Anda di halaman 1dari 6

No.

Rujukan [4/2022/PI/SKST]

KERTAS CADANGAN
KEM BESTARI SOLAT (KBS) SIRI 2
TAHUN 2022

YBrs. En. Mohd Razali bin A Rahman

KEM BESTARI SOLAT SIRI II


___________________________________________________________________________

2. PENGENALAN
Kem Bestari Solat ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya boleh
bersembahyang dengan sempurna. Kesempurnaan dalam mendirikan solat ini diambil kira dari
sudut cara berwuduk, rukun-rukun di dalam perbuatan solat, bacaan ayat-ayat lazim dan tertib
solat.

Kem ini dijalankan 2 kali setahun iaitu Kem Bestari Solat Siri 1 dan 2. Diharapkan
aktiviti ini dapat memberi kesan kepada murid-murid yang terdiri daripada tahun 1 hingga 6
dalam mempertingkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk
melaksanakan perintah Allah (swt).

3. OBJEKTIF PROGRAM
1. Murid dapat berwuduk dengan betul dan sempurna.
2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu.
3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul dan
sempurna.
4. Murid dapat membaca bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
5. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samada secara bersendirian
atau berjemaah.
6. Murid dapat mengingati surah-surah pendek untuk solat harian.
7. Murid dapat menyatakan perkara yang membatalkan wuduk dan solat.

1
4. BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 21 dan 22 November 2022
Tempat : Surau SK Teruntum
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Jumlah murid terlibat : 275 orang murid
: Semua murid Islam tahun 1 hingga 6

5. PENGISIAN KEM BESTARI SOLAT

1. Amali Wuduk dan Amali Perlakuan Solat (Rukun & Sunat)


2. Bacaan dalam Solat (Rukun & Sunat)
3. Membaca dan menghafaz surah-surah pendek berserta maksud ayat.
4. Azan dan Iqamah serta jawab Azan & Iqamah
5. Amali Solat Jenazah

6. JAWATANKUASA KERJA

Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan

Penasihat :

Pengerusi En. Razali Bin A Rahman,PKC

Pn. Dayang Zukyanatusaniah Binti Awangku Abd Hamid

Naib Pengerusi I :

2
En. Kamaruddin Bin Mat Ali

Naib Pengerusi II

Setiausaha Pn. Syahida binti Salleh

Bendahari Pn. Nur Amini binti Mat Zaid

Fasilitator En. Mohd Nazir Bin Awang Hamat

Pn. Syahida binti Salleh

Pn. Nur Amini binti Mat Zaid

Pn. Wan Rasyidah Binti Wan Sulong

3
En. Mohd Famir bin Zakaria

En. Nawawi Bin Derahim

En. Syahril Nizam Bin Mohamed

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
ITEM HARGA JUMLAH
Makan & Minum RM 2.50 x 275 RM 687.50

JUMLAH RM 687.50

8. PENUTUP
Semoga Kem Bestari Solat bagi tahun 2022 ini dapat dijalankan dengan jayanya dan
seterusnya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian peserta sejajar dengan usaha
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelektual dan
sosial. Kerjasama dan komitmen yang jitu dari semua pihak khususnya warga SK Saint
Thomas diharapkan dapat melicinkan lagi perjalanan kem pada tahun ini dan seterusnya
memberi impak yang positif kepada peserta. Semoga segala ilmu yang dibekalkan menjadi
panduan dan amalan anak didik sekolah ini dalam menjalani kehidupan di masa akan datang.

4
Disediakan oleh: Disemak oleh:

(MOHD NAZIR BIN AWANG HAMAT) (MOHD RAZALI BIN A RAHMAN)


Penyelaras Guru Besar
Kem Bestari Solat II SK Saint Thomas, Kuantan
1444H/2022M
Tarikh :
Tarikh :

5
KERTAS CADANGAN
KEM BESTARI SOLAT SIRI II TAHUN 1444H/2022M
___________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kem Bestari Solat Siri II Tahun

1444M/2022M

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kem Bestari Solat Siri II Tahun

1444M/2022M

Ulasan :

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

(MOHD RAZALI BIN A RAHMAN)


Guru Besar
SK Saint Thomas, Kuantan

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai