Anda di halaman 1dari 1

BERKUNJUNG KE PAMERAN BUKU

Pada cuti sekolah yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung


ke pameran buku. Pameran buku tersebut diadakan di dewan sekolah
saya yang besar dan berhawa dingin.Kami menaiki kereta bapa ke sana.
Setibanya

di

destinasi,

kelihatan

ramai

pengunjung

telah

membanjiri dewan sekolah. Saya dapat melihat banyak murid ditemani


ibu

bapa

masing-masing.

Mereka

sedang

memilih

dan

membeli

buku.Suasana di pameran buku sungguh riuh dan meriah.


Terdapat pelbagai bahan bacaan dipamerkan di sana. Antaranya
termasuklah

buku

rujukan,buku

cerita,majalah,ensiklopedia dan

sebagainya. Semua bahan bacaan tersusun rapi di atas rak buku dan
meja. Selain itu,alat tulis dan kamus elektronik juga dipamerkan di sana.
Tujuan diadakan pameran buku adalah untuk memupuk minat
membaca dalam kalangan murid . Banyak penerbit buku menyertai
pameran tersebut. Semua buku diberi potongan harga istimewa. Para
pengunjung berasa gembira berpeluang membeli bahan bacaan bermutu
dengan harga yang berpatutan.
Saya telah membeli sebuah ensiklopedia dan dua buah buku
rujukan UPSR manakala kakak pula membeli buku cerita dan alat tulis.
Emak juga berjaya memperoleh dua buah buku resipi yang digemarinya.
Kemudian,kami sekeluarga membayar harga di kaunter. Kami berpuas hati
dengan buku yang kami beli.
Selepas itu,kami sekeluarga pulang ke rumah dengan perasaan
gembira. Lawatan ke pameran buku telah menambahkan pengetahuan
kami.

Anda mungkin juga menyukai