Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Perasmian

Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat sekolah 2017

Oleh
Puan Mahani Bt Misran
Pengetua SMK Seksyen 27, Shah Alam

Bismillahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillah hirabbil alamin.
Wassalatuwassalamuala aysrafilambiyai walmursalim.
Waalaalihi wasahbihi ajmain.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Yang berusaha,
Guru Penolong Kanan Kurikulum, Pn Zaiton bt Abu Hassan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Jusmaiwati bt Jusoh
Guru Penolong Kanan PPKI, Pn Nik Azmawati bt Awang
Barisan Guru Kanan Mata pelajaran, Kaunselor, Guru-guru
Seterusnya, anak murid yang dirahmati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran


ke hadrat Illahi, Tuhan Yang Maha Agung. Ini kerana dengan
limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita
berkumpul dalam satu Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan
Peringatkat Sekolah 2017.

Buat pengetahuan guru-guru dan murid sekalian,


Program Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah 2017 ini merupakan
satu platform dari Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
melibatkan warga sekolah dan murid untuk menyertai
aktiviti-aktiviti kecergasan seiring dengan Dasar Sukan
Negara yang merangkumi Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecergasan.

Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya


hidup sihat, cergas dan produktif.
Antara matlamat program ini juga bertujuan untuk membolehkan
pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai,
sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam
kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat yang sihat akan melahirkan
Negara maju”

Kepada setiap murid, diharapkan akan dapat memupuk nilai,


sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam
kehidupan sehari-hari. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin
kepada amalan gaya hidup sihat, cergas dan produktif selaras
dengan objektif utama program iaitu memberi peluang kepada
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan
permainan. Di samping itu, dapat memperkembangkan sahsiah
melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani.

Semoga dengan kerjasama semua pihak, kita dapat melonjakkan


kecemerlangan SMK Seksyen 27 dalam semua lapangan yang
diceburi.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan


sukacitanya merasmikan Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat
sekolah 2017.
Majulah Sukan untuk Negara

Sekian, wabilahi taufik walhidayah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai