Anda di halaman 1dari 2

Contoh rumusan

Rumusan membincangkan manfaat berekreasi dalam kalangan remaja dan


kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. (2m)

Kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja adalah berekreasi


merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan
kecerdasan minda. (2m) Berekreasi mampu mengelakkan remaja daripada
terjebak dalam aktiviti tidak sihat. (2m) Berekreasi mendidik remaja untuk lebih
terbuka dari segi minda dan pergaulan. (2m) Berekreasi mendedahkan remaja
kepada aspek kerohanian. (2m) Berekreasi meningkatkan motivasi diri dan
menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaik-baiknya. (2m)
Berekreasi membuatkan remaja lebih terarah dalam soal kehidupan. (2m)
Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja. (2m)

Kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya ialah berekreasi dianggap


membuang masa. (2m) Selain itu, remaja tidak mendapat galakan daripada ibu
bapa. (2m)

S A
Kesimpulannya, (ibu bapa) wajar (memberi galakan kepada anak-anak
M
berekreasi) agar (dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas). (2m)

Soalan 2(a)

(i) Maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan ialah ke arah


kematangan. (2m)

(ii) Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk
menggalakkan rakyat berekreasi adalah mewujudkan pusat kesihatan
yang terdapat pelbagai peralatan senaman moden. (1m) Selain itu,
membina taman untuk berekreasi di setiap kawasan perumahan. (1m) Di
samping itu, kerajaan juga membina banyak pusat sukan tertutup. (1m)

(iii) Pada pendapat saya, langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
untuk menggalakkan para pelajar berekreasi adalah dengan
melaksanakan kempen di sekolah seperti program 1 Murid 1 Sukan. (1m)
Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan Hari kokurikulum bagi
menarik minat para pelajar untuk berekreasi. (1m) Di samping itu, pihak
sekolah perlu mengadakan pertandingan sukan dan permainan kerana
aktiviti ini mampu untuk menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti ini. (1m) Akhir sekali, pihak sekolah wajar
memberikan anugerah atau penghargaan kepada para pelajar yang
bergiat aktif dalam mana-mana aktiviti kokurikulum sebagai suntikan
semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar tersebut dan juga kepada
pelajar-pelajar lain. (1m)

Contoh jawapan latihan rumusan & petikan

Anda mungkin juga menyukai