Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PERASMIAN HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024

Tarikh : 11 Februari 2023 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2)
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Mayang berliut berisi padat,
MAJLIS
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, Pn. Hajah Zuraidah binti Abd Aziz,
Guru Besar SK Taman Sri Muda (2)
2) Yang Berbahagia, En. Muhammad Azlan SAW bin Zulkifli SAW,
Yang di-Pertua PIBG SK Taman Sri Muda (2)
3) Yang dihormati, En. Mohd Nasarrudin bin Misri ,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Suriani binti Sulaiman,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd Rosley bin Abdullah,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Sarimah binti Mohamed,
Guru Penolong Kanan Petang,
serta warga pendidik SK Taman Sri Muda (2) serta yang dikasihi para
ibu bapa sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu, guru-guru, dan ibubapa yang
telah hadir untuk meraikan Majlis Hari Orientasi Murid Tahun 1 2023/2024.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke hadrat Illahi kerana
hari ini kita masih diberi kesihatan yang baik.
Maka dengan itu, kita dapat hadir ke Majlis Hari Orientasi Murid Tahun 1 ini
untuk berkenalan dan beramah mesra dengan pihak pentadbiran sekolah
serta budaya di sekolah ini.
Selamat datang ke SK Taman Sri Muda (2) kepada tuan-tuan dan puan-
puan. Diharapkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang diterima pada
hari ini dapat belajar membina kecemerlangan mereka di sekolah ini dan
menjadi seorang murid yang berminda kelas pertama.

2 Orang Jawa berdagang ke kota,


BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Ibrahim bin Bakar. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************************(DOA) ******************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang


UCAPAN ALUAN Berusaha Pn. Hajah Zuraidah binti Abd Aziz , Guru Besar Sekolah
GURU BESAR Kebangsaan Taman Sri Muda (2) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************(UCAPAN GB)**************************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Guru
Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
4 Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat Awal
UCAPAN PK Persekolahan dan Transisi yang akan disampaikan oleh Guru Penolong
PETANG Kanan Petang. Dengan itu, majlis menjemput Pn. Sarimah binti Mohamed,
GPK Petang SK Taman Sri Muda (2) untuk menyampaikan taklimat. Dengan
segala hormatnya mempersilakan.

***************(TAKLIMAT AWAL PERSEKOLAHAN)*************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Sarimah atas taklimat
yang ringkas lagi padat berkenaan pengenalan awal persekolahan dan
transisi sebentar tadi.

5 Seterusnya, majlis menjemput Puan Sarizawati binti Sahari, Penyelaras


TAKLIMAT SPBT SPBT bagi sesi taklimat SPBT. Dengan ini, majlis mempersilakan.

**********(taklimat)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Sarizawati binti Sahari, Penyelaras


SPBT di atas penerangan sebentar tadi.
5 Seterusnya, majlis menjemput Puan Wan Karimah binti Wan Jaafar,
TAKLIMAT PBD Penyelaras PBD bagi sesi taklimat PBD. Dengan ini, majlis mempersilakan.

**********(taklimat)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Wan Karimah binti Wan Jaafar,
Penyelaras PBD di atas penerangan sebentar tadi.
7 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,
PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada para ibubapa yang memberikan komitmen yang
tinggi terhadap pembelajaran anak-anak. Sesungguhnya, komitmen tuan
puan adalah inspirasi kami. Dengan itu, tamatlah majlis kita pada pagi ini.
Semoga hubungan pihak sekolah dan para ibubapa akan terus erat.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kekurangan itu wujud
daripada kelemahan kami ini.
Sekian, wabillahittaufiq.....

PENGUMUMAN
1 Buat makluman ibu bapa, selepas tamat majlis kita pada hari
URUSAN ini, para ibu bapa bolehlah bergerak ke kelas anak masing-
PENYERAHAN masing bagi urusan melengkapkan borang, dokumen dan
BORANG DAN FAIL rekod serta berjumpa dengan guru kelas bagi urusan
penyerahan fail murid dan urusan pembayaran yuran.

2 Seterusnya, selepas selesai urusan di dalam kelas, ibu bapa


PENGAMBILAN bolehlah pergi ke Bilik SPBT untuk pengambilan buku teks.
SPBT, SAIZ BAJU Kemudian, pergi ke kaunter baju sukan untuk pengambilan
SUKAN saiz baju sukan.

3 Pada minggu pertama persekolahan, ibu bapa dibenarkan


KEBENARAN IBU berada di sekolah bagi menemani anak-anak di sekolah. Ibu
BAPA DI SEKOLAH bapa hanya dibenarkan menunggu anak di kantin dan tidak
dibenarkan masuk ke dalam kelas. Untuk pengetahuan ibu
bapa, pada minggu pertama persekolahan, murid Tahun 1
akan rehat pada pukul 9.30 pagi, jadi pihak sekolah jasa baik
ibu bapa yang menunggu anak-anak di kantin
mengutamakan dan memberikan tempat duduk di kantin
kepada murid-murid lain semasa waktu rehat.

Anda mungkin juga menyukai