tersebut dijadikan
sebagai tempat perlancongan oleh syarikat yang pernah meminta
kebenaran pada ayahnya dahulu. Selepas beberapa minggu tempat
tersebut berubah sikit demi sedikit kerana ia akan dijadikan tempat
perlancongan. Suasana kampung tersebut menjadi tidak aman
kerana terlalu bising dengan kegiatan untuk menjadikan tempat itu
sebagai tempat perlancongan. Udara di sekeliling pun sudah
menjadi tidak segar seperti dahulu kerana banyak bangunan yang
baru dibina di sekitar bukit itu. Pokok-pokok pun banyak yang
terpaksa ditebang kerana ingin membina bangunan di sekitar
kawasan tersebut. Sungai pun menjadi kotor kerana sikap pelancong
dan orang luar yang membuang sahaja sampah sarap di dalam
sungai. Manakala Nazhan tidak menghiraukan semua itu kerana
yang lebih penting baginya adalah kemewahan harta. Disebabkan
kawasan tersebut menjadi tercemar ramai penduduk kampung yang
sakit kerana suasana kampung yang dulunya bersih kini menjadi
kotor. Ramai penduduk kampung di sekitar kampung itu telah
meninggal dunia akibat daripada pencemaran sehingga
menyebabkan suatu hari ada seorang penduduk mengajak
penduduk kampung untuk membuat kekecohan supaya projek
untuk menjadikan kampung tersebut sebagai tempat perlancongan
dihentikan kerana sudah ramai yang terkoban akibat daripada
pencemaran untuk menjadikan tempat itu sebagai tempat
perlancongan. Walaupun penduduk kampung berbuat demikian
Nazhan tidak menghiraukannya lagi kerana yang lebih penting
baginya adalah harta semata-mata. Suasana kampung tersebut yang
dahulunya indah, cantik pemandangannya kini menjadi tidak cantik
kerana banyak sampah di merata-rata tempat. Penduduk kampung
tidak tahan dengan suasana kampung tersebut kerana berlakunya
pencemaran. Ramai yang yang sudah keluar daripada kampung
tersebut kerana tidak tahan dengan suasananya yang sudah tidak
tenang seperti dahulu. Kampung itu pun kini menjadi sunyi kerana
penduduk kampung remain yang sudah meninggalkan kampung
tersebut kerana ingin mencari kampung lain yang suasananya lebih
aman daripada kampung tidak guna. Kini kampung tidak guna
menjadi kampung yang tidak guna lagi kerana tidak cantik seperti
dahulu kerana sikap manusia yang tidak mencintai alam sekitar dan
mengotorkan kampung yang bersih itu. Semua penduduk kampung
telah berpindah ke tempat lain kecuali Nazhan kerana sikapnya
yang tamak dengan kemewahan. Setelah lama Nazhan duduk di
kampung tersebut dan tidak meninggalkan kampung tersebut
walaupun kampung tersebut telah tercemar akhirnya Nazhan jatuh
sakit dan meninggal dunia tanpa diketahui oleh sesiapa pun.
Kampung tidak guna pun menjadi tidak guna selepas dijadikan
tempat perlancongan kerana tumbuhan yang cantik habis ditebang
sungai yang cantik pun menjadi tercemar. Kampung itu pun
menjadi tidak menarik tiada pelancong yang ingin melancong di
bukit tersebut kerana sudah kehilangan keindahanya kerana pokok
dan sungai yang cantik sudah tiada. Begitulah kisah kampung tak
guna terjadi.

Kasit Berenek

Noraliza binti Kamal


Kasit berenek berasal daripada perkataan orang Asli suku kaum
Temuan yang bermaksud derhaka. Dahulu Sena telah menderhaka
kepada ibunya.
“Maafkan anakmu ini Ibu,” itulah perkataan yang ingin aku
katakan kepada Ibuku selepas keluar daripada bilik pembedahan
akibat tidak dapat bersalin secara normal. Sena berasa kecewa kerana
telah menderhaka kepada ibunya. Sena baru faham mengapa kaumnya
iaitu masyarakat melarang anaknya menderhaka kepada ibunya.
Setelah keluar dari bilik tersebut, lantas dia meminta maaf
kepada ibunya yang menunggu di luar bilik bedah. “Ibu memaafkan
kamu nak,” kata ibunya yang memiliki sifat pemaaf.
Dahulu semasa Sena remaja, dia selalu melawan dan bergaduh
dengan ibunya. Siap hari pasti dia akan menyakiti hati ibunya. Segala
suruhan ibunya dia tidak turuti dan selalu memberontak. Sena hanya
pandai makan dan tidur kerana itulah dia tidak pernah memikirkan
kepentingan orang lain melainkan kepentinganya sendiri.
Segala amalan masyarakatnya dianggap hanya karut baginya.
“Sekarang sudah abad ke-21 buat apa aku mahu mengamalkan amalan
karut orang dulu-dulu,” kata Sena kepada keluarganya yang berada di
ruang tamu. Sebak hati ibunya apabila anak perempuannya
melebelkan karut kepada amalan dan gaya hidup yang diamalkannya.
Zaman remaja Sena diisi dengan gejala hedonisme kerana sikap
remajanya yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Setiap kali tamat
waktu persekolahan dia pasti akan pergi ke pusat membeli belah
bersama rakannya yang bernama Ara.
“Ara boleh awak temankan saya berjumpa dengan kekasih
saya?” kata Sena kepada Ara selalu menjadi peneman Sena berjumpa
dengan kekasihnya. Selepas matahari terbenam barulah Sena balik ke
rumah. Setiap kali ditanya oleh ibunya ke mana dia pergi pasti dia
memberi pelbagai alasan. Ibunya amat khuatir akan Sena kerana pada
tahun ini anaknya akan menduduki peperiksaan yang penting dalam
hidupnya iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), manakala Sena hanya
memandang enteng sahaja akan hal itu. Memberi pelbagai alasan dan
tidak mendengar kata ibu merupakan tabiat biasa yang diamalkan
olehnya. Sehinggalah tiba hati pengumuman keputusan SPM tiba dia
reda dengan apa yang akan diperoleh.
“Awak tengok pokok itu, ia perlukan cahaya untuk hidup.
Begitu juga dengan saya memerlukan awak untuk hidup,” kata Asuk
ketika ingin melamar Sena. Sena menerima lamaran tersebut lalu
menyuruh Asuk bersama keluarganya berbincang tentang persiapan
perkahwinan mereka.
Pak cik Sena akan menjadi walinya kelak. Walinya akan
menghantar sirih bujam iaitu tepak sirih yang berisikan pinang, sirih
dan rokok ke rumah jiran mereka satu persatu. Sirih bujam ini
bertujuan untuk mengkabarkan kepada jiran mereka akan majlis
perkahwinan yang akan dilaksanakan nanti, ia sama seperti kad
undangan tetapi berbentuk lisan. Memang adat orang asli suku kaum
temuan bila bertandang untuk mengkabarkan anaknya yang ingin
berkahwin harus membawa sirih bujam kepada setiap tuan rumah.
Tuan rumah akan membuka sirih bujam yang dibalut dengan dengan
kain batik lalu menjamah pinang, sirih dan rokok tersebut.
Hari yang dinanti-nantikan oleh Sena telah tiba dan majlis
perkahwinan mereka tidak mengikut adat perkahwinan suku kaum
Temuan tetapi mengikut cara Barat. Hati ibunya sangat sedih ketika itu
apabila anaknya telah melupakan adat yang diamalkan oleh nenek
moyang mereka. “Meskipun hatiku sedih melihat anakku melupakan
adat dan tidak menturuti suruhanku, aku turut tumpang gembira
apabila melihat anakku bahagia,” mak Jenah bermonolog.
Meskipun Sena sudah bergelar isteri dia masih tidak mendengar
kata-kata ibunya yang inginkan dia menjadi seorang isteri yang
bertanggungjawab. Setelah sebulan kemudian Senapun mengandung.
Mak Jenah turuti sahaja segala permintaan dan suruhan anaknya yang
sedang mengandung kerana teruja untuk mendapat cucu.
Sena hanya duduk rumah goyang kaki dan menjadikan ibunya
sebagai pembantu rumah tanpa belas kasihan kepada ibunya. “Anak
dalam kandungan awak dalam keadaan songsang dan tidak boleh
dilahirkan secara normal, awak perlu bersalin secara pembedahan
caesarean,” kata doktor Sinta kepada Sena. Asuk terpaksa
menandatangani surat kebenaran pembedahan tersebut kerana ingin
isteri dan anaknya selamat. Sena sangat berasa takut unruk dibedah
lalu menangis. “Inilah akibatnya apabila aku menderhaka kepada
ibuku,” Sena bermonolog sebelum dibedah.
Baru ku sedar apa yang dikatakan ibu kasit berenek(derhaka)
apabila melawan dan melukai hati ibu. Sena sangat menyesal akan
perbuatannya dan insaf lalu meminta maaf kepada ibunya. Amalan
dan tradisi masyarakatnya telah membuktikan kebenaranya. Setiap
orang pasti akan melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya. Sena
bernasib baik kerana dia masih berkesempatan memperbaiki
kesilapannya dengan meminta maaf kepada ibunya serta melakukan
kebaikan.
Akhirnya Sena menjadi seorang anak yang baik, rajin dan akur
akan setiap suruhan ibunya. Kasih bonda terhadap anaknya seluas
lautan dan setinggi langit.

Kau Bidadariku

Nur Shazliesya Binti Nada

Sayang.
“Kamu sememang bukan malaikat, aku juga tidak mengharapkan
kamu sesempurna bidadari. Tetapi di mataku engkau umpama seorang
bidadari yang paling cantik yang aku pernah lihat di dunia ini.”
“Bagaimana aku dan kamu berkilau saat berdua. Bagaimana jiwaku
berbunga saat mata indahmu hanya menatap mata ku.”
Sayang.
“Aku ingin kamu tahu bahawa aku sentiasa berjuang melalui hari-hari
ku tanpa dirimu wahai bidadari syurgaku.”
Namaku Xander, aku mempunyai sifat yang sukar untuk
mengalirkan air mata.Pelbagai cara aku lakukan untuk melembutkan
hati aku supaya menjadi manusia yang mempunyai perasaan. Tetapi
aku tewas, tewas di dalam memori yang telah kita cipta dahulu. Aku
gagal untuk membawa diri ke arah yang lebih baik. Berat buat ku
untuk melupakanmu, setiap hari aku berdoa agar aku dapat
bersamamu semula. Takdir ya, takdir dan ruang waktu yang
memisahkan kita. Dan pada ketika itulah air mata ku jatuh berguguran
mengenangkan dirimu yang jauh dari ku.
“ Xander, mama harap Xander kuat untuk mendengar berita yang
mama ingin sampaikan ………”
Terkesima.
Itu reaksi pertamaku disaat mama menelefon ku di pagi hari,
ketika aku sedang berada di luar negeri. Sungguh berat rasanya untuk
menerima berita yang tidak pernah dapat aku gambarkan. Baru satu
malam aku meninggalkan bidadariku, aku dikejutkan dengan berita
yang bakal membuatkan aku rasa menyesal. Aku perlu membuat
Kajian mengenai hidupan alam semula jadi, hal ini kerana aku akan
menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
Kenapa , dan kenapa semua ini harus terjadi disaat aku sedang
ingin mengukir kejayaan. Otak ku menjadi tidak keruan, fikiranku
merawang. Sepanjang perjalanan pulang, fikiran ku melayang , entah
kemana. Aku tidak dapat untuk fokus, sepanjang perjalanan , aku
menangis sekuat hati. Hati ku tidak dapat menahan sebak di dada.
Kaku.
Sampai sahaja di perkarangan rumah, langkah kaki ku terhenti,
aku tidak dapat mengerakkan kaki ku. Aku terasa ingin pitam, kepala
ku terasa seperti berpusing ditambah dengan cuaca yang agak panas
ketika itu. Mama menyambutku dengan linangan air mata, saudara-
mara terdekat ku memeluk ku. Mereka menyuruh aku untuk bersabar.
Bersabar ? Bukan mudah untuk aku menerimanya , duniaku seakan-
akan runtuh. Sesiapa sahaja yang berada di posisi ku juga pasti tidak
dapat menerima kenyataan yang sebenar. Aku gagahkan diriku untuk
naik ke rumah. Hati ku meronta, meronta sekuat hati. Berat sungguh
langkahku untuk memasuki rumah.
Beberapa tahun yang lepas
Sedapnya.
Itulah reaksi ku ketika aku disajikan makanan yang sangat enak, aku
menjilat jari tanda mengambarkan kesedapan makanan tersebut.
Senyum terukir di bibirmu , aduh hati ku tersentuh melihat dirimu.
“Bidadariku . Boleh tolong sikatkan rambut ku?”
“Boleh, marilah dekat sini”
“Bidadariku , boleh tak malam ni bidadariku bercerita kisah zaman dulu-dulu?
Saya tak boleh nak tidurlah.”
Hampir segala hal berkaitan diriku diurus oleh dirinya. Ketika mama
dan papa sedang sibuk bekerja mencari rezeki, tangan itulah yang
menyuap nasi ke mulutku, tangan itulah yang menyikat rambutku,
tangan itulah yang membelaiku disaat aku dalam kesedihan.
Beberapa tahun kemudian
“Puan disahkan menghidap kanser tahap empat.”
Suasana menjadi sunyi mendengar berita tersebut. Penyakit yang
dianggap biasa sahaja sebelum ini ,merupakan penyakit yang boleh
meragut nyawa. Patutlah hampir setiap hari bidadariku mengadu
selalu pening kepala dan rasa ingin pitam . Kami hanya menganggap
itulah hanyalah kesan dari kepenatan yang dialami. Hal ini kerana
bidadariku sentiasa menyibukkan diri dengan melakukan segala kerja
rumah. Pelbagai cara yang telah kami lakukan sebelum berjumpa
dengan dokter pakar. Kami menggunakan kaedah perubatan cara
kampung, iaitu dengan minum air akar kayu. Tapi siapa kami untuk
menghalang takdir ?
Tiga tahun bidadariku menderita , kesakitan yang makin lama makin
kelihatan. Tulang temulang yang semakin berlumba-lumba untuk
menunjukkan diri jelas kelihatan. Muka yang dahulu berisi, sekarang
makin lama makin cengkung. Badan yang dahulunya kuat sekarang
sedang terbaring, terlantar dalam keadaan yang tidak bermaya.
“Xander, walau apa pun yang terjadi bidadari tetap sayang Sandra” . “
Bidadari tidak sanggup untuk kehilangan Xander”.
Air mataku jatuh berguguran, hati lelakiku akhirnya tewas juga. Aku
memeluk bidadariku erat-erat, aku memberi kata-kata semangat. Aku
menyuruh bidadariku untuk bertahan dan berdoa agar dapat melihat
dunia ini lagi.
Pagi yang indah,ditambah dengan bunyi kicauan burung-burung yang
sedang berterbangan, kemungkinan senang mencari makanan. Aku
membuat sarapan untuk bidadariku, secawan air susu yang masih
panas dan biskut Jacob”s. Ya , itu adalah biskut kegemaran bidadariku.
Tanpa biskut itu tidak lalu makan katanya. Aku tersenyum bila
,mengenangkan peristiwa tersebut.
Aku duduk termenung, memikir kesudahan yang bakal berlaku.
Adakah aku benar-benar bersedia kehilangan orang yang paling aku
cinta dan sayangi. Jika boleh ditukar nyawa, aku rela berada di situasi
bidadariku, aku sanggup menderita dek kerana penyakit yang
dihidapinya Tetapi semua itu tidak akan pernah berlaku.
Xander.
Aku tersentak, hal ini kerana bahuku dicuit oleh mama, lamunan ku
terhenti. Aku pun tidak pasti berapa lama aku berdiri sambil
mengelamun. Mamaku menyuruh aku untuk duduk di sebelah sekujur
tubuh yang kaku dan hanya ditutup dengan kain putih. Bau yang
harum menusuk rongga hidungku. Senyuman yang terukir di bibir
membuat aku yakin bidadariku dalam keadaan yang gembira.
Segalanya sudah berakhir, perginya insan yangb paling ku sayangi
yang telah berjanji akan hidup semati. Berat hatiku untuk melepaskan
dirimu, tetapi aku perlu relakan jiwa ku demi kebaikan dirimu wahai
bidadariku. Lagi pun aku tidak sanggup melihat dirimu terseksa dek
kerana penyakit yang semakin lama semakin membuat dirimu
kelihatan bukan manusia yang tidak ku kenali lagi.
Ciuman yang terakhir.
Aku memberi ciuman yang terakhir kepada bidadariku, aku memeluk
dirinya yang sudah tidak bernyawa . Air mata ku berguguran , aku
tidak mampu bersuara , aku menjadi kaku. Aku menyalami tangan
bidadariku, wangi baunya. Lalu aku menutup semula muka
bidadariku dengan kain putih itu. Aku cuba untuk bangun, malangnya
aku tewas , aku hampir pitam. Begitu kuat kasih sayang yang telah
terjalin antara kami, aku merasa kehilangan yang amat.
Aku meminta izin untuk keluar sebentar untuk mengambil angin.
Angin sempoi-sempoi meniup rambutku, aku mengimbau kembali
situasi aku bersama bidadariku.
Beberapa bulan sebelumnya
Xander
“Belajarlah rajin-rajin, jadilah manusia yang cemerlang dalam pendidikan.
Tunjukkan pada mereka bahawa Xander boleh berjaya, jangan membuat
pelbagai alasan dalam mengejar cita-cita yang Xander impikan”.
Kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang di telingaku.
Aku gagahkan diri untuk mengikuti ahli keluargaku untuk
menghantar bidadariku ke rumah baharunya. Aku cuba menyeka air
mataku dari jatuh menitis. Hal ini kerana mengikut pantang larang
masyarakat orang asli Temuan. Ketika ingin menghantar seseorang ke
rumah mereka yang baharu, jangan sesekali menitiskan air mata. Hal
ini kerana mereka percaya,jika kita menangis ia bermakna kita suka
melihat insan yang kita sayangi pergi.
Sesampai di rumah baharu bidadariku, kami menjalankan upacara
menanam mayat seperti kebiasaan. Setelah segalanya sudah siap, aku
menyirami rumah baharu bidadariku dengan air mawar, dan aku
meletakkan beberapa kuntum bunga di pusara bidadariku.
Kami pulang dalam iringan air hujan, yang seperti faham keadaan
kami ketika itu. Yang berat itu bukan rindu, sebaliknya melihat insan
yang disayangi tiada disisiku lagi. Aku menarik nafas sedalam-
dalamnya, lalu ku hembus, ia kerana aku seperti kekurangan oksigen.
Otak ku tidak dapat berfikir seperti biasa. Tetamu semakin lama
semakin berkurangan, yang hanya tinggal ialah aku dan ahli-ahli
keluargaku.
Beberapa hari selepasnya
Aku menjalankan aktivitiku seperti biasa, sesekali aku pasti akan
mengelamun mengingatkan bidadari syurgaku. Hidup ku terasa
kosong, tetapi mama dan papa menyuruh aku untuk menerima
ketentuan yang maha kuasa.
Aku telah mendapat keputusan yang amat baik di dalam
peperiksaanku, setelah melalui beberapa saringan, aku diterima
memasuki Institut Pendidikan Guru(IPG). Itu merupakan impian aku
dan bidadariku. Susah dan perit mana pun aku tetap berusaha dan
tidak mengalah. Aku ingin membuat bidadariku tersenyum lebar
dengan kejayaanku walaupun bidadariku sudah tiada.
Pada tahun 2017 aku telah menjadi salah seorang pelajar institut
pengajian tinggi. Impian ku sudah tercapai. Ini merupakan hadiah
untuk bidadariku dan ahli keluargaku.
Walau dimana saja keberadaan ku, aku sentiasa mengingati dirimu dan
aku sentiasa mendoakan kebahagian dirimu walaupun kita tidak akan
dapat bersua lagi. Kasih sayang yang telah aku curahkan padamu tidak
akan pernah hilang. Gambarmu sentiasa berada di dalam dompetku.
Nama mu sentiasa tersemat di hatiku.
Bidadariku, sejauh manapun kita terpisah, aku tetap akan bersamamu
kelak. Sama ada cepat atau lambat, itu semua terletak pada takdirku.
Takziah di ucapkan kepada arwah nendaku Palih binti Sempadan

Kau Pergi Juga

Hartye Marlena Binti Zulkifli

Pada hari ke-62 , aku telah memiliki paru-paru yang sempurna.


Meskipun aku sendiri tidak tahu jenis kelaminku sendiri namun aku
harap yang bakal melahirkanku nanti bahagia .Setelah roh ditiupkan
ke dalam rahim , detak jantung ibu menjadi melodi terindah yang
mendodoi dan menemani anakmu yang menumpang disini. Pada
hujung tempoh kehamilan , berat badan ibu semakin bertambah . Telah
disediakan tempat yang terlindung untuknya supaya selesa dan tidak
melahirkan di tempat yang tidak diketahui. Namun apabila cukup usia
kandungan , ibu mula gelisah dan menunjukkan perubahan sikap . Ibu
mencari-cari tempat yang terlindung dari penglihatan umum.

Setelah buat kali kedua mama bertarung nyawa dengan


contraction yang kuat , aku lahir ke dunia bersama-sama dengan
plasenta dan masih lagi di dalam sarung. Ibu memecahkan sarung
untuk aku bernafas. Mukaku dibersihkan dan plasenta padaku
diputuskan lalu diratahnya tisu tersebut. Walaupun aku masih lagi
tidak dapat melihat dan mendengar namun aku mampu mengecam
bau ibu dan sentuhannya pada mukaku. Oh ya ! Aku mula berjalan
dengan langkah yang tidak begitu koordinasi berlumba-lumba dengan
abangku untuk menuju ke dalam dakapan ibu. Aku disusukan
daripada usiaku sehari hinggalah minggu keenam. Tuan kepada
rumah yang kami menetap itu sangat menjaga kebajikan kami
sekeluarga meskipun ayahku telah lama hilang tanpa dapat dijejak.
Kelahiran aku dan abangku yang dikatakan hampir seiras dengan ayah
, serba sedikit dapat mengubat kerinduan yang datang bertandang di
hati telusnya itu. Dia sangat menyayangi dan mengelar dirinya mama
.

Mama mengusap kepala abang dan menggeletek manja perut


buncitku. Dia menyampaikan berita bahawa satu-satunya puteri
kesayangan hasil perkahwinan dengan arwah suaminya akan pulang
menjenguk setelah hampir 6 tahun tidak bersua . Mama kelihatan
sangat gembira dan senyuman manis tidak pernah lekang dari
wajahnya yang kian dimamah usia itu. “ Baby dengan Abang jangan
nakal-nakal ya,” Mama sempat berpesan agar tidak nakal atau
mengganggu privasi anaknya yang diberi nama Zainita itu meskipun
dia tahu sukar untuk kami memahami setiap bait kata-katanya.
Dulunya dia seorang gadis kampung yang selalu berkain batik ,
berambut ikal yang panjang dan hitam. Namun kini , rambutnya itu
dipendekkan meniru gaya potongan rambut lelaki dan diwarnakan
perang seolah besi yang bertahun dicelup dalam air . Malah loghat
Kedahnya juga jelas hilang dimamah kemajuan kota. Setibanya di
rumah , dia terus memasuki biliknya dan tidur. Wajah tua yang
menanti kepulangannya kelihatan terkilan namun dia faham mungkin
anaknya kepenatan . Ibu pun berlalu ke dapur untuk menyiapkan
juadah makan malam kegemaran Zainita . Mungkin air tangannya
akan menggembirakan hati si anak yang kelihatan tertekandaripada
riak wajahnya , telah si Ibu sendirian di dapur.
Sedang si puteri lena diulit mimpi , kakinya sebelah terjuntai-
juntai jatuh dari katil. Tanpa disedari , tingkahnya itu telah lama
diperhati . Abang yang sangat terkenal dengan kenakalan dan sifat
‘mahu tahu’nya itu pun memasuki bilik itu setelah lama mengintai .
Akibat terlalu geram melihat kaki putih gebu yang terjuntai itu , abang
memanjat katil menggigit lembut betisnya. Zainita menjerit kerana
terkejut lalu bangkit dari pembaringannya dengan muka yang bengis.
Abang yang terkejut dengan jeritan nyaring itu melarikan dirinya
dengan pantas dan menyorok di belakang Ibu. Ibu yang sedang
menyusukan aku memandang Zainita dengan muka yang polos. “
Keluar kau jahanam ! Orang sudah bagi makan minum tetapi tidak
pandai mengenang jasa ! “. Zainita mengambil penyapu lalu memukul
dan mengusir kami keluar dari rumah sambil menjerit-jerit. Sejak dari
hari yang malang itu , kami sekeluarga menjadi gelandangan . Kami
teruskan berjalan dan berjalan sehingga menemui sebuah rumah usang
yang pernah terbakar di tengah bandar . Di dalamnya kami
menumpang hidup . Hari demi hari kami dua beradik pun kian
membesar dan susu tidak lagi dapat menampung keperluan rutin . Ibu
terpaksa keluar ke kawasan pasar berdekatan untuk mengemis simpati
dan mengutip lebihan makanan yang dicampak ke jalan untuk dibawa
pulang buat aku dan abang. Manakala aku dan abang hanya
dibenarkan bermain di kawasan rumah itu sahaja sementara
menunggu kepulangan mama sehinggalah suatu hari yang hujannya
lebat dari siang seperti tiada berpenghujungnya. Ibu keluar mencari
makanan namun tidak pulang-pulang walau senja telahpun berlabuh .
“ Abang , adik dah tidak larat “. Aku pun mula merengek
kelaparan . Abang membawaku keluar untuk minum air hujan yang
bertakung sekadar mengalas perut. Setelah agak kekenyangan , kami
berdua pun mula terlelap. Tiba-tiba , kami mendengar suara yang
sangat dikenali . Dalam keadaan yang agak mamai , kami membuka
mata lalu ternampak bayang-bayang yang seakan cuba menghampiri .
Dengan cahaya lampu jalan yang agak samar-samar , kelihatan ibu
sedang melangkah lemah dalam kebasahan . Darah mengalir laju di
kepalanya dan luka-luka pada tubuh ibu yang jika dilihat dengan mata
kasar sekalipun , peritnya tidak terkata .’ Ibu kenapa ‘ , desis hati
kecilku.

Namun , apalah daya pemikiran rasionalku yang masih kecil dan tidak
mengerti apa-apa. Aku tetap pergi ke dalam dakapan ibu untuk
menyusu lalu tanpaku sedar , aku terlena. Malam itu terasa sangat
panjang dan dingin . Tidak seperti hari-hari yang sebelumnya.
Matahari pagi itu memasuki celahan dinding rumah yang berlubang ,
membangunkan kami dari mimpi. Aku dan abang sudahpun bangun
dan bermain-main di belakang rumah . Ibu masih tidur . Kami tidak
mahu mengganggunya . Dia kelihatan sangat penat dan pucat. Namun
kelaparan yang membuat kami menjadi lesu menyebabkan kami
terpaksa mengejutkan ibu. Panggilan dan goncangan beberapa kali
pada tubuhnya tidak berkesan. Ibu tetap membelakangkan kami dan
jasadnya kaku. Dengan kekuatan kecil kami berdua , kami pun
memusingkan tubuh ibu . “ Abang , ibu tak mahu bangun . Ibu tak nak
layan adik “. Kesalku. Abang pun meletakkan mukanya dekat dengan
hidung ibu . Namun tiada hembusan nafas yang menyapa wajahnya.
Abang menggelengkan kepala. ‘ Tuhan .. ibu dah pergi tinggalkan adik
. Ibu tak sayang adik lagi ‘. Gumam hati kecilku.

Sayu pandangan terakhir memamah wajah ibu yang polos ,


terlihat keindahan diwajahnya iaiatu ketenangan yang menghapus
semua penderitaan dan kesedihan . Namun kejamnya hati manusia .
Buih-buih bercampur darah keluar dari mulutnya menambah sebak
didada kami. Kini , pada usia yang masih muda , aku dan abang
terpaksa keluar mencari makanan untuk meneruskan sisa-sisa hidup.
Kadang kami ditendang , kadang dibaling dengan batu , disimbah
dengan air dan diperlakukan seolah-olah hati kecil ini tiada perasaan
oleh insan-insan yang tidak berhati perut . Setiap kali pulang , pada
tubuh kecil kami terdapat kesan-kesan lebam . Tidur malam ditemani
dengan kesakitan ditambah lagi dengan kengiluan apabila bayu dingin
pada waktu malam yang menyapa tubuh. Bayangan-bayangan ibu
yang masih lagi menari-nari di benak . Dalam lamunanku itu , aku
kembali teringat saat-saat dimana mama dengan penuh kasih sayang
membelaiku , ketika dia masih boleh menemaniku , memanjakanku .
Namun ketika dia mahu mengajar aku erti kehidupan , dunia
mengambilnya dari aku .

Kami terus-terusan menderita dan ada tikanya aku danabang


terpaksa berlapar seharian jika cuaca tidak mengizinkan ataupun tiada
makhluk tuhan lain yang sudi berkongsi rezeki dengan kami . Apalah
daya kami yang baru mahir melangkah untuk bergolak dengan
kehidupan yang penuh ranjau , onak dan liku-liku. Pada suatu hari
yang diberkati sang pencipta , aku dan a bang menuju ke pasar malam
yang berdekatan . Dari seberang jalan lagi , kelihatan ramai sekali
manusia yang lalu-lalang terlalu leka dengan dunia sendiri dan
mengejar masa . Di sebalik kelibat-kelibat manusia itu , aku pergi ke
sebuah gerai yang menjual jajan goreng . Aku menggeselkan badan dan
membuat aksi manja untuk meraih perhatian salah seorang wanita
yang sedang membeli . “ Eh binatang , gelilah aku dengan kurap-kurap
kau ni ! Ada hati nak dekat-dekat dengan aku . Dahlah hodoh ! “.
Tempiknya sekuat hati. Aku pun tidak tahu apa salah dan dosa aku
dilahirkan ke dunia ini , aku disepak dengan kejam sekali hingga
tercampak ke dalam longkang.

Sakitnya tubuh kecil ini hanya Tuhan yang tahu. Abang yang
tadi hanya mampu memerhati dari jauh gegas menghampiri aku terus
menjilat-jilat kakiku untuk membersihkan luka dan mungkin juga
menenangkan hatiku yang rawan. Tanpa kami sedar , ada seorang
wanita tua yang sedang mengemis di kaki lima kedai itu bangkit lalu
pergi ke arah kami. Dia bersusah payah membongkokkan tubuhnya
lewat usia itu untuk memberikan seketul ayam goreng kepada kami
berdua. Dengan rakus , kami berebut-rebut menjamah daging tersebut
hingga ke cebisan yang terakhir tanpa kami tahu itulah satu-satunya
pengalas perut yang wanita itu miliki . “ Kesiannya . lapar ya . Nanti
mama bagi lagi ya “. Ujarnya lembut kepada kami. Suara itu… suara
itu seakan pernah menghiasi hariku suatu ketika dahulu. Mama .. insan
yang pernah menyambut kelahiran kami dan menjadi bukti bahawa
dunia tidaklah sekejam yang disangka .

Ya Tuhan , kecilnya dunia . Mungkin kerana sudah tua dan


nyanyuk , ia mengambil masa yang agak lama untuk mama mengecam
kami berdua. Apabila dia mengusap lembut kepalaku , seakan
terimbas kenangan lalu dibenaknya . Menitis jua air mata di sepasang
kelopak mata mama yang telahpun berkerut seribu. “ Zainita telah
membuang mama sebagaimana dia mengusir kamu suatu masa dahulu
.” kesalnya . Meskipun tiada reaksi yang dapat aku gambarkan pada
wajah untuk menenangkannya namun jauh di sudut hati aku sentiasa
berdoa agar sentiasa diberikan ketabahan. Mama membawa kami
berdua pulang ke rumah meskipun tidak semewah suatu ketika
dahulu , namun kehadiran insan tersayang jauh lebih bererti. Ya ,
Dunia masih peduli , meskipun aku masih seekor kucing !
Sehelai Baldu Biru

Zaiswanita A/P Mohd Dikui

Memandang surat-surat yang bertaburan di atas meja,seorang


lelaki kacak tampan berumur 30-an yang bernama Idza Mukhriz itu
mengeluh.Teramat banyak sudut yang perlu dikemas setelah beberapa
hari dia berpindah ke rumah barunya itu.Penat mengemas,dia
mengambil keputusan untuk membelek surat lama itu satu
persatu.Satu demi satu dibeleknya dengan teliti sehingga dia
ternampak satu nama.
Melena Tiha!
Imbasan masa lalu tetiba kembali menghantui mindanya.Imej dua
orang kanak-kanak yang bermain di bawah satu pokok yang rendang
masih segar di ingatannya. Kepanasan matahari yang terik pada hari
itu masih terasa bahangnya .Seorang kanak-kanak perempuan yang
berambut ikal mayang itu diikat dengan sehelai baldu biru kelihatan
tersenyum gembira sehingga menampakkan gigi putihnya.Sedang
mereka berkejaran,mereka didatangi oleh seorang lelaki bermuka
bengis dalam usia 40-an.Lelaki itu menarik tangan Melena dengan
kasar.Ringkusan yang kasar itu menyebabkan ikatan baldu biru itu
terlerai.
Kringg!!!
Nada dering telefon yang nyaring itu mengejutkan Idza dari
lamunannya.Dia segera mencapai telefon bimbit yang terletak hanya
sejengkal dari jangkauannya.Terpampang satu nombor yang tidak
dikenali di atas skrin telefon Samsung Note 8 miliknya.Dengan
perasaan ragu,Idza menerima panggilan dari nombor tidak dikenali
itu.
“Hello?”suara yang seakan-akan biasa dia dengar merentasi
telefon canggihnya itu.Disebabkan dia tidak dapat mengenal pasti
orang yang menelefonnya,Idza pun bertanya, “Boleh saya tahu siapa
yang bercakap?”.
“Hahaha!”.Ketawa panjang itu membuatkan Idza teringat lantas
berkata, “Mamat.Kau rupanya! Aku ingatkan sape tadi.”Mohammad
Raif atau lelaki yang digelar Mamat merupakan kawan Idza sejak
sekolah rendah sehingga kini.Disebabkan mereka berkongsi minat
yang sama,Idza banyak meluangkan masa bersama Mamat.
“Weh,aku dah sampai kat pagar taman perumahan kau dah
ni.”Lantas Idza mencapai kunci rumahnya lalu membuka pintu yang
berkunci itu.Kebetulan rumahnya berada dekat dengan pagar taman
perumahan itu.Idza melambai-lambai tangannya memberi isyarat
kepada Mamat untuk meletakkan keretanya di kawasan lapang di
depan rumahnya.Belum turun lagi,mulut Mamat sudah terlopong
melihat keadaan rumah Idza yang serba mewah itu.
“Wahh,nice ah bro rumah kau.”puji Mamat kepada Idza.Rumah
Idza sememangnya layak untuk dipuji.Hal ini demikian kerana,rumah
itu merupakan hasil dari semua titik peluhnya sendiri.Idza hanya
tersenyum memandang gelagat Mamat yang masih kagum dengan
rumahnya yang masih tidak berkemas itu.
“Melena Tiha!Seriuslah kau masih simpan surat dia ni?Kau kata
kau benci dia.”kata Mamat sambil memegang surat yang sebentar tadi
dibelek oleh Idza. “Aku pun tak tahu surat itu ada kat situ.Surat tu dah
bertahun-tahun lamanya.Hampir 20 tahun lebih dah weh.”balas Idza
berselamba.Mamat terkejut. “Tapi kau tak baca langsung ke?” Mamat
menjeling Idza yang masih sibuk membuka kotak barang-barangnya.
“Tak.” balas Idza sambil merampas surat itu dari Mamat lalu dia
membuka surat itu.
Tolong!
Dengan hanya sebaris perkataan sahaja mampu membuat Idza
terdiam.Mamat yang mula hairan melihat reaksi Idza pun merampas
surat itu.Sebaik sahaja,Mamat terbaca perkataan ‘Tolong’ itu,dia juga
terdiam.Mereka saling berpandangan.Pandangan yang
menyembunyikan fikiran sebenar yang sedang bermain di minda
mereka.
“Kenapa seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun
meminta tolong daripadanya?”fikir Idza.Surat lusuh yang ditulis atas
kertas kosong itu bertarikh 20 Mei 1998 iaitu 20 tahun yang lalu,tepat
pada masa Idza pindah ke negeri lain bersama
keluarganya.Disebabkan ayah Idza merupakan Pegawai Pelajaran
Daerah,mereka harus berpindah apabila ayahnya ditugaskan ke
tempat lain.Walaupun sebenarnya,Idza enggan berkeras untuk tinggal
di kampung itu tetapi dia tiada pilihan selain daripada mengikut
ayahnya.
Hanya dengan perkataan ‘tolong’,banyak yang sedang bermain
dalam fikiran Idza.Segala perasaan yang dulunya dia cuba lupakan
kini datang kembali.Segala perasaan rindu,benci dan sedih bergelora
dalam dirinya namun tetap disembunyikan oleh Idza dengan
sebaiknya.Dia takut kalau Mamat tahu apa yang dia sedang rasa.
“Kenapa dia cuma tulis ‘tolong’ za?”tanya Mamat kepada rakan
karibnya apabila melihat muka rakan karibnya yang telah berubah.
20 tahun yang lalu.
Seminggu selepas ayah Idza mendapat surat arahan bertugas di
negeri yang baru,Idza dan Melena telah berjanji untuk berjumpa buat
kali yang terakhir sebelum Idza berpindah ke negeri baru.Namun
begitu,pada hari itu Melena tidak pernah datang ke rumahnya.
Idza diingatkan kembali perasaan benci kepada Melena. “Sampai
hati dia khianati janji kami di saat aku nak ke tempat baru”fikir Idza
yang berumur 10 tahun ketika itu.
Pada petang yang terik itu,Idza mengambil keputusan untuk
berjalan ke rumah Melena apabila Melena tidak datang setelah
beberapa jam.Sebaik sahaja sampai di rumah Melena yang berada di
hujung kampung,hanya suasana sepi kedengaran.
“Melena!Melena!”sahut Idza apabila tiada sebarang kelibat orang
yang ada di rumah Melena.Idza cuba mengetuk pintu rumah itu.
“Dang!Dang!”bunyi pintu diketuk kuat namun tiada sebarang
jawapan dari Melena ataupun ayahnya. “Barangkali mereka tidak
dengar” fikir Idza lalu dia mengetuk pintu dengan kuat sekali sambil
memanggil-manggil nama Melena beberapa kali.Secara tetiba,pintu
ditarik kasar.Pak cik Karim menjenguk keluar. “Dia tidak mahu jumpa
kau faham tak! Dah pergi sana!”bentaknya.Bau alkohol yang sangat
kuat datang dari dalam rumah mereka tetapi disebabkan bentakan
ayah Melena yang kasar,Idza terus berlalu pergi.
Terkesima dengan tindakan ayah Melena Tiha,Idza pun
melangkah dengan beratnya.Dalam setiap langkahnya itu,air mata
mengalir kebencian. “Aku benci kau” fikir Idza sambil mengelap air
mata yang deras mengalir.Hatinya bagai ditoreh dengan pisau
.Kesakitan yang tidak mampu diungkap dengan kata hanya mampu
dijelaskan dengan air matanya yang mengalir kesedihan.Bagi
Idza,Melena Tiha merupakan rakannya yang penting walau
persahabatan mereka hanya sekejap sahaja.Apabila Melena tidak
berjumpa dengannya,Idza terasa dirinya tidak penting lagi bagi
Melena Tiha.
“Idza,woi!”panggil Mamat sambil menggoncang
bahunya.Lamunannya terhenti.Tanpa disedari,air mata Idza mengalir
sepi.Mamat kelihatan risau sekali. “Kau ok tak ni?” tanya Mamat
dengan penuh kerisauan.Idza yang masih dibuai lamunan hanya
terdiam.Dia mengenggam erat surat lama itu.
Seharian dia tidak dapat tidur memikirkan surat itu.Setelah sehari
suntuk berfikir,Idza pun mengambil keputusan untuk mencari Melena
Tiha.Bangkit dari katil,Idza terus meluru keluar dengan kereta Honda
Civicnya.Dia memecut laju ke Kampung Gajah Mati di Temerloh,iaitu
kampung lamanya.Perjalanan nak ke sana dari Melaka mengambil
masa dalam 5 jam setengah.Dalam keheningan malam,Idza terus
memandu tanpa henti.Dengan kelajuan 180/km per jam,Idza tiba tepat
tiba di hujung kampung pada keesokan paginya.Rumah yang dulunya
rumah Melena kini telah menjadi tempat pelupusan sampah.Idza
semakin gelisah.Namun dia tidak berputus asa,Idza menunggu dalam
keretanya dengan harapan sesiapa yang dia kenal akan lalu di kawasan
itu.
Hitam.
Bunyi ketukan di tingkap kereta mengejutkan Idza yang
terlelap.Dia segera membuka pintu apabila melihat pak cik yang dia
kenali ketika dia menetap di situ.Pak cik yang digelar sebagai Pak
Majid kelihatan seperti dia masih boleh mengecam muka Idza
walaupun setelah 20 tahun tidak berjumpa.Ini mungkin kerana muka
tampannya bukanlah satu muka yang mudah dilupakan.
Sejak dari kecil lagi,Idza memang dikenal kerana rupa parasnya
yang putih susu,matanya coklet hazel dan diiringi dengan satu tahi
lalat di hujung bibir manisnya. “Tidak lain tidak bukan,ni mesti anak
Sarjan Ikram tu kan?”tanya Pak Majid dengan ekspresi teruja di
mukanya. “Kamu ke sini ada hal ke za?”.Seakan Pak Majid boleh
membaca fikirannya yang sedang bercelaru itu.
“Cik,saya sebenarnya tengah mencari Melena anak Pak cik
Karim.”tanya Idza menyembunyikan kegusaran hati.Fikirannya yang
serabut memikirkan keberadaan Melena seakan sukar
disembunyikan.Tangannya sudah berpeluh sejuk untuk menantikan
jawapan pak cik itu.Ikutkan hati Idza,ingin sahaja dia menyuruh pak
cik itu respon dengan segera.
“Idza.Idza.Kamu dengar tak pak cik cakap apa?”lamunan termati
di situ lagi. “ Apa tadi pak cik?”tanya Idza sambil melemparkan
senyuman terpaksanya. “Pak cik Karim dan Melena itu telah pindah ke
tempat lain dah nak”.
Apa!
Usai solat zohor,Idza terus bergerak ke Tanjung Malim.
Diduga pula dengan jalan yang kesesakan lalu lintas.Idza
mengeluh memikirkan dugaan yang menimpa dirinya.Jauh di sudut
hati Idza, dia mendoakan keselamatan Melena.Berjam-jam setelah
menghadap kesesakan lalu lintas,akhirnya Idza tiba di alamat yang
diberikan oleh Pak Majid.
Idza pun keluar dari Honda Civicnya dan menuju ke alamat rumah
yang dicari.Idza menekan loceng namun tidak berjawab.Hatinya gusar
memikirkan kebarangkalian yang akan berlaku sebentar lagi.
“Ting tong!” Idza menekan loceng rumah itu beberapa kali.Masih
tiada jawapan.Baru dia hendak menoleh ke belakang,dia terkejut
melihat seorang wanita berdiri belakangnya.Wanita 20-an yang tinggi
lampai itu menghampiri Idza. “Cik cari siapa ye?”tanyanya sopan.
“Hmm,saya nak cari orang bernama Karim bin Elias”jawab Idza
ringkas.Lantas wanita itu memberitahu Idza sesuatu.
1996:BAPA MENDERA ANAKNYA SEHINGGA MATI
KAMPUNG GAJAH MATI 20 Julai-Seorang kanak-kanak berusia
10 tahun ditemui mati di dalam rumah.Mayat mangsa bernama Melena
Tiha merupakan anak tunggal kepada Karim Elias,46.Menurut jiran-
jiran,mereka terbau bau yang sangat busuk yang datang dari rumah
dua beranak tersebut.Menurut orang sekeliling,mangsa dikatakan
sebagai seorang yang senyap dan tidak pernah bercakap dengan jiran-
jirannya.Apabila laporan polis dibuat,mayat tersebut telah dibawa ke
Hospital Tanjung Malim untuk bedah siasat.Menurut post-mortem
yang dijalankan oleh hospital tersebut,Melena Tiha iaitu mangsa
dikatakan bahawa mengalami kecederaan yang teruk di mana
keseluruhan badannya dipenuhi lebam akibat penderaan .Punca
kematian juga adalah penderaan yang teruk apabila mangsa dipaksa
meminum cuka getah.Yang tertuduh iaitu bapanya sendiri,Karim bin
Elias mengaku bahawa dia mendera Melena secara fizikal.Bukan itu
sahaja,Melena juga dijadikan sebagai tempat melepaskan
nafsunya.Karim bin Elias juga dikatakan sebagai akoholik dan seorang
yang agresif.Menurut laporan autopsi,Melena Dikatakan juga bahawa
Melena telah didera sejak 2 tahun yang lepas tetapi tiada siapa yang
tahu. Setelah perbicaraan yang pertama,ayah mangsa iaitu Karim bin
Elias,46 didapati bersalah dan akan dihukum gantung sampai mati
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
Idza yang sedang menatal skrin telefonnya merasakan hatinya
seperti kaca dihempas ke batu.Satu per satu memori datang
membaham Idza bertalu-talu.Sehelai baldu yang menyimpan seribu
kenangan itu ditatap lama.

Anda mungkin juga menyukai