Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS APRESIASI PPKI, PRASEKOLAH

DAN ANUGERAH NILAM 2022 /2023

RABU | 15 FEBRUARI 2023 | 7:30 PAGI


SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 13, SHAH ALAM

‫م‬
ِ ‫ح ْي‬
ِ ‫ـن ال َّر‬
ِ ‫م‬ ْ ‫م هللاِ ال َّر‬
َ ‫حـ‬ ِ ‫س‬
ْ ِ‫ب‬

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berusaha, Puan Aziah binti Karim,


GPK Pentadbiran

Yang Berusaha, Puan Nor Anidah binti Jaafar,


GPK Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha, Encik Sundarajan A/L Nadarajan,


GPK Kokurikulum,

Yang Berusaha, Puan Dzulfida binti Daud,


GPK Pendidikan Khas,

Yang Berusaha, Puan Nor’Ain binti Ab Rashid,


GPK Pendidikan Khas SK Setia Alam,
Selaku mantan GPK Pendidikan Khas SK Seksyen 13,

Seterusnya barisan guru, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya kita dapat berkumpul pada pagi ini untuk bersama-sama meraikan satu
acara yang amat bermakna iaitu MAJLIS APRESIASI PPKI, PRASEKOLAH DAN
ANUGERAH NILAM 2022 /2023.
Hadirin sekalian,

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada para guru atas usaha menganjurkan majlis untuk memberi penghargaan dan
anugerah kepada murid-murid atas pencapaian yang mereka tunjukkan. Melalui
program seumpama ini dapat mengeratkan jalinan kemesraan antara para guru dan
juga pembantu pengurusan murid. Seperti kata pepatah Melayu ‘bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

Para hadirin yang dihormati,

3. Sesungguhnya majlis pada pagi ini amat bermakna kepada murid-murid kerana
majlis ini menghimpunkan tiga program dalam satu masa iaitu Majlis Apresiasi
Murid Pendidikan Khas dan Murid Prasekolah serta penyampaian Anugerah Nilam.

Hadirin yang dihormati,

4. Saya percaya sambutan MAJLIS APRESIASI PPKI, PRASEKOLAH DAN ANUGERAH


NILAM pada hari ini adalah selari dengan matlamat untuk memberi dorongan dan
memotivasikan murid-murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang yang diceburi. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat
dilaksanakan lagi pada masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang
cemerlang malahan juga buat murid yang menunjukkan peningkatan atau
kemajuan.

Hadirin sekalian,

5. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada murid-murid atas pencapaian mereka dan diharapkan kecemerlangan
tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu ke mana
sahaja kalian ditempatkan.

6. Akhir kata, saya berharap dengan sokongan daripada guru-guru dan ibu bapa,
murid-murid dapat memenuhi cita-cita mereka dan menjadi modal insan yang
memberi manfaat kepada insan sekeliling. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim
saya dengan sukacitanya merasmikan MAJLIS APRESIASI PPKI, PRASEKOLAH DAN
ANUGERAH NILAM 2022/2023. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai