Anda di halaman 1dari 2

TEMA 6 : TELADANI SEJARAH HARGAI WARISAN

Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting yang telah


diwarisi sejak zaman-berzaman seperti A-Famosa, Tugu Negara,
bangunan stesen keratapi Kuala Lumpur dan Stadium Merdeka.
Sungguhpun begitu, generasi pada masa kini semakin memandang sepi
terhadapnya kerana tahap kesedaran mereka terlalu rendah.
Sepatutnya, mereka harus menyedari bahawa warisan kebangsaan ini
perlu dipelihara kerana ia mempunyai seribu satu makna di sebaliknya.

Antara kepentingan memelihara warisan kebangsaan adalah menjadi


daya tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun
antarabangsa. Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah
menggamit hati para pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan
ciptaan masyarakat terdahulu. Senario ini dapat dibuktikan menerusi
peningkatan bilangan pelancong di bandar warisan seperti Georgetown,
Melaka dan Kota Bahru yang amat ketara dalam tempoh 1990 hingga
1997. Ini bermakna, warisan kebangsaan merupakan salah satu
penyebab utama industri pelancongan begitu rancak sekaligus
menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Warisan negara juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa


generasi pada masa kini. Semangat ini akan lahir dengan sendirinya
apabila generasi muda dapat merasakan semangat perjuangan
pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air yang
tercinta. Nama-nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu
Negara untuk tatapan semua. Justeru, generasi muda tidak akan
menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana mereka akan sentiasa
mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam mempertahankan
negara. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara ini sangat penting untuk
melahirkan generasi yang berjiwa patriotik dan cinta akan tanah air.

Di samping itu, nilai seni dan estetika juga berupaya dikekalkan.


Bangunan-bangunan lama seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur
mempunyai nilai seni yang tinggi dan tidak terdapat pada bangunan-
bangunan sekarang. Seni binanya sangat unik dan indah serta
menggambarkan cita rasa arkitek pada ketika itu. Oleh itu, bangunan-
bangunan lama ini mungkin menjadi sumber inspirasi kepada arkitek
baharu untuk membina bangunan-bangunan yang bukan sahaja indah
malah mempunyai nilai seni yang sangat mengagumkan.

Lebih penting lagi, usaha memelihara warisan negara ini dapat


mengenang sejarah penting yang berlaku di negara kita. Bangunan
lama yang diberi nafas baru dapat mengembalikan nostalgia yang
sungguh bermakna buat semua. Contohnya, Stadium Merdeka telah
menjadi saksi bisu terhadap kemerdekaan negara. Laungan
kemerdekaan yang diketuai oleh Y.T.M Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj
pada 31 Ogos 1957 telah berlangsung di stadium ini. Sekiranya
bangunan ini tidak dipelihara kemungkinan besar generasi muda akan
melupakan sejarah-sejarah penting negara.

Tuntasnya, masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan


pemeliharaan warisan kebangsaan. Justeru, segala usaha perlu
dipergiat untuk memastikan khazanah negara ini tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas. Boleh dikatakan bahawa pemeliharaan dan
pengekalan warisan ini dapat mempertingkatkan imej dan identiti
negara di persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai