Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

TN. NOR ISKANDAR BIN MUHAMMAD

PENGETUA CEMERLANG SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
KALI KE-23 TAHUN 2022

_________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

*****SALUTASI******

Yang berbahagia, Dr. Shamsul Azhar Bin Yahya, YDP PIBG SMKA

Dato’Hj Abu Hassan Hj Sail

Yang Berusaha, Pn. Faridah Binti Hj Hussin, Penolong Kanan

Pentadbiran

Pn. Hjh Roslin Binti Jais, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid

Pn. Hjh Nafizah Binti Abd Wahab, Penolong Kanan

Kokurikulum

Tn. Hj Abdul Shukor Bin Mustafa, Penolong Kanan Tingkatan

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru- guru, Para Ajk

PIBG  sekolah, para ibu bapa dan murid-murid sekalian.


MUKADDIMAH DAN PENGHARGAAN

 Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


selamat datang dan terima kasih atas kesudian Dr. Shamsul Azhar Bin
Yahya meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Kejohanan Olahraga
SEMADAH kali ke-23 ini.

 Saya bagi pihak seluruh warga SEMADAH mengucapkan selamat datang


kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan
kejohanan sukan sekolah pada tahun ini setelah dua tahun ditangguhkan.

 Terima kasih saya juga saya ucapkan kepada guru-guru yang telah
bertungkus-lumus sejak bulan Mei lagi, bermula dengan Kejohanan Merentas
Desa dan Sukan Tara. Acara sebelum kejohanan sukan itu memerlukan
pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama guru-guru tidak
pernah mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya kepentingan
sukan sama utama dengan kepentingan akademik.

 Kepada para pelajar tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil


bahagian demi semangat kesukanan. Saya yakin dan percaya semangat ini
jika dipindahkan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi
kepada pencapaian akademik murid-murid.

Hadirin yang dihormati sekalian, 

 Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-


murid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan
seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot,
saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas,
patuh dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet
yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri
yang kental serta mempunyai daya kepimpinan

 Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar sekolah.


Kepada murid yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan
diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat
yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.
 Kejohanan  ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi
sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan
pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa
kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang
rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan

melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke


arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama
yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah
masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling
berkasih sayang

 Saya juga merasakan  kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-
guru mencipta kreativiti memacu semangat murid-murid, manakala murid
pula  berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban emosi dengan berlari
sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat
menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara.

 Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan


sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum
kerana potensi dan penglibatan murid dalam bidang kokurikulum akan
membantu murid mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

PENUTUP

 Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang
bertungkus -lumus bagi menjayakan kejohanan kali ini, terima kasih kepada ibu
bapa yang menyokong anak-anak, dan tahniah kepada semua murid yang
bersemangat mengambil bahagian. Tanpa semangat dan usaha kalian semua,
kejohanan olahhraga ini tidak akan dapat berlangsung dengan jayanya.

Harum pesona bunga kemboja,


Disusun dara dari Mandilin;
Sukan menjana semangat waja,
Sentiasa ceria unggul disiplin.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai