Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BUSANA MUSLIMAH

Anjuran
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
( PPIM )
Dengan kerjasama
Badar Elobest
SMK ELOPURA
SANDAKAN

14 - 15 MEI 2015

MUQADIMAH
Keruntuhan akhlak dan moral masyarakat Islam terutama para remaja pada hari ini berada
pada tahap yang amat membimbangkan. Ghazwatulfikir (serangan pemikiran) yang menyerang
pemikiran ummat Islam begitu ketara ketika runtuhnya kerajaan Uthmaniyah pada 03 Mac 1924
Hijrah. Rentetan itu, masalah seperti judi, zina, rogol, pendedahan aurat, dadah, pelacuran,hedonisme
dan banyak lagi telah menjadi masalah utama yang begitu pesat meracun pemikiran ummat Islam.
Justeru itu, selaku umat islam yang dilahirkan untuk menjadi khalifah adalah menjadi tanggungjawab
kita untuk bersama-sama memerangi serangan pemikiran ini. Atas kesedaran itu Pergerakan Puteri
Islam Malaysia (PPIM) marancang untuk menganjurkan Pertandingan Busana Muslimah agar menjadi
salah satu kaedah untuk kita berusaha mengingatkan para remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah
yang akan mencorak pemerintahan negara suatu hari nanti agar terus bertakwa kepada Allah s.w.t .
Kami juga berharap agar program ini terus mendapat galakkan daripada semua pihak agar usaha
dakwah kita dan tanggungjawab kita terlaksana di samping kita ingin mengejar kejayaan di dunia
yang fana ini. Sesungguhnya orang mukmin itu menginginkan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan
akhirat.
Pada masa kini kita melihat pemakaian dikalangan masyarakat islam itu sendiri tidak
mencerminkan sebagai seorang muslimah sejati. Mereka lebih terpengaruh dengan cara pemakaian
artis-artis pujaan mereka terutamanya artis Negara Korea yang menjadi kegilaan pelajar masa kini.
Oleh itu Pertandiangan Busana Muslimah anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia bertujuan
mendedahkan kepada pelajar bagaimana berpakaian menurut syariat Islam. Selain itu pada pelajar
juga dapat memahami konsep berpakaian yang menutup aurat dan bukannya berpakaian sekadar
memakai baju.
MATLAMAT
Matlamat Pertandiangan Busana Muslimah anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia ini
diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang mantap iman dan akidahnya serta subur dengan nilainilai murni seterusnya mampu melaksanakan ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah secara praktikal
agar dapat diamalkan dalam kehidupan mereka seharian.
OBJEKTIF
Di antara objektif Pertandiangan Busana Muslimah anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia
ialah :
1.
2.
3.
4.
5.

Menjelaskan bagaimana pakaian menurut syariat islam


Menjelaskan dan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai akidah islam yang
sejahtera.
Melatih pelajar agar memiliki keyakinan diri, ketakwaan kepada Allah serta keperibadian
diri yang mantap.
Memberi penekanan terhadap konsep ibadah menurut perspektif islam.
Menampilkan akhlak terbaik dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh teladan
yang terbaik.

NAMA PROGRAM
Pertandiangan Busana Muslimah
ANJURAN
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
SASARAN
Pelajar Islam tingkatan 1 hingga 5 tahun 2015
TARIKH / HARI
14 - 15 Mei 2015 (Khamis-Jumaat)

TEMPAT
Kelas 3.1 kategori perempuan & lelaki
PENGISIAN
1.
2.
3.
4.
5.

Para peserta berkumpul


Para peserta mendengar syarat-syarat pertandingan
Pertandingan busanah muslimah kategori lelaki dan perempuan
Sesi soal jawab dengan juri
Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertama, kedua dan ketiga

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung

Puan Hajah Kalsom Hj Abd. Aziz

Penasihat

Puan Siti Nor Bin Mohd. Arip (PK Ko-Kum)


Encik Alias Bin Che Long (PK Hem)

Penyelaras I

Pn. Hasna Binti Yunus

Penyelaras II

Pn. Normaliza Binti Abd. Azis

Setiausaha

Pn. Nadiah Binti Mohd. Khalid

Bendahari

Ustazah Norul Akma Binti Derahman

AJK PELAKSANA (Pelajar)


Penghulu

Siti Ainul Syafiqah Binti Rozaiman

Timbalan

Nurul Syafirah Binti Abdul Malik

Setiausaha

Norafidah Binti Junir

Penolong Setiausaha

Nursyhirah Binti Rosman

Bendahari

Normazidah Binti Mahadi

Penolong Bendahari

Nurr Ilmi Syafiqah Binti Mohd Umar

AJK

Ilya Syamira Binti Samti


Nor Manisah Binti Rosdi
Nurul Huda Nasuha Binti Bakri
Nik Nurul Aliyyah Binti Nik Zulkifli
Nurul Atikah Binti Subol

AJK Pendaftaran

Sakilah Binti Sainan


Romlah Binti Ahmad

AJK Disiplin

Erdawati Binti Suda


Norfatehah Binti Muhammad Aiman Jahya

AJK Teknikal

Noor Ismeldah Binti Ismail

Fotografi

Siti Nur Hajar Binti Abdul Jamil

AJK Kebersihan

Saziah Tan
Nursyahirah Binti Rosman

AJK Cenderahati
& hadiah

Norasmah Binti Aidil


Nur Azlieanah Syafikah Binti Ampang
Nur Shafikah Binti Zaki

Pengacara Majlis

Noranisah Binti Issah

TENTATIF PROGRAM
14 Mei 2015 (KHAMIS)
Kategori Perempuan
Masa
07.30 am 08.00 am
08.00 am 08.15 am
08.15 am 09.30 am
10.00 am 10.30 am
11.00 am

Aktiviti
Pendaftaran
Penerangan Syarat-syarat pertandingan
Pertandingan Busana Muslimah
Penyampaian Hadiah
Pertandingan Tamat

15 Mei 2015 (JUMAAT)


Kategori Lelaki
Masa
07.30 am 08.00 am
08.00 am 08.15 am
08.15 am 09.30 am
10.00 am 10.30 am
11.00 am

Aktiviti
Pendaftaran
Penerangan Syarat-syarat pertandingan
Pertandingan Busana Muslimah
Penyampaian Hadiah
Pertandingan Tamat

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

Harga seunit

Anggaran harga

Catatan

RM 1 X 30
RM 30.00

RM 30.00

Peralatan :
i. Kertas berwarna
ii. Alat tulis
iii. Warna

RM 7.80 X 2
RM 3.00 X 2
RM 7.00 X 2

RM 15.60
RM 6.00
RM 14.00

Sumbangan Seko

Hadiah Pertandingan
i. Pertama
ii. Kedua
iii. Ketiga
Cenderahati AJK
Jumlah Perbelanjaan

RM 15 X 2
RM 10 X 2
RM 8 X 2
Sijil
RM 101.00

RM 30.00
RM 20.00
RM 16.00

Sumbangan Seko

Pendapatan
Yuran Penyertaan
Jumlah Pendapatan
Perbelanjaan

PENUTUP
Akhir kata , adalah diharapkan agar Pertandingan Busana Muslimah ini berupaya mencapai objektif
yang telah digariskan demi melahirkan pelajar yang beriman , berilmu , beramal dan bertaqwa.
Semoga usaha ini diberkati oleh Allah . In Sha Allah.
Sekian , Wassalam .
Disediakan oleh ,
..
(Norafidah Binti Junir)
Setiausaha PPIM 2015
SMK Elopura Sandakan.

Anda mungkin juga menyukai