Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Permainan tradisional

PERENGGAN

PENDAHULUAN

(5

Ayat)

[Ayat Rangsangan(AR) Definisi Umum] Permainan tradisional merupakan permainan


yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. [Ayat
Contoh (AC)] Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah
permainan gasing, wau dan congkak. [AR-Isu] Namun, peredaran zaman yang kian
berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh
generasi muda kini. [AR Persoalan] Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah
yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas? [Ayat Arahan(AA)] Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini
perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai
bila-bila.
PERENGGAN

ISI

Warisan

Budaya

Malaysia

(5

Ayat)

[Ayat Topik (AT)] Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional
merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. [Ayat Huraian (AH)Mengapa?] Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek
moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. [AH-Jika]
Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda
tidak mengenali budaya warisan mereka. [AH-Kesan] Impaknya, generasi muda sudah
tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu
berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. [Ayat
Penyimpul (AP)] Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini
merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan
datang.
PERENGGAN

ISI

Sebagai

hiburan

(5

Ayat)

[AT] Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat
hiburan untuk mengisi masa lapang. [AH-Mengapa] Permainan tradisional dapat
menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara
berkumpulan. [AC] Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang
untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara
berkumpulan. [AH-Kesan] Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat
mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang.
[AP] Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang
malah
mengisi
masa
lapang
dan
menyihatkan
tubuh
badan.

PERENGGAN

ISI

Sebagai

Produk

Pelancongan

(5

Ayat)

[AT] Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk
pelancongan yang menguntungkan negara. [AH-Mengapa] Pada kebiasaannya, pelancong
luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di
Malaysia. [AC] Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah
mendapat tempat di persada antarabangsa. [AH-Kesan] Secara eksplisitnya, permainan
tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang
asing ke dalam negara. [AP] Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan
yang
ketara
dalam
sektor
pelancongan
di
Malaysia.
PERENGGAN

PENUTUP

Sebagai

hiburan

[Rumusan] Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan


kepada rakyat mahupun negara. [Pendapat] Sesungguhnya, permainan ini perlulah ini.
[Harapan] Walaupun kini permainan moden dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung
silaturahim antara generasi dulu dan kini. [Cadangan] Sebagai rakyat Malaysia yang
menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan
Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional bagai Cendawan Tumbuh Selepas
Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati
kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta
(Sumber : http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/kepentingan-permainantradisional.html)

Anda mungkin juga menyukai