Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN

PENGETUA SMK SEMOP

Salam Sejahtera dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.


Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya pada tahun ini,
saya diberi ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan
ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada semua ahli sidang redaksi majalah sekolah
kerana telah berjaya menerbitkan majalah edisi sulung ini.
Sesungguhnya majalah sekolah ini merupakan dokumen dan laporan yang
memuatkan pelbagai aktiviti serta bahan rakaman peristiwa sepanjang tahun 2016 di
SMK Semop. Semua bahan yang dapat dilihat semula dalam majalah ini hendaknya
menjadi inspirasi kepada semua pihak terutamanya warga SMK Semop dan
masyarakat luar amnya. Syukur, berkat usaha dan kerjasama semua pihak, SMK
Semop telah banyak mengalami perubahan dalam pelbagai bidang. Perubahan ini
merupakan hasil usaha gigih pelbagai pihak dalam mengekalkan dan meningkatkan
pencapaian ini dari semasa ke semasa.
Dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar ini, murid-murid perlu berusaha
lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Guru perlu
lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baru sesuai dengan
perkembangan semasa. Guru-guru juga perlu melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa dengan penuh tulus dan ikhlas.
Selain itu, pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting bagi
melahirkan kejayaan anak-anak. Oleh itu, murid-murid perlu sentiasa aktif dari segi
akademik dan kokurikulum untuk menjadi murid yang berpengetahuan dan
berkeperibadian mulia demi menyahut cabaran dan wawasan negara.
Akhir kata, saya berharap agar semua warga SMK Semop terus melipatgandakan
usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
bagi menjayakan penerbitan majalah edisi sulung ini. Saya yakin majalah ini
setanding dengan majalah-majalah sekolah lain.
Sekian, terima kasih.

(LO LIAT LING)


Pengetua,
SMK Semop.

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGAWAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi
majalah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua
kata buat tatapan dan teladan semua warga SMK Semop. Syabas dan tahniah
diucapkan kerana telah berjaya menerbitkan majalah edisi sulung ini.
Dengan penerbitan majalah ini, kegiatan pelajar dalam bidang penulisan, kesenian,
gerak kerja kokurikulum dan akademik dapat disalurkan untuk tatapan serta
pengetahuan umum, terutama ibu bapa. Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan
demi kemajuan sekolah kita.
Kepada rakan-rakan pelajar yang lain, diharap agar kita terus menanam dan
memperkukuhkan semangat kesetiaan dan cintakan sekolah dengan meningkatkan
usaha-usaha untuk kemajuan diri, keluarga seterusnya mengharumkan nama
sekolah.
Akhir kata, ingatlah tiga faktor yang menjamin kemajuan sekolah iaitu pengetua yang
dihormati, guru-guru yang penuh dedikasi serta pelajar yang berdisiplin dan
bersungguh-sungguh.
Sekian, terima kasih.

Nor Izzatul Idayu binti Jasmi


Ketua Pengawas Sekolah
SMK Semop

Anda mungkin juga menyukai