Anda di halaman 1dari 20

Semangat Kejiranan

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran


bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini
semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi,
ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan
kerana memang ada kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan
perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa
mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan
bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan
lagi perhubungan antara jiran.
Disamping itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang
bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu
menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan
mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan
berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu
perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam
sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini
memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. Semangat kejiranan
memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah
berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini.

Masyarakat Penyayang
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang merupakan cabaran ketujuh
dalam Wawasan 2020.Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat yang
sentiasa bertimbang rasa.Oleh itu,kerajaan telah mengambil langkah prakasa dengan
menekankan konsep masyarakat penyayang dalam Wawasan 2020 kepada masyarakat.
Peningkatan masalah sosial di Malaysia menjadi salah satu sebab usaha tersebut perlu
dijalankan. Masalah sosial yang berkaitan dengan remaja sentiasa meningkat dari semasa ke
semasa. Baik media cetak mahupun media elektronik,kedua-dua media tersebut sering kali
menyiarkan berita-berita yang memaparkan masalah yang berkaitan kebejatan sosial remaja
gangsterisme,vandalisme,juvana,penderaan,rempit dan sebagainya.Mereka yang terlibat
seolah-olah tidak takut kepada maut yang bakal menjemput,malah rela memperjudikan nyawa
sendiri.Kadang kalanya perbuatan mereka mampu mengancam nyawa insan yang tidak
bersalah.
Selain itu, kerajaan juga dapat membentuk dan melahirkan generasi yang penyayang yang
saling bertolak ansur serta mengamalkan gaya hidup yang mulia. Masyarakat yang penyayang
sebenarnya mampu menguatkan jentera kepimpinan di Malaysia. Sesebuah negara yang teguh
dan kukuh sebenarnya mempunyai masyarakat yang penyayang serta dapat menyatupadukan
masyarakat.Masyarakat akan hidup dalam keadaan yang selamat dan hak mereka akan
sentiasa dipelihara.
Kesimpulannya,kerajaan perlu kerap melaksanakan usaha tersebut secara berterusan agar
wujud lebih banyak masyarakat yang penyayang.Namun begitu,tanggungjawab ini tidak
sepatutnya diletakkan di bahu pihak kerajaan sahaja,malah semua pihak harus peka dan saling
bekerjasama supaya hasrat yang kita impikan untuk mewujudkan masyarakat penyayang akan
terlaksana.

Faedah-Faedah Belajar Secara Berkumpulan


Dalam zaman yang penuh persaingan ini, para pelajar sentiasa berusaha melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran dan ilmu demi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang
akademik. Menetapkan matlamat, menyediakan jadual waktu yang praktikal, menghadiri kelas
tuisyen dan mengulang kaji pelajaran setiap hari merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh
pelajar demi mencapai kejayaan. Namun, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai
batu loncatan ke arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada
pelajar-pelajar.

Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Seseorang


pelajar akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan
daripada guru-guru. Hal ini demikian kerana rakan-rakan merupakan orang yang paling dekat
dengan pelajar selain ahli keluarga. Contohnya, seseorang yang pemalu tidak berani bertanya
kepada guru apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebaliknya dia akan bertanya
dan mengeluarkan buah fikirannya di depan rakan-rakan. Justeru, belajar secara berkumpulan
bukan sahaja dapat memberikan suasana belajar yang menyeronokkan malahan membuka
peluang kepada pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran dengan acuan sendiri.

Selain itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu sesama mereka melalui kaedah belajar secara
berkumpulan. Mereka berpeluang untuk bertukat-tukar pendapat dan pandangan tentang
kaedah menjawab soalan, bertukar nota pelajaran dan lain-lain. Mereka boleh berkongsi ilmu
tentang sesuatu mata pelajaran dan bekerjasama menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru. Seseorang pelajar yang menghadiri kelas tuisyen akan lebih menguasai sesuatu ilmu
berbanding dengan pelajar yang tidak berpeluang menghadiri kelas tuisyen. Melalui
perbincangan secara berkumpulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran dan
seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki kelak.
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi pelajar yang
ingin mencapai kecemerlangan. Sebagai bakal pemimpin negara, kita seyogianya
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara
berkumpulan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan seterusnya memberikan sumbangan
bermakna kepada negara pada suatu masa nanti.

Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu


Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia.
Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu,
lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak
tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah
menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka,
bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub dalam
Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Malaysia ialah
rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang merupakan bahasa
kebangsaan.
Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan
bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada sikap
orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana orang Melayu yang berkuasa telah
meminggirkan bahasa Malaysia daripada rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu
menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika keadaan ini dibiarkan
berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus kemajuan, muflis
dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Rata-rata,
ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai
bahasa asing itu, mereka sukar mendapat pekerjaan.
Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa Malaysia
dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak
bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak untuk
mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli dari dunia lain
sama ada dari barat atau timur sehingga bahasa Malaysia menjadi peniru atau pengguna. Kita
janganlah menuding jari kepada sesiapa jika bahasa Malaysia dipinggirkan kerana kita sendiri
yang enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa sains dan
teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau bahasa bertamadun tinggi. Masyarakat kita
sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan
seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris walaupun
penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.
Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik
perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana
bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh
seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya
setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai
bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa Malaysia
yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi
Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa
Barat yang menggunakan bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

Peluang Kerjaya Dalam Bidang Sukan

Kata Charles Swindoll, Orang yang berjaya bukanlah orang yang memendam semangatnya
kerana takut gagal, bukan juga orang yang tidak pernah gagal, tetapi ialah orang yang masih
tetap maju ke depan sungguhpun menempuh kegagalan. Kata-kata di atas segaja dipetik untuk
membuktikan bahawa atlet Malaysia walaupun sering kecundang di pentas antarabangsa,
tetapi boleh maju jika ada kesungguhan untuk meraih kejayaan. Sesungguhnya kejayaan dalam
bidang sukan amat penting kepada diri sendiri dan juga negara. Oleh itu, tiada sebab mengapa
kita harus bersikap negatif terhadap sukan, sedangkan banyak faedah yang boleh diperoleh
apabila melibatkan diri dalam bidang sukan.
Sukan dapat melahirkan insan yang cerga dan cerdas. Aktiviti sukan melibatkan pergerakan
anggota badan. Senaman mampu menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh menyebabkan
lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga. Aktiviti sukan
dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan. Dengan ini, merka yang
aktif dalam sukan akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan
diabetes, seperti kata pepetah otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat.
Sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemajuan dalam bidang
sukan boleh meningkatkan permintaan terhadap alatan sukan. Oleh itu, mereka yang terlibat
dalam bidang peralatan sukan seperti bola dan pakaian sukan meraih keuntungan yang berlipat
ganda. Selain itu, usaha menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan mendatangkan
hasil yang lumayan. Misalnya, untuk membina gelanggang permainan, stadium, dan kolam
renang bertaraf antarabangsa, peluang perniagaan terbuka luas kepada kontraktor dan
pembekal bahan binaan. Malah peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan.
Sesungguhnya diri sendirilah yang bakal mencorakkan masa depan. Jangan sesekali
mengikutkan hati mudah. Daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah, lebih baik
memanfaatkan masa dengan bersukan.

Satu Murid 1 Sukan

Tahun 2011 merupakan tahun yang penting bagi Kementerian Pelajaran kerana pada tahun ini
adalah tahun perlaksanaan Dasar 1 Murid 1Sukan di semua sekolah seluruh Malaysia. Dasar
ini mewajibkan setiap murid yang sihat tubuh badan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis
sukan. Mereka boleh mengambil lebih daripada satu sekiranya mereka mahu dan pada masa
yang sama, sekolah tersebut mempunyai kemudahan untuk menganjurkan sukan berkenaan.
Tidak dapat dinafikan lagi, dasar ini telah memberi pelbagai faedah kepada setiap pelajar,
sekolah dan juga masyarakat agar minda cerdas badan sihat.
Antara faedahnya adalah, dasar ini mampu memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk
meningkatkan keupayaan jasmani kendiri. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti sukan
mampu menjana kepada badan yang sihat dan otak yang cerdas. Badan yang sihat diperoleh
melalui rembesan peluh dari badan apabila kita melakukan senaman. Semakin banyak peluh
yang keluar, badan akan menjadi lebih sihat. Apabila badan menjadi sihat, pemikiran kita dalam
pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih mudah.
Selain itu, dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan dalam satu-satu jenis
sukan akan melibatkan ramai pelajar lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa
dan agama seperti yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Keadaan ini akan
memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah
pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata, tak kenal, maka tak
cinta. Malahan, pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih
meningkat.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi, Dasar 1 Murid 1Sukan memberikan banyak faedah
kepada individu pelajar itu sendiri dan juga masyarakat. Namun, setiap pelajar harus diingatkan
bahawa keseimbangan antara akademik dan kokurikulum adalah sangat penting. Guru dan ibu
bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelajar menyeimbangkan
kedua-dua perkara ini. Hal ini kerana, kedua-duanya mampu mendorong kepada pelajar
tersebut untuk membentuk jati diri keranajika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Industri Herba

Semenjak dari dulu lagi tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia.Beberapa ribu tahun dahulu, tumbuhan telah digunakan dengan meluasnya sebagai
makanan dan juga ubatan.Malaysia merupakan negara yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan
semula jadi untuk membuat ubat tradisional.Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di
seluruh Malaysia.Ubat tradisional sememangnya kaya dengan nutrien, serta kebolehannya
untuk mengubati berbagai jenis penyakit.Ianya telah digunakan semenjak dari dahulu lagi
sehinggalah sekarang.Ianya kekal menjadi rawatan yang popular sehingga sekarang.Ubatan
tradisional ialah satu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telah
diwarisi sejak zaman berzaman.Ubat ini telah diturunkan secara lisan atau secara bertulis
melalui amalan-amalan atau kepercayaan sesuatu komuniti.
Bidang pasaran yang jelas ialah penghasilan produk perubatan daripada sumber tumbuhan.
Banyak perubatan allopathic yang dihasilkan secara sintetik adalah juga dihasilkan daripada
tumbuhan seperti quinine bagi penyakit malaria dan quinidine bagi heart arrhythmia dari
Cinchona spp dan digoxin bagi kelemahan jantung yang dihasilkan daripada Digitalis spp.
Dianggarkan 25% dari ubat yang digunakan di seluruh dunia diperoleh daripada tumbuhan, iaitu
sejumlah 121 kompaun aktif sedang digunakan.Terdapat peningkatan corak masyarakat kini
berubah daripada menggunakan perubatan sintetik kepada perawatan herba. Antara sebab
perubahan ini termasuklah keutamaan kepada perubatan kesihatan yang bersesuaian dan
boleh dikendalikan sendiri, tersebarnya banyak penyakit kronik yang tidak boleh disembuhkan
oleh ubat konvensional dan corak kehidupan yang pantas termasuk peningkatan stres dan
kurangnya masa rehat.
Industri herba telah dikenal pasti sebagai satu industri yang berpotensi sebagai sumber
pertumbuhan baru untuk menjana ekonomi negara yang mana pelan pembangunannya telah
dicadangkan di dalam pelan National Key Economic Area (NKEA).Di antara aspek yang
ditekankan ialah pengeluaran, penyelidikan, pembangunan produk di samping mempromosi
khasiat dan kajian sains. Beberapa produk herba terpilih berasaskan Tongkat Ali, Kacip
Fatimah, Dukung Anak, Misai Kucing dan Hempedu Bumi telah dikenalpasti sangat berpotensi
untuk dimajukan.
Kesimpulannya, kita perlu mengambil kesempatan penuh kekuatan yang terdapat di negara ini
untuk membangunkan industri herba bukan sahaja untuk meningkatkan tahap ekonomi tetapi
juga untuk meningkat tahap kesihatan.

Langkah-Langkah Memajukan Industri Kecil & Sederhana

Dewasa ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi
negara. Industri Kecil Dan Sederhana ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang
menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi
RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia, terdapat
pelbagai peluang usaha niaga berbentuk Industri Kecil Dan Sederhana yang mendapat sokongan penuh
daripada kerajaan. Industri Kecil Dan Sederhana menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan
daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing-masing dalam jumlah
nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. Demi merancakkan Industri Kecil Dan Sederhana, kerajaan
telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik.
Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan, geran, pinjaman
dan insentif kepada para pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana. Bantuan ini dapat mendorong para
pengusaha yang mengusahakan perniagaan Industri Kecil Dan Sederhana berasaskan pertanian,
perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. Antara geran dan insentif yang
disediakan kepada pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana termasuklah skim kewangan, skim geran
penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya. Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui
institusi kewangan kerajaan. Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas
Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan Industri Kecil Dan Sederhana yang
berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, Industri
Kecil Dan Sederhana nescaya dapat berkembang maju.
Dalam pada itu, khidmat nasihat dan perundingan kepakaran turut disediakan oleh pihak
kerajaan. Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut mengenai Industri
Kecil Dan Sederhana boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan
beberapa badan yang lain. Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan
teknikal dalam usaha melicinkan operasi Industri Kecil Dan Sederhana agar lebih produktif, dinamik,
berdaya maju, dan kos efektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti produk, serta
pemasaran global. Tanpa khidmat nasihat dan perundingan kepakaran, pengusaha-pengusaha yang
mentah dalam selok-belok pengurusan Industri Kecil Dan Sederhana ataupun baru menceburi bidang ini
akan menghadapi pelbagai rintangan. Pendek kata, pihak kerajaan berprakarsa dan beriltizam membantu
para usahawan untuk membangunkan Industri Kecil Dan Sederhana dan melipatgandakan perolehan.
Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan
Industri Kecil Dan Sederhana. Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan
memperlihatkan kepentingan dan peranan Industri Kecil Dan Sederhana yang kian ketara. Penglibatan
Industri Kecil Dan Sederhana dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang
belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya. Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan
dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah
tinggi. Selaras dengan ini, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting
dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan Industri Kecil
Dan Sederhana. Jadi, pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidangbidang Industri Kecil Dan Sederhana baru dengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar
negara. Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam, Industri Kecil Dan Sederhana bukan sahaja berdaya maju
bahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan Wawasan 2020.

Kepentingan Industri Penternakan

Industri Penternakan penting kepada manusia dan juga binatang dalam penghasilan makanan.
Ia juga penting dalam penghasilkan sesuatu barangan seperti beg tangan, pakaian dan lain-lain
lagi. Contoh penternakan yang terdapat di Malaysia adalah penternakan lembu, ayam, kambing
dan sebagainya.
Malaysia merupakan negara yang mempunyai kawasan tanah subur yang sesuai untuk
kegiatan penternakan. Disamping cuaca yang kosisten sepanjang tahun serta akses pengairan
yang baik, Malaysia terpelihara daripada virus-virus yang boleh membahayakan haiwan
penternakan. Oleh yang demikian tahap pengeluaran produk ternakan sepanjang tahun boleh di
kekalkan pada tahap yang optimum. Dengan memperkasakan industri penternakan, pelbagai
peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh masyarakat luar bandar dan sekitar kawasan
penternakan. Kegiatan mengurus ladang ternakan, logistik produk dan juga pengurusan bisnes
dapat menjadi sumber pendapatan pelbagai pihak.
Dengan kegiatan ekonomi industri penternakan yang semakin rancak, keperluan bagi industri
untuk menghasilkan produk yang semakin berkualiti meningkat. Kajian yang lebih mendalam
terhadap baka ternakan yang sihat dapat di taja oleh syarikat korporat bagi tujuan optimisasi
produk. Usaha sebegini dapat memberi daya saing bagi produk tempatan di peringkat global.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga industri penternakan kerana tanpanya, negara Malaysia
akan kekurangan hasil makanan dan perlu membelinya daripada luar Negara yang mencecah
kos yang tinggi kerana telah dijaga dengan baik di sana, maka duit untuk melaksanakan apaapa projek pembangunan akan menjadi kurang.

Kebaikan & Keburukan Media Sosial

Pada masa ini, penggunaan media sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Media
sosial seperti Facebook, My Space, Frienster, Twitter dan sebagainya mendapat
perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian
sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini
telah menjadikan penggunaan media sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi
kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di media sosial yang
canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan
media sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja.
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan media sosial. Dengan
adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari
facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka
membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan
Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk
menambahkan pendapatan bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di
laman sesawang dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang
berminat untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke
dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa
dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.
Penggunaan media sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah
mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan media sosial melalui internet
menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat
banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara
ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui media sosial. Mereka biasanya akan
mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam media sosial tersebut. Sebagai
contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam media sosial menghantar sistem
pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya.
Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa
berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan media
sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa.
Kesimpulannya, penggunaan media sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan
kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius
oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap media sesawang
sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu
menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih
baik daripada mengubati".

Kepentingan Teknologi Maklumat

Dalam mendepani arus globalisasi, Malaysia telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian kerana pelbagai kemudahan
teknologi yang dicipta marcapada ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila manusia
berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yang memudahkan kehidupan seharian. Terdapat
pelbagai kepentingan prima penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan manusia.
Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat di hujung jari terutama
dalam kalangan pelajar. Menerusi teknologi maklumat ini, manusia akan dapat mempelajari
pelbagai maklumat keduniaan yang dapat membuka dan meluaskan minda mereka. Selain
maklumat pendidikan, kita juga dapat mencari maklumat mengenai hiburan, isu-isu politik dan
sebagainya.
Manusia dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan. Pengenalan mengenai
laman sosial seperi "Facebook","Twitter","Friendster" dan sebagainya telah menghubungkan
manusia dengan dunia luar. Sebagai contoh seseorang yang berada di luar negara sama ada
atas urusan perniagaan atau menuntut ilmu dapat melepaskan rindu serta bertanya khabar
kepada keluarga tercinta yang berada di perantaan hanya dengan menggunakan teknologi
laman sosial.
Seterusnya, teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli pernigaan menjalankan aktiviti
pernigaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos dan tenaga.
Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja dapat memudahkan urusan
pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau pengguna.
Kesimpulannya, teknologi maklumat yang ada marcapada memainkan peranan vital kepada
setiap manusia. Teknologi maklumat ini haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin
kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh menerusi peranan teknologi maklumat itu
sendiri.

Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan

Sains adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana
alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang diperolehi
melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui pengetahuan
saintifik ini banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Aplikasi kepada pengetahuan
saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi. Manusia menggunakan
teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi
telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Penciptaan ini telah memberi banyak
manafaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian,
komunikasi dan perubatan.
Dalam bidang domestic, sains membantu manusia melakukan kerja-kerja seharian dengan
lebih mudah dan cepat. Banyak masa dapat dijimatkan dan masa ini boleh digunakan untuk
memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya. Contohnya, periuk memasak nasi elektrik,
cerek elektrik dan mesin pengisar yang membantu semasa memasak. Selain daripada itu,
mesin pencuci pakaian juga dapat membantu meringankan tugas semasa mencuci pakaian.
Dalam bidang komunikasi, sains membantu manusia berkomunikasi dua hala dengan
lebih cepat dan pantas melalui penggunaan telefon, telefon bimbit, mesin faksimili dan
komputer. Komunikasi secara global boleh dilakukan melalui penggunaan satelit, e-mail dan
internet. Pelbagai maklumat boleh diperolehi secara cepat dan mudah melalui penggunaan
internet. Televisyen juga adalah merupakan alat untuk berkomunikasi secara sehala. Pelbagai
maklumat boleh disampaikan melalui televisyen.
Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru untuk
membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah, cepat dan selesa.
Manfaat yang diperolehi oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan
baru dicipta.

Ciri-Ciri Sahabat yang Baik

Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka.
Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Namun
demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini demikian
kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada
beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita ketahui.

Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika
susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis
sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa
membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini
mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.

Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurangkurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat yang baik
mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian,
nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak
dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat
yang baik.
Akhirnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti persabahatan. Oleh
sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan,
teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji
untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di
dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Langkah-Langkah Berhemah Dalam Berbelanja

Pada alaf baharu ini, harga barang semakin meningkat secara mendadak dari sehari ke sehari.
Hal ini berpunca daripada permintaan terhadap sesuatu produk yang mencatatkan peningkatan
sedangkan pengeluarannya tidak berlandaskan kadar permintaan di pasaran. Sehubungan
dengan itu, masyarakat terkena akan tempiasnya kerana kuasa beli mereka menjadi lebih
terhad. Oleh hal yang demikian, rakyat haruslah mengambil inisiatif supaya perbelanjaan
keluarga dapat diurus dengan baik.
Pertama sekali, kita haruslah berbelanja mengikut keperluan. Sekiranya kita mempunyai
keghairahan untuk memiliki sesuatu barang demi memenuhi kehendak nafsu sendiri, maka
mustahillah kita berdaya upaya untuk menampung keperluan seharian yang menelan belanja
yang besar. Oleh hal yang demikian, amatlah wajar seseorang merancang perbelanjaan
sebelum membeli-belah di pasar raya. Tuntasnya, perbelanjaan yang berdasarkan keperluan
merupakan hasil daripada pengurusan perbelanjaan yang bijak dan berhemat.
Selain itu, kita juga patutlah membelanjakan wang berpandukan bajet yang ditetapkan.
Kita tidak seharusnya mempraktikkan amalan berbelanja secara boros kerana amalan tersebut
akan mengakibatkan kita terperangkap dalam krisis kewangan malahan banyak yang didapati
berhutang kepada ahli keluarga, rakan sebaya, saudara-mara dan sebagainya. Jikalau kita
tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan atau rendah, usahlah kita meniru gaya
berbelanja golongan yang berada seperti jutawan, pengusaha syarikat antarabangsa dan
golongan yang berstatus tinggi. Sesungguhnya, masyarakat yang berbelanja mengikut bajet
merupakan pengguna yang pintar.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang berkesan untuk menguruskan perbelanjaan
keluarga dengan baik. Justeru, pelbagai lapisan masyarakat haruslah berbelanja secara
berhemat agar kehidupan kita tidak terjejas dengan teruk sekali akibat kenaikan harga
barangan di pasaran tempatan, bak kata ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Usaha-Usaha Melahirkan Remaja Berwawasan

Remaja masa kini merupakan aset yang terpenting dalam sesebuah negara. Remaja juga
banyak memainkan peranan untuk meningkatkan kemajuan di dalam sesebuah negara. Namun
begitu , ramai remaja sekarang tidak mengambil peduli tentang kepentingan untuk menjadi
seseorang yang berwawasan tinggi. Malah , mereka juga banyak membuang masa dengan
melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh itu , pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
mengatasi masalah ini dengan melalui cara ibubapa mendidik remaja masa kini.
Usaha yang pertama adalah pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan yang
penting dalam mengusahakan untuk melahirkan remaja yang lebih berwawasan. Rakan sebaya
juga merupakan usaha bagi menglahirkan remaja yang berwawasan tinggi.Gaya hidup yang
seimbang juga mempengaruhi fikiran anak remaja masa kini bagi menghindarkan remaja
terlibat dengan gejala tidak sihat.
Selain itu , ibu bapa juga merupakan seseorang yang penting untuk membangunkan
remaja agar mereka mampu menjadi remaja yang berwawasan. Ibu bapa boleh memberi
didikan dan nasihat yang sewajarnya kepada anak-anak mereka yang kini mungkin digelar
sebagai remaja dimana mereka merupakan aset terpenting kepada negara.
Kesimpulannya , usaha ini perlulah berterusan agar sesebuah negara itu dapat mengelakkan
daripada huru-hara akibat masalah remaja-remaja yang tidak memiliki ilmu dan tiada wawasan
di dalam diri mereka.

Langkah-Langkah Menangani Tekanan Perasaan

Tekanan berlaku apabila seseorang menghadapi masalah besar dan berfikiran negative terhdap
sesuatu perkara. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan Tekananberlaku dalam seseorang
individu.Antara punca Tekanan adalah mengalami masalah hidup seperti masalah kewangan,
rumahtangga, persahabatandan Tekanan juga disebabkan oleh faktor sekeliling. Tanpa
disedari, Tekanan akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia jika mengalami
tekanan yang berterusan. Oleh yang demikian, individu haruslah bijak untuk menangani
masalah Tekanan yang selalu berlaku dalam diri manusia.
Antara langkah untuk mengatasi masalah stress adalah mengatur pemakanan yang betul.
Makanan adalah penting untuk individu mempunyai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.
Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus mengurangkan perasaan stress
tersebut timbul. Tambahan lagi, pengambilan makanan secara diet yang seimbang juga akan
dapat menambah zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan manusia. Dengan itu,
adalah amat penting untuk mengambil makanan yang menjamin kesihatan tubuh badan.
Langkah seterusnya berfikiran positif. Hal ini amat penting untuk kita berfikir secara bernas dan
bijak ketika berada dalam sesuatu situasi yang tegang. Semua masalah boleh diselesaikan jika
kita berfikir secara positif dan rasional dan stress hanya akan membebanka nmasalah yang
timbul dalamdiri seseorang. Oleh itu, seseorang akan lebih mudah mengawal emosi jika
berfikiran positif dan bersedia untuk mencari altenatif penyelesaian yang terbaik dalam usaha
menyelesaikan masalah tanpa perlu mempengaruhi kesihatan diri sendiri.
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang dilakukan untuk menghadapi tekanan
dalam kehidupan. Dengan tekanan jugalah fikiran boleh menjadi lebih matang dan dewasa.
Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu seorang
menghadapi tekanan dengan tenang.

Kesan Pengambilan Makanan Segera

Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan
remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan
segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makananmakanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan
segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan
pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa,
serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa
Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif
yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam
kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan
mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa
dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama
makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan
zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera
banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa
`monosodium glutimate yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan
seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.
Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akan mengancam radang paruparu yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Berdasarkan satu kajian sains
pemakanan mendapati bahawa daripada 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan
segera menunjukkan bahawa mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan,
sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang
penyakit asma yang berlarutan.
Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada
masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, untuk
mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan segera
yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan
terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan
seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Keracunan Makanan

Isu tentang keracunan makanan telah banyak kita dengar melalui media massa sejak
belakangan ini. Kejadian-kejadian seperti muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut malahan
sehingga membawa kematian akibat keracunan makanan, telah menyebabkan isu ini mendapat
perhatian banyak pihak. Terdapat pelbagai punca berlakunya keracunan makanan.
Keracunan makanan banyak berlaku disebabkan oleh kelalaian pengguna itu sendiri.
Kebanyakan anggota masyarakat tidak mempunyai pengetahuan tentang kesempurnaan
pengjagaan makanan. Kita perlu sedar bahawa kebersihan amat penting dalam proses
penyediaan makanan. Namun, ada antara kita yang tidak mengetahui cara yang betul
membasuh bahan makanan sebelum dimasak. Bahan-bahan seperti ikan, sayur-sayuran dan
buah-buahan amat sensitif dengan perubahan udara. Tanpa pembersihan yang teliti sebelum
dimakan atau pun dimasak, kuman di dalam bahan makanan akan membahayakan kita.
Selain itu makanan yang tercemar pasti mengundang bahaya keracunan makanan.
Pencemaran makanan berlaku apabila makanan yang disediakan atau dihidangkan itu
terdedah. Keadaan persekitaran yang kotor juga dapat mencemarkan makanan. Hal ini sudah
tentu menyebabkan makanan dihinggapi lalat, lipas dan tikus yang membawa kuman dalam
makanan. Impaknya keracunan makanan berlaku apabila kita makan makanan yang sudah
tercemar oleh kuman dan bakteria.
Konklusinya, kesedaran orang ramai tentang kebersihan makanan yang dimakan perlu
dipertingkatkan. Hal ini amat penting kerana gejala keracunan makanan akan dapat
menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup kita. Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin kebersihan makanan dan alam sekitar.

Sambutan Hari Guru

Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan elit-elit yang
bakal menerajui negara Malaysia. Dengan itu, guru telah diibaratkan jurutera bagi pemimpin
masa hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan bahawa jasa guru amat besar
sebagaimana jasa ibu bapa terhadap anak. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari Guru dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap
sekolah di negara kita.
Antara tujuan untuk menyambut Hari Guru ialah smabutan Hari Guru memberi peluang
kepada pelajar untuk membalas jasa guru yang tinggi ibarat gunung, dalam ibarat laut.
Contohnya, murid-murid dapat memberi hadiah seperti bunga, pen merah, buku nota dan
seumpamnya untuk merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak
mendidik kita menjadi modal insan yang berguna. Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik
murid menjadi seorang yang mengenang budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang
dihormati dan disayangi murid.
Selain itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan
antar guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan
berinteraksi semasa bermain permainan yang diadakan. Misalnya, permainan bola keranjang
antara murid dengan guru akan memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain selain dapat
berkongsi teknik bermain bersama. Secara tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah
dapat dibentukkan di kawasan sekolah.
Kesimpulannya, sambutan Hari Guru merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat
digantikan di peringkat sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam
terhadap guru dan murid. Akhir kata, sambutlah Hari Guru bersama guru yang kita sayangi!

Usaha-Usaha Memupuk Minat Bersukan Dalam Kalangan Remaja

Belakangan ini, isu minat bersukan dalam kalangan remaja pada hari ini semakin hebat
diperdebatkan oleh masyarakat dalam media massa di seluruh pelosok negara. Sehubungan
dengan itu, semua pihak mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk memupuk minat
para remaja bersukan sepanjang masa. Persis kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya perlu dipraktikkan oleh pelbagai pihak untuk menjayakan hasrat murni
ini.
Antara peranan yang boleh dilakukan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan
dalam kalangan remaja ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kebaikan bersukan ke
seluruh negara. Selain itu, pihak sekolah perlu melatih para pelajar bersukan juga merupakan
salah satu peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan belia di
negara ini. Di samping itu, peranan lain bagi menyemai semangat bersukan ialah ibu bapa
bertanggungjawab memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka ketika sukan. Persis
kata peribahasa, ke bukit sama didaki ke luruh sama dituruni perlu dihayati oleh pelbagai
dengan lebih bersungguh-sungguh lagi untuk menjayakan misi suci ini.
Seterusnya, pihak media massa boleh menyiarkan pelbagai iklan berkaitan dengan
sukan di kaca televisyen dan corong radio untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan
remaja di Malaysia. Pada masa yang sama, sokongan dan motivasi daripada rakan sebaya juga
merupakan peranan penting bagi menyemai minat generasi muda bersukan. Sesungguhnya,
peranan yang paling penting untuk menanam minat remaja bersukan ialah para remaja mestilah
bersikap lebih positif terhadap aktiviti sukan. Orang tua-tua ada berpesan, bulat air kerana
pembentung bulat manusia kerana muafakat sangat bertepatan diamalkan oleh pelbagai pihak
untuk menyemai minat bersukan dalam kalangan remaja di negara ini.
Tuntasnya, terdapat pelbagai usaha yang boleh kita lakukan untuk memupuk minat
bersukan dalam kalangan remaja di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah
komited untuk menyertai aktiviti sukan yang dijalankan di negara ini sepanjang hayat
mereka. Orang tua-tua ada berpesan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan perlu dijadikan panduan kepada para remaja supaya istiqamah bersukan. Dengan ini,
hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan generasi muda yang sentiasa bersukan akan dapat
direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

Anda mungkin juga menyukai