Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan-kepentingan Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi


pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi.Antara contoh permainan tradisional
yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak. Namun,
peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan
tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. Mengapakah hal
sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? .Oleh itu, kepentingan permainan
tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap
terlestari sampai bila-bila.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan


warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. Hal ini adalah kerana
permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan
adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Sekiranya permainan tradisional seperti
wau, sepak raga dan congkak tidak dipertahankan, sudah tentu generasi muda tidak
mengenali budaya warisan mereka.Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan
mengenali permainan tradisonal malah mereka begitu berbangga dengan permainan
moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. Jelaslah, permainan tradisional ini
sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu
dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang.

Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai


alat hiburan untuk mengisi masa lapang. Permainan tradisional dapat menghiburkan
seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan.
Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk
memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara
berkumpulan. Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan
stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. [AP]
Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah
mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan.
Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu
produk pelancongan yang menguntungkan negara. Pada kebiasaannya, pelancong
luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat
di Malaysia. Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah
mendapat tempat di persada antarabangsa. Secara eksplisitnya, permainan
tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang
asing ke dalam negara. Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan
yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia.

Selain itu, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat


kita yang berbilang bangsa. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum
dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Sebagai
contoh, permainan gasing yang dimainkan oleh pelbagai bangsa dan
budaya. Kesannya, akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam
masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama
dengan keluarga sendiri. Jelaslah bahawa permainan tradisional merupakan satu
medium untuk mengukuhkan perpaduan dan menggeratkan silaturrahim dengan
pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Kesimpulannya, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan


kepada rakyat mahupun negara. Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan
untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. Sebagai
rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai
Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini.Walaupun kini
permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa
golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka
Tak Cinta.

Anda mungkin juga menyukai