Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Tuan


Yang Dipertua PIBG Tuan Haji Abu Bakar Bin Haji Uda, Yang
Berbahagia Timbalan Yang Dipertua PIBG Encik Muhammad
Muhayat Bin Mat Som, Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Rahim
bin Majid Guru Besar SK Taman Medan , barisan penolong
kanan, guru-guru yang diraikan, warga kerja SK Taman Medan
dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur


kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,
maka dapatlah kita bersama-sama pada hari ini, menyambut
Hari Guru Tahun 2016.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Tema Hari


Guru pada tahun ini ialah. : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan guru dalam mendidik
anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang berketerampilan untuk
membawa negara kita ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi,

Setiap insan di dunia ini belajar daripada seorang guru. Tanpa guru kita
tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu
yang menerangi kegelapan malam. Guru ialah insan yang mesti kita hormati
selepas ibu bapa kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah
sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan dirahmati
Illahi.
Rakan-rakan sekalian,

Marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh


bukan sahaja untuk diri kita dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru
yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi untuk
kecemerlangan kita semua.

Pada kesempatan ini, saya mewakili seluruh pelajar sekolah, mengucapkan


Selamat Hari Guru kepada semua guru di SK TAMAN MEDAN. Semoga guru-
guru terus dianugerahi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik kami.

Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,
seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada
guru-guru sama ada kami sedari atau tidak.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbkh

Anda mungkin juga menyukai