Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BENGKEL KAEDAH PEMANTAPAN


PERTUTURAN BAHASA ARAB

ANJURAN:

JAWATANKUASA PENYELARAS MAAHAD


TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN

DENGAN KERJASAMA

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT


ADDIN - 4 (DIPLOMA)
KERTAS KERJA
BENGKEL KAEDAH PEMANTAPAN PERTUTURAN BAHASA ARAB

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan segala bentuk


perancangan yang telah dirangka bagi menjalankan Bengkel Kaedah
Pemantapan Pertuturan Bahasa Arab serta menjadi garis panduan dalam
melaksanakan bengkel tersebut.

2.0 LATAR BELAKANG

Aspek kemahiran berbahasa adalah meliputi Kemahiran Lisan, Mendengar dan


Bertutur, Membaca dan Menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur
merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal
ini demikian kerana para pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan lebih baik.

Oleh yang demikian, menjadi hasrat kami untuk mendedahkan kepada para
peserta di kalangan guru-guru Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN ini,
beberapa kaedah, teknik dan aktiviti kemahiran bertutur supaya mereka dapat
mengaplikasi kepada para pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Peserta dapat memperkasakan pertuturan Bahasa Arab di dalam dan


luar kelas.

3.2 Peserta dapat mengetahui kaedah untuk menambahkan mufrodat di


kalangan para pelajar.

3.3 Peserta dapat mengetahui kaedah menggabung jalin antara pemerkasa


-an mudrofat dan pertuturan Bahasa Arab di kalangan para pelajar.

4.0 ANJURAN

Jawatankuasa Penyelaras Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN Perak


dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN - 4 (Diploma)

5.0 SASARAN

25 orang guru Bahasa Arab dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN

6.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 12 April 2017 (Rabu)


Tempat : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN - 4
7.0 JADUAL PROGRAM

Lampiran 1

7.0 PENGIKTIRAFAN

Sijil akan dikeluarkan oleh Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN - 4


kepada para peserta

8.0 PENUTUP

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif-objektif yang
disasarkan, InsyaAllah.

Disediakan oleh:

(MOHAMED DHIA ADDIN BIN MOHAMED ZAIN)


Ketua Penyelaras
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN

Disahkan oleh:

(WALEED ALI SOLAH AL-MAHDARI)


Ketua Penolong Pengarah Akademik
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN - 4

Diluluskan oleh:

(MOHD FAZALI BIN ABDUL MANAS)


Pengarah
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN - 4
Lampiran 1

JADUAL BENGKEL KAEDAH PEMANTAPAN PERTUTURAN


BAHASA ARAB

8.00 pg - 8.30 pg : - Pendaftaran peserta


- Sarapan pagi

8.30 pg - 10.30 pg : - Slot 1

10.30 pg - 11.00 pg : - Minum pagi

11.00 pg - 1.00 t/hari : - Slot 2

1.00 t/hari - 2.30 ptg : - Makan tengahari


- Solat Zohor

2.30 ptg - 4.30 ptg : - Slot 3

4.30 ptg : - Penutup


- Minum petang

Anda mungkin juga menyukai