Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN GURU BESAR SUKAN TAHUNAN SK BATU TUJUH

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah hirobbilalamin ….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Malaysia MADANI, Salam Anak yang Baik Lagi Cerdik, Salam
Perak Sejahtera 2030 dan salam sejahtera.

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy a/p Kandasami, Timbalan


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Yang Berusaha En. Samizi b. Mustafa, YDP PIBG SK Batu Tujuh,
Yang Berusaha Pn. Norhashimah bt. Aziz Penolong Kanan HEM ,
Yang Berusaha En. Amar a/l Apa Penolong Kanan Kokurikulum ,
Yang Dihormati barisan Tok Batin,
Wakil-wakil NGO,
guru- guru, para AJK PIBG, para ibu bapa dan murid-murid yang saya
sayangi sekalian.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga SK Batu Tujuh


mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir bagi
sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada
tahun ini. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berhormat Senator Puan Saraswathy a/p Kandasami, Timbalan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sudi menerima
jemputan pihak sekolah untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan
Kali ke-36 bagi tahun 2023. Terima kasih juga buat Cikgu Saraswathy
dan suami yang telah berusaha dengan bersunguh-sungguh bagi
memastikan Yang Berhormat Senator dapat berada bersama kita pada
pagi ini. Bukan mudah selaku Timbalan Menteri untuk meluangkan masa
bersama-sama dalam acara kita ini. Sekali lagi berikan tepukan yang
gemuruh buat YB Senator atas kesudian meluangkan masa. Terima
kasih YB.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa


induk Sukan Tahunan yang diketuai oleh Cikgu Amar a/l Apa serta guru-
guru yang telah bertungkus-lumus sejak 4 minggu yang lalu. Bermula
dengan acara pemilihan murid, Sukan Tara dan persediaan akhir. Acara
sebelum kejohanan sukan ini memerlukan pengorbanan masa dan
1
tenaga. Dalam masa yang sama , guru-guru tidak pernah mengabaikan
kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama
utama dengan kepentingan akademik. Kepada para pelajar , tahniah
saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat
berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik
darjah akan memberikan impak yang besar kepada pencapaian
akademik para pelajar.

Hadirin yang dihormati,

Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar


sekolah SK Batu Tujuh. Kepada para pelajar yang terserlah
kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet
berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi
mewakili daerah, negeri dan negara.

Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-


guru mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para
pelajar pula berpeluang mengerah kudrat, melepaskan beban emosi
dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah
momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi
juara.

Kepada ibu bapa, para Tok Batin, saya mengharapkan tuan-tuan dan
puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat
cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar
dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta
kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Untuk pengetahuan YB Senator serta tuan/puan sekelian. Pada tahun


ini sekolah kita telah mencipta kecemerlangan dalam acara sukan
peringkat daerah dan negeri. Atlet sekolah kita telah memenangi tempat
pertama dalam acara lompat tinggi serta tempat kedua dan ketiga dalam
acara lari 80 meter lari berpagar MSSD Batang Padang. Begitu juga
pasukan tenis yang telah menggondol tempat pertama, kedua dan
ketiga dalam peringkat MSSD Batang Padang. Pasukan bola tampar
telah mendapat tempat kedua sementara pasukan ragbi dan takraw
telah mendapat tempat ketiga. Beberapa orang murid kita juga telah
terpilih untuk mewakili daerah Batang Padang ke peringkat negeri.
Kejayaan yang paling manis telah dicipta oleh pasukan robotik yang
telah mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan. Syabas dan
tahniah kepada semua jurulatih, para guru serta ibu bapa/penjaga serta
murid-murid yang telah memperlihatkan kesungguhan dan komitmen

2
yang tinggi dalam memastikan kejayaan ini dapat digapai. Bagi
memastikan kejayaan ini dapat dikekalkan maka pengorbanan daripada
segi kewangan terutamanya amat diharapkan oleh pihak sekolah untuk
memajukan bidang sukan dan kokurikulum. Pihak sekolah amat
mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada sesiapa sahaja
terutamanya bekas-bekas murid yang ingin bersama-sama mengangkat
SK Batu Tujuh agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
sekolah-sekolah yang lebih ternama di daerah Batang Padang
khususnya dan negeri Perak amnya.

Akhir kata,

Terima Kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy a/p


Kandasami, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
yang sudi hadir untuk merasmikan kejohanan sukan kali ini. Walaupun
sibuk dengan tugasan namun YB Senator tetap meluangkan masa untuk
bersama-sama kita pada hari ini.

Terima Kasih kepada guru-guru yang berkorban masa,tenaga, dan


minda demi memastikan sukan kita berjalan lancar.

Terima Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak,


dan

Terima Kasih kepada murid-murid yang amat bersemangat mengambil


bahagian dalam semua acara yang telah berlangsung sebelum & pada
hari ini.

SOKONGLAH KAMI WARGA SK BATU TUJUH untuk membentuk


generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang selaras
dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-
2025).

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai