Anda di halaman 1dari 15

FAEDAH MEMBACA Membaca merupakan satu amalan yang mulia.Banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membaca.

Kerajaan menerusi pelbagai kempennya sentiasa menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat suka membaca. Membaca dapat meluaskan pengetahuan.Hal ini demikian kerana membaca merupakan jambatan ilmu.Banyak ilmu yang dapat kita peroleh dengan membaca buku,surat khabar,atau majalah.Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai bidang ilmu seperti sains,matematik,sejarah,dan sastera. Kita dapat mengetahui tentang isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Misalnya,masalah kegawatan ekonomi,pencemaran alam sekitar,pergolakan politik,serangan pengganas,sukan,dan sebagainya.Dengan demikian,kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi menjadi seperti katak di bawah tempurung. Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.Masa tidak lagi terbuang begitu saja. Menyedari hakikat bahawa masa itu emas ,maka amalan membaca memnag wajar dilakukan setiap kali ada masa terluang. Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa dikalangan pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Malayu dan Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik.Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita,rencana, dan cerpen.Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan dengan baik. Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf Negara yang maju. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca


Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet. Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui. Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih garamtis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai. Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehariharian. Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca. Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

CTH 1

Temu Ramah/Dailog: Lawatan ke Kuala Lumpur


Ketika menunggu bas sekolah, kamu berbual dengan rakan kamu tentang lawatannya baru-baru ini. Tulis perbualan tersebut kira-kira 80 patah perkataan. ********************************** Aiman : Assalamualaikum, Adli! Apa khabar? Adli : Waalaikumussalam! Alhamdulillah, saya baik sahaja. Awak pula bagaimana?

Aiman : Patutlah saya nampak awak ceria sahaja. Saya juga sihat seperti biasa. Adli! Awak pergi mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur baru-baru inikan? Adli : Ya! Saya pergi ke sana pada hari Sabtu minggu lepas.

Aiman : Seronoklah melawat ke sanakan? Saya juga sangat berminat untuk melawat ke tempat-tempat menarik di sana tetapi sayangnya masih belum berpeluang. Bagaimana awak boleh mengikuti rombongan tersebut? Adli : Rombongan ini dianjurkan oleh Kelab Komputer sekolah kita. Oleh sebab saya ahli kelab tersebut, saya dapatlah menyertainya.

Aiman : Oh, begitu rupanya! Bagaimanapun kenapa abang saya dari Kelab Bahasa Melayu juga turut menyertai rombongan itu? Adli : Abang awak yang belajar di kelas 6 Amanah itu ya? Dia boleh menyertai rombongan itu kerana dia pelajar Tahap 2. Ini kerana selain daripada Ahli Kelab Komputer, sesiapa daripada Tahap 2 yang berminat menyertai rombongan tersebut juga turut ditawarkan. Bagaimanapun tawaran itu terhad kepada 12 orang sahaja bagi memenuhi kekosongan bas. Aiman Adli : Apa tujuan rombongan itu diadakan, Adli?

: Tujuan rombongan ini diadakan untuk mendedahkan ahli kelab tentang sains dan teknologi maklumat serta melawat tempat-tempat yang menarik seperti Petrosains dan sebagainya lagi.

Aiman Adli Aiman Adli serta

: Ramaikah yang menyertai rombongan tersebut? : Seramai 40 orang sahaja, termasuklah 4 orang guru pengiring. : Berapakah yang perlu dibayar untuk menyertai rombongan ini? : Tidaklah mahal sangat cuma RM60 sahaja termasuk makan dan minum tiket lawatan.

Aiman

: Kamu melawat ke mana semasa rombongan tersebut?

Adli : Antara tempat yang kami lawati ialah Putrajaya, Menara Berkembar Petronas, Petrosains, Menara Kuala Lumpur dan Zoo Negara. Aiman ke sana! Adli : Seronoknya kamu ya, Adli? Entah bilalah saya pula berpeluang melawat

: Saya fikir tahun depan lawatan seperti ini akan diadakan lagi. Mudah-mudahan awak berpeluang ke sana nanti. : Harap-harap begitulah. Itupun bas. Mari kita pulang!

Aiman

Adli : Baiklah! Anda mungkin juga meminati: Fakta: Banjir Surat Kiriman Rasmi: Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR Surat Kiriman Tidak Rasmi: Menceritakan pengalaman di tempat baru Surat Kiriman Tidak Rasmi: Sambutan Hari Keluarga

CTH 2

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca. Amar : Assalamualaikum! Aini : Waalaikummussalam! Eh, Amir! Ingatkan siapa tadi. Duduklah

Amar : Terima kasih. Awak baca buku apa tu Aini : Saya baca buku agama bertajuk Bukti-bukti Kebesaran Allah. Banyak kebaikannya membaca buku ini. Antaranya, saya dapat merasai keimanan saya semakin meningkat. Amar : Baguslah! Dengan membaca, pengetahuan kita tentu akan bertambah. Sebab itulah kebanyakan orang yang rajin membaca akan berjaya dalam bidang yang diceburi mereka. Aini : Kenapa pula awak datang ke sini, Amar? Amar : Sebenarnya saya memang sengaja datang ke sini kerana ingin berbual-bual sahaja sebagai mengisi masa lapang saya sekarang Aini : Oh, begitu! Kenapa awak tidak isikan masa lapang tersebut dengan membaca buku-buku. Dapatlah masa lapang itu diisi dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah. Amar : Betul Aini. Tapi saya rasa berbual-bual dengan awak pun perkara yang berfaedah juga. Kita boleh berbual tentang pelajaran dan sebagainya. Aini : Eem betullah tu, tetapi jika hanya berbual kosong, lebih eloklah kita membaca buku. Melalui membaca juga, pembendaharaan kata kita akan semakin bertambah.Maaf, boleh saya bertanya, markah kertas ujian karangan kamu baru-baru ini berapa? Amar : Eh, malulah nak cakap! Saya cuma mendapat 65 peratus sahaja. Saya rasa susahlah nak buat karangan tu. Awak pula bagaimana? Aini : 95 peratus! Dahulupun saya macam awak juga tetapi setelah saya selalu membaca, saya berasa lebih mudah untuk membina ayat dalam karangan. Awak selalulah

membaca, mungkin awak akan mendapat markah yang lebih tinggi nanti. Amar : Betul juga cakap awak. Selepas ini saya akan cuba isikan masa lapang saya dengan membaca buku. Aini : Baguslah macam itu. Saya harap awak akan berjaya. Lagipun membaca juga dapat menghiburkan kita tau. Banyak buku cerita yang boleh menghiburkan kita di pasaran sekarang seperti majalah Kuntum dan sebagainya. Amar : Saya selalu terlihat majalah yang memaparkan model seksi di muka depannya dijual di gerai-gerai buku. Saya berasa janggallah untuk membelinya. Aini : Amar! Amar! Bukan semua majalah sesuai untuk kita membacanya. Pilihlah majalah yang baik yang boleh meningkat ilmu pengetahuan kita. Bukannya majalah yang menyebabkan kita berbuat dosa. Amar : Terima kasih Aini atas nasihat awak. Eloklah saya pulang dahulu. Hari pun sudah semakin senja. Aini : Baiklah. Anda mungkin juga meminati: Temu Ramah/Dailog: Lawatan ke Kuala Lumpur Surat Kiriman Rasmi: Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan Fakta: Banjir Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa lapang Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR

CTH 3

Temu Ramah/Dailog: Sahabat Baik Saya


Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu. Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya. (Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah) Azman : Tahniah! Siva, kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu. Siva : Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajarpelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu. Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ? Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu. Di samping itu, saya selalu mempelajari tatabahasa. Saya selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap.

Azman : Kalau begitu, tidak hairanlah apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu, Siva! Siva : Mengapa ?

Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap. Siva : Baguslah, Azman, kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai Bahasa Kebangsaan Negara kita.

Azman : Ya, baiklah, Siva... Anda mungkin juga meminati: Temu Ramah/Dailog: Kejohanan Silat Olahraga Peringkat Negeri Pahang Temu Ramah/Dailog: Anak berjaya Temu Ramah/Dailog: Tolong beritahu Kerja Rumah Yang Perlu Saya Buat Temu Ramah/Dailog: Kejayaan Amira Temu Ramah/Dailog: Jangan menuduh tanpa usul periksa

CTH 4 Temu Ramah/Dailog: Anak berjaya Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan, semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan. (Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim) Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ? En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga. Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?

En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun, mereka menonton siaran berita sahaja. Murid : Di mana mereka bersekolah ?

En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Seri Tualang. Kemudian, bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Tualang, Temerloh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor. Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?

En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu. Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual. En. Karim : Terima kasih kembali. ( Berjabat tangan dengan murid )

Temu Ramah/Dailog: Kejayaan Amira


Amira : Selamat pagi, Ainnur. Silakan duduk. Ainnur : Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana telah terpilih sebagai murid cemerlang. Amira : Terima kasih. Saya berasa bersyukur atas kejayaan saya ini. Apakah tujuan awak datang ke sini? Ainnur : Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menemu ramah saudari. Amira : Boleh, apa salahnya. Ainnur : Siapakah yang banyak mendorong saudari untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik? Amira : Guru-guru dan ibu bapa yang banyak mendorong saya mencapai kejayaan ini. Ainnur : Bagaimanakah saudari boleh terpilih sebagai murid cemerlang? Amira : Saya tidak pasti tetapi mungkin kerana saya selalu mendapat keputusan yang baik dalam ujian dan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR. Selain itu saya banyak mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan. Di samping itu juga, saya tidak pernah terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Ainnur : Apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan yang ingin berjaya dalam pelajaran? Amira : Nasihat saya kepada rakan-rakan supaya mendengar nasihat guru dan ibu bapa serta menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Ainnur : Terima kasih atas kesudian saudari untuk ditemu ramah. Amira : Terima kasih.

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Sambutan Hari Keluarga


No. 07, Kampung Sungai Siput, 55000 Lubuk China, Alor Gajah, Melaka. 27 Ogos 2012 Assalamualaikum, menemui sahabatku Farhan yang diingati selalu. Semoga saudara sihat seisi keluarga. Apa khabar saudara? Di kesempatan ini ingin saya ceritakan sedikit pengalaman saya semasa menyertai sambutan Hari Keluarga anjuran tempat ibu saya bekerja. Sambutan itu diadakan di pantai peranginan Pengkalan Balak pada 12 Ogos yang lalu. Antara tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan antara rakan sepejabat ibu saya. Semua peserta diminta berkumpul di pantai tersebut sebelum pukul 7.30 pagi untuk pendaftaran serta mendapatkan nombor bagi acara cabutan bertuah. Selepas itu, kami dijemput bersarapan dengan nasi lemak bungkus, air teh serta kuih-muih sebelum acara sukaneka dimulakan. Antara aktiviti dalam acara tersebut ialah pertandingan tarik tali, pertandingan bola baling dan pertandingan mencari harta karun. Saya sungguh gembira kerana turut menyertai dalam setiap aktiviti yang diadakan. Apatah lagi apabila keluarga kami mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencari harta karun. Setelah semua aktiviti sukaneka selesai dijalankan, kami berehat selama setengah jam sambil menikmati minuman dan kuih-muih. Pada masa itu, saya berpeluang bergambar bersama keluarga dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah di pantai tersebut. Kemudian, kami berpeluang bermandi-manda di pantai yang bersih itu. Ramai peserta yang menyewa kayak dan jet ski untuk merasai pengalaman baharu. Saya sungguh seronok kerana ayah telah menyewa sebuah perahu untuk kami bersiar-siar di sekitar pantai. Kira-kira pukul 11.40 pagi, semua peserta diminta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu acara cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah. Saya sungguh gembira kerana keluarga kami juga bernasib baik dalam cabutan nombor bertuah tersebut, di samping menerima beberapa lagi hadiah lain. Sebelum pulang , kami dijemput makan tengah hari dengan pelbagai masakan laut yang sungguh menyelerakan seperti sotong bakar dan kepah goreng. Sesungguhnya pengalaman ini amat menyeronokkan dan saya berharap akan berpeluang menyertai lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang. Akhir sekali, jika saudara ada pengalaman yang menarik, sudilah dikongsi bersama saya kerana saya sentiasa menunggu khabar daripada saudara. Diharap saudara sudi membalas surat saya ini.

Sahabatmu,

Amiruddin

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Lawatan ke Melaka


Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu dan ceritakan pengalaman kamu semasa lawatan tersebut. --------------------------------------------------------------------------------------No. 07, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang. 27 Jun 2012 Assalamualaikum, menemui sahabatku Fatimah yang ku rindui selalu. Diharapkan saudari sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman saya semasa lawatan ke Melaka. Pada 20 Jun 2012, saya telah menyertai lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Rombongan itu disertai oleh 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid melihat sendiri kesan-kesan sejarah negeri Melaka di samping melawat beberapa tempat menarik di negeri tersebut. Sebelum bertolak ke sana, kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 7.30 pagi. Setelah diberi taklimat ringkas, kami mula bertolak ke sana kira-kira pukul 8.00 pagi dan tiba di Bandar Melaka sekitar pukul 12.00 tengah hari. Semasa perjalanan, kami berhenti di pekan Bahau untuk bersarapan. Saya sungguh gembira melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan tersebut. Tempat pertama yang kami singgah setelah tiba di Melaka ialah Zoo Melaka. Di situ kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu. Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya yang terletak berhampiran dengan zoo tersebut. Pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Saya berasa sungguh ngeri apabila melihat seekor buaya tembaga menyambar bangkai ayam yang dicampakkan oleh seorang pengawal kolam buaya di situ. Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari. Selepas itu kami pergi pula ke Tugu A Famosa. Di situ, kami melihat kesan-kesan tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk membeli pelbagai cenderamata di gerai-gerai yang banyak terdapat di situ.

Di situ juga kami diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka pada suatu masa dahulu. Selain itu, saya juga dapat menaiki Menara Taming Sari. Walaupun berasa takut tetapi saya gembira kerana dapat melihat hampir seluruh Bandaraya Melaka dari menara tersebut. Sebelum bertolak balik, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya ini. Kemudian, kira-kira pada pukul 6.00 petang, kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah semula kira-kira pukul 12.00 tengah malam. Saya amat gembira kerana turut meyertai lawatan tersebut. Akhir sekali, jika saudari ada cerita-cerita yang menarik, sudilah ceritakan kepada saya di sini kerana saya selalu menunggu-nunggu khabar daripada saudari. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap saudari sudi membalas surat saya. Sahabatmu Amirull

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR


Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. No. 74, Taman Seri Merapoh, 27210 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Darul Makmur. 26 Januari 2011 Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Sahabatku, Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya. Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota. Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga. Sahabatmu,

............................. (Khairi bin Zaideen )

Rencana: Banjir
Tulis sebuah karangan tentang Banjir. Panjang jawapan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka Karangan : Pendahuluan - bencana alam -sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur. -berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh) Perenggan ke-2 - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi sungai. - banyak harta benda musnah - haiwan ternakan dan tanaman mati - kerugian besar Perenggan ke-3 - mengancam nyawa - aliran air deras dan dalam - lemas Perenggan ke-4 - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air - ada yang nahas terkena atau terperangkap benda merbahaya - airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit

Penutup - berhati-hati - berpindah segera sebelum air naik ***************************************** Banjir Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar. Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air banjir yang alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang. Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak. Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

Anda mungkin juga menyukai