Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM TRANSISI TAHUN


1 2024

SK SELAT PULAU
ABA8229
KAMPONG GAJAH
PERAK

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 1


Prakata

Program Transisi merupakan satu program yang diwujudkan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan
membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.

Program Transisi ini akan dijalankan selama empat minggu dan dibahagikan kepada 2
fasa iaitu Fasa Penyesuaian (11 Mac – 22 Mac 2024), dan Fasa Kesediaan (25 Mac – 8 April
2024). Program ini melibatkan 1 kelas tahun satu dengan jumlah murid seramai 17 orang.
Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Randah (KSSR) dengan memberi
penekanan terhadap lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan
numerasi asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Program ini
diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan
perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap
perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir serta guru-guru di atas sokongan
dan bantuan yang diberikan sepanjang perlaksanaan Program Transisi tahun 2024 ini. Semoga
program ini berjaya mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(MOHD AZUAN BIN OSMAN)

Penyelaras
Program Transisi Tahun 1 2024
SK Selat Pulau, Kg Gajah

PENGENALAN

Program Transisi merupakan satu program yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi memastikan semua murid Tahun 1 daripada pelbagai latar belakang, tahap
penguasaan dan kesediaan dapat meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya. Program

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 2


ini dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif (termasuk
literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta kesejahteraan fizikal dan kesihatan.
Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu.

MATLAMAT

Melalui program ini diharapkan murid-murid yang datang dari berbagai latar belakang
sosioekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia
meneruskan pendidikan secara formal kelak.

OBJEKTIF:

1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika


kepada pendidikan formal.
2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta
pembelajaran.
5. Membantu murid mengurus diri sendiri.
6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 3


PENGERUSI
EN. HASNI BIN YUSOF
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
TN. HAJI ROSLAN BIN HAJI MOHAMED ISA (GPK HEM)
EN. AHMAD TARMIMI (GPK KURIKULUM)
PN. HJH. AZIZAH BINTI MUSA (GPK KOKURIKULUM)

GURU PENYELARAS
EN. MOHD AZUAN BIN OSMAN
(GURU KELAS TAHUN 1)

AHLI JAWATANKUASA

PN. HAWARIAH BINTI ABD AZIZ


PN. NOR LIANA BINTI HAMZAH
EN. NORMAN B. SAMSURI
USTZ. NUR FARHANA BINTI MD MAKHTAR
USTZ. SITI ZAHARAH BT. RIFIN@MAT RIFIN
PN. ROZITA BINTI HARUN

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 4


PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1 2024
SEK. KEB. SELAT PULAU

BI
PERKARA TARIKH/MASA CATATAN
L

Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan


Program Transisi :-

Pengerusi : En. Hasni bin Yusof

Setiausaha: Mohd Azuan bin Osman

Guru-guru Tahun Satu


5 Mac 2024
1. Pn. Hawariah binti Abd Aziz
Pn. Nor Liana Binti Hamzah
En. Norman Bin Samsuri
Ustz. Nur Farhana binti Md Makhtar
Ustz. Siti Zaharah bt. Rifin@Mat Rifin
Pn. Rozita binti Harun

Merancang Aktiviti/Pengumpulan bahan-bahan


2. untuk dijadikan Kit Transisi dan menghantar Kit 5 Mac 2024 AJK Program Transisi
Transisi untuk dicetak

3. Taklimat Program Transisi kepada guru-guru 6 Mac 2024 Semua Guru

3. Pendaftaran/Orientasi Murid Tahun 1 7 Mac 2024 Guru Kelas Tahun 1

11 Mac 2024
Semua Guru
hingga
4. Program transisi Matapelajaran Tahun 1
5April 2024

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 5


SENARAI NAMA MURID TAHUN 1
SK SELAT PULAU 2024

1 IBNU SINA

BIL NAMA NO. MYKID JANTINA

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.
9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 6


FASA PENYESUAIAN
(Modul Orientasi)
11 Mac– 22 Mac 2024

OBJEKTIF:

1. Membina hubungan mesra di kalangan murid-murid dan guru dalam masa yang singkat.
2. Meningkatkan keyakinan serta menghilangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang
berlainan latarbelakang, pengalaman dan sosioekonomi.
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitarn di sekolah baru.
4. Mengenalpasti penguasaan kemahiran literasi dan numerasi murid.

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 7


FASA KESEDIAN
(Modul Pdp)
25 – 5 April 2024

OBJEKTIF:

1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid dan guru-guru.


2. Mendedahkan murid-murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sebenar serta
menyeronokkan.
3. Meningkatkan minat murid untuk berada di sekolah dan belajar.
4. Mengenalpasti tahap perkembangan penguasaan murid dalam pelbagai mata pelajaran.

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 8


PENUTUP

Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2024 ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak. Diharapkan juga program transisi ini berjaya mencapai objektif yang
ditetapkan disamping dapat menjadi pemangkin kepada minat murid-murid tahun 1 untuk belajar dan
hadir ke sekolah.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

(MOHD AZUAN BIN OSMAN)


Penyelaras
Program Transisi Tahun 1
Tahun 2024

Kertas Kerja Transisi Tahun 1 2024 | 9

Anda mungkin juga menyukai