Anda di halaman 1dari 3

Ucapan Perasmian Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina

SMKBUD3 2023

Yang berusaha
Pn Azliza bt Mat Lazim
Pengetua cemerlang SMK Bandar Utama Damansara 3

Pn Aklima bt Abdul Rahman


Penolong Kanan Kurikulum

Pn Roziha bt Razali
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Wong Chong Way


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru-guru Kanan Mata Pelajaran


Guru-guru,ajk-ajk PIBG serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Selamat pagi dan Selamat Tahun Baharu Cina

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak


sekolah terutamanya Panitia Bahasa Cina dan Persatuan Bahasa
Cina yang telah berjaya mengadakan sambutan perayaan Tahun
Baharu Cina peringkat SMK Bandar Utama Damansara 3 dengan
begitu meriah dan bermakna sekali.

Seperti yang kita sedia maklum, sambutan perayaan ini akan

diadakan pada setiap tahun dan menjadi acara wajib sekolah ini.

Banyak kebaikan yang diperoleh daripada perayaan seperti ini

contohnya, dapat memupuk perpaduan antara kaum, dapat

mengenali budaya, adat kaum cina dengan lebih dekat dan sekali

gus menghapuskan persepsi negatif dalam diri kita. Oleh itu,

perpaduan yang kita bina ini akan dapat menyumbang kepada

keamanan negara pada tahap opitimum.

Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk memupuk

perpaduan antara kaum. Guru-guru di sekolah ini sedaya upaya

menyemai semangat perpaduan kepada semua murid melalui

mata pelajaran dan juga aktiviti yang diadakan semasa

pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan. Oleh itu, diharapkan,

semangat perpaduan ini akan kekal dan sentiasa teguh.


Harapan saya, dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina

dapat mengeratkan lagi perpaduan antara murid-murid sekolah ini

yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengusir tanggapan-

tanggapan negatif dalam diri sesama kita . saya juga ingin

menyeru, murid-murid smkbud3 bersatu hati ,duduk sama

rendah,berdiri sama tinggi dan bekerjasama bagai aur dengan

tebing.

Saya akhiri ucapan saya dengan merasmikan majlis sambutan

perayaan Tahun Baharu Cina ini bagi tahun 2023. Selamat

menyambut Tahun Baharu Cina. . Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai