Anda di halaman 1dari 5

Transition from School to Work for People with Autism

Alanazi Abdullah,University of Hail, Saudi Arabia. EC Neurology Journal


4.6 (2017): 187-192

Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu dan kemahiran untuk hidup sangat penting kepada individu.
Ibu bapa sememangnya mengharapkan anak mereka menguasai kemahiran untuk hidup
berdikari setelah dewasa kelak terutama kepada anak-anak istimewa. Jika berlaku kegagalan
dalam menguasai kemahiran ini, maka akan menyukarkan untuk anak-anak istimewa ini
berhadapan dengan masa depannya terutama dalam kerjaya.

Prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas adalah menjadi panduan dalam
menyediakan individu agar berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang dan
menguruskan diri mampu menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kemahiran tersebut perlu
dipelajari di sekolah terutama dalam program pendidikan khas intergrasi di mana ianya perlu
disampaikan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Tugasan berkenaan artikel
jurnal transisi ini memfokuskan latihan kepada murid autisme. Kajian yang ditulis oleh Alanazi
Abdullah memperihalkan tentang beberapa cadangan dan isu serta cabaran yang perlu
dilaksanakan di sekolah kepada murid autisme sebelum mereka ke alam kerjaya. Penulis juga
berharap agar pendidik memahami langkah dan strategi yang betul bagi meningkatkan tahap
kesedian murid autisme sebelum bekerja.

Latihan awal dan interaksi sosial

Teori pemikiran adalah teori yang penting bagi mengubah tingkah laku yang positif kepada
golongan autisme. Teori ini membantu kepada golongan autisme untuk memahami
kepercayaan, perhatian, keinginan dan juga emosi. Latihan awal adalah penting supaya
program transisi ini berjaya. Menurut McDonnell dan Harmann, mengadakan latihan awal akan
membantu golongan autisme mengetahui tentang skop kerja, temuduga kerja dan persekitaran
tempat kerja.

Geller dan Greenberg dalam kajiannya, sokongan masyarakat merupakan perkara yang amat
penting untuk menentukan kejayaan program transisi kerjaya kepada golongan autisme ini.
Sokongan masyarakat memainkan peranan dalam mencapai kejayaan sesebuah program
transisi. Program aktiviti kemasyarakatan ini sepatutnya dilaksanakan agar golongan autisme
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran luar. Aktiviti kemasyarakatan ini mampu
membantu meningkatkan kemahiran interaksi sosial sebelum memasuki alam pekerjaan.

Standifer dalam kajiannya pula, latihan awal dan berterusan mampu memberi kejayaan kepada
persekitaran tempat kerja. Latihan awal juga mampu membentuk imej yang positif dan
memberi motivasi tentang kepentingan bekerja dan manfaat yang diperolehi dari hasil kerja.

Corsello pula menyatakan latihan awal akan menentukan kejayaan dalam program transisi
kepada golongan autisme. Latihan tentang perubahan tingkah laku serta latihan kognitif perlu
dilakukan seawal yang boleh semasa di sekolah. Tingkah laku yang baik dan juga kelakuan
kognitif mampu dikawal oleh golongan autisme sekiranya melakukan latihan awal sebelum ke
bekerja.

Weiss dan Harris menyatakan sokongan masyarakat merupakan elemen utama dalam program
transisi kepada golongan autisme. Berdasarkan kajian, kebanyakkan pekerja autisme mampu
menyesuaikan diri jika sekolah mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Walaubagaimanapun
kekurangan aktiviti masyarakat ini menyebabkan golongan autisme tidak dapatr menyesuaikan
diri ditempat yang baharu iaitu ditempat kerja.

Kajian oleh Myles, Hagen, Holverstott, Hubbard, Adreon dan Trautman menyatakan latihan
kerjaya transisi kepada autisme merupakan satu perjalanan yang perlu diambil berat oleh para
pendidik. Latihan yang positif akan memberi kejayaan dalam meningkatkan kecerdasan,
semangat dan kesabaran kepada golongan autisme. Kesemua pengkaji ini juga sependapat,
bahawa kejayaan akan dicapai jika menjalankan latihan awal.

Huff, Michels, Philips, Peyton dan Hartman menyatakan latihan awal serta perancangan
pekerjaan juga memberi kejayaan program transisi. Ini kerana perancangan pekerjaan mampu
meningkatkan kemahiran, mengetahui kekuatan serta mengenali kelemahan diri. Latihan untuk
mengenali kekuatan dan kemahiran diri ini perlu dijalankan lebih awal di sekolah. Latihan awal
ini selaras dengan Falsafah Pendidikan iaitu memperkembangkan potensi individu dan
mengetahui kemahiran yang boleh dilakukan oleh golongan autisme.

Alcorn MacKay dalam kajiannya program aktiviti kemasyarakatan adalah kunci utama bagi
mencapai kejayaan dalam program transisi. Sampel kajian yang lakukan olehnya adalah
sebanyak 1400 graduasi diploma berkenaan aktiviti kemasyarakatan. Hasilnya adalah sebanyak
90% graduasi berjaya mendapat kerja. Ini kerana mereka menerima dan mendapat sokongan
masyarakat semenjak dari awal.
Friedman, Warfield dan Farish menyatakan kejayaan program transisi hanya dengan tunjuk
ajar dan latihan yang diberi kepada golongan autisme. Dahl dan Arici pula turut menyatakan
latihan awal bersama perancangan strategik memainkan peranan utama dalam kejayaan ini. Ibu
bapa dan pendidik memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terhadap program
transisi. Dengan adanya sokongan dan latihan daripada keluarga, ia akan memberi motivasi
kepada golongan autisme untuk lebih berjaya dalam kerjaya. Akhir sekali kajian dari MacDuff,
Krantz dan McClannahan menyatakan kemahiran interaksi sosial merupakan perkara utama
dalam kejayaan program transisi di sekolah sebelum bekerja kepada golongan autisme.

Kesimpulan

Hasil daripada perbincangan menunjukkan masih terdapat cabaran dan penambahbaikkan


dalam proses transisi sekolah ke alam kerjaya yang perlu diambil berat. Secara umumnya,
kerjaya adalah suatu perkara penting bagi mengekalkan kemaslahatan hidup. Dengan
pemilihan kerjaya yang tepat dapat menentukan corak kehidupan masing-masing. Hal ini juga
sama berlaku kepada golongan yang bekeperluan khas khususnya yang mempunyai Autism
Spectrum Disorder (ASD). Bagi golongan ini, latihan transisi ke arah pekerjaan yang mantap
amatlah diperlukan supaya transisi ini berlaku secara berkesan. Jika latihan yang diberikan
tidak mantap, prestasi yang baik dalam pekerjaan bagi golongan ini sukar dicapai.

Cadangan yang telah dicadangkan oleh penulis iaitu memberi latihan awal dan juga kemahiran
interaksi sosial serta aktiviti kemasyarakatan amat penting. Antara cadangannya iaitu latihan
awal transisi telah dijalankan dikebanyakkan Sekolah Menengah PPKI Program Pendidikan
Khas Integrasi di Malaysia. Pendedahan awal tentang laluan kerjaya yang hendak dipilih sangat
membantu kepada murid bermasalah pembelajaran. Walaubagaimanapun, aktiviti
kemasyarakatan dan kesedaran tentang golongan autisme masih lagi kurang di Malaysia. Masih
ramai majikan dan juga masyarakat yang takut dengan untuk mengambil kerja golongan
autisme OKU orang kurang upaya. Jika kita lihat ke negara yang lebih maju, banyak tokoh-
tokoh autisme yang berjaya dalam kehidupan antara Albert Einstein, Nicola Tesla serta yang
terkini Satoshi Tajiri pereka animasi Pokemon dari Jepun.

Beberapa cadangan lain untuk memantapkan lagi proses transisi sekolah ke alam kerjaya ini
termasuklah penyediaan modul-modul terperinci serta garis panduan mengenai pelaksanaan
proses transisi kerjaya ini yang selari agar semua pihak terutama pihak bahagian pendidikan
khas, sekolah, dan ibu bapa mempunyai satu garis panduan yang sama serta mempunyai
komunikasi yang baik. Selain itu, agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan serta kumpulan
pelbagai disiplin harus memberi kerjasama yang baik dalam membentuk transisi yang berkesan
serta memberi peluang kepada pelajar autism untuk menerima latihan transisi. Sungguhpun
begitu, aspek pertama yang perlu dititik beratkan adalah soal kesedaran, merujuk kepada
kesedaran ibu bapa terhadap perkembangan anak. Sekiranya ibu bapa sedar lebih awal, maka
intervensi awal boleh dilakukan. Modifikasi tingkahlaku boleh dilakukan dari awal malah
boleh meningkatkan perkembangan serta keupayaan sosial anak ASD.

Cadangan-cadangan penulis amat sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana golongan autisme


mempunyai peluang untuk merasai kehidupan bermasyarakat jika dilatih dari peringkat awal
dan melalui program transisi yang terancang, mereka mampu untuk meningkatkan interaksi
sosial, memperolehi peluang pekerjaan, latihan hidup berdikari dan sebagainya. Keberkesanan
program transisi sekolah ke kerjaya memerlukan usaha dan kerjasama pelbagai pihak seperti
guru, ibu bapa, keluarga dan agensi-agensi yang mempunyai kaitan dengan pelajar bermasalah
pembelajaran. Pendedahan kepada guru mengenai kaedah melaksanakan program ini amat
perlu supaya mereka lebih bersikap proaktif. Latihan serta kursus mengenai program transisi
serta menguasai kemahiran interpersonal perlu dikuasai oleh guru supaya lebih yakin untuk
melaksanakan program ini.
Rujukan

Anda mungkin juga menyukai