Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN PETASEH ( BERASRAMA )

71600 KUALA KLAWANG, JELEBU


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Laman Web :http://skpetaseh.50webs.com E Mail : skpetaseh@gmail.com
Kod Sekolah : NBA0010 Tel :06- 4941400 Fax : 06-4941400
MOTIVASI PELAJAR
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
1.USAHA
. Anda perlu ingat bahawa berusaha adalah satu
kemestian;maknanya belajar bersungguh-
sungguh adalah syarat mutlak sesuatu
kejayaan.Berusaha bersungguh-sungguh juga
bermakna seseorang itu tidak boleh mudah
putus asa dalam mengerjakan sesuatu,apatah
lagi dalam mengejar cita-cita dan impian.
2. Tidak Ada Pelajar Yang Dengan
Sendirinya Bodoh Dan Cerdik
Yang ada ialah pelajar yang rajin membuat latihan dan pelajar yang
malas membuat latihan.Mereka tidak sanggup bekerja kuat dan
tidak tahan dengan sedikit kesusahan.Suka meniru dari kawan dan
hanya menyiapkan sebahagian sahaja.
3.DISIPLIN

.bermaksud apa saja tugas yang kita lakukan,kita laksanakannya
sehingga selesai.Pelajar yang berdisiplin tahu bahawa salah satu
tugas utama di sekolah ialah berusaha untuk memperoleh
keputusan cemerlang.Dari awal tahun lagi kita harus belajar
bersungguh-sungguh sehinggalah ke hujung tahun.


4.Rakan Yang Positif.
Pilih rakan yang selalu memberi semangat
dan akan bersama-sama kita berusaha
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Rakan yang negatif tidak memberi
semangat.Jika berdamping dengan
mereka ,kita akan menjadi orang yang
negatif.
5.Beri Tumpuan Semasa Guru
Mengajar
Tanya diri sendiri kenapa saya ke
sekolah?Di mana belajar?Siapa yang
mengajar?
Kita sedia maklum bahawa kita belajar di
dalam kelas dan gurulah yang mengajar
kita.Kalau hendak memahami sepenuhnya
apa yang diajar oleh guru maka kita perlu
memberi tumpuan sepenuhnya semasa
dalam kelas.
6.Menerima dan Meminta Nasihat.
Salah satu cara terbaik untuk belajar ialah
belajar daripada mereka yang telah pun
berjaya.Nasihat daripada orang yang lebih
dewasa,yang lebih bijak daripada kita,dan
yang lebih pengalaman daripada kita perlu kita
dengar.
-Malang sekali ada juga di kalangan pelajar yang
sombong tidak mahu mendengar nasihat atau
pun tidak mahu menikut nasihat.
7.Kemahuan
Pelajar cemerlang lebih mengutamakan
perkara-perkara penting seperti membuat
latihan,mengulang kaji,menyiapkan kerja
rumah yang diberi.Oleh sebab menonton
televisyen,bermain komputer,membaca
komik atau majalah hiburan,dan berbual
kosong lebih seronok daripada ulang kaji
maka pelajar itu menjadi pelajar yang
lemah.
8.Ingat Jasa Ibu /Ayah
Peranan ibu/ayah sebagai
pengasuh,pencuci,tukang
masak,jururawat,guru,penjaga,dan pencari
rezeki.Semua ini dilakukan bukan setahun
dua tetapi sehingga anak
dewasa.Maknanya jasa ibu dan ayah
terhadap pelajar terlalu besar.Maka
sebagai langkah permulaan,kita
hendaklah berjaya dalam peperiksaan.
9.Rajin
Orang yang sentiasa berusaha dan
berikhtiar dan mencari jalan untuk
mendapatkan sesuatu yang dihajati
walaupun tanpa bantuan dan sokongan
sesiapa.Rajin itulah penyebab utama
segala kejayaan,malas iutlah punca utama
setiap kegagalan.
10.Tawakkal
Apabila kamu telah membulatkan tekad
maka bertawakkallah kepada Allah.
Bertekad bermaksud meletakkan satu
keazaman yang kuat untuk memberi
tumpuan kepada sesuatu kerja sambil
mengetepikan perkara yang tidak penting.
Terima kasih.
SELAMAT MENJADI WARGA
SK PETASEH (BERASRAMA)
CEMERLANG.

Anda mungkin juga menyukai