Anda di halaman 1dari 13

MODUL SUKSES

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

SPM
SET 1

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

Soalan 1: Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata nama. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Setiap individu perlu memiliki harga diri untuk menjadikan seseorang itu lebih percaya kepada
diri sendiri. Harga diri ialah pandangan seseorang terhadap diri sendiri tentang keupayaan untuk
mencapai kecemerlangan dalam hidup. Oleh itu, remaja perlu mempunyai tingkah laku yang baik
untuk meletakkan dirinya pada landasan yang betul. Hal ini amat penting untuk menentukan kejayaan
remaja berbekalkan budi pekerti yang luhur dan pendidikan yang baik. Dalam keinginan untuk
mencapai sesuatu matlamat, remaja seharusnya memiliki disiplin yang tinggi apabila diberikan
sesuatu tugasan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Remaja Perlu Mempunyai Harga Diri’
Oleh Izani Haji Daud,
Dewan Siswa . Bil. 1/2018

[ 8 markah ]

Soalan 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Nyatakan pola bagi ayat-ayat yang bergaris di bawah ini sama
ada berpola frasa nama + frasa nama (FN + FN), frasa nama + frasa kerja (FN + FK), frasa nama
+ frasa adjektif (FN + FA) atau frasa nama + frasa sendi nama (FN + FS).

Mata pena lebih tajam daripada mata pisau. Begitulah ungkapan yang masih berdiri kukuh
untuk mengangkat status bidang penulisan. Bidang penulisan bukan suatu bidang yang baharu.
Sejak belakangan ini, budaya menulis semakin suram terutamanya dalam kalangan remaja. Kemelut
ini berpunca daripada perkembagan dunia teknologi penyiaran dan hiburan serta sikap obses remaja
terhadap permainan video secara dalam talian. Ditambah pula dengan anggapan ibu bapa bahawa
bidang ini tidak membantu untuk menentukan masa depan yang lebih baik kepada anak-anak
mereka. Oleh itu, pihak sekolah haruslah berfikir di luar kotak dalam usaha mengembangkan bakat
dan kreativiti murid dalam pelbagai aktiviti seperti penulisan cerita, rencana puisi mahupun novel.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tentang Menulis, Mengapa Menulis dan
Menulislah’, oleh Dr. Suresh Kumar N Velymalay,
Majalah Pendidik, Mac 2018

[ 6 markah ]

2
Soalan 3 : Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Taiping diasalkan daripada perkataan Cina iaitu Tai-Peng yang bermaksud aman selama-
lamanya. Kesan dari keputusan kerajaan British untuk menjadikan Taiping sebagai pusat pentadbiran
mereka, bandar yang duhulunya mundur telah merubah menjadi bandar yang maju dan sibuk
berbanding dengan lain-lain bandar. Berkembang seiring era kemajuan, ujud rangkaian sejarah yang
menjadikan Taiping bagi sebuah bandar yang terkenal di Malaysia sehingga masa kini. Taiping
pernah mengambilalih peranan sebagai ibu negeri Perak daripada Kuala Kangsar di tahun 1876
hingga 1937 sebelum diganti dengan bandar Ipoh.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Taiping Bandar Warisan Zaman-berzaman’
oleh Chai Loon Guan, Dewan Budaya, Bil.
8/ 2020

[11 markah]

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu
pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia
sendiri pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan
namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka,
sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.”
Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipiskan Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
Soalan 5 : Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, beri peribahasa yang hampir sama makna dengan
peribahasa yang digaris dalam tersebut.

Bahan 1

Pihak radio dan televisyen perlu menyiarkan dokumentari atau filem tentang perjuangan tokoh
kemerdekaan. Kesannya, masyarakat hari ini lebih mengetahui asal usul sejarah negara dan
menimbulkan bibit-bibit semangat cinta akan tanah air kerana di mana bumi dipijak , di situ langit
dijunjung.

3
Bahan 2

Kepentingan menerapkan semangat cinta akan negara dalam kalangan masyarakat


Malaysia adalah untuk meningkatkan imej negara di mata dunia. Dengan adanya
semangat tersebut, masyarakat kita akan bekerjasama untuk mengekalkan kehidupan
yang harmoni selaras peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
muafakat.

[ 4 markah ]

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]

Soalan 6 : Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Satu kajian tentang keberkesanan pelaksanaan pendidikan sastera menerusi KOMSAS


Tingkatan 4 dalam jurnal pendidikan menunjukkan bahawa majoriti murid tidak menerima baik
pembelajaran KOMSAS kerana terpaksa mempelajari KOMSAS dan menganggap KOMSAS
sebagai suatu yang membebankan. Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) pada hakikatnya
dapat meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca murid terhadap pelbagai genre sastera iaitu
novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional. Karya yang dipilih sebagai
teks KOMSAS bukan sahaja mengandungi pelbagai jalan cerita, tetapi juga mengandungi nilai-nilai
murni yang boleh dijadikan teladan. Dari aspek lain pula, bakat murid dalam bidang penulisan
dapat dikembangkan. Namun, remaja pada masa ini lebih cenderung untuk membaca bahan
bacaan yang bersifat santai dan mudah menyebabkan kepentingan sastera semakin
dipinggirkan dalam kehidupan mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Nilai Sastera Membentuk Diri Remaja
oleh Dayang Sakini Mohd Kadri,
Dewan Siswa, Julai 2018

4
Bahan 2

Teater bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlu melibatkan dua
orang atau lebih penutur. Teater bercerita merupakan bentuk drama naratif yang berbentuk
penceritaan yang dilakonkan secara spontan oleh pelakon. Semasa berlakon, banyak perkataan,
ayat dan ungkapan dilafazkan. Hal ini secara langsung memperluas perbendaharaan kata murid
yang terlibat. Murid secara mudah dapat memahami maksud ayat atau perkataan yang
dilafazkan ketika berlakon. Ketika berlakon juga, murid perlu menghayati watak dan menunggu
giliran untuk berlakon. Hal ini membolehkan pemupukan sikap sabar dalam jiwa pelajar tersebut
di samping memupuk sifat mematuhi arahan guru. Oleh hal yang demikian, teater bercerita
memberikan banyak faedah kepada murid yang menjalankan aktiviti ini di bilik darjah malah amat
sesuai digunakan dalam usaha membudayakan Pembelajaran Abad Ke-21.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Berkomunikasi Menerusi Teater Bercerita’ oleh Wan Roslina Wan Ismail, Pelita Bahasa ,
Ogos 2017

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud semakin dipinggirkan.

[ 2 markah]

(i) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan faedah-faedah pembelajaran Komponen
Sastera (KOMSAS) dan teknik bercerita dalam kalangan murid.

[ 3 markah]

(ii) Penulisan kreatif seperti sajak, novel atau cerpen pada masa ini semakin kurang diminati.
5
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah bagi
menarik minat murid mempelajari penulisan kreatif?

[3 markah]

(iv) Beberapa rakan baik anda mengalami kesukaran untuk memahami karya-karya sastera yang
dipelajari di sekolah. Hal ini menyebabkan mereka sering mendapat markah yang rendah dalam
peperiksaan. Sebaliknya, anda pula sering mendapat markah yang cemerlang khususnya dalam
soalan berkaitan karya sastera.

Sebagai sahabat baik dan rakan sekelas, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk
membantu rakan-rakan baik anda memperoleh markah yang cemerlang.

[4 markah]

6
Soalan 7 : Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Nasib Buruh

Melarat di sepanjang jalan hidup tidak


kira, tubuh perit dipanggang suria tidak
hirau, dingin hujan menyiram muka
terus bekerja... terus pula menderita

Di rumah anak-anak dan isteri muram


durja apa untuk dimakan segala tiada
pakaian compang-camping namun.... hidup
diteruskan juga

Sumpah seranah majikan


segala diterima dengan senyum
getir patuh dalam kesabaran derita
untuk sesen wang yang diterima

Tapi semakin ditindas-tindas


jiwa buruh semakin bergelora
bersatu, bertenaga, bekerja dan berjuang
mencapai taraf hidup setara manusia

Usman Awang
Mei 1950

Bahan 2

Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat potensi yang
ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut peluang ini,
terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan menyediakan banyak
peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru. Ada pelbagai bantuan dan
skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuah bank khusus. Nah,
semuanya ada di hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan anda untuk
bekerja kuat, Ingat slogan ini, “Pertanian adalah Perniagaan”.
Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya untuk
memajukan tanah yang ditebusnya. Dia juga berharap kejayaannya nanti akan menjadi contoh
teladan kepada orang yang seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan daripada Dasar
Ekonomi Baru dan pelbagai projek pembangunan sebuah kerajaan yang prihatin.

Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam Dan Raja’


oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.

7
Bahan 3

Pantun Berkait (Bekerja)

Perahu layar mudik ke pengkalan;


Sampai pengkalan, memunggah barang,
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang

Sampai ke pangkalan memunggah barang,


Barang habis dibawa ke rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.

Barang habis dibawa ke rumah, Tiada


satu tinggal di perahu; Hapuskan
semangat culas dan lemah' Semua
kerja mestilah tahu.

Tiada satu tinggal di perahu,


Tidaklah bimbang barangkan hilang;
Semua kerja mestilah tahu,
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.

Tidaklah bimbang barangkan hilang,


Semuanya ada dalam selamat;
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.
Semuanya dikerja dengan cermat.

Dipetik dan diubah suai daripada


Pantun berkait (bekerja)
Penyelenggara: (Prof) Rahman Shaari dan
Mohd Pozi Hj Masurori Antologi
Harga Sebuah Lukisan

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud melihat potensi

[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan ciri-ciri seorang pekerja yang baik.

8
(iii) Malaysia kini sedang menuju negara maju dan berpendapatan tinggi seperti ngera Jepun. Oleh
itu, untuk mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang
berkemahiran tinggi.
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum memasuki
alam pekerjaan.

[3 markah]

(iv) Anda sudah memperoleh kerjaya yang mantap. Namun adik anda yang baru menamatkan
pengajian dalam bidang perniagaan ingin bekerja sendiri. Namun, dia tidak yakin & bimbang sama
ada dia boleh berniaga atau tidak.
Sebagai seorang abang yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi
masalah tersebut?

[4 markah]

9
Soalan 8 : Novel

(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Mungkinkah dia ingat siapa dirinya? Dari mana dia datang? Apakah tujuan hidupnya?

Sudah sebulan lebih "Aqram cuba menjejaki Farisha. Dr.Maxi yang memberikannya tugasan
khas ini. Aqram memulakan pencarian di syarikat lama tempat Farisha bekerja. Maklumat yang
diberikan oleh rakan-rakan lamanya di situ tidak berjaya membantu kerana Farisha sudah
berpindah rumah beberapa kali dan juga menukar nombor telefon. Alamat e-mel yang lama sudah
tidak aktif. Dia juga sudah menghapuskan akaun Facebook Twitter, dan blog peribadi.

Farisha seperti cuba menyembunyikan diri. Dia tidak pernah menghubungi rakan-rakan di
tempat kerja lama. Ramai yang mengakui kali terakhir mereka bertemu Farisha adalah pada hari
terakhir dia bertugas di situ.

Dipetik daripada Di Sebalik Dinara


Karya Dayang Noor,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Aqram mengambil masa begitu lama untuk menjejaki
Farisha?

[4 markah]

10
(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut :

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

Pelbagai masalah sering diketengahkan oleh pengarang sesebuah novel untuk menjadikan jalan cerita
sesebuah novel tersebut lebih menarik.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang memaparkan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat setempat dan cara masalah tersebut diselesaikan.

[6 markah]

11
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]

Soalan 9 : Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza. Pergaulan antara
kaum yang terhad menjadi halangan utama kepada kerajaan untuk mewujudkan integrasi nasional.
Sebagai contoh, murid-murid di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama kaum
dengan mereka. Perpaduan kaum boleh disemai dalam kalangan murid sekolah melalui
penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Perasaan ini dapat dipupuk ketika
guru mengajar mata pelajaran Sejarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan. Perpaduan juga dapat
diperkukuh dengan cara memupuk semangat setia kawan dan bertolak ansur dalam kalangan rakyat
Malayisia. Semangat setia kawan dan tolak ansur ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang
hidup dalam suasana harmoni.

Perbezaan agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai menjadi
kekangan dalam usaha memupuk semangat perpaduan. Keadaan ini menimbulkan perbezaan
pendapat di antara mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan. Bagi mengatasi
masalah ini kerajaan perlu menggalakkan rakyat menganjurkan aktiviti rumah terbuka yang terbukti
dapat mengeratkan hubungan antara rakyat berbilang kaum. Selain itu, kewujudan surat khabar
pelbagai bahasa juga menjadi penghalang dalam mengeratkan perpaduan kaum. Hal ini secara tidak
langsung menyemarakkan semangat perkauman dan menghalang integrasi nasional dicapai.
Kerajaan perlu memastikan surat khabar pelbagai bahasa ini sentiasa menjaga sensitiviti setiap
kaum di negara kita. Dengan cara ini, masyarakat akan bersatu padu dan keharmonian negara
berkekalan pada masa akan datang. Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan dapat disemai di
sekolah dengan cara menekankan nilai-nilai rohani dan budaya bersama-sama dalam kalangan
murid pelbagai kaum. Nilai-nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral. Dasar penubuhan Sekolah Wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga sekolah
rendah iaitu SRK, SRJK(C) dan SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan antara kaum.

Dipetik dan diubah suai daripada rencana


‘Cabaran Mengurus Defisit Kepercayaan Antara Kaum di Malaysia’
oleh Syaza Wardina Abd Khalik
Dewan Masyarakat, Februari 2020

12
Bahan 2 - Carta pai

KERTAS SOALAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai