Anda di halaman 1dari 7

Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar

Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Aku terlihat asap berkepul-kepul di udara dari rumah Pak Abu. Ruparupanya rumah Pak Abu berlaku kebakaran. Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu, aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira I5 minit kemudian, bomba pun sampai ke tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi malangnya rumah Pak Abu telah pun musnah sama sekali. Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada kebocoran paip dapur gas. Ini memandangkan kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah dan tong gas di situ pula didapati telah meletup. Syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Namun, kerugian dianggarlkan lebih daripada RM 300,000. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menolong memadamkan kebakaran rumah mereka. Memandangkan Pak Abu jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah kami, Pak Abu selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya. Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang banyak membantu mereka. Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil keluargaku sebagai keluarga angkat mereka.

Cerita: Kampungku dilanda banjir


Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama kemudian kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu. _______________________________________________________________________

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di Kampung Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu. keluarga saya mula mengemaskan barangbarang yang penting dan berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah. Akhirnya, kami dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat walaupun berasa agak sedih melihat seluruh kampung kami telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan surut dengan segera dan keadaan

kembali pulih seperti biasa. Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian. Kaum wanita pula bergotongroyong untuk menyediakan makanan. Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan beberapa orang kawan sebaya. Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta, binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah. Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.

Aku dan rakan-rakan menyertai lathan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun Mulakan cerita dengan: Aku pun _____________________________________________

Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ. Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat. Aku segera menghampirinya dan bertanya untuk mengetahui puncanya. Dia segera menunjukkan kakinya yang kelihatan bengkak dan lebam. Kaki ku terperosok ke dalam lubang ini semasa aku berlari di sini tadi, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang kecil di situ. Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan menuju ke astaka tersebut. Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan. Kaki Alia cuma terseliuh sahaja, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk. Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil minyak urut.

Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya. Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih belum diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan .

Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang


Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba ..... *** *** *** *** *** Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang. Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut. Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah. Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta. Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi. Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.

Surat Kriman Rasmi: Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah


Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sebab-sebab yang tertentu. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahu hal tersebut. ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^^

Kampung Dada Kering, Kechau, 27200 Kuala Lipis, Pahang. ___________________________________________________________________________ Encik Daud bin Ngah Derani, Guru Kelas Tahun 6 Amanah, Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak, 27200, Kuala Lipis, Pahang. Tuan, TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012. 2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa membawa nenek saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut. 3. Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah. Oleh yang demikian, tiada sesiapa yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada hari tersebut. 4. Untuk pengetahuan cikgu, saya anak tunggal dalam keluarga saya. Manakala, ibu bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti. Saya khuatir kerana tiada sesiapa yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti. 5. Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang Benar,

14 Mei 2012

Hasifzakwan
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

Surat Kiriman Rasmi: Datuk Sakit Tenat


Baru-baru ini kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana menziarahi datuk kamu yang sedang sakit tenat di kampung. Tulis sepucuk surat kepada guru kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.

No 7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang. Darul Makmur -----------------------------------------------------------------------------------------------------------Puan Zaiton binti Haji Ulis, Guru Kelas Tahun 4 Amanah, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, 28000, Temerloh, Pahang. Darul Makmur. 2012 Puan, TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH Saya Mohd Hasif Zakwan bin Ahmad, murid Tahun 4 Amanah tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Jumaat, 5 Oktober 2012 hingga kepada tarikh yang tidak dapat dipastikan lagi. 2. Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa pulang ke kampung Merapoh untuk menziarahi datuk saya yang diberitakan sedang sakit tenat pada masa ini. 3. Saya mungkin berada di kampung selama beberapa hari dengan mengikut sahaja keputusan ibu bapa saya selagi mereka berasa perlu untuk berada di sana. 4. Saya berharap cikgu dapat mendoakan agar kesihatan datuk saya pulih kembali seperti biasa dan membolehkan saya kembali bersekolah.

4 Oktober

5. Kerjasama serta pertimbangan cikgu amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang Benar,
Hasifzakwan

(MOHD HASIF BIN AHMAD)

Tuliskan nilai murni bagi penyataan di bawah. bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 Penyataan bangun awal basuh tangan / mandi beratur di kantin berdiri tegak semasa nyanyian Negaraku bersarapan bersama keluarga bersembahyang beruniform sekolah dengan lengkap dan kemas gotong-royong hendak menjadi ahli perniagaan yang berjaya jangan suka membuang masa jangan suka meninggi diri keras kepala makan dengan tertip memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas membaca buku memberi nasihat memberi tempat duduk kepada orang tua memberi ucap selamat membuang paku di atas jalan memulangkan barang orang lain menderma / menghulurkan bantuan mengemas bilik tidur menghormati jiran mengucap terima kasih mengulang kaji pelajaran mengunci rumah / basikal mengutip sampah di kawasan sekolah Menolong ibu bapa menolong menjaga adik menumpangkan kawan menunggang basikal berhati-hati menutup suis kipas sebelum keluar kelas menyesal kerana tidak mendengar nasihat menyimpan wang menziarahi kawan yang sakit ringan tulang sampai awal ke sekolah tidak membantah pendapat rakan tidak meminta balasan setelah membantu tidak memperkecilkan orang lain Nilai Murni

Anda mungkin juga menyukai