Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 13 MEI-24 MEI 2019

SMK DESA CEMPAKA 71800 NILAI


NEGERI SEMBILAN

LAPORAN PROGRAM
IHYA RAMADHAN PPKI SMK
DESA CEMPAKA
13 MEI -24 MEI 2019
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA
71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN.

LAPORAN PROGRAM

TOPIK
BUTIRAN/KETERANGAN

NAMA PROGRAM PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1440H

1.1 Memberi kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan


Ramadhan Al-Mubarak.
1.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan
OBJEKTIF amalan-amalan sunat yang lain.
1.3 Memberi peluang kepada warga sekolah menambahkan amal jariah.
1.4 Menggalakkan murid untuk mengamalkan doa dalam aktiviti seharian.
1.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga PPKI, ibu bapa dan
masyarakat setempat.

TARIKH 13 MEI 2019-24 MEI 2019

SASARAN Semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Desa Cempaka.

PENCAPAIAN
-

PENGISIAN
RUJUK LAMPIRAN
PROGRAM

CADANGAN
Memastikan perancangan yang lebih teliti dibuat supaya tiada perkara terlepas
PENAMBAHBAIKA
pandang. Menyediakan senarai semak sebagai panduan dan rujukan.
N
Program berjalan dengan lancar dan jayanya dengan kerjasama yang baik di
antara guru dan murid.
 Sepanjang program, murid telah didedahkan dengan aktiviti yang
IMPAK/REFLEKSI
berfaedah dan terancang sesuai dengan kesucian dan keberkatan Bulan
Ramadhan Al-Mubarak.
 Murid telah didedahkan dengan zikir asma ul husna, bacaan doa selepas
azan dan juga tazkirah ringkas. Melalui program ini juga secara tidak
langsung dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan agama yang lebih
baik.

Disediakan oleh,

…………………………….

(NOOR ZAKIAH BT MD ZUBIR)


Guru PPKI SMK Desa Cempaka

8.0 JADUAL PELAKSANAAN


CADANGAN AKTIVITI SEMPENA IHYA’ RAMADHAN
Bil Aktiviti Nama Guru dan PPM Cadangan Tarikh
1. Celik Doa Pn Noor Zakiah bt Md Zubir 13 Mei 2019
(Isnin)
2. 1 hari 1 Surah Pn Amina bt VP Hamzah 14 Mei 2019
(Selasa)
3. Membuat Sampul Duit Pn Wan Faridah Fairuz bt Wan 15 Mei 2019
Raya Ramli (Rabu )

4. Projek Jom Bersedekah Pn Nadzimah bt Idris 13 Mei 2019-


17 Mei 2019
5. Pertandingan azan dan Pn Norshidawati bt Ibrahim 20 Mei 2019
iqamah (Isnin)
6. Pertandingan melukis Pn Nor Mas Hidayu bt Mohd Nor 21-22 Mei 2019
banner Ramadhan Pn Norhaslin bt Sukor (Selasa-Rabu)
7. Pertandingan membuat Pn Rosmahayu bt Mat Rasit 23 Mei 2019
kad raya (Khamis)
8. mKuiz Ramadhan Cik Siti Aisyah Fatimah bt Zailani Setiap hari Jumaat
9. Penyampaian duit raya Pn Shumaishah bt Ismail 24 Mei 2019
dan sesi bersalaman (Jumaat)
dengan guru

8.1 Perincian aktiviti


i. Buletin Ramadhan
Edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa. Risalah akan
diedarkan sebanyak dua kali sepanjang Ramadhan dengan pengisian
mengikut fasa, iaitu di awal Ramadhan dan di akhir Ramadhan yang lebih
memfokuskan kepada kelebihan berpuasa dan persiapan menyambut
Hari Raya Aidilfitri mengikut syariat Islam.

ii. Celik Doa


Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang
kelebihan membaca doa dalam aktiviti seharian. Doa yang akan diajarkan
adalah seperti doa untuk ibu bapa, doa penerang hati dan doa belajar.

iii. Jom Bersedekah


Program ini akan dilancarkan pada minggu kedua pada bulan Ramadhan .
Program ini ingin mendidik diri murid supaya rajin bersedekah walaupun
nilainya sedikit. Program ini juga dapat memberi peluang kepada murid
dan ibu bapa untuk membuat sedekah jariah dengan memberi
sumbangan dalam bentuk buah kurma. Hasil sumbangan akan diagihkan
kepada warga sekolah pada 21/5/2019(Isnin) .

iv. Pertandingan Melukis Banner sempena Bulan Ramadhan


Program ini akan diadakan semasa minggu terakhir bulan
Ramadhan.Program ini melibatkan semua pelajar muslim. Setiap pelajar
akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

v. Penyampaian Sumbangan Hari Raya


Hasil sumbangan daripada guru-guru PPKI dan ibu bapa akan diagihkan
kepada pelajar pendidikan khas yang terdiri daripada pelajar asnaf dan
yatim . Sumbangan hari raya akan dijalankan pada 24 Mei 2019 (Jumaat).

LAMPIRAN GAMBAR
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH
2019

A) CELIK DOA/ MENGHAFAZ DOA /SURAH LAZIM

b) PROGRAM JOM BERSEDEKAH


c. MEMBUAT KAD RAYA DAN MEWARNA SAMPUL DUIT RAYA
1.)Mebuat kad raya

b) Mewarna sampul duit raya


G) PENYAMPAIAAN DUIT RAYA DAN SESI BERSALAMAN DENGAN GURU

Anda mungkin juga menyukai