Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN BULAN AKADEMIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA

TEMA : ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA

YANG BERUSAHA

PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM

PENGETUA SMK CHERAS JAYA

YANG DI HORMATI

PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT

PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA

ENCIK OTHMAN BIN OMAR

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, RAKAN-


RAKAN GURU DAN PELAJAR-PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat


bertemu di pagi yang indah ini untuk sama-sama meraikan Maljis Pelancaran Bulan
Akdemik Tahun 2013. Tema Bulan Akademik pada tahun ini ialah ILMU PERKASA
GENERASI WIBAWA.

Guru-guru dan pelajar sekalian,


Bulan Akademik adalah gabungan Bidang Bahasa, Bidang Teknik dan Vokasional,
Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Kemanusiaan. Ke empatempat bidang
tersebut adalah amat penting dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Dengan
berdasarkan kecenderungan dalam bentuk kebolehan, kemahiran, keupayaan dan
kelebihan yang ada pada seseorang pelajar membolehkan mereka memilih jurusan
kerjaya dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Oleh itu, pihak sekolah melalui usaha gigih para guru bertanggungjawab untuk
mencungkil bakat para pelajar mengikut keupayaan pelajar tersebut. Menjadi hasrat
para guru, ibu bapa dan masyarakat untuk melahirkan pelajar yang unggul dalam
pelbagai bidang di samping keutamaan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik dengan ilmu yang diperolehi.

Sesungguhnya, ilmu itu umpama seribu permata berharga yang mampu mengubah
kehidupan seseorang di samping meningkatkan minda dan memajukan bangsa. Ilmu
mampu mempamerkan keupayaan generasi hari ini untuk menjadi pemimpin yang
disegani dan dihormati di masa akan datang.

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan Pengetua SMK Cheras Jaya.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan
Hashimah bt Hashim, untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hashimah bt
Hashim atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, pihak majlis mempersilakan Puan Sofia Nor bt Molhit, Penolong Kanan
SMK Cheras Jaya naik ke pentas untuk mengiringi Puan Pengetua untuk upacara
memukul gong sebagai simbolik pelancaran Bulan Akademik pada tahun ini.

UPACARA PUKUL GONG

-ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Puan Hashimah atas kesudian merasmikan
Bulan Akademik pada kali ini.

Para guru dan pelajar sekalian,

Seterusnya, bagi memeriahkan majlis, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan Drama Muzikal dari putera puteri SMK Cheras Jaya bersama-sama
Guru-guru pelatih SMK Cheras Jaya dengan tema Ilmu Perkasa Generasi Wibawa.

Dipersilakan.

PERSEMBAHAN PELAJAR

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu menghiburkan. Untuk


pengetahuan semua, teks persembahan itu tadi telah disediakan oleh Puan Noraini
Mohd Yassin. Terima kasih jua diucapkan kepada beliau.

Untuk pengetahuan semua, tempoh pelaksanaan bulan akademik ini adalah pada 17
Jun sehingga 12 Julai 2013. Dengan pelbagai aktiviti yang akan diadakan, penyertaan
para pelajar amat dialu-alukan.

Sebelum saya sudahi majlis, saya mewakili unit kurikulum mengucapkan ribuan
terima kasih kepada para guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
ddalam Pelancaran Bulan Akademik pada tahun ini.

-ILMU PERKASA GENERASI WIBAWA


Bertemakan "Menjiwai Kecemerlangan Menuju Kejayaan" Majlis Pelancaran Bulan Akademik
2012 telah dirasmikan oleh En Mansor Bin Kasim ( Nazir Sekolah merangkap YDP PIBG
SMKTMU) dengan jayanya. Dengan matlamat mencapai kejayaan cemerlang dalam semua
bidang terutama dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012, semua warga SMKTMU perlu
menjiwai budaya ilmu sepanjang hayat dan mengusai ilmu secara global.

Majlis anjuran Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Teknik Dan Vokasional
akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan demi melahirkan pelajar yang sentiasa
berusaha meningkatkan kecemelangan dalam akademik. Minggu Bahasa Melayu mengambil
tempat pada minggu pertama(2-6 April), diikuti dengan Minggu Bahasa Inggeris(9-14 April),
Minggu Sains dan Matematik(17-21 April) dan diakhiri dengan Minggu Teknik Dan
Vokasional(23-28 April)

Anda mungkin juga menyukai