Anda di halaman 1dari 3

PRAKATA PENGETUA UNTUK MAJLIS APRESIASI 2022

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam Main3 Inspire

Yang Dihormati En Boon Leong


YDP PIBG
SMK Bandar Utama Damansara (3)

Yang Dihormati Pn Jessica Wong, NYDP PIBG

Yang Berusaha Pn Aklima bt Abdul Rahman


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Roziha bt Razali
Penolong Kanan HEM

En Wong Choong Wei


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor Sekolah, guru-guru dan para


graduan Tingkatan 5 SMK Bandar Utama Damansara(3), sesi 2022 sekalian.

Alhamdulillah dengan limpah izinNya dapat kita bersama-sama berada di dalam


dewan yang indah ini.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK majlis yang telah
bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Sesungguhnya, majlis ini diadakan
khusus untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada murid-murid
Tingkatan 5 yang akan menamatkan alam persekolahan selepas selesai
menduduki peperiksaan SPM nanti. Pelbagai suka duka dihadapi sepanjang lima
tahun belajar di SMK Bandar Utama Damansara 3. Inilah kenangan manis yang
menjadi nostalgia penuh bermakna.
Harapan saya, sentuhan majlis ini akan mengingatkan murid-murid akan jasa
dan pengorbanan guru-guru yang gigih berusaha mendidik dengan penuh sabar.
Hadiah paling bermakna buat kami adalah kejayaan cemerlang yang dicapai
oleh murid-murid. Sesungguhnya, semua ini hanyalah titik permulaan jalan
kehidupan yang bakal diterokai. Di hari mendatang, terbentang pelbagai
cabaran dalam kehidupan. Semangat juang, kecekalan dan kegigihan
membolehkan murid-murid meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan
tabah. Murid-murid perlu menggunakan peluang yang ada pada masa ini untuk
memperkasa diri dengan pelbagai kemahiran. Tiada jalan pintas untuk berjaya.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Putera dan puteri graduan perlu menggunakan peluang yang ada pada masa ini
untuk memperkasa diri dengan kemahiran teknologi maklumat, kemahiran
berkomunikasi serta meningkatkan penguasaan teknologi dan Bahasa ketiga.
Tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Nama-nama besar individu yang berjaya
seharusnya terpahat dalam kotak minda para graduan sebagai insan yang
berusaha gigih demi mencapai matlamat meletakkan nama negara dipersada
dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi oleh para graduan. Teruskan
perjuangan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada graduan agar dapat
membuktikan bahawa anda semua mampu meneruskan kejayaan yang lebih
gemilang untuk sekolah ini. Di saat akhir ini berusahalah dengani ltizam yang
tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru
untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya memartabatkan nama sekolah kita
dalam daerah petaling utama selaku antara sekolah yang mampu melahirkan
keputusan yang cemerlang.
Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan
terima kasih tidak terhingga kepada warga SMK BUD3 kerana sama-sama
berganding bahu dalam mengadakan majlis apresiasi ini amat saya hargai dan
saya sanjung. Kepada para graduan,hargailah harapan tinggi yang telah
disandarkan oleh ibu dan bapa anda. Balaslah jasa mereka dengan mencipta
kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya.

Sekian, terima kasih.

#SayangSelalu

Anda mungkin juga menyukai