Anda di halaman 1dari 7

BENGKEL DEBAT BAHASA ARAB

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA


TERENGGANU

TARIKH:
18-19 JANUARI 2017

TEMPAT:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL
KUALA NERUS

ANJURAN:
JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU

1.0

TAJUK

Bengkel Debat Bahasa Arab Sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu


2.0

PENDAHULUAN
Debat Bahasa Arab merupakan salah satu metod untuk melatih kemahiran

berbahasa arab khususnya dalam aspek percakapan, pembacaan, penulisan dan


pendengaran. Metod ini digunapakai secara meluas di Indonesia dan juga
Singapura di peringkat sekolah menengah lagi. Sekolah-sekolah seperti Pondok
Moderen Guntor di Indonesia dan Madrasah Al Junaid di Singapura merupakan
antara sekolah-sekolah yang menjalankan aktiviti ini secara aktif.
Mempelajari Bahasa Arab dengan cara seumpama ini telah menjadi
popular di negara kita. Aktiviti ini diadakan secara serius di universiti-universiti
dan dipertandingan di peringkat kebangsaan diantara uniersiti-universiti bahkan
diantara sekolah-sekolah seluruh negara sejak tahun 2008 lagi. Pertandingan ini
juga turut dipertandingkan di peringkat antarabangsa yang mana negara Qatar
telah menjadi hos yang mana SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan
Imtiyaz Besut pernah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
3.0

RASIONAL
Sesuai dengan objektif penubuhan sekolah menengah agama Terengganu

iaitu melahirkan pelajar-pelajar lulusan Sekolah Menengah Agama Terengganu


yang menguasai bahasa Arab dan memahami agama dari sumber yang asal,
program ini diharapkan dapat memberi input yang berkesan bagi memberi
pendedahan kepada para guru dalam daripada cara-cara memilih pelajar
seterusnya kaedah-kaedah melatih mereka dengan kemahiran debat Bahasa
Arab. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan para pelajar
sekolah

menengah

agama

Terengganu

setapak

kehadapan

sebagaimana

sekolah-sekolah cemerlang yang lain di seantero nusantara.


4.0

VISI
Visi yang ingin dicapai melalui program ini ialah untuk memberi bimbingan

dan asuhan kepada guru-guru dalam kemahiran berbahasa Arab dari aspek
mendengar, bercakap, membaca dan menulis melalui medium debat Bahasa
Arab untuk digunakan bagi melatih para pelajar bagi menghadapi pertandingan.

5.0

OBJEKTIF
Objektif yang ingin dicapai daripada program ini adalah seperti berikut :
5.1

Memberi pendedahan kepada para guru dan pelajar sekolah-sekolah

menengah agama Negeri Terengganu tentang debat Bahasa Arab dari segi
format perdebatan, penyediaan teks, pemilihan peserta dan teknik latihan.
5.2

Bengkel Debat Bahasa Arab bertujuan untuk memberi panduan

kepada guru bagi melatih serta menguruskan hal-hal yang diperlukan bagi para
pelajar sekolah masing-masing.
5.3

Menyediakan para pelajar yang mampu bertanding di Pertandingan

Debat Bahasa Arab peringkat negeri mahupun kebangsaan yang diadakan


secara tahunan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
6.0

AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG

Tn. Haji Lothman bin Awang

PENASIHAT

Tn. Haji Mohd Nasir bin Tahir

AHLI JAWATNKUASA

En. Md Zubir bin Ab Rahim


En. Saifuldin bin Azman
En. Muhd Naqiyuddin Afifi bin Soleh
Cik Ainaa Atia binti Kamuzzaman

7.0

KUMPULAN SASARAN

Dua orang guru dari setiap sekolah-sekolah agama negeri dan Madrasah Moden
MAIDAM (Salah seorangnya adalah guru Arab jika ada).
13 buah sekolah X 2 Orang guru = 26 Orang guru.
Penceramah
Ahli Jawatankuasa

= Seorang.
= 3 Orang.

8.0

TARIKH : 18-19 Januari 2017

9.0

TEMPAT : Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala

Nerus.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BI

PERKARA

KETERANGAN

L
1
2

JUMLAH (RM)

PERBELANJAAN /
Bayaran Penceramah
Penginapan (Asrama)

RM
8 Jam X RM 80.00
RM 5.00 X 29 Orang

RM 640.00
RM 145.00

X 1 Hari
3

Penginapan Penceramah

RM 150.00 X 1 Hari

RM 150.00

Makanan

RM 30.00 X 30

RM 900.00

Sijil
Modul Program

Orang
RM 3.00 X 30 Orang
RM 20.00 X 30

RM 90.00
RM 600.00

5
6

Orang
Jumlah Keseluruhan

RM 2525.00

11.0 TENTATIF PROGRAM


TARIKH/HARI

MASA

AKTIVITI

Hari Pertama
18 Januari

Pendaftaran.
Sarapan Pagi.

8.00 Pagi

2016
Taklimat
9.00 Pagi
11.00 Pagi

Slot 1 :
Pengenalan kepada Debat Bahasa
Arab : Format dan Peranan setiap
pendebat .

Slot 2 :
11.00 Pagi

Kaedah Pemilihan Pendebat, Latihan

1.00 Petang

dan Penghakiman.



1.00
Petang
2.00

Rehat dan Makan Tengah Hari.

Petang.
Slot 3 :
2.00 Petang
4.00 petang

Bengkel Amali Praktikal Penulisan


Debat.

4.00 Petang

Minum Petang.

6.30 Petang

Makan Malam.

9.00 Malam

Hari Kedua
19 Januari
2016

8.00 Pagi- 10.00


Pagi

Penyediaan teks

Slot 4 :
Praktikal Debat

10.00 11 Pagi

Majlis Penutup dan Penyerahan Sijil


Kepada Peserta.

12.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini akan dapat mencapai objektif yang
dihasratkan iaitu untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan para guru
berkaitan Bahasa Arab sebagai bekalan untuk mendidik bagi mencapai
kemenjadian pelajar seiring dengan cabaran global masa kini. Kerjasama
daripada semua pihak amatlah diperlukan untuk menjayakan program ini dan
moga-moga program ini mampu meneruskan kecemerlangan sekolah-sekolah
menengah agama negeri di peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh,

Disemak,

(MD ZUBIR BIN AB. RAHIM)

(TN. HAJI MOHD NASIR BIN

TAHIR)
Urusetia

Penolong Kanan Pesuruhjaya

Akademik
Bengkel Debat Bahasa Arab,

Madrasah Moden, Tamayyuz dan

Sekolah-sekolah Menengah Agama,

Bahasa Arab,

Terengganu Darul Iman.

Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu.

Diluluskan Oleh,

..
TN. HAJI LOTHMAN BIN AWANG
6

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pendidikan)


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai