Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengacara majlis.

Selamat sejahtera kepada;


Yang Berusaha Pn Faridatul Azna binti Daman Huri. Guru Besar SK SUBANG JAYA,
En Mohd Hairri bin Hussin, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Maslinda, Penolong Kanan Kokurikulum dan
En Gopinaathan a/l Narayanan, Penolong Kanan Petang
Para guru serta tuan/puan yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita kerana pada hari ini kita semua diberikan kesihatan dan kelapangan
waktu bagi sama-sama menjayakan Program Orientasi Tahun 1 / 2023 SK Subang
Jaya

Hadirin yang dihormati,


Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1
seramai 139 orang yang telah diterima masuk ke SK SUBANG JAYA

Selamat datang ke SK SUBANG JAYA dan sekali gus menjadi warga sekolah ini
untuk tempoh 6 tahun yang akan datang. Diharapkan anak-anak yang belajar di sini
akan menjadi pelajar terbaik.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang dapat hadir sama pada hari ini. Hari
orientasi begini amat penting untuk anak-anak kita agar dapat menyesuaikan diri
dengan kehidupan baharu di sekolah.

Hari ini anak-anak kita dapat duduk di dalam kelas mereka buat pertama kalinya,
sebuah pengalaman yang tentunya berbeza dari kelas-kelas di tadika.

Tuan Puan ibu bapa yang dihormati,


Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar, guru sentiasa bersedia memberikan
pendidikan yang terbaik dan kita, ibu bapa, perlu sentiasa memberi sokongan dan
dorongan kepada anak-anak kita. Kita juga sebolehnya perlu melibatkan diri dalam
aktiviti sekolah sama ada melalui penyertaan PIBG atau KSIB (kumpulan sokongan
ibu bapa)

Saya mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu sekolah demi
mencapai tahap optimum melalui peranan yang boleh kita mainkan. Sebarang
sumbangan sama ada melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam aktiviti
amat lah dihargai.

Akhir kata,
Tuan / puan sekalian,
Saya mengharapkan kita sama-sama dapat memastikan kecemerlangan sekolah ini,
demi kecemerlangan anak-anak kita.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai