Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN

Berakhirnya Ramadhan,kini tibalah masanya untuk meraikan Syawal yang akan tiba tidak
lama lagi .Seperti biasa,umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selalunya, kami akan merayakan Aidilfitri di Kuala Terengganu. Kami bertolak ke sana sehari
sebelum hari raya.

Jam tanganku menunjukkan waktu menghampiri pukul 11.00 malam.Disebabkan jalan raya
yang terlalu sesak,kami terpaksa menunggu sehingga kesesakan lalu lintas reda. Alhamdulillah,
kami selamat tiba di destinasi yang dituju. Sampai di kampung kami memeluk datuk dan nenek
kegirangan.Ibu dan bapaku pula menangis kesedihan sambil bersalam-salaman dengan sanak-
saudara tanda kasih sayang. Nenek menjemput kami masuk ke dalam rumah.

Mereka berbual-bual panjang kerana sudah lama tidak berjumpa diikuti dengan selang- seli
bunyi berceridau . Kemudian,makcikku menjemput kami menjamah makanan di dapur yang
telah dihidangkan.Setelah makan,datuk menunjukkan bilik untuk kami berehat. Bapa dan
abangku meminta izin untuk keluar ke pekarangan rumah nenek bagi menikmati suasana
kampung yang telah lama ditinggalkan. Kelihatan anak-anak kecil bergentayangan sekitar
kawasan rumah datuk dan nenek bermain bunga api. Suasana pagi raya mula terasa. Kami
bangun awal lalu mandi sunat Hari Raya Aidilfitri.Setelah selesai mandi,kami memakai pakaian
yang serba baru.Bagi kaum lelaki mereka memakai baju melayu.Kaum wanita pula,memakai
baju kurung dan jubah yang disinari gemerlapan kilauan sulaman manik.

Kami lantas berjalan menuju ke masjid bagi mendekatkan diri kepada Ilahi.Setelah selesai
sembahyang,kami menziarahi pusara sanak keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.Kami
hanya mampu mendoakan kesejahteraan buat mereka agar mereka tergolong dalam kalangan
orang-orang yang beriman. Tanpa membuang masa,kami pulang ke rumah bagi menjamu
selera. Cerlak ini tidak aku sia-siakan untuk menikmati pelbagai juadah yang terhidang. Ada
ketupat,lemang,nasi impit dan pelbagai lagi, membuatkan ku rambang mata.Kedengaran suara
orang memberi salam. Oh,rupa-rupanya makcikku datang dari Shah Alam. Wah,gembiranya
hatiku!. Aku menjemput mereka naik ke atas untuk melawat nenekku. Kemudian aku
menjemput mereka untuk menjamah makanan yang telah terhidang.Berdecap-decap bunyi
mereka mengunyah makanan. Enak barangkali.

Pada malamnya,kami bermain bunga api.Selain itu,halaman rumah nenekku begitu cerlang
sekali diterangi dengan lampu pelita. Apabila malam hampir larut,kami masuk ke dalam rumah
untuk tidur tetapi pelbagai perasaan menyelubungi lubuk jantungku.Adakalanya gembira dan
adakalanya sedih entah kenapa. Apapun,ada penawar untuk perasaanku sebegini,dengan
berzikir kepada Ilahi.Penawar tersebut telah berjaya menyelamatkan hatiku dari pelbagai
perasaan yang tidak enak.
Kini tibalah masanya untuk meninggalkan datuk dan nenek.Namun hatiku berasa begitu
berat untuk meninggalkan mereka dalam tempoh yang singkat.Abang dan kakakku membantu
mengangkat beberapa beg lalu dimasukkan ke dalam kereta. Aku bersyukur dapat beraya
bersama datuk dan nenek pada tahun ini. Kami bersalam-salaman. Air mata berderai-derai
jatuh menitis jelas kelihatan di raut wajah nenek dan datuk.Bapaku berjanji untuk membawa
kami lagi ke sini jika mempunyai kelapangan. Kemudian kami melambai-lambaikan tangan ke
arah datuk dan nenek.Pengalaman sebegini tidak akan aku lupakan dan aku sematkan sebagai
kenangan yang terindah buatku.

Anda mungkin juga menyukai