Anda di halaman 1dari 5

Contoh Karangan Fakta - Masalah Disiplin

Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Nyatakan langkah-
langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut.

Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan
oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dan
sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah
tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan,
malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting
dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum
pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang
bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayang
yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan
pelajar.
Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin
pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman
yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain.
Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah
selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru
(PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar.

Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah
disiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu
mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, dan
menanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasan
dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan
kesan negatif kepada pelajar-pelajar.

Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem
pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar.
Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan
perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata
pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk
peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga dan
masyarakat.

Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan


sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-
sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada boleh
mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan
masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa,
khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan
peraturan sedia ada.
Karangan Fakta: Faedah kokurikulum di sekolah

Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah.


Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan
ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga.
Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi


pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang
menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap
tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan
menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum
mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan


mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang
menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi
pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan
yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan
peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan.
Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza
iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak


terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada
masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar
terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam
aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka.
Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui
aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai
kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini
memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam
aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya
untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih
cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga
negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang


erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang
dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia
sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu
aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini
semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di
luar.

Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan


beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan
mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara
menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan
yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru
dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari
sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar


tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini
akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus
menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai
satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai
sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.