Anda di halaman 1dari 11

contoh karangan pelajar SPM 2013: Usaha-usaha untuk membentuk akhlak terpuji.

Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada
akhbar malah sering kita dengan di corong-corong radio. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak amat cakna dalam menggembleng usaha untuk membentuk akhlak yang terpuji
dalam diri seseorang terutamanya remaja. Hal ini demikian kerana remaja merupakan pemuda
harapan bangsa dan pemudi tiang negara. Kebejatan akhlak remaja akan merencatkan ketamadunan
bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Persoalannya, siapakah yang perlu
menyusun langkah sederap bagi membentuk akhlak terpuji ini? Apakah usaha yang mampu dilakukan
oleh ibu bapa, masyarakat dan kerajaan? Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, usaha proaktif setiap
pihak mampu untuk membentuk dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.
Jika dikaji secara mendalam, ibu bapa adalah faktor dominan dalam menggarap usaha pembentukan
akhlak terpuji seseorang remaja. Komitmen yang jitu oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan
melahirkan remaja yang berakhlak unggul. Hal ini demikian kerana proses pendidikan anak-anak untuk
mengamalkan sikap terpuji seperti bersopan santun, saling menghormati dan bekerjasama dalam
kehidupan. Abraham Lincoln ada menyatakan bahawa,"Janganlah ditanya apakah sumbangan negara
kepada kita namun tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara. Hal ini senada dengan komitmen
ibu bapa dalam mendidik anak-anak demi melahirkan generasi muda yang bersahsiah terpuji dan
unggul. Rema yang berakhlak terpuji akan dapat membentuk negara yang maju dan dipandang tinggi
oleh negara-negara asing sekali gus akan menjadi serampang dua mata untuk menaikkan nama
negara setanding dengan negara-negara maju yang lain bak kata pepatah berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah. Oleh itu, komitmen yang jitu oleh ibu bapa amat penting dalam usaha membentuk
akhlak terpuji dalam diri seseorang remaja.
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Tangan yang menghayun buaian
mampu menggoncang dunia. Pepatah tersebut begitu sinonim dengan kuasa ibu bapa yang mampu
untuk melakar keperibadian unggul anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memupuk nilai murni dalam diri
anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga imej diri, ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana
nilai murni yang diterapkan di lubuk hati mereka ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk
berhadapan dengan realiti kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri. Nilai-nilai yang diterapkan
ini mampu untuk menjadikan mereka matang sekali gus tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala
negatif seperti 'skin head', 'black metal' dan budaya hedonisme yang meracuni akhlak remaja bak
virus epidemik. Jelaslah bahawa pembentukan nilai murni akan mewarnai kehidupan generasi muda ini
dengan akhlak unggul dan bersahsiah terpuji.
Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka
pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan
pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberi didikan agama kepada remaja.
Pembentukan akhlak remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang
sempurna. Hal ini demikian kerana dengan didikan agama anak-anak akan dapat membezakan antara
intan dan kaca, antara batu dan permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang
bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan
bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa
paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes buang bayi. Jelaslah
bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan
melahirkan remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda,
karam di tengah laut.
"Qudwatul Hasanah" atau "role model" merupakan uslum terbaik untuk membentuk akhlak terpuji
remaja. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak mereka.
Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi anak-anak. Keperibadian ibu bapa
mencerminkan akhlak anak-anak senada dengan pepatah bapak borek anak rintik. Sebagai contoh, ibu
bapa hendaklah menunjukkan sahsiah terpuji jika di tempat awam dan mengamalkan sikap
bertoleransi , berkeyakinan dan saling menghormati. Anak-anak akan tertarik dengan keperibadian ibu
bapa mereka kerana sikap yang ditunjukkan ini akan melahirkan tingkah laku mudah mesra dengan
anggota masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh, sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang digelar
"role model" ini akan mampu membentuk akhlak terpuji anak-anak.
Sudah terang lagi bersuluh, pembentukan akhlak terpuji remaja bermula dengan didikan ibu bapa
sejak kecil lagi. Ibu bapa yang mengutamakan pekerjaan perlulah mengubahnya agar anak-anak tidak
terabai sekali gus akan meranapkan akhlak seterusnya meruntuhkan ketamadunan bangsa kerana

sabda rasullullah, "cuka yang buruk merosakkan madu". Ibarat akhlak yang buruk merosakkan amal.
Ibu bapa perlu seia sekata dan sebulat suara dalam membentuk akhlak terpuji anak-anak. Hal ini
demikian kerana ibu bapalah guru terbaik. Namun, masyarakat tidak seharusnya menuding jari jika ibu
bapa gagal mencorak keperibadian unggul anak-anak.

Peranan Ibu Bapa dalam Mengawal Pengambilan Makanan Ringan dan Makanan Segera
Dalam merentasi era globalisasi yang mencabar ini, pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh
pelbagai pihak dalam usaha untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Antara contoh
pembaharuan yang dilakukan ialah pembaharuan dari sepi pemprosesan makanan yang
dipelbagaikan. Tujuan utama pemprosesan makanan sebegini adalah untuk memanjangkan atau
melambatkan tarikh luput sesuatu makanan dengan menambah bahan pengawet seperti Mononatrium
Glutamat (MSG) dan banyak lagi bahan yang tidak baik untuk kesihanan mental dan fizikal. Makanan
ringan dan makanan segera sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutamanya
golongan kanak-kanak dan remaja. Sebagai contoh, kebanyakan pelajarasrama lebih memilih untuk
mengambil makanan segera seperti 'Maggi', 'Mi Sedap' dan biskut kerana penyediaannya yang sangat
mudah dan ringkas. Pengambilan makanan segera dan makanan ringan oleh anak-anak sepetutnya
dipandang serius oleh ibu bapa kerana makanan yang baik akan melahirkan individu yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam mengawasi pemakanan
anak-anak mereka.
Antara peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam
kalangan anak-anak adalah dengan memberikan didikan agama yang secukupnya. Hal ini demikian
kerana, agama Islam amat menekankan kepentingan memilih makanan yang baik untuk
perkembanganminda yang cerdas. Islam menyarankan umatnya supaya memilih makanan halal lagi
baik. Oleh itu, dengan adanya didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa, anak-anak akan tahu
dan sentiasa memastikan bahawa diri mereka mengambil makanan yang halal lagi baik walau di
manasahaja mereka berada, persis peribahasa Melayu, asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi
pulau, dilontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Kebanyakan
makanan segera dan makanan ringan yang dijual di pasaran mengandungi bahan yang tidak halal dan
masyarakat tidak menyedarinya. Bahan yang tidak halal ini seterusnya akan memberikan impak
kepada kesihatan mental anak-anal. Maka, jelaslah bahawa didikan agama yang secukupnya oleh ibu
bapa dapat mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak.
Selain daripada memberikan didikan agama yang sempurna,ibu bapa perlulah menjadi suri teladan
atau 'role model' kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, sekiranya ibu bapa sentiasa mengambil
makanan yang berkhasiat, secara tidak langsung anak-anak itu sendiri akan mengikutinya kerana
peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Selain itu, ibu bapa
hendaklah megnajar anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana peribahasa Melayu ada mengatakan
bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud jika hendak megnajar sesuatu
perkara, perlulah diajar sejak kecil atau setahun jagung. Jika ibu bapa sudah membiasakan anak-anak
supaya mengambil makanan yang baik, anak-anak akan terbiasa sesuai dengan peribahasa alah bisa,
tegas biasa. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul, sedangkan dirinya sendiri tidak betul. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu
bapa perlulah menjadi 'role model' atau suri teladan kepada anak-anak supaya tidak mengambil
makanan segera dan makanan ringan.
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah sentiasa memantau dan mengawasi pengambilan makanan oleh
anak-anak sama ada di sekolah mahupun di rumah. Dengan adanya pemantauan daripada ibu bapa,
pengambilan makanan oleh anak-anak dapat dikawal. Dalam erti kata yang lain, ibu bapa bolehlah
menggalakkan anak-anak untuk membawa bekal ke sekolah. Selain dapat mengawal pengambilan
makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak, secara tidak langsung ibu bapa
akan dapat mengajar anak-anak menabung bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air.
Dengan melakukan pemantauan oleh ibu bapa, kesihatan dan kecerdasan minda anak-anak mereka
terjamin seterusnya dapat melahirkan insan yang syumul dan cemerlang sebagai pewaris kepada
generasi yang akan datang. Tegasnya, ibu bapa perlulah memantau dan mengawasi pengambilan
makanan oleh anak-anak dalam usaha untuk mengawal pengambilan makanan segera dan makanan
ringan.

Selain daripada memantau dan mengawasi pegambilan makanan oleh anak-anak, ibu bapa juga
perlulah menyediakan dan membeli makanan yang berkhasiat di rumah. Ibu bapa juga perlu melarang
anak-anak membeli makanan segera dan makanan ringan. Jika ibu bapa menyediakan makanan yang
berkhasiat di rumah, anak-anak akan terdorong untuk sentiasa mengambil makanan yang sihat kerana
pembelajaran awal anak-anak bermula di rumah. Dengan mengambil makanan yang sihat, minda
anak-anak juga akan menjadi cerdas dan seterusnya menjadi aktif untuk berfikir. kerana badan yang
sihat akan menjana otak yang cerdas. Ibu bapa juga perlulah mendedahkan tentang kebaikan dak
keburukan makanan segera dan makangan ringan.Sebagai temsil, makanan atau minuman yang
mengandungi tartrazain akan mengakibatkan penyakit kanser. Oleh itu, jelaslah bahawa penyediaan
makanan yang berkhasiat di rumah akan dapat mengawal pengambilan makanan segera dan
makanan ringan oleh anak-anak.
Sebagai penghias bicara akhir, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam usaha
untuk mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak agar
dapat melahirkan individu yang cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Oleh itu, semua puhak perlulah memandang serius masalah ini dalam usaha untuk melahirkan pelapis
pemimpin kepada generasi yang akan datang dan melahirkan golongan cerdik pandai yang berilmu
keranan makanan yang halal lagi baik akan dapat merangsang minda dan pemikiran yang baik. Ibnu
Khaldun dalam karyanya yang teragung, Al-Muqaddimah ada menyatakan bahawa kekuatan ilmu
bukan sahaja menjadi pelengkap kepada kekuatan fizikal , malah dapat memberi arah dan makna
kepada manusia serta bangsa tersebut. Maka, jelaslah bahawa makanan yang halal lagi baik dapat
melahirkan insan yang cemerlang dan berguna kepada bangsa dan negara.

3. Malaysia berhasrat untuk melahirkan rakyat berminda kelas pertama iaitu rakyat yang berilmu,
bersahsiah terpuji dan mempunyai daya saing yang tinggi. Huraikan kebaikan-kebaikan yang diperoleh
jika negara kita mempunyai rakyat berminda kelas pertama.
(NEGARA)
Rakyat terlibat dalam bidang profesional : doktor, akauntan, peguam, juru.
Mewakili negara / bersahsiah
Kebaikan 1: taraf hidup rakyat seantero negara akan meningkat, ini akan membawa kemajuan kepada
negara secara tidak langsung
K2 : pembangunan negara kian pesat dan tidaklah terbantut seperti dahulu / tidak mudah mengalami
kekangan / tiada aral yang melintang
K3 : Sumbangan golongan rakyat berminda kelas pertama mampu membantu mengangkat martabat
Malaysia di persada dunia lantas merancakkan perkembangan ekonomi setempat (investasi di
Malaysia)
K4 : mengurangkan kos dalam melahirkan modal insan kerana modal insan yang sedia kala sudah
mampu membantu dalam melahirkan modal-modal insan lain yang lebih cemerlang tetapi usaha ini
tidak hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata
4. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa membawa pelbagai kebaikan kepada negara penganjur.
Bincangkan. (ANTARABANGSA)
Permainan catur di sekolah/ peringkat negeri
Sukan Komanwel , Sukan Olimpik
- Aspek pelancongan
- Implikasi positif selepas penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
- Menarik investasi
- Meningkatkan mutu sukan / menggiatkan / mengaktifkan budaya bersukan

Adalah diharapkan bahawa projek ini akan membolehkan para pelajar,warga sekolah dan masyarakat memahami
serta mengenal pasti langkah-langkahkeselamatan yang patut diambil serta dapat mewujudkan kesedaran kepada

pelajar tentang peri-pentingnya menjaga keselamatan diri terutama ketika berada di luar rumah.Projek ini ini juga
diharap dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk merangka, meningkatkan dan melaksanakan program
keselamatan pelajar serta langkah-langkah pencegahan bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
Selain itu, projek ini akan boleh dijadikan panduan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merangka
program bagi menangani masalah keselamatan pelajar semasa di sekolah ataupun semasa menunggu kedatangan
ibubapa mereka.
Di samping itu penglibatan dan kerjasama pihak sekolah dengan pihak luar seperti Polis dapat membantu pihak
sekolah mencegah dan menangani masalah kemalangan yang berlaku.
Kenyataan ini disokong oleh kajian Banks dan Stephanie (2000), yang mendapati bahawa pihak sekolah berjaya
membentuk persekitaran yang selamat dengan menyediakan program-program serta polisi-polisi yang positif
melalui kerjasama yang erat antara komuniti sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Senario pengurusan sekolah telah banyak berubah kebalakangan ini. Kami percaya bahawa segala perubahan dan
pembaharuan yang dirancang dan dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan
keberkesanan sekolah. Ini adalah sebagai cabaran dalam pendidikan bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara
bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagai asas kepada insan
kamil.
Untuk itu sistem pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi mempastikan segala aset yang ada di
sekolah seperti guru, pelajar, pusat sumber, PIBG dan masyarakat dapat mencapai matlamat kecemerlangan
melalui pengurusan dan strategi-strategi yang sesuai. Ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada
pengwujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya membentuk sekolah yang selamat.

Tanggal ..... haribulan ...... tahun 1995 (*masukkan tarikh lahir anda sendiri) dengan izin
Allah SWT, lahirlah seorang insan di mayapada ini. Kelahiran yang memberikan sinar dan
cahaya kepada kedua-dua ibu dan ayah. Doa dan harapan yang tidak putus-putus
ditadahkan ke petala langit memohon restu dan makbul Allah SWT supaya anak tersebut
menjadi cahaya mata, buah hati pengarang jantung. Demikianlah suatu hakikat yang sering
melingkari kehidupan insan supaya anak-anak yang lahir ke dunia ini menjadi permata hati
yang membahagiakan kehidupan ibu dan ayah. Alangkah bahagianya kedua-dua insan mulia
tersebut sekiranya anak yang bertuah itu benar-benar menuruti acuan yang telah disepoh
dan dicanai sejak awal. Dengan hal demikian, betapa besar harapan ibu bapa, seyogia besar
lagilah azam anak-anak untuk menzahirkan impian tersebut menjadi kenyataan.
Setiap anak hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya telah melahirkan kita ke dunia ini. Sementelahan itu berterima kasihlah kepada
kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah melahirkan kita. Langkah yang terpenting
ialah anak-anak hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi barakah kesihatan
dan kesejahteraan kepada ibu bapa. Sementara itu, anak-anak juga perlu membentuk jati
diri mereka agar mudah berjinak-jinak dengan amalan yang diredai. Binalah kekuatan
peribadi sebagai insan yang mulia di dunia dan memperoleh ganjaran pahala. Tiada yang
lebih berguna selepas ibu bapa pergi melainkan menadah harapan agar anak-anak
mengirimi mereka doa seperti dalam Hadith Rasulullah yang bermaksud , Apabila mati
seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amal baik dan buruknya, melainkan tiga
yang masih ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfat, dan anak-anak yang
soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa.
Kalangan bijaksana pernah menukilkan, Budi pekerti pakaian peribadi, akal
fikiran pakaian insani. Keluhuran budi dan kebijaksanaan insani merupakan modal besar
untuk seseorang itu berjaya dalam kerjaya dan dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh itu,

jadilah anak-anak yang hebat di tengah-tengah masyarakat dengan pancaran budi bahasa
yang terserlah serta minda yang kreatif dan inovatif. Belakangan ini, pelbagai kecelaruan
dalam masyarakat tercetus akibat kemuflisan pekerti anak-anak remaja. Akhirnya, sikap keji
tersebut membawa kesengsaraan kepada ibu bapa. Ibu bapa terpaksa menelan malu akibat
anak-anak yang bankrup akhlak. Pelbagai angkara songsang seperti pergaulan bebas,
berzina, menipu dan seribu satu angkara lagi seyogia dijauhi jikalau ada perasaan sayang
terhadap ibu bapa.
Anak yang baik sentiasa beriltizam untuk mengubah kehidupan ibu bapa agar
menjadi lebih baik. Oleh yang demikian, berusahalah dengan gigih demi jaminan hidup yang
lebih sempurna. Dunia yang diwarnai dengan pelbagai budaya ilmu harus dikuasai dengan
membudayakan ilmu dalam kehidupan. Amatlah jengkel seseorang yang tidak berilmu
apabila berada di tengah-tengah masyarakat. Sejajar dengan perkembangan teknologi,
tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin dan lengkapi diri dengan pelbagai kemahiran. Keduadua pakej tersebut menjadi jaminan untuk bersaing dalam pasaran global. Sesungguhnya,
ilmulah yang dapat membezakan antara yang dungu dan yang cemerlang. Sesuai dengan
wasiat Rasulullah SAW dalam Hadith baginda tentang kepentingan menuntut ilmu yang
bermaksud, Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara Cina sekalipun, membuktikan bahawa
ilmulah yang menjadi jaminan untuk hidup bahagia.
Ikram dan kasih sayang menjadi penambat hati ibu bapa terhadap anak-anak.
Tamsil orang tua-tua, ketika telapak kaki sebesar dua jari, anak-anak sudah ditimang bagai
menatang minyak yang penuh. Malang sekali apabila anak-anak sudah meningkat dewasa
ada yang tergamak memutuskan hubungan dengan ibu bapa. Sebenarnya, celakalah anakanak yang seumpama ini. Anak-anak seperti ini tidak akan bahagia di dunia malah di akhirat
akan menerima bala daripada sifat sombong tersebut. Selagi kudrat, ibu bapa tidak akan
menagih apa-apa kepada anak-anak melainkan berharap kepada sifat mawaddah anak-anak
sahaja. Patuhilah seperti Firman Allah dalam Surah Israk, ayat 23 yang bermaksud, Dan
Tuhanmu memerintahkan kamu agar jangan menyembah selain-Nya. dan
hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang atau
kedua-duanya telah lanjut usia dalam peliharaanmu, maka jangan sekali-kali
kamu meninggikan suara walaupun dengan perkataan, oh!. Oleh yang demikian,
sebaik-baik anak ialah mereka yang tidak pernah memutuskan hubungan silaturahim
dengan ibu bapa.
Hidup ini sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Sebagai anak yang baik,
jalinkan kehidupan dengan rangkaian sahabat handai dan rakan taulan. Hidup menjadi
harmoni dalam masyarakat yang saling menghormati antara satu dengan yang lain. Jiran
tetangga umpama keluarga sendiri kerana segala mudarat dan musibah jiranlah yang lebih
dahulu mendatangi kita. Rakan taulan dan jiran ibu bapa hendaklah dihormati, dengan yang
tua dijunjung taat manakala yang muda bergaullah secara berhemat. Tingkah laku yang baik
akan menyerlahkan imej sebenar ibu bapa kerana kenal batang pada daunnya.
Sesungguhnya, inilah imej anak-anak yang menjadi permata hati dan harapan kepada ibu
bapa.
Akhir kata, jadilah sebaik-baik anak yang boleh membahagiakan ibu bapa sejadi
mereka di dunia mahu pun sesudah mati. Jauhi diri daripada terjebak dengan perkaraperkara mungkar yang boleh mencontengi ibu bapa dengan arang. Sebenarnya, inilah imej

anak-anak yang didambakan oleh ibu bapa lebih-lebih lagi ketika menjelang usia emas
mereka. Ingatlah bahawa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Isi 1 : Sifat darah muda yang mudah terpengaruh untuk mencuba sesuatu yang
baru tawaran pendapatan yang lumayan dan dapat melancong ke luar negara
Isi 2 : Kejahilan untuk menilai benar atau salah sesuatu tawaran mudah termakan
janji manis
Isi 3 : Keterujaan/obses remaja malah ibu bapa supaya anak-anak dapat bekerja di
luar negara menerima tawaran daripada sindiket tanpa banyak soal masuk perangkap
sindiket untuk dijadikan keldai dadah
Isi 4: Dasar pelancongan negara yang sangat berhemah kepada pelancong asing
ejen-ejen pengedar dadah mudah bolos mudah berkomunikasi dan merekrut anak-anak
muda tempatan untuk menjadi perantara mengedar dadah dalam rangkaian antarabangsa
Isi 5 : Kedudukan Malaysia sendiri yang menjadi pintu masuk bekalan dadah
antarabangsa peluang untuk memperoleh bekalan dadah urusan pengedaran dapat
dilakukan dengan cepat
Isi 6 : Kebanyakan anak muda negara yang jahil tentang undang pengawalan dan
pencegahan dadah di luar negara kawalan ketat di pintu masuk di lapangan terbang
mudah mengambil risiko untuk membawa dadah apabila mendapat tawaran yang lumayan
a. Memburu kemewahan hidup
b. Terpedaya dengan janji-janji manis
c. Tidak menyedari diri mereka diperalatkan
d. Ingin cepat jadi kaya
e. Peluang untuk melancong dan berseronok di luar negara
f. Ada sifat ingin menunjuk-nunjuk dan bersaing sesama rakan sebaya

Isi-isi penting :
Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana - menggali
segala khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif - mengenali gaya berfikir dan
cetusan ilmu yang diketengahkan melalui isu, persoalan, dan tema yang digarapkan mewujudkan interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan, seniman, dan budayawan
Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan persoalan
yang telah digarapkan - menggerakkan minda untuk berfikir berdasarkan gagasan idea
penulis - berfikir secara realistik dan pragmatik melalui buah fikiran dan persoalan yang

dikemukakan - menjana minda agar mampu menjadi insan bijaksana melalui perkongsian
dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif
Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat - penerapan
melalui latar tempat dan latar masyarakat - secara tidak langsung dapat meninjau tentang
sesuatu lokasi walaupun tidak pernah menjejakkan kaki - mendalami corak hidup, corak
pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi
Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif memang kaya
dengan varisai bahasa - mempelajari pelbagai bentuk bahasa - menikmati pengucapan seni
yang indah seperti dalam pengucapan falsafah, bahasa tinggi, puisi, bidalan, dan peribahasa
Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak - penerapan unsur
nilai yang amat kaya dalam setiap karya kreatif - menajamkan minda melalui penghayatan
dan berfikir secara hikmah daripada pelbagai konflik dan episod yang dipaparkan - mendidik
diri untuk lebih positif berpandukan amanat yang disampaikan sama ada secara langsung
atau tidak langsung
Kesan Kemasukan Buruh Asing di Negara kita. Bincangkan.
Buruh asing merupakan orang-orang yang berasal dari negara luar dan kemudiannya bekerja diluar negara
untuk mencari dan menambahkan lagi pendapatan mereka. Apa yang kita ketahui,kebanyakkan buruh-buruh
asing ini berasal dari negara yang serba miskin dan mundur disebabkanterlalu ramai penduduk sehingga ruang
pekerjaan tidak mencukupi bagi mereka. Pihak kerajaanmereka juga tidak mampu membantu dan
menhulurkan bantuan, malah ada yang langsung tidak memperdulikan rakyatnya yang susah, kerana mereka
hanya mementingkan pembangunan negara sahaja, tidak pada rakyatnya. Jadi, ramai yang telah berhijrah ke
luar negara untuk mencari wang bagi menampung kehidupan keluarga mereka seharian.
Dengan kemasukkan buruh-buruh asing ini ke negara kita, negara kita dapat membangun denganpesatnya
seperti sekarang, serentak mengikut aliran kemajuan negara-negara luar. Mereka memang mahir dalam
melakukan pekerjaan yang berat seperti membuat bangunan, jalan raya dansebagainya. Selain itu juga, mereka
memang diperlukan untuk mengurus dan membantu dalampekerjaan rumah, seperti mengemas, mencuci,
memasak dan menjaga anak-anak majikannya.Begitu juga di tempat pusat membeli-belah, di mana banyak
warga asing mengambil tempat pekerjaan, mengalahkan warga tempatan kita. Kecekapan mereka dalam
bekerja memang mengagumkan dan pandai mengambil hati pelanggan.
Namun, semakin ramai kemasukkan buruh asing ke negara ini, semakin banyak orang-orang asing tersebut
mengaut keuntungan negara kita. Antaranya ialah buruh asing tersebut telah mengambilpeluang pekerjaan
yang sepatutnya warga tempatan laksanakan. Ini telah mendatangkan kesanpada warga tempatan kita,
terutamanya pada golongan belia. Disebabkan warga asing inilah,golongan belia tempatan tidak mendapat
pekerjaan. Tambahan lagi, belia di negara kita tidak mahir dalam pekerjaan berat dan juga terlalu memilih
pekerjaan. Dengan demikian, banyak pengangguran berlaku dikalangan orang tempatan.
Selain itu juga, ekonomi kita hanya bergantung pada penghasilan minyak dan gas, tetapi sumbersebegitu
memang tidak akan berkekalan. Sehubungan dengan itu, negara kita harus memikirkanbagaimana cara untuk
mencari sumber ekonomi negara selain dari penghasilan dan penjualanminyak dan gas. Jadi, apa salahnya kita
menggunakan orang tempatan untuk melakukankesemuanya demi pembangunan negara kita? Wang yang kita

laburkan tidak sia-sia jika untuk warga tempatan daripada dilaburkan kepada orang asing. Dengan ini,
ekonomi negara tidak akansusut dan negara akan kembali stabil seperti sedia kala.
Dengan demikian, kita harus mengetahui kesan buruh asing ini terhadap negara kita. Walaupunmereka telah
membuat negara kita semakin maju, namun mereka juga telah mendatangkan kesannegatif pada kita dan juga
negara. Untuk mengelakkan kesan ini berterusan, warga tempatanterutama golongan belia hendaklah
mempelajari pelbagai bidang pekerjaan sehingga mereka mahirdan berkebolehan. Ini juga bukan sahaja untuk
kebaikkan pada diri mereka, tetapi juga pada negara kerana merekalah golongan yang bertanggungjawab
dalam pembangunan Negara

-Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat. Jelaskan peranan
ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa
hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu
banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi
seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara
berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah
tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara
umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta
menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan
gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka adalah
dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah
pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat,
protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang
berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana
makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan
penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga
pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman
berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi
kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan
yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam
memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. Perbuatan ini
bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi
lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu
melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap
imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20
minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging,
berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini
boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila
seseorang itu bersenam dan beriadah, mreka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental
bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan
riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani
pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan
kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan
memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik
dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak
mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat
serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak
mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan
secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa
bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri
dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan
dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa
menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh
membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat
membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga perlu mendidik ahli
keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan
anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah
bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas,
lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu
bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu
bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka sekaligus akan dapat menjauhkan
diri mereka daripada pelbagai penyakit.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan
bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding
dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa
digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga.
Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya
hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga,
rakan-rakan dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan memberi
impak psikologi yang positif.

..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu
menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman
moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi
positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin
boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu
kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih
dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang
baik dan pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan asuhan
yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah membawa
mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita siha,
tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anakanak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak
seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya
sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita
dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit itu untuk
melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak
melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas
kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak,
mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah
menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi
orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak mendapat
rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan
untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja,
mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun, ramai anakanak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari
persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan,
pelajaran anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot.
Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anakanak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup
sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar
untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk
dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkahlangkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata
pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya
hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat
dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai