Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN PERMAINAN

TRADISIONAL
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada permainan tradisional yang terdapat di
negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan tradisional di Malaysia.
Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PERENGGAN PENDAHULUAN (5 Ayat)


[Ayat Rangsangan(AR) Definisi Umum] Permainan tradisional merupakan permainan yang
dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. [Ayat Contoh (AC)]
Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau
dan congkak. [AR-Isu] Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan
bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. [AR Persoalan]
Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional
ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? [Ayat Arahan(AA)] Oleh itu, kepentingan
permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap
terlestari sampai bila-bila.
PERENGGAN ISI 1 Warisan Budaya Malaysia (5 Ayat)
[Ayat Topik (AT)] Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan
warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. [Ayat Huraian (AH)- Mengapa?] Hal ini
adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang
melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. [AH-Jika] Sekiranya permainan

tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan
mereka. [AH-Kesan] Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan
congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang
begitu pesat membanjiri pasaran kini. [Ayat Penyimpul (AP)] Jelaslah, permainan tradisional ini
sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan
untuk tatapan generasi akan datang.
PERENGGAN ISI 2 Sebagai hiburan (5 Ayat)
[AT] Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan
untuk mengisi masa lapang. [AH-Mengapa] Permainan tradisional dapat menghiburkan
seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. [AC]
Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan
begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. [AH-Kesan]
Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang
malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. [AP] Tegasnya, permainan tradisional
bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan
tubuh badan.
PERENGGAN ISI 3 Sebagai Produk Pelancongan (5 Ayat)
[AT] Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk
pelancongan yang menguntungkan negara. [AH-Mengapa] Pada kebiasaannya, pelancong luar
yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia.
[AC] Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat
di persada antarabangsa. [AH-Kesan] Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat
menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara. [AP]
Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor
pelancongan di Malaysia.
PERENGGAN PENUTUP Sebagai hiburan
[Rumusan] Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada
rakyat mahupun negara. [Pendapat] Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk
dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. [Cadangan] Sebagai
rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur
Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini. [Harapan] Walaupun kini
permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan
muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Kebaikan/faedah Permainan Tradisional


Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang
menyeronokkan. Permainan tradisional telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Namun,
permainan tradisional semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih
seperti permainan video dan komputer.
Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya,kita dapat mengisi masa
lapang dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan
tradisional pada waktu petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktu persekolahan
dengan bermain permainan ini.
Seterusnya, permainan tradisional dapat mengeratkan perhubungan antara satu
sama lain kerana selaluinya ia akan melibatkan lebih daripada dua orang dalam
sesuatu permainan. Oleh itu, kita boleh bermain permainan tradisional dengan rakan
sekolah atau jiran tetangga. Bermain permainan tradisional juga menerapkan semangat
berpasukan dalam kalangan para pemainnya.
Bermain permainan tradisional merupakan hiburan yang menarik. Kita tidak
memerlukan peralatan yang mahal atau kawasan yang luas untuk bermain permainan
ini. Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress
seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang selain memberikan kita
keseronokan tanpa perlu berbelanja besar.
Akhir sekali, permainan tradisional dapat memupuk nilai tradisi dalam kalangan
generasi masa kini. Ini dapat di lihat apabila sesetengah permainan masih
mengekalkan cara pembuatan yang tradisional seperti wau, congkak dan gasing. Kita
hendaklah menghargai warisan budaya ini kerana permainan tradisional dapat
membentuk generasi yang lebih menghargai nilai budaya dalam masyarakat.
Kesimpulannya, permainan tradisional banyak memberikan faedah dan
kepentingan kepada rakyat mahupun Negara. Permainan tradisional harus diterapkan
dalam kalangan pelajar dan pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional ini
salah satu daripada kegiatan yang perlu diajar di sekolah untuk mengelakkan
kepupusan dalam tradisi permainan tradisional ini.

Anda mungkin juga menyukai