Anda di halaman 1dari 1

Usaha-usaha untuk mengekalkan permainan tradisional

Dalam era globalisasi ini , permainan tradisional merupakan salah satu warisan bangsa yang perlu
dikekalkan agar tidak dilupakan oleh generasi muda.Namun demikian , kebanyakan generasi muda
telah melupakan permainan tradisional dan ini semakin tidak mendapat tarikan di hati generasi
muda.Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan persaingan dengan permainan komputer, telefon
bimbit dan sebagainya.Oleh itu, pelbagai usaha perlu diadakan.Usha-usaha untuk mengekalkan
permainan tradisional adalah peranan sekolah. Pihak sekolah boleh mengadakan kegiatan
kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional seperti permainan congkak, mencipta
wau sobek atau bermain sepak raga. Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengadakan pertandingan
tetapi mampu memupuk minat dalam jiwa generasi kita untuk bermain permainan tradisional.

Di samping itu,usaha yang dapat dilakukan adalah peranan pihak kementerian kesenian,
kebudayaan, dan warisan agar mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau
kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepada sesiapa yang menyertainya. Hal ini dapat
menarik perhatian para pelajar sekolah untuk menyertai pesta tersebut dengan ganjaran sijil
penghargaan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran. Oleh
itu,secara tidak langsung, permainan tradisioanal ini mampu membentuk kemahiran pelajar.

Akhirnya, kerajaan juga perlu membina lebih banyak kemudahan untuk permainan tradisional.
Pembinaan kawasan padang dan gelanggang khas terutama di kawasan perumahan membolehkan
lebih banyak rakyat negara ini dapat melibatkan diri dalam permainan tradisional yang memberi
kesan positif kepada rakyat Malaysia seperti menyatupadukan dan mengeratkan silaturahim
sesama masyarakat.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang berkenaan
haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan memajukkannya.

Anda mungkin juga menyukai