Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN GURU BESAR

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat rahmat dan izin-
Nya, kita dapat bersama-sama pada Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SK Kepong
Baru. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru
khususnya Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atas usaha
melaksanakan program ini dengan jayanya. Program Khatam Al-Quran di
laksanakan setiap tahun untuk meraikan semua murid-murid tahun 6 SK Kepong
Baru.

Penganjuran program ini bertujuan memupuk dan menyuburkan minat membaca


al-Quran yang mendalam dalam kalangan anak-anak. Ia ternyata telah membuahkan
hasil seperti yang kita lihat pada hari ini. Tanggungjawab yang besar ini tergalas di
bahu para pendidik.

Saya percaya, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan anak-
anak menamatkan pengajian membaca al-Quran, tetapi apa yang paling penting
ialah mesej yang hendak disampaikan dan pengertiannya kepada kita. Penghayatan
kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran juga akan memberi kita inspirasi dan
galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Ilahi dan menguasai
segenap bidang ilmu pengetahuan. Ini kerana al-Quran banyak mengajak dan
menyeru manusia untuk menimba dan memartabatkan ketinggian ilmu dalam
kehidupan. Seperti ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada manusia yang
bermaksud ;

“ BACALAH, DENGAN NAMA TUHANMU YANG TELAH MENJADIKAN KALAM. DIA


TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH. BACALAH DAN TUHANMU
LAH YANG MAHA PEMURAH, YANG MENGAJAR (MANUSIA) DENGAN PERANTARAAN
KALAM. DIA MENGAJARKAN KEPADA MANUSIA APA YANG TIDAK
DIKETAHUINYA”. ( SURAH AL-ALAQ: AYAT 1 HINGGA 5)
Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan teras bagi membentuk bangsa yang
cemerlang dan berjaya, yang didasari oleh jati diri dengan ketinggian akhlak dan
budi. Insan yang berilmu seperti ini akan dapat menguasai dan menguruskan alam,
memanfaatkan segala nikmat kurniaan-Nya untuk kesejahteraan ummah.

Al-Quran sebagai ikutan dan petunjuk kehidupan. Semoga dapat diikuti sebagai satu
Amanah yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak. Bagi anak-anak sekalian,
jadikanlah “perjuangan” pembacaan dan pembelajaran al-Quran ini sebagai titik
tolak untuk mempelopori, menghayati dan mendalami ilmu-ilmunya kerana masih
banyak lagi ilmu yang perlu diterokai dan dikuasai dalam kitab suci ini.

Kepada para pendidik, semoga kejayaan dalam melahirkan murid-murid yang


berjaya menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini, akan mencetus semangat
dan kesungguhan untuk menghasilkan usaha yang lebih berjaya pada masa-masa
akan datang. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat melaksanakan tugas dan
tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cekap. Akhirnya, saya mendoakan
majlis ini akan dilimpahi keberkatan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T.

SEKIAN,TERIMA KASIH.
Generasi inilah yang akan memacu kemajuan dan kestabilan politik, ekonomi dan
sosiobudaya negara pada masa hadapan. Suka saya ingatkan, apabila harapan
kerajaan ini difokuskan kepada generasi penerus sudah tentu mereka antaranya
ialah anak-anak yang berada di hadapan saya ini, yang akan menjadi pemimpin,
pengurus, penggerak pembangunan dan seterusnya merealisasikan agenda dan
wawasan negara dan ummah.

Seorang ahli psikologi umpamanya, apabila mempunyai pengetahuan dalam bidang


agama dan sains lebih membantu kepakarannya untuk memahami tingkah laku
masyarakat secara menyeluruh. Hal yang sama juga berlaku terhadap seorang ahli
sains yang pakar dalam sesuatu bidang, tetapi mampu juga menguasai ilmu asas
tentang agama dan kemanusiaan. Seterusnya saintis ini akan jauh lebih berjaya
kerana kualiti ilmunya.

Integrasi ilmu-ilmu ini menyebabkan pandangan ilmuwan Islam amat luas dan
berkait rapat antara satu sama lain. Kekuatan inilah yang menyebabkan mereka
menjadi modal insan yang berkualiti dan menjadi tunggak kemajuan ilmu dan
pembinaan tamadun yang unggul, pada masa lalu.

Modal insan cemerlang yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan ialah
mereka yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, berpegang teguh kepada agama,
berkemahiran, inovatif, memiliki jati diri, beretika serta mempunyai minda kelas
pertama. Mereka ini bukan sahaja penting kepada pembangunan negara, malah
memainkan peranan yang penting bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan
rakyat serta meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

Anda mungkin juga menyukai