Anda di halaman 1dari 2

Salin Karangan - Destinasi Pelancongan di Malaysia

Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya alami sewaktu saya dan
keluarga saya pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah tempoh hari. Suasana yang
berlainan daripada tradisi masyarakat setempat yang tentu sahaja berbeza daripada tradisi
masyarakat di tempat saya menambahkan keterujaan saya untuk terus meneroka pulau yang
penuh bersejarah ini.
Kami bertolak ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas. Penerbangan ini hanya memakan masa selama 25
minit. Sekitar pukul 11.00 pagi, kami akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Pulau
Langkawi. Perasaan gembira bercampur teruja jelas sekali menguasai diri saya dan tanpa
melengahkan lagi masa saya dan kakak saya segera bergambar bersama-sama.Setelah selesai
bergambar, kami telah dijemput oleh pemandu pelancong tempat yang akan kami menginap.
Kalau diikutkan sahaja gerak hati ini, ingin sahaja saya terus menjelajahi Pulau Mahsuri ini
namun, atas menghormati permintaan ibu yang meminta agar kami berehat sahaja dahulu di
hotel terpaksa saya turuti.
Destinasi pertama yang menjadi pilihan kami sekeluarga setelah merehatkan diri sebentar di
hotel sudah tentu Pantai Chenang yang merupakan destinasi yang paling popular di Pulau
Langkawi ini. Keindahan Pantai Chenang ini ternyata susah untuk diungkapkan melalui kata-
kata. Saya,ibu dan kakak tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Orang yang paling
gembira akan kunjungan kami ke pantai ini tentu sahaja adik lelaki tunggal saya, Adnan. Dia
berasa sangat seronok mandi-manda di sini bersama dengan ayah saya.Selepas penat mandi-
manda di pantai, kami memutuskan untuk terus pulang ke hotel bagi menikmati makan malam.
Keesokan paginya, kami telah dibawa oleh pemandu pelancong kami iaitu Pak Cik Rashid
mengelilingi pulau ini. Kami sekeluarga juga telah dibawa untuk mengunjungi tempat-tempat
menarik dan bersejarah di pulau ini.Antara tempat yang telah kami lawati ialah Underwater
World, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Gunung Mat Cincang, kilang minyak gamat,Tasik Dayang
Buting dan akhir sekali destinasi wajib dilawati apabila berada di pulau ini iaitu Makam Mahsuri.
Selepas penat mengunjungi tempat-tempat ini, kami telah dibawa oleh beliau untuk menjamu
selera.
Pada hari terakhir di sini, kami sekeluarga telah berkunjung ke salah satu pusat beli-belah
terletak di Pekan Kuah yang dikenali di seluruh negara. Kami telah menghabiskan masa dengan
membeli pelbagai jenis cenderahati seperti coklat, minyak gamat dan pelbagai jenis pinggan
untuk ahli keluarga yang tidak dapat menyertai lawatan ini.
Sesungguhnya, semua kenangan dan pengalaman indah yang telah saya alami sewaktu
berkunjung ke sini akan menjadi suatu memorabilia yang akan selalu terpahat di kotak minda
saya ini.

Anda mungkin juga menyukai