Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Guru Besar SK Taman Medan Encik Khairul Nizal Bin Abu Bakar,

Penolong Kanan Pentadbiran Puan Nihlah Bt Ram, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik
Nawawi Bin Mohamed Yunos, Penolong Kanan Ko-kurikulum Puan Faridah Bt Mat Zain,
Penolong Kanan Pendidikan Khas Encik Noor Akmal Bin Mohamed Razali dan yang saya
kasihi guru-guru Sk Taman Medan serta para pelajar yang saya sayangi.

Assalamualaikum wrbt,

Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dam salam ke atas junjungan besar, Nabi
Muhammad S.A.W serta para sahabatnya. Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah kerana
dengan limpah kurnianya kita masih diberi peluang untuk melaksanakan amalan kebaikan di
muka bumi ini. Semoga dengan apa yang dilaksanakan di bulan Ramadhan al-mubarak ini akan
mendapat keberkatan dan keredhaannya.

Ihya’ Ramadhan merupakan satu program wajib yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam
setiap tahun. Program ini adalah untuk meraikan kedatangan bulan Ramadhan dan dinamakan
sebagai Ihya Ramadhan. Tahniah saya ucapka kepada Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab
Sk Taman Medan kerana berjaya menganjurkan program ini. Objektifnya adalah untuk
menggalakkan warga SK Taman Medan supaya merebut peluang untuk mempertingkatkan
amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan secara konsisten,istiqamah dan berdisiplin.

Sepertimana yang kita ketahui,bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia berbanding
bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan. Selain itu, bulan
Ramadhan juga dinamakan al-Mubarak yang bermaksud bulan yang penuh dengan keberkatan
di mana semua umat islam diberi peluang untuk melipat gandakan pahala dengan amalan-
amalan wajib dan sunat.

Sejajar dengan itu, Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Taman Medan telah menyusun
beberapa aktiviti kepada semua guru dan murid antaranya ceramah ahlan ya Ramadhan,tazkirah
5 minit, tabung tabarra’, tadarus al-quran, kempen menutup aurat, kempen memberi salam,
projek bubur lambuk dan aktiviti yang akan dilaksanakan semasa Pdp di dalam kelas. Walaupun
pada waktu siang kita berpuasa dan masa kita diisi dengan belajar dan pada malamnya diisi
dengan amalan solat sunat terawih, para murid diingatkan supaya mengekalkan prestasi
pelajaran walaupun menjalani ibadah puasa.

Akhir kata,saya sekali lagi merakamkan ucapan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada
Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab kerana Berjaya menganjurkan pelancaran Program
Ihya Ramadhan pada kali ini. Saya mengucapkan selamat meneruskan Ibadah Puasa, semoga
segala amal ibadah dan jariah yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan ini akan diterima dan
mendapat keredhaan Allah S.W.T

Dengan lafaz bismillah …………. Saya merasmikan Program Ihya Ramadhan 2019 Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai