Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,


Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis.

Yang Dihormati,
Cikgu Rahamah Binti Ayob,
Penolong kanan Pentadbiran SMK Taman Desa Tebrau,

Cikgu Siti Normala binti Jamari,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Taman Desa Tebrau

Cikgu Wong Choon Fah,


Selaku pemangku Penolong Kanan Kokurikulum SMK Taman Desa
Tebrau

Barisan guru kanan mata pelajaran, guru-guru, dan seterusnya pelajar-


pelajar yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan


limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi
menyempurnakan Program 100 hari kearah kecemerlangan SPM 2019 SMK Taman
Desa Tebrau bagi tahun 2019.

Pelajar-pelajar yang dikasihi,

Saban tahun pelbagai program kecemerlangan khususnya untuk murid-murid


tingkatan lima akan diadakan di sekolah kita sebagai satu program yang penting
sebelum pelajar-pelajar Tingkatan lima masuk berjuang di dalam dewan
peperiksaan.

Pelajar –pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di 10 meter terakhir di dalam


acara pecut 100 meter. Saya menyeru agar semua pelajar memecut ke garisan
penamat dengan melipatgandakan usaha. Jangan sampai terkulai keletihan
sebelum sampai ke garisan penamat. Pada waktu inilah memerlukan
ketenangan. Jangan panik dan tidak keruan. Kembali fokus dan terus berusaha.
Saya selalu menggunakan akronim DUIT dalam menerangkan tentang perkara
penting untuk menjadi pelajar yang cemerlang. D adalah Doa yang kita titipkan
setiap masa dan doa ibu bapa dan guru-guru. U adalah usaha yang kita kerjakan
ke arah kecemerlagan akademik. I adalah istiqamah iaitu konsisten atau usaha
berterusan dan akhir sekali adalah T iaitu Tawakal iaitu menyerahkan segalanya
kepada Allah S.W.T. Oleh itu Program 100 hari kearah kecemerlangan SPM di
antara tujuannya adalah unutk mendapat D iaitu DOA dan U iaitu USAHA yang
diterangkan tadi.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,

Gunalah peluang ini untuk memohon daripada semua guru agar dihalalkan ilmu
mereka dan mohonlah daripada mereka doa agar urusan peperiksaan SPM nanti
dipermudahkan.

Guru-guru yang dihormati sekalian,

Halalkanlah ilmu yang telah disampaikan dan iringilah anak-anak kita yang
akan berjuang di dalam dewan peperiksaan nanti dengan doa ikhlas seorang
guru. Sesungguhnya kejayaan mereka merupakan kejayaan kita juga.

Pesanan terakhir saya kepada pelajar-pelajar adalah supaya menjaga


keselamatan dan kesihatan kerana kamu semua akan mengambil peperiksaan
yang penting tidak lama lagi. Habiskan masa dengan perkara yang berfaedah.
Jangan leka dan terus beri tumpuan kepada SPM dan in sya Allah urusan kalian
akan dipermudahkan nanti.

Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan SPM dan selamat berjuang. Sekian
terimakasih.

Anda mungkin juga menyukai