Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum wrt dan Salam Perpaduan

Yang Berusaha Tuan Pengetua En Johari bin Jaafar

………………………….GPK Pentadbiran

.............................GPK HEM,

.......................GPK Kokurikulum,

Barisan guru kanan mata pelajaran

Guru-guru, pemimpin2 pelajar, dan para pelajar yang dihormati sekalian

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi syukur kita ke hadrat Illahi,
Tuhan sekalian alam, Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa, kerana dengan limpah
kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan da
kesempatan untuk bersama-sama berhimpun di dataran perhimpunan pada pagi yang mulia
ini bagi Pelancaran Bulan Kesedaran Autisme. Syukur juga kerana dengan izin-Nya, kita
dapat berteduh berbumbungkan redup langit dan damai rasa ceria suasana.

Hadirin yang dimuliakan

Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day - WAAD) disambut pada 2
April setiap tahun di seluruh dunia sejak tahun 2008. Ianya adalah sebagai usaha untuk
meningkatkan kesedaran dan advokasi tentang individu yang mengalami autisme dalam
kalangan masyarakat, termasuk di peringkat keluarga mengenai kanak-kanak yang
mengalami autisme. Ianya juga telah menjadi satu sambutan di peringkat global dan disambut
di mana-mana sahaja di seluruh dunia, termasuklah di negara kita.

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan tema warna biru, 'Light It Up
Blue', dimana sambutan di luar negara, bangunan-bangunan pencakar langit dan lokasi besar
yang menjadi 'landmark' sesuatu tempat akan memberi sokongan dengan cara menyalakan
lampu biru.
Hadiri yang dimuliakan sekalian,

Autisme bukanlah sejenis penyakit seperti yang diperkatakan. Autisme adalah


gangguan perkembangan otak dan boleh dihadapi sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, bangsa
dan etnik. Sindrom ini boleh dikesan sewal 3 tahun. Kebiasaannya sindrom autisme lebih
kerap dialami oleh golongan lelaki berbanding berbanding wanita. Menurut statistik sindrom
autisme berlaku sebanyak 2 hingga 6 kes ke atas 1000 orang. Golongan istimewa ini
kebiasannya mempunyai masalah dalam komunikasi dan hubungan sosial. Mereka kurang
memahami apa sahaja perkara yang berlaku di sekeliling. Pengidap autisme gagal
menghubungkan apa yang mereka lihat untuk diproses terus ke sarang otak. Individu autisme
juga mempunyai kecenderungan yang unik seperti melakukan perbuatan atau gerakan yang
sama secara berulang kali ataupun mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek tertentu.
Menerusi kebolehan luar biasa siapa sangka Albert Einstein dan Bill Gate antara pengidap
autisme yang berjaya mengagumkan masyarakat dunia dengan ciptaan mereka.

Sewajarnya insan-insan istimewa ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga
mampu mewarnai dunia dengan bakat istimewa yang dimiliki. Pemahaman yang tepat
daripada masyarakat dan pelbagai pihak akan mendorong penerimaan dengan hati terbuka
dan menghalang sikap diskriminasi, stigma dan penyisihan terhadap mereka. Kerana
golongan istimewa dari kategori autisme ini bukan sahaja memerlukan pendidikan akademik,
tetapi juga kemahiran untuk berkomunikasi dan bersosial dengan cara yang sepatutnya. Bagi
menghadapinya, sokongan keluarga, masyarakat dan pelbagai pihak amat perlu dalam
menggalas, mengenali dan menghargai anak-anak istimewa seperti autisme ini, yang mana
pada mata kasarnya kelihatan tidak ubah seperti individu tipikal yang lain ,namun sebaliknya
mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

Justeru, besarlah harapan saya agar bulan kesedaran autisme dapat membuka mata
seluruh warga SMK Taman Semarak tentang individu yang mengalami autisme. Sebelum
mengakhiri majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Johari bin Jaafar untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekaligus merasmikan Bulan
Kesedaran Autisme “Semarak Biru”

Sekian, wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai